Friday, March 27, 2009

MARUAH ISLAM TERCEMAR

Dalam kesibukan kita berkempen untuk tiga pilihanraya kecil dan pemilihan MT UMNO ada sesetengah golongan mengambil kesempatan atas kelalaian kita ini dengan melakukan sesuatu yang benar2 mencabar keimanan seorang muslim. Saya benar2 berasa geram dan bengang kerana golongan ini benar-benar mempersendakan Allah SWT dan Nabi Junjungan Muhammad SAW dengan karikatur2 yang sangat menghinakan. Ini satu perkara yang sangat2 tidak boleh saya terima. Sekalung penghargaan diberikan kepada baginda kerana beliau mendedahkan hal ini dalam blog beliau
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bangsat-yang-menghina Islam

Saya tidak akan memaparkan karikatur tersebut kerana melihatnya sekali pun sudah cukup membuatkan hati saya marah dan kecewa. Semoga Allah mengampuni mereka dan memberikan hidayah.
Pihak berkuasa diharap ambil tindakan untuk mengelakkan kedudukan Islam di negara tidak diperlecehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!

1 comment:

  1. Jika situasi terdesak ,ada yg sanggup melakukan apa saja .. Mereka lupa hukum hakam ,budaya yg sebenarnya mencerminkan mentaliti dan kepribadian mereka.Nak lakukan seuatu kempen jgn smpai strategi makan tuan !!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)