Sebenarnya aku nak post blog semalam tetapi entah camna pukul 12.30 tgh malam tu elok2 baring atas katil terus tertido sampai esok pagi. So terpaksalah ditangguhkan hingga ke malam ini.
Semalam pergi ke seminar undang2 berkaitan pemberhentian kerja atau nama lainnya retrenchment. Sekali lagi memainkan peranan sebagai 'penjaga' para peserta seminar dengan memastikan kelancaran pengangkutan dan kehadiran.Overall bolehlah dikatakan agak bosan sebab benda tu agak tiada kaitan dengan hidup aku tetapi memandangkan ia bersangkut paut dengan hal semasa maka digagahkan diri juga untuk pergi; ditambah pula dengan makan dua kali free dan sangat bertuah sebab dapat jumpa Datuk Shahrizat, calon Ketua Wanita UMNO yang mendapat full support daripada aku. Dan aku sangat berminat dengan statistik2 pemberhentian kerja di Malaysia sebab statistik tu jela topik yang aku suka dalam matematik. 12697 orang telah diberhentikan kerja atas sebab kegawatan ekonomi. Ia bukan satu jumlah yang sedikit dan kebanyakan terdiri daripada golongan profesional dan operator. Ironinya ada kekosongan kerja sebanyak 25325 bermakna dua kali ganda daripada angka yang diberhentikan kerja. Antara faktor utama ialah kebanyakan pekerja adalah terlalu choosy. Aku pun pelik jugak dah gawat2 camni pun nak memilih kerja dan yang membuatkan aku lagi hairan mengapa ahli2 politik negara kita sangat sibuk dengan isu2 politik yang remeh-temeh sehingga masalah kegawatan ekonomi ini tenggelam dan dipandang remeh. Padahal di Amerika,EU,Jepun dan negara2 lain isu ekonomi adalah isu yang sangat utama dan semua ahli politik baik kerajaan atau pembangkang bersama-sama memulihkan ekonomi yang sedang tenat ketika ini. Tapi itulah tipikal Malaysia.
Dan hari ini aku diberi satu lagi cabaran getir; lebih genting daripada genting highlands(false analogy). Tarikh restu ilmu dicepatkan kepada 2 hb ni dan dilaksanakan di surau Malinja. Plan asal adalah 9 april tetapi diawalkan sebab semua aktiviti mesti habis sebelum 4hb dan dewan mini tak dapat ditempah. Dahlah tinggal dua tiga hari lagi, nak tempah makan pun tak decide lagi. Terpaksalah aku pergi ke konsep simple but satisfied. Dengan masa yang sangat terhad ini sangat2 memberi tekanan apatah lagi harus bergelut untuk membuat preparation test psycho dan menyiapkan assignment library. Kemudian petang tadi dapat lagi panggilan dari astro awani time kelas 313 dan 037 yang menyebabkan aku terpaksa keluar macam orang dah tak tahan sakit perut. Astro Awani nak temuramah pasal PPSMI pulak. Err untuk isu ini aku pun akan beri pandangan berdasarkan pengalaman sendiri. So isu ini akan aku kupas dalam blog khas yang akan datang.
My time is running out. But there is a sentence i brought back from the seminar which gave me a strength to keep fighting up till now and for another one week.
'TOUGH TIMES DO NOT LAST..BUT TOUGH PEOPLE DO'
Make me wonder..Am i a tough people? Peoples have the best answer for that.
weh~
ReplyDeleteu are so tough z~
sgt2 admired z tb2.
hahaha.
xpe3.
fighting k.
u can do it.
and do eat a lot~
z makin kurus la.
wah,tiga hari tak layan blog,tgk dah tukar nama pulak.. tahniah laa..suara org muda hari ni mencerminkan ms hadapan.
ReplyDeleteTak de kerja? ..dah seminggu sy jd panel tduga , ramai calon tak dtg,jwt nak disi byk,yg dtg pulak mcm nk p karaoke je..tak prepare .Insyaallah ,rezeki Allah ada di mana-mana .. berhenti kat kilang ni ada byk lg tempat lain yg memerlukan.
Isu PPSM ? Kekalkan je laa.. confuse bdk2 kita , nanti tukar Menteri Pelajaran br ntah-ntah ada lg sistem baru...