Friday, March 6, 2009

LOVE-COUPLE-SIN-MARRIAGE-HAPPINESS

Ha amek berantai2 tajuk blog pakcik hari ini hehehe.Sebenarnya aku seboleh-bolehnya taknak isu yang sangat sensitif ini baik di kalangan remaja ataupun retua zaman ini. Meskipun dahulu sering menjadi tempat rujukan dan sesi 'mendengar cerita2 cinta' tapi sejak masuk uitm ni dah tak aktif lagi dalam bidang ni. Lagipun dah 4 tahun aku x merasa perkataan kedua dari tajuk di atas-couple. Meskipun ada meletakkan sedikit usaha untuk mempunyai pasangan dalam masa 4 tahun tersebut tetapi ditakdirkan Tuhan masih single hingga ke saat ini. Barangkali Tuhan tahu aku bukanlah orang yang kuat iman sepertimana mereka2 yang bercouple di luar sana boleh jaga batas2 syariat(sarcastic i know). Tetapi apabila perkara ini telah bersangkut paut dengan agama Islam dan juga identiti Melayu maka dengan rela hati aku memulakan bicara tentang soal cinta-kapel-dosa-kahwin-kebahagiaan.Kalau boleh xnak le cerita panjang2 koz korang lagi terer daripada aku dan barangkali ada yang kata aku x layak untuk berbicara tentang hal ini. Tapi nak wat camne kan dah blog aku so aku ada hak le nak tulis apa pun kan2?
Sesetengah berpendapat bahawa hukum berkapel adalah haram. Sesetengahnya pulak kata tidak. Cinta adalah hadiah yang Tuhan berikan kepada kita dan hadiah itu adalah hadiah yang tidak ternilai kerana dengan cintalah kita masih bisa hidup ketika ini. Biasanya kalau orang kasi kita hadiah kita akan bertambah sayang kat orang yang kasi kita hadiah kan?Begitu juga dengan hadiah cinta ini yang pastinya apabila dikembalikan semula kepada hakikat bahawa ia adalah pemberian Tuhan pencipta seluruh alam maka pasti bertambah syukur dan mahabbah kita padaNya.Maka cinta itu tidak boleh dinafikan, ia adalah satu lumrah sejati sejak penciptaan Nabi Adam as.Meskipun hidup dalam kesenangan di syurga tetapi kebahagiaannya itu terasa kosong tanpa pasangan. Kerana itu Allah menciptakan Hawa. Kerana cinta Adam yang masih setia sejak dari syurga, baginda sanggup meredah isi dunia untuk mencari semula Hawa dan cinta pemberian Tuhan telah menemukan mereka di Padang Arafah. Begitu hebatnya cinta sehingga mampu mendorong seseorang untuk terus hidup meskipun dihimpit kemiskinan,kesengsaraan dan bergelumang dengan ajal dan maut ketika di medan perang.Dan bagaimana cinta Tuhan kepada manusia apabila disimpanNya lagi 99 rahmatNya untuk di akhirat kelak.
Ok berbalik kepada pasal couple. Aku bukanlah orang yang layak untuk menghukum atau mengatakan seseorang itu berdosa dan masuk neraka kalau berkapel. Diri sendiri pun xtau masuk neraka ke tidak dan biarlah Tuhan saja yang layak untuk menghukum pasal benda ini. Terdapat pendapat mengatakan bahawa pacaran itu haram karena dikhuatiri pacaran itu bisa menjurus kepada kemaksiatan dan perzinaan. Sesungguhnya perzinaan itu merupakan salah satu dosa besar dan pengharaman zina itu untuk menjaga nasab,keturunan dan kesucian tali pewarisan umat Islam. Apa jenis generasi Islam masa depan yang lahir dari rahim wanita2 yang berzina?Apakah mereka ini bisa mempertahankan Islam dan merebut Jerusalem semula daripada tangan Zionis?Maka sebab itu Islam sangat menjaga kesucian keturunan generasi akan datang supaya Islam terus bertambah kuat dan mantap. Tidak juga terdapat mana2 mazhab yang mengharamkan couple ini apatah lagi fatwa yang dikeluarkan oleh para mufti. Cuma dikatakan haram adalah mengelakkan daripada perzinaan bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Kadang2 kita sendiri pun jelik tengok orang bercouple ni siang malam berkepit dan yang tak boleh tahan tu siap buat maksiat terang-terangan. Lebih menyedihkan ramai yang ditangkap khalwat adalah mereka yang bertudung.
Maka timbul pula satu persoalan; habis yang dah bercouple takkan nak putus? Tipu kalau cakap putus tak rasa sedih dan kecewa. Menurut ustaz Pahrol Juoi dalam bukunya 'Bicara Tentang Cinta' terbitan Telaga Biru beliau menjawab dengan sederhana ' kepada yang dah terlanjur bercouple ubahlah diri supaya tidak terjerumus dalam kemaksiatan dan cepatkanlah pernikahan sementara yang belum bercouple dinasihatkan supaya tidak bercouple'. Maka aku mengambil langkah dan fikiran yang sederhana juga; sesiapa yang belum berkapel tak payah nak test2 berkapel kalau dah suka tu doa2 kat Tuhan mudah-mudahan Tuhan menjodohkan kita dengan dia. Kalau kapel pun dekat 30-40 tahun tapi kalau Tuhan kata TIDAK maka tidaklah juga. Karena itu semuanya harus diserahkan pada Tuhan. Silap2 xpenah buat maksiat akibat teruja sangat berkapel ni terus terlibat dalam benda dosa2 ni plak. Bak kata Khalil Gibran ' cinta bukanlah datang kerana perkenalan yang lama tetapi keserasian dalam hati.' Maka keserasian hati itu ditentukan oleh: TUHAN. Maka kepada yang dah berkapel tu pulak, susah sikit nak cakap sebab bila dah kapel xkanlah xnak keluar berjumpa ke ape kan tapi aku menasihatkan(nak dengar dengarlah xnak dengar tutup je terus blog aku ni) supaya biarlah tujuan itu tepat lagi benar-rasmikan hubungan korang dengan tunang ataupun kahwin. Sape cakap muda2 xboleh kahwin? Ulama terkemuka Yusuf Al-Qardhawi sendiri berkahwin ketika berada di tahun dua ijazah Sarjana Muda di Al Azhar dan ternyata perkahwinan beliau itu tidak menghalang beliau untuk menjadi pelajar cemerlang sehingga dia sendiri pernah berkata 'kalaulah sebelum ini, saya mengetahui kebaikan dalam perkahwinan seperti yang saya ketahui kini (setelah berkahwin), nescaya saya akan berkahwin sejak dari tahun 1 lagi". Tapi dia dah tahun dua ijazah sarjana muda yang rata2 sedang membaca sekarang masih lagi di semester dua asasi undang2 dan korang pun punya alasan sendiri untuk terus berkapel dan xnak memikirkan soal kahwin. Kawin muda2 xda life, hidup terkongkong banyak komitmen etc2. Tapi lebih kurang je hidup berkapel dan berkahwin.Paling2 beza pun kat uitm kedah ni xdela kolej untuk mereka2 yang dah berkahwin, kenalah sewa rumah kat luar. Untuk penjelasan lebih lanjut disediakan pandangan dari sebuah bloh islamik yang telah dicopy oleh aku untuk bacaan semua:

Dr. Al-Qaradhawi dan Sheikh Atiyyah As-Saqqar lebih cenderung untuk tidak menggalakkan percintaan sebelum ada ikatan tidak syar'ie (seperti perkahwinan dan pertunangan), kerana ianya membawa kepada banyak perkara negatif berbanding perkara positif.Bahkan, Dr. Al-Qaradhawi menegaskan juga bahawa, percintaan sebelum perkahwinan tidak selalunya berakhir dengan kesudahan yang mengambirakan (perkahwinan), bahkan selalunya berakhir dengan penyesalan dan perpisahan.Kesimpulannya, "couple" itu sendiri tidak ada hukum yang khusus, kerana ianya merupakan suatu yang abstrak. Kalaulah ianya merujuk kepada cinta, maka ianya mubah (dibolehkan) kerana sememangnya fitrah manusia, tetapi perlulah diikat dengan ikatan murni syariat Islam iaitu perkahwinan atau pertunangan.Dalam tempoh pertunangan juga, pasangan perlulah menjaga hubungan mereka dengan batasan-batasan syari'at seperti, tidak berkhalwat (bersunyi-sunyian atau berdua-duaan di tempat sunyi), tidak bercakap dengan perkara-perkara yang tidak syar'ie dan membawa kepada syahwat, tidak melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar dan sebagainya.Adapun budaya "couple", percintaan tanpa ikatan syar'ie, walaupun ianya tidak digalakkan, namun jika sememangnya sudah terjebak dengan amalan tersebut, dari dorongan fitrah yang murni, maka jagalah batas-batas syari'at yang disebutkan sebelum ini, di samping bersegeralah dalam mengikatnya dengan ikatan-ikatan syar'ie supaya dapat mengelakkan banyak masalah lain dan menghindarkan dari terjerumus dalam lembah maksiat.Jika seseorang masih belum lagi terjebak dengan amalan "couple" ini, maka cubalah sedaya-upaya untuk tidak terjebak di dalamnya. Apabila sudah bertemu dengan idaman hati, maka bersegeralah dalam membina ikatan syariat (perkahwinan). Jika masih belum berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, maka hindarilah dari memikirkan persoalan-persoalan tentang cinta tersebut, dengan menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran, sosial dan sebagainya.Alfaqir sekadar menaqalkan sahaja perbahasan-perbahasan ini dari para ulama' untuk kemanfaatan umum mengenai permasalahan ini.Semoga Allah s.w.t. menerima kita sebagai kekasih-Nya seterusnya mencampakkan nur kasih-Nya di dalam hati kita dan seterusnya menjadikan hanya cinta-Nyalah harapan kita.

