Saturday, March 21, 2009

INTERFAITH COMMISSION

Sepatutnya aku menukilkan artikel berkenaan isu hudud yang menjadi pertikaian beberapa pihak di negara kita sekarang ini tetapi sekali lagi aku terpaksa menangguhkan dahulu sebab aku ingin menyuarakan pendapat tentang isu yang tidak kurang sensasi iaitu Interfaith Commission atau Suruhanjaya Antara Agama. Baru-baru ini Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan untuk menubuhkan majlis perundingan antara agama. Sekali lagi ia menyentuh isi sensitive berkaitan agama dan sila tegur saya jika ada kesalahan dalam menyampaikan pendapat ini.
Terus-terang aku tidak tahu apa tujuan sebenar hasrat Lim Guan Eng menyuarakan cadangan ‘bernas’ itu. Biasanya jawapan sangat senang-atas keharmonian dan perpaduan antara kaum. Saya sangat menghormati model pentadbiran integrasi kaum saudara Lim sejak mengambil alih Pulau Pinang. Bermula dengan menggunakan pelbagai bahasa untuk papan tanda(kalau tak silap.Tak pun nama2 jalan) dan sekarang beliau begitu komited untuk menyatupadukan kaum dengan mengadakan majlis antara agama. Tidak menghairankan kenapa DAP menang kat Pulau Pinang masa pilihanraya dahulu. Ternyata atas dasar ‘keharmonian’ semua perkara boleh dijalankan tanpa mengira sensitiviti sesiapa pun. Matlamat menghalalkan cara.
Sebenarnya isu ini merupakan isu yang aku buat bersama member2 yang lain untuk assignment law 012 sem lepas. Bila dah indulge dalam isu ini baru kita sedar akan realiti dan konsep sebenar. Sebenarnya jujur saya katakana bahawa majlis atau dialog antara agama telah lama diamalkan oleh negara2 lain seperti Yusuf Al-Qardhawi yang menghadiri beberapa siri dialog antara pemimpin agama yang lain. Tidak lupa juga seorang pendakwah terkenal yang sangat saya kagumi(ada bukunya yang bertajuk THE CHOICE,best giler) iaitu allahyarham Syeikh Ahmad Deedat yang selalu menghadiri dialog atau debat antara Islam dan Kristian. Ini pada saya tidak ada mempunyai sebarang masalah kerana kedua-dua tokoh ini mempunyai latarbelakang agama yang sangat kukuh dan mengagumkan.Bahkan Syeikh Ahmad Deedat di zaman mudanya bukannya menuntut ilmu agama tetapi juga mempelajari ilmu bible semata-mata niat untuk berdakwah; membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang terunggul.
Tetapi di Malaysia, cadangan dialog atau suruhanjaya antara agama itu menimbulkan bantahan kerana pelbagai sebab. Jika sebabnya kerana suruhanjaya tersebut bertujuan untuk mempertikaikan kedudukan Islam dalam artikel 3 dan 121 FC maka itu sangat wajar kerana pada hemat saya tidak ada perlu yang dipertikaikan kerana sudah jelas bahawa agama rasmi negara adalah agama Islam.Kenapa harus dipersoalkan kedudukan Islam di negara ini? Bahkan perkara ini sudah dipersetujui sewaktu penggubalan undang2 di bawah suruhanjaya Reid tahun 1955. Antara sebab yang berikutnya ialah majlis tersebut kelihatan untuk menyama taraf agama Islam dan agama lain di Malaysia. Ini berlaku kerana ahli2 panel dan peserta yang hadir dalam majlis itu bukanlah mereka yang arif tentang agama. Apakah ahli2 panel itu terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai latarbelakang agama dan kemudian mahu berbicara tentang Islam? Saya bukan merendah-rendahkan sesiapa tetapi seperti yang saya cadangkan bahawa ahli2 panel tersebut haruslah terdiri daripada para alim ulama atau mufti bersama dengan pemimpin agama lain. Agama Islam tidak melarang kita untuk duduk bersama dan semeja dengan pemimpin agama yang lain apatah lagi kalau isu2 yang dibincangkan bukanlah untuk mencari salah siapa tetapi lebih menjurus kepada isu2 semasa seperti keganasan, jenayah yang semakin meruncing, peningkatan penyakit HIV/AIDS atau penjagaan alam sekitar. Majlis tersebut boleh menjadi satu peluang kepada ulama atau mufti Islam untuk menjelaskan hal sebenar tentang Islam, imej dan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam dan sekaligus dapat memperbetulkan tanggapan negatif kepada agama kita selama ini. Tetapi kalau majlis tersebut bukanlah bermotifkan apa yang dicadangkan ini baik batalkan sahajalah sebab ia hanya akan membawa kepada ancaman kestabilan kaum.
Satu mekanisme dan kajian terperinci mesti dibuat sebelum melaksanakan sesuatu perkara kerana setiap perkara yang diputuskan akan memberi kesan pada masa depan. Janganlah buat sesuatu yang flip-flop, yang mula2nya dicadangkan kemudian dikaji dan kemudian dibatalkan. Ia perlu penelitian dan perancangan yang terperinci. Biarlah memakan masa tetapi demi masa depan ia harus diambil kira..

'Kebenaran akan tetap datang'

2 comments:

  1. cepat masuk tido..slalu tido lambat sbb tu la sakit2. *berleter* hehe..
    sgt mngate dulang paku serpih kan.
    gud nyte.

    ReplyDelete
  2. tula..dah kena balik penyakit dulu-insomnia-
    that's why z x sokong mana2.Jadi neutral lagi bagus.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)