Thursday, December 31, 2009

Abang Teksi

1. Sepanjang tahun ini aku banyak menggunakan pengangkutan awam; kalau tak LRT, teksi akan menjadi pilihan dan semalam aku dah mendapat satu lagi pengangkutan awam yang boleh digunakan sebagai alternatif iaitu bas RapidKL. Lagi murah; dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tambang cuma RM1.00.

2. Pemandu teksi adalah golongan yang paling banyak berinteraksi dengan rakyat Malaysia secara amnya dan mereka telah bertemu dengan pelbagai jenis latarbelakang manusia bahkan dalam sesetengah perkara mereka boleh menjadi penasihat kepada Kementerian JalanRaya; para pemandu teksi mempunyai pengetahuan selok-belok jalan di sesetengah tempat dan mereka juga sudah lali dengan kesesakan jalan raya jadi sudah tentu mereka tahu punca dan penyelesaian terhadap masalah ini.

3.Malangnya ada seorang menteri telah menyamakan pemandu teksi kita dengan 'jamban'. Aku tak tahu samada menteri ini pernah menaiki teksi atau tidak tapi kalau pernah pasti beliau akan berfikir dua kali sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.

4.Sebab pemandu teksi juga merupakan surveyor terhadap sokongan rakyat kepada kerajaan sebab itu jangan terkejut ada YB yang berlakon jadi pemandu teksi dalam filem pendek berkenaan 1Malaysia. Siapa cakap pemandu teksi tak penting?

5. Dalam kesempatan yang ada aku akan berpeluang untuk bercerita hal-hal seputar politik bersama pemandu-pemandu teksi. Ternyata mereka adalah telinga rakyat yang sebenarnya, mereka tahu apa yang rakyat tak suka dan kenapa rakyat tidak menyokong kerajaan. Secara amnya, dari awal tahun hingga ke hujung tahun ini tidak banyak perubahan yang aku dengar. Momentum positif yang dicanang rupanya masih jauh dari sebenar. Sokongan terhadap kerajaan sekarang masih lemah; perubahan rakyat daripada tidak menyokong kepada menyokong terlalu perlahan dan dikhuatiri jika senario ini berlanjutan tidak mustahil PRU akan datang menyaksikan negara kita akan mendapat kerajaan baru.

6.Seperti kata seorang pemandu teksi berbangsa India yakni generasi muda tidak menyokong kerajaan. Itu aku tak nafikan bahkan momentum sokongan siswa IPT pun tidak banyak perubahan. Berikut disenaraikan beberapa sebab musabab rakyat masih tidak menyokong kerajaan:
  • Peribadi pemimpin & keluarga
  • Rasuah bermula sejak peringkat cawangan
  • Ketua Pemuda UMNO yang korup
  • Isu perkauman

7. Ada banyak lagi sebab-sebab kenapa rakyat masih lagi berada dalam mood indifferent atau tidak menyokong kerajaan tetapi cukuplah empat di atas. Kalau tidak ada juga sebarang langkah untuk mengatasi masalah tersebut maka tak perlulah aku ingatkan sekali lagi apa yang akan terjadi kepada PRU akan datang.

8. Harapan aku untuk kerajaan sekarang untuk tahun 2010? Cukup aku letakkan satu sahaja: Sila kembali ke landasan yang dahulu di mana kita menjadi juara negara dunia ketiga dan menjadi suara kepada negara-negara Islam. Tak perlulah nak jaga hati negara besar tu. Masa serang saudara kita di Iraq dan Palestin takda pun dia nak jaga hati kita. Yang kita nak jaga hati dia kenapa?

9. Oh mungkin ini jawapannya: ''Nak jaga kesejahteraan rakyat. Kalau AS dah tak melabur dan berdagang dengan kita macammana rakyat nak hidup sejahtera dan negara maju.''

10. Err satu lagi permintaan boleh? Tolong buang mereka yang dah terang-terangan korup dan lagi mengkorupkan negara. Kalau tak boleh tak apalah nanti kat 'dunia' yang lagi satu aku tuntutlah hak aku sebagai 'rakyat yang sepatutnya didahulukan'. Kalau rakyat dah cakap tak suka tapi tak nak dengar itu bukannya didahulukan lagi.

Selamat tahun baru 2010.

Friday, December 25, 2009

JANGAN JADI PENGECUT!

1. Bagaimana Pahang boleh menerima seorang penasihat British pada satu ketika dahulu?

2. Kalau mengikut sejarah ia disebabkan oleh kematian seorang penduduk yang membawa kepada alasan bahawa Pahang tidak mampu menjaga keselamatan dan keamanan negerinya sendiri. Akhirnya negeri ini menerima penasihat British.

3.Begitu juga di negeri-negeri lain. Perak contohnya, pergaduhan yang berlarutan untuk menguasai bijih timah dan perebutan takhta telah membawa kepada kekacauan dan ketidakstabilan kepada negeri tersebut. Akhirnya seorang residen British telah dilantik.

