Friday, March 20, 2009

THE WAR BEGIN

Pagi tadi jadual bermula jam 9.30 pagi.Bangun2 terus pergi ke pusat sumber untuk tujuan print. Problem kat printing terpaksa pergi ke fudcourt. Then teman Penasihat Opening/Closing Law Fiesta Kak Hani jumpa Sir Zulhelmey untuk dapatkan approval tajaan butik. Sempat jugak aku amek folio 038 sem lepas punya haha. Then balik terus keluar ke Village Mall dan Penjara untuk hantar surat pindaan. Sampai ke UiTM around kol 1.20 petang. Lepas solat terus bergerak ke HEP nak faks surat ke LPPKN. Then terus bergerak ke Unit Kesihatan dan setelah dua sem ni barulah nama aku terdaftar sebagai pesakit UK huhu. Amek ubat sakit tekak sebab menurut pemeriksaan tekak aku dah bengkak; siap bagi antibiotik lagi. Balik terus tido. Malam time tengah nak makan malam dapat panggilan untuk memberi ucapan ketika FUU nanti. After dinner terus gerak ke fudcourt tengok perfomance untuk opening/closing.
Ya hari yang sangat memenatkan. Tapi mujur setelah balik dari UK dan rehat selama sejam lebih, aku bangun dan terus melaksanakan pelan. Bukan pelan rumah tapi pelan untuk menghadapi baki 3 minggu di UiTM sebelum menghadapi exam. Dan rancangan ini telah mengambilkira pelbagai faktor termasuk ulangkaji,assignment,benda2 berkaitan kelab dan sebagainya. Ya aku mengakui bahawa untuk sem ini aku sudah bersedia untuk mengalami penurunan pointer tetapi sebelum pointer aku jatuh, i will make sure the fight will continue till the end. I will put everything i can before i fall. Defeat with honor.
Dan sebelum pegi tido sempat gak aku layan citer Tears of the Sun. Citer ni lama xtengok n my big bos yang memperkenalkan filem ni kat aku. Memang best dan aku begitu tertarik dengan tagline filem ni 'He was trained to follow orders.He became a hero by defying them'.Ada kebenaran dalam kata2 tersebut.
Oh ya bersempena dengan pelancaran 'perang' ini maka diisytiharkan minggu ini sehingga minggu studi week sebagai WOH.Singkatan ini merujuk kepada WEEK OF HELL,WAR OF HELL atau WAY OF HISTORY.

Untuk esok pagi...i dun have any plan..just go as usual...

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)