Aku bukanlah nak jadi baik atau alim sebab umum mengetahui bahawa saya sangat rapat dengan perempuan2 di UiTM Kedah dan mungkin ramai yang mengkritik bahawa cakap aku x serupa bikin. Rapat2 aku pun xdela sampai pergi outing mahupun overnight berdua-duaan. Kalau berjumpa pun disebabkan urusan kerja atau belajar, kalau xnak langsung sebarang contact dengan berlainan jantina then kenalah cari universiti yang khusus untuk lelaki atau perempuan sahaja(ada ke kat malaysia?). Pandai2lah jaga batas diri dalam pergaulan.As long as i know what i do and what i do is not contrary with islamic teachings then i just keep going regardless of people says. God knows best.Aku pun kalau sebolehnya taknaklah kapel lama2 di masa hadapan. Kalau boleh dah ada rezeki n jodoh kahwin je terus. Kan lagi bahagia takda timbulnya fitnah yang tidak diingini.Walau bagaimanapun perkahwinan adalah matlamat utama seseorang dalam sesuatu hubungan bukannya mengamalkan konsep 'pakai dan buang'. Kalau yang dah kapel tu jagalah diri anda dan pasangan baik2 ingatlah(kepada lelaki) bahawa awekz korang tu bakal jadi isteri korang,ibu kepada anak2 korang. fikirkan masa depan korang dan juga untuk generasi2 akan datang. Jangan buat malu ayah dan mak dan keturunan2 terdahulu yang dah bersusah-payah mempertahankan institusi kekeluargaan. Yang belum berkapel tu relakskanlah diri tu k. Kita mendapat kebebasan dari beban2 yang harus ditanggung oleh mereka yang dah berkapel. Jangan sesekali mengutuk,menghukum orang yang berkapel kerana kita sendiri pun bukanlah perfect dan tak layak untuk menghukum sesiapa. Berdoalah moga2 kawan2 yang rapat ngan kita yang dah 'terlanjur' berkapel nih cepat2 makan nasi minyak hehehe. Memutuskan hubungan akan membawa kepada memutuskan silaturrahim dan bohong kalau dah clash tu walau apa sebab sekalipun, tetap akan menimbulkan rasa tersinggung dan benci yang kalau tak banyak, sedikit.
Itu sahajalah penjelasan yang boleh dibuat berkenaan soal cinta ini. Sekali lagi dipohon maaf kepada mereka yang terasa sepertimana yang terasa membaca blog aku tentang isu2 politik sebelum ini kerana ini merupakan pandangan dan pendapat aku sendiri. Setiap manusia berhak mempunyai pandangan dan idea sendiri dan tidaklah layak kita mengatakan pendapat orang itu salah atau benar kerana salah atau benar itu terletak pada persepsi masing-masing.
''Manusia hanya mengenal cinta sejati apabila cinta yang dianggap sejati itu mengkhianati dirinya''-ZHARIF.

3 comments:

  1. yesh.
    sgt2 agreed gan z.

    cinta itu kan fitrah.
    kte xdpt lari dr perasaan ingn dcintai dan mcintai.
    islam x melarang kte utk bcnta.
    kerna islam itu sndiri penuh dgn kasih syg.
    tapi biarlah ada batasannya.

    hee~

    ReplyDelete
  2. yes..cinta tak salah..
    tapi manusia yg mengotorkan cinta tu..

    ReplyDelete
  3. what a great issue! interesting sgt...memang btul kita bleh berkasih syg selagi x melanggar batasan....tapi brape rmai yg tau n pasti ttg 'BATASAN2' tue? (terutamanya the teenagers)Many people not clear about these...huhu...

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)