4. Apabila keselamatan negara dikompromi maka ia dianggap sebagai satu malapetaka kerana dengan kelemahan ini musuh di luar sana akan mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi keadaan. Mungkin tidak dengan menyerang secara terus tetapi menggunakan taktik seperti zaman kolonial dahulu yakni penjajahan secara senyap.

5. Kalau dahulu pada tahun 1998 ada kuasa besar yang cuba menjajah negara kita menerusi jalan ekonomi kini pada tahun 2009 kuasa besar ini mencari jalan lain.

6. Penarikan balik diplomat kita di Vienna kerana tidak menyokong dasar AS terhadap Iran merupakan satu impak di mana sekarang ini kita tidak boleh melawan apa yang AS buat. Kita dilihat sudah cenderung untuk memihak kepada AS dalam isu hubungan luar dan mengenepikan tanggungjawab sebagai salah satu komuniti dalam dunia Islam.

7. Bahkan sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi, hubungan luar ketika sangat dingin dan tidak ada reaksi yang menggerunkan sesiapa- aku fikir apabila berganti tampuk pemerintahan akan berubah jugalah hubungan luar tetapi sangkaanku meleset. Isu-isu yang melibatkan negara dunia ketiga dan negara Islam tidak mendapat respons yang konstruktif daripada kerajaan Malaysia. Tidak seperti dalam pentadbiran Tun Mahathir, 'jahat-jahat' dia pun masih berani menentang dasar berat sebelah AS secara terbuka. Beliau langsung tidak gentar untuk menghadapi sebarang kecaman; jauh sekali meminta pujian dari media Barat atau pengiktirafan daripada mereka.

8. Apa guna sebarang pujian dan pengiktirafan kalau semua itu tidak dapat membela kita di akhirat kelak saat di tanya Tuhan ''Apa yang telah kamu lakukan untuk membantu saudara kamu di Palestin, Iraq dan Afghanistan?''

9. Dan sekarang AS meminta laporan penuh tentang kehilangan dua enjin jet negara kita. Kes ini dikhuatiri akan membawa kepada campurtangan AS dalam isu pertahanan negara dengan lebih lanjut dan ini akan memberi satu lagi impak yang negatif kepada negara kita. Kalau mereka dah 'pegang' pertahanan negara faham-faham sahajalah. Pertahanan negara adalah public interest, kalau keselamatan negara telah dikompromi maka keselamatan rakyat juga akan dikompromi juga.

10.Berdoalah mereka (AS) itu tidak mempelajari sejarah bagaimana British berjaya menjajah negara kita tanpa perlu menumpahkan darah tenteranya sendiri. Dan berdoalah kerajaan Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang mempelajari sejarah negara kita dan tahu betapa liciknya kuasa barat dalam 'menjajah' negara lain.

11. And pray that we still have 'balls' to fight against any injustice committed by America towards the innocent people. America is not our God then why we should afraid of?

Ada cerita best daripada pemandu teksi dalam entri akan datang..

