Sebenarnya blog ini hendak ditulis pada 12hb Mac time result spm 2008 tapi disebabkan waktu tu tengah berlawatan ke Kuala Lumpur so nak menaip pun malas. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada students2 yang dah berjaya mencapai target masing-masing dalam SPM. Yela takkan nak congrats yang dapat A banyak je kalau dah target dia 8A then dia dapat kira dia dah berjaya la tu kan. Kepada yang tidak berhasil mencapai impian tersebut, Tingkatan 6, Diploma dan Matriks masih lagi membuka pintu untuk anda berusaha lagi.
Aku sangat bersyukur kerana liku-liku pendidikan aku agak unik dan sangat menarik; tadika time umur 5 tahun kat Sabah(sekolah papan besh giler waktu lari2 dengar bunyi papan tu cam nak roboh) then 6 tahun kat Perak. Tabika kemas yang berpakaian kotak2 merah putih heheh. Then sekolah rendah dari darjah satu sampai tingkatan 3 kat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM. Nama je sekolah tentera tapi takde pun hidup macam tentera. Time form 4 and form 5 kat Sekolah Tanjung Datuk Johor. Kenapa aku bersyukur?Sebab sekolah di Perak boleh diklasifikan sebagai sekolah bandar dan agak educated sikit meskipun aku agak sedikit bosan kerana bergaul dengan anak2 tentera sahaja. Bila pergi ke sekolah di Johor time form 4 and form 5 ternyata sangat2 berbeza sebab sekolah Tanjung Datuk terletak di luar bandar dan kira-kira 30 minit daripada bandar Penawar yang menempatkan Sekolah Sains,Sukan dan Agama. Pada awalnya aku bercadang selepas PMR aku nak sambung belajar kat Sekolah Agama Bandar Penawar sebab nak sambung pelajaran Bahasa Arab dan nak mendalami ilmu syariah tetapi aku mengubah fikiran untuk stay di Tanjung Datuk; sebab time PMR nama aku naik di Perak and Tanjung Datuk ni aku just menumpang untuk jawab paper PMR so rasa terhutang budi sangat kat sekolah ni. So aku berazam untuk menaikkan sekolah ni time SPM. Tetapi impian itu tidak kesampaian kerana tidak mencapai target yang dicapai tetapi still aku masih bersyukur kerana termausk dalam top 5 students SPM Tanjung Datuk.
Perbezaan Sekolah TLDM dan Tanjung Datuk membolehkan aku memahami perbezaan pelajar2 bandar dan luar bandar. Pada hakikatnya tidak ada perbezaan yang ketara dari aspek kemudahan fizikal dan studi cuma kekurangan di Tanjung Datuk adalah kekurangan pusat2 tuisyen untuk student. kalau adapun ia dilakukan oleh guru2 Cina. So nak taknak kenalah belajar sendiri dan mengikuti kelas tambahan sekolah.Dan isu PPSMI terus semakin hangat diperkatakan dan ini membuatkan aku ingin menyuarakan pendapat mengenai hal ini.
Tidak ada kekurangan dalam pelaksanaan PPSMI. Itulah pendapat aku sebagai pelajar yang menjadi bahan eksperimen untuk dasar ini. Pada aku perkara yang sangat menghalang kepada PPSMI ini adalah sikap dan mentaliti pelajar itu sendiri. Pelajar-pelajar luar bandar yang sering dikaitkan ketinggalan dari pelajar bandar atas alasan kekurangan fasiliti sangat2 tak boleh diterima alasan tersebut kerana pada pendapat aku sekali lagi, sikap dan mentaliti pelajar memainkan peranan yang penting. Pelajar luar bandar lazimnya mempunyai sifat rendah diri yang sangat dan takut untuk mencuba. mereka selesa dengan pencapaian dahulu dan menjadi jaguh untuk bidang2 yang sedia ada. Mereka kurang mempunyai keberanian untuk keluar dari kepompong dan mencuba sesuatu yang baru. Sometime aku sendiri turut kecewa kerana aku berminat untuk membantu mereka tetapi responsnya tidak berhasil. Aku mula dengan meminta mereka membuat target2 dan rancangan masa depan tetapi hal tersebut dianggap remeh dan tidak dibuat atas alasan2 tertentu. Itulah kegagalan aku untuk membantu mereka dan aku sendiri pun secara peribadi 'gagal' untuk menjadikan SMK Tanjung Datuk masuk paper time SPM dulu dan juga untuk menjadikannya sekolah kluster.
But that was the past....the future is still there
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)