Terima kasih pengerusi majlis
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamuailkum dan selamat pagi saya ucapkan kepada Dekan Fakulti Undang-Undang Prof Madya Saudah Sulaiman, Timbalan Dekan HEP Dr Bahrin Othman, En Jamaludin Harun, Koordinator Undang-Undang En Mohd Zulhelmey Abdullah,mantan coordinator En Haswira Nor Mohamad Hashim para pensyarah Undang-Undang, barisan ahli majlis Tertinggi Kelab Asasi Undang-Undang UiTM Kedah seterusnya saudara dan saudari sekalian.
Seperti yang telah dimaklumkan oleh pengerusi majlis kita sebentar tadi bahawa Presiden kita iaitu saudara Solehin tidak dapat hadir kerana sedang berjuang membawa nama UiTM Kedah dalam pertandingan debat di Terengganu. Di kesempatan ini saya ingin menyampaikan salam takzim dan maaf beliau kepada hadirin kerana tidak dapat hadir pada program selangkah ke fakulti undang-undang atau singkatannya FUU. Begitu juga dengan Naib Presiden saudara Izzat Fauzan yang turut berjuang membawa nama kelab Asasi Undang2 dalam pertandingan debat Bahasa Inggeris Piala Pengarah UiTM Kedah.
Sebelum saya memulakan ucapan izinkan saya memperkenalkan diri. Nama Mohd Zharif bin Badrul dan masih menuntut di Asasi Undang2 semester dua. Meskipun objektif program ini adalah khusus untuk abang2 dan kakak2 saya di semester tiga tetapi tidak salah sekiranya pelajar semester dua turut hadir dalam program ini kerana pada tahun hadapan kami juga akan melangkah ke tempat yang sama yakni UiTM Shah Alam.
Hadirin sekalian,
Atmosfera negara kita kebelakangan ini sangat tegang dengan krisis perlembagaan di negeri Perak. Tidak cukup dengan itu pelbagai lagi isu2 berbangkit terutama isu hak bumiputera terus menjadi persoalan yang kalau kita fikirkan tidak mempunyai penghujungnya. Malah, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di persada antarabangsa juga dunia sedang menuju ke arah masalah yang sangat kritikal dari segi hak kemanusiaan, kedaulatan dan keadilan. Kita ambil contoh krisis kemanusiaan Sudan baru-baru ini di mana presidennya, Omar Hassan Ahmad Al-Bashir bakal menghadapi tindakan mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan mencabuli hak asasi manusia dan secara tidak langsung menjadi dalang kepada peperangan yang berlaku di negara tersebut. Anehnya tindakan ini hanya dikenakan kepada individu2 tertentu sahaja, tetapi kepada individu lain yang mempunyai pengaruh besar di dunia,yang mencabuli hak asasi manusia, membunuh, menyeksa dan menceroboh kedaulatan negara lain atas nama menentang keganasan tidak dikenakan sebarang tindakan oleh mana-mana mahkamah. Ini sekaligus mencemar kesucian undang-undang itu sendiri yang seharusnya berpaksi kepada prinsip nemo judex in causa sua.
Saya yakin dan pasti timbul di minda saudara-saudari sekalian apakah kaitan isu-isu yang saya jelaskan sebentar tadi dengan program kita pada hari ini? Isu-isu tersebut menandakan bahawa dunia perundangan masa kini sedang menghadapi satu era yang sangat mencabar di mana prinsip-prinsipnya yang jelas tergambar di patung Lady Justicia sudah tidak diendahkan lagi. Cabaran ini bukan sahaja bersifat nasional malah merangkumi ke peringkat internasional. Justeru, tujuan program selangkah ke Fakulti Undang-Undang ini bukan sahaja sebagai satu program tradisi setiap semester tetapi sebagai satu bentuk motivasi kepada para penuntut asasi Undang-Undang untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perundangan. Hari ini kita akan didedahkan sedikit sebanyak tentang keadaan yang bakal dihadapi sewaktu berada di UiTM Shah Alam kelak di samping pengalaman-pengalaman yang bakal dikongsi bersama. Sesungguhnya semangat dan motivasi merupakan satu elemen yang sangat penting untuk meneruskan survival dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekiranya seseorang itu hanya belajar tanpa mempunyai semangat dan motivasi maka dia tidak akan dapat menempa kejayaan. Dengan motivasi dan matlamat yang jitu inilah saudara-saudari sekalian akan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya sebagai pengamal undang-undang. Pada peringkat alam kerjaya itulah, abang2 dan kakak2 saya sekalian akan menghadapi isu-isu yang saya sebutkan sebentar tadi. Segala ilmu dan kemahiran yang kita perolehi sepanjang pengajian dalam dunia undang2 bermula dari asasi inilah yang akan dipraktikkan sewaktu menempuh alam pekerjaan kelak. Sesungguhnya program selangkah ke FUU ini menjadi satu platform untuk para penuntut membina matlamat,azam dan keyakinan untuk terus melangkah lebih jauh sekaligus menjadi pengamal undang-undang yang bukan dikenali sebagai jaguh kampong tetapi juga sebagai jaguh dunia.
Cabaran akan terus silih berganti. Isu-isu berkaitan undang-undang, keadilan dan kebenaran akan terus menjadi satu lumrah untuk kita semua yang sudah ditakdirkan Tuhan untuk hidup dalam profesion undang-undang. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa tidak mustahil satu hari nanti akan lahir pengamal undang-undang bumiputera yang akan menegakkan kebenaran, keadilan dan ketelusan di negara dan juga di dunia ini dan saya tidak meragukan bahawa pengamal undang-undang tersebut merupakan bekas penuntut undang-undang di Universiti Teknologi Mara kerana UiTM adalah gedung melahirkan ramai anak-anak Melayu yang berjaya dalam bidang ini. Justeru saya berharap semoga program ini akan dapat menyuntik semangat para hadirin untuk terus bertekad dan berusaha meneruskan pengajian dalam bidang ini kerana negara sedang ternanti-nanti untuk melihat keupayaan dan kredibiliti kita dan seluruh masyarakat dunia sedang menunggu pembelaan keadilan yang akan datang dari buah fikiran dan lisan kita semua.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini marilah kita sama-sama merenung kata-kata hikmah seorang tokoh yang sangat dikenali dengan ketegasan dan keberanian beliau dalam memperjuangkan prinsip2 ketelusan dalam undang2 iaitu saudara Martin Luther King Jr ‘’ Our life begin to end when the day we become silent about things that matter’’
Semoga Tuhan merahmati kita. Sekian Wabillahiraufik wal hidayah assalamuailkum warahmatullahiwabarokatuh
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)