Monday, December 21, 2009

Blog To Unblock


1. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru- 2010. Bererti usia juga akan bertambah dan tidak ketinggalan juga usia blog ini juga akan bertambah menjadi setahun. Tak sangka dah setahun memegang status blogger dan alhamdulilah blog ini tidaklah terbengkalai begitu lama. Paling lama pun aku tinggalkan mungkin 2-3 hari tapi lepas tu mesti posting balik sebab taknak blog ni jadi macam rumah kosong. Kalau aku tak blogging ada 2 perkara sahaja: samada aku sibuk atau tak ada idea nak tulis. Yela nanti kalau aku tulis tanpa arah tujuan pun tak best jugak, sekurang-kurangnya setiap entri aku dapat memberi informasi dan 'kesegaran' idea-idea baru.
2. Bila tengok balik entri pertama jelas tujuan aku blogging ni hanya untuk memberi laporan berkenaan aktiviti kelab asasi undang-undang sahaja. Masa tu tengah jadi naib setiausaha jadi kenalah buat kerja sedikit. Tapi masuk sahaja bulan kedua blog aku ni dah bertukar orientasi dan menjadi lebih serius- politik. Tapi aku masih mengekalkan sentimen sebagai seorang blogger biasa; masih juga aku menceritakan hal-hal seharian dan juga berkenaan perkara-perkara yang kurang sedikit seriusnya.
3. Terdapat macam-macam jenis blog dalam dunia internet ni. Ada blog seperti diari peribadi- menceritakan tentang hal sendiri semata. Tak kurang juga yang ceritakan tentang aktiviti-aktiviti harian ( terutamanya para artis dan selebriti) dan ada juga yang berminat menulis akan isu semasa mahupun politik. Tapi menurut aku blog yang paling rendah statusnya adalah blog yang hanya menabur fitnah dan menyebarkan berita-berita palsu serta mengamalkan budaya ad hominem @ serangan peribadi.
4.Tak dinafikan bahawa blog adalah hak penulis untuk menulis apa yang disukai tetapi bak kata cikgu normah '' Orang akan menilai setiap bahan tulisan kita'' jadi secara tidak langsung blog juga akan mendedahkan identiti anda sebenar. Kalau sang blogger tu kaki fitnah kemungkinan besar dalam kehidupan sebenar dia pun suka menyebarkan fitnah. Jadi tak baguslah kalau seseorang membuat blog semata-mata untuk memalukan dan memburukkan orang lain serta menyebarkan berita-berita palsu.
5. Menjadi blogger selama setahun ini juga telah mengajar aku untuk sentiasa berlapang dada menerima sebarang pandangan daripada orang lain. Secara jujur aku sangat gembira bila dapat komentar daripada para pembaca, baik komen2 tersebut berbentuk pujian mahupun kutukan. Bererti dunia kita ini tidak membosankan; bayangkan kalau semua orang bersetuju dan hanya memuji apa yang kita buat. Seronok kalau dapat dengar pandangan mahupun kritikan walaupun kadang-kala kritikan tu hanya berbentuk serangan peribadi dan hanya sekadar untuk menyakitkan hati.
6. Blog juga telah menemukan aku dengan ramai orang tak kira latarbelakang apa sekalipun. Cuma aku mengharapkan supaya dapat lebih ramai kenalan daripada kaum lain serta dari luar negara. Bila dah ramai-ramai ni kadang2 xsempat nak menjenguk ke blog diaorang dan pohon maaf jika ada lagi blog member2 yang masih belum aku link. Insyallah akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.
7. Media perdana semakin hari akan mendapat sambutan yang semakin berkurangan kerana masyarakat sekarang lebih berminat menggunakan internet terutama blog dan laman web untuk mendapat berita sebenar. Secara jujur aku pun dah 'muak' dengan sesetengah media massa yang banyak menceritakan hal politik dan artis. Tak kisahlah kalau nak cerita pasal politik tapi kalau dah hari-hari politik, hari-hari asyik ceritakan keburukan orang itu ini, hari-hari asyik tunjukkan 'muka' orang yang cover kesalahan masa lampau dengan mengetengahkan lebih banyak kebaikan yang dia buat, sesiapa pun akan jadi bosan dan akan beralih ke media alternatif iaitu internet. Justeru secara jujur aku berpendapat blog akan menjadi tumpuan masyarakat di masa akan datang dan mereka akan lebih berminat untuk mendengar berita-berita dan story dari internet. Samada benar atau tidak yang penting mereka dapat tahu cerita dari pelbagai sudut dan pelbagai pihak.
8.Tapi kalau nak cari cerita atau news kat blog ini mintak maaflah sebab aku takda nak posting berita2 terkini yang penuh dengan informasi semata. Cara aku untuk menjadi seorang blogger adalah mudah: aku gabungkan berita atau informasi dengan idea serta pandangan aku sendiri. Kemudian aku serahkan kepada pembaca untuk menilai dan berfikir sendiri. Aku tak nak paksa orang supaya percaya dengan berita ataupun informasi yang diberikan sebab itu aku membuka ruang untuk berdiskusi dengan menyampaikan pendapat dan pandangan untuk setiap informasi yang aku ketengahkan.
9. Azam sebagai seorang blogger tahun 2010? Aku mahu mengetengahkan lebih banyak idea-idea baru dan segar, kalau boleh yang lain daripada arus pemikiran konvensional. Aku juga tidak akan menjadikan blog ini sebagai centre of politic tetapi akan menjadi sebuah blog yang lebih variasi, yang dapat mengupas lebih banyak isu-isu semasa selain daripada politik. Mungkin juga tentang hidup aku sebagai seorang pelajar dan juga sebagai rakyat Malaysia amnya.
10. Di bahagian atas blog ini disediakan satu 'kuasa' untuk para pembaca membuat pandangan sendiri tentang blog ini dan segala komentar, pandangan sangat dialukan dalam ruang komen di entri. Kadang-kadang bila kita dah jauh sangat berjalan tak sedar jalan kita tu lurus ke tidak jadi mendapatkan feedback daripada orang lain adalah sangat penting dan bermanfaat. Pada sesiapa yang masih belum ada blog sendiri diharapkan korang akan buat blog dan pada sesiapa yang ada teruskan menjadi blogger dan mudah-mudahan setiap tulisan kita akan menjadi manfaat kepada orang lain.
11. Persoalannya: Sampai bila aku akan menjadi blogger? sori takda rancangan nak 'berpencen' daripada menjadi seorang blogger buat masa sekarang.
PAS dah buat konvenyen blogger PAS 2009..Yang lain bila lagi?

