Sunday, March 1, 2009

AMBIVALENT AND EGO

Ambivalent also known as mixture of feeling. Perasaan yang bercampur baur. Ini adalah salah satu pengetahuan yang berjaya diingat sampai sekarang sewaktu lecture psycho 039. Sebabnya dalam hidup kita ni sentiasa akan mengalami sindrom ini apabila berhadapan dengan sebarang situasi. Contohnya rasa seronok bila SPM dah habis tapi dalam masa yang sama rasa sedih sebab dah tak dapat jumpa membe2 lagi, dah tak dapat nak berkumpul ramai2 cerita time cikgu mesyuarat, tiru addmath amoi2 yang pandai mengeja(sila betulkan). Takpun bila kita buat sesuatu perasaan tu tak menentu atau serba salah. Ini banyak kali lah juga aku buat antaranya bila pernah skodeng myspace orang untuk membantu bestfrenz aku menyelesaikan problemnya. Mula2 rasa cam 'bangga' dan sedikit honored sebab akhirnya berjaya menyelesaikan masalah tersebut tetapi perasaan bangga itu bercampur dengan perasaan kesal kerana terpaksa mengorbankan satu pihak. Nak buat camna normal la dalam kehidupan ada yang akan menang dan ada yang akan kalah. Itu satu lumrah yang tak dapat dikesali.Atau apakah ambivalent itu merujuk kepada sikap kita yang sentiasa berubah-ubah?Mula2 ok then jadi tak ok. If it so then i will not consider that i suffered from ambivalent all time. Sebab pendirian aku jarang berubah; membawa kepada satu lagi perkara iaitu ego.
Ego atau nama lainnya self-serving bias merupakan satu perkara normal dalam hidup manusia kerana ini menunjukkan dia bukanlah termasuk dalam tipe manusia yang depression(sila rujuk nota psycho). Ia bertujuan untuk menambahkan keyakinan diri dan mempertahankan pendapatnya adalah benar(walaupun kadang-kala tidak benar). Aku sendiri pernah terobses dengan perkataan ini sewaktu darjah 6 dan telah diakui oleh pakar2 sedunia yang mengenali aku(mak,ayah dan kaum keluarga) bahawa aku adalah seorang yang sangat 'keras kepala' dan kalau dah nak buat satu benda tu aku akan buat sampai habis(aku sangat anti dengan peribahasa hangat2 najis ayam). Tetapi keegoisan ini haruslah didasari dengan perkara yang betul. Maksud perkara yang betul adalah(ini berdasarkan pendapat kepala otak aku. Kalau aku pakai otak orang lain baik aku xyah buat blog sendiri betul x?)
  • Kalau aku dah mintak maaf kepada orang then dia tidak maafkan atau tak ikhlas memaafkan then aku malasla nak cakap banyak kali kan 'sori,sori'.
  • Kalau someone mintak maaf then aku maafkanlah. Ikhlas tak ikhlas kenalah ikhlaskan jugak sebab dosa pun kita nak Tuhan maafkan ni pula kita. Jangan jadi over daripada Tuhan. Harus sedia memaafi dan berbesar jiwa untuk menerima kekalahan.
  • Kalau aku x buat salah, kenapa nak perlu mintak maaf? Aku tak pernah jumpa lagi la tuan rumah mintak maaf kepada pencuri yang telah menyonglap harta benda rumah dia. Sangat pelik dan ajaib. The one who guilty should come first. Tapi aku yang buat salah dulu comfirm2 la kena mintak maaf.Jangan stupid ego sangat sampai anggap diri itu suci lagi yakin.
  • My views is hard to change because based on proof and evidence. Aku pernah melabel seseorang sebagai penipu dan sampai sekarang pandangan aku terhadap dia tak pernah berubah. Ini selepas berdasarkan bukti yang telah dikutip dan diambil tanpa sebarang keraguan. Meskipun tiada pengakuan daripada yang bersalah tetapi dari sudut undang-undang if the prosecutor sucess to bring the case prima facie and beyond the reasonable doubt, then pesalah yang x plead the guilty pun mesti dihukum. Mana ada maling mau mengaku dirinya maling, bak kata sinetron indonesia.
  • Sometimes kita jadi egois kerana tak mahu terima hakikat. Dalam konteks ni agak besar untuk dibincangkan; boleh jadi tak terima hakikat sebab kalah dalam bola tetapi ini boleh ditukar kepada satu benda yang positif jika pasukan yang kalah tu akan perform dengan lebih baik pada match yang akan datang. Tetapi boleh jadi negatif jika kita tidak mahu menerima kenyataan kerana sampai bila2 pun nanti kita tidak akan berubah.

The foundation of morality is to give up pretending to believe that for which there is no evidence-Thomas Henry Huxley

The foundation of morality is to give up peretending to unbelieve that for which there is evidence-Mohd Zharif

Ambivalent or ego?

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)