Aku tau korang sume mesti suka kan tengok result poll tu. Justeru untuk tidak menghampakan korang maka akan diposkan juga ketiga-tiga pilihan yang mendapat undian tertinggi tapi bukan sekarang kerana aku nak habiskan dulu post2 blog berkenaan dengan lawatan ke Kuala Lumpur. Untuk makluman aku takkan tulis pasal tentative dan perkara2 yang aku kureng berpuas hati sebaliknya aku akan menulis pasal lawatan tu benda2 yang tak diketahui oleh kebanyakan peserta lawatan. Hah mesti terkejutkan? Antaranya adalah dalam post ini…
Jumaat petang.Jam 6 sampai 12 malam. Waktu tu waktu free untuk semua peserta so aku pun mengambil peluang untuk tumpang bas yang membawa peserta ke Sunway Pyramid then dari sana ambik teksi dengan tambang tujuh ringgit untuk pergi ke stesen Komuter. Dari Subang pergi ke KL Sentral kemudian naik monorail untuk pergi ke Sogo. Nak jumpa aweks?Oh tidak sama sekali. Nak jumpa someone yang lebih penting dari itu.
Aku terus menyerahkan CD Dr.Mahathir yang diberikan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana(Siapa nak aku boleh burnkan) kepada ibu. Sebenarnya inilah impian ibu sejak tahun 2003 lepas Dr.Mahathir letak jawatan dan dia sangat berharap sangat dapat beli cd Dr.Mahathir. Meskipun dalam keletihan dan kekurangan tidur tapi aku tetap nak menunaikan impian ibu dan inipun kali terakhir aku jumpa dengan parents sebab semalam(ahad) diorang dah pergi outstation. Salah satu sebab yang lainnya dapat makan malam free hehe. Lepas tu mohon restu dan mohon peruntukan(yang last tu yang penting) sebelum aku berlari ke Stesen Monorail Medan Tuanku, balik ke KL Sentral then terus ke Shah Alam…
I felt great..and honour =)
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)