Saturday, December 19, 2009

Menilai Dan Dinilai


1. Penilaian terhadap prestasi kerajaan menerusi NKRA sudah pun dimaklumkan kepada orang ramai. Malangnya orang-orang seperti aku tidak berkesempatan untuk pergi dan aku yakin ramai juga orang2 muda yang tak hadir (mengikut laporan NST setiausaha NUTP mencadangkan supaya hari terbuka NKRA dibuka lebih lama untuk menarik orang muda).
2. Memandangkan aku masih skeptikal bahawa pandangan dan idea aku akan didengar oleh mereka-mereka yang 'di atas' tu jadi lebih baik aku letakkan pandangan aku kat blog ini. Sangat berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri keempat kerana tidak mengenakan sekatan internet atau internet 'censoring'. Kalau tidak tak da tempatlah untuk aku tulis itu ini.
3. Sebelum aku tulis panjang lebar adalah baik untuk aku perjelaskan apa itu NKRA. Ia terdiri daripada 6 komponen: Mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar, menambah baik pengangkutan awam. Ia melibatkan beberapa kementerian untuk mencapai objektif tersebut.
4. Pandangan pertama: TANGGUNGJAWAB
Kalau dilihat keenam-enam komponen tersebut beserta dengan kementerian yang bertanggungjawab aku berpendapat ada kekurangan di beberapa komponen tersebut. Antaranya adalah memerangi rasuah yang digalas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri Abdul Aziz. Aku berpendapat dalam hal memerangi rasuah ini seharusnya digandingkan bersama dengan Menteri Agama Brigd Jen Jamil Khir kerana aku yakin untuk memerangi rasuah juga memerlukan pendekatan agama. Bila ada pegangan agama yang kuat barulah rasuah dapat dibendung. Begitu juga dengan meluaskan akses pendidikan seharusnya kementerian pengajian tinggi juga perlu berganding bahu bersama kementerian pendidikan untuk mencapai objektif tersebut kerana perhatian bukan sahaja diberikan untuk pengambilan pelajar-pelajar baru di peringkat sekolah rendah tetapi kesinambungan selepas sekolah juga penting kerana aku berpendapat ada juga pelajar-pelajar lepasan SPM tidak berpeluang untuk melanjut pelajaran ke IPT atas sebab-sebab tertentu.
5.Pandangan kedua: SPESIFIK
Terdetik di hati aku kenapa objektif-objektif tersebut tidak dimudahkan?Maksud aku ialah mudah difahami oleh rakyat dan lebih jelas apa sebenarnya yang hendak dicapai. Yang aku rasa jelas cuma akses pendidikan sahajalah sebab ada statistik untuk memastikan pelajar-pelajar baru masuk ke sekolah tapi yang lain? Contohnya kalau memerangi jenayah apa jenayah yang hendak dikurangkan?Berapa banyak penurunan kadar jenayah hendak dikurangkan? Bagaimana tahap keselamatan di setiap tempat? kalau pengangkutan awam pula apa yang hendak diperbaiki? Bukan setakat menambah lebih banyak bas dan LRT tetapi juga kualiti perkhidmatan mesti diutamakan. Lebih-lebih lagi pengguna Komuter KTM yang sentiasa terpaksa menunggu lebih lama akibat gangguan waktu perjalanan. Akibatnya banyak masa dibazirkan dan kekecewaan pasti timbul sebab isu ini dah lama sangat. Rakyat pun dah naik bosan.
6. Pandangan ketiga: KEMENTERIAN LAIN
NKRA hanya ditumpukan kepada beberapa kementerian sahaja tetapi bagaimana dengan kementerian lain? Aku juga berpendapat ada kementerian-kementerian yang terlibat dalam NKRA pun patut diberi objektif lain yang lebih tepat. Di bawah ini aku senaraikan beberapa kementerian bersama objektif-objektif yang aku rasakan sesuai untuk mereka:
a) Menteri di JPM hal ehwal agama- Mengurangkan kadar maksiat, pengukuhan institusi agama, program-program dakwah diperluaskan menggunakan teknologi
b)Kementerian Perumahan- Kuantiti projek-projek perumahan terbengkalai dikurangkan, program kitar semula perlu diperhalusi semula dan ikut modul yang dilaksanakan di kawasan perumahan Putrajaya
c) Kementerian Kesihatan- Penurunan jangkitan penyakit HIV/AIDS, Masalah demam denggi dikurangkan, kualiti gerai-gerai ditingkatkan, peratusan menderma darah bertambah
d) Kementerian Industri Antarabangsa- Jumlah Pelaburan Asing(FDI) ditingkatkan, kuantiti syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran luar negara, peningkatan industri kecil dan sederhana, kerjasama dengan negara-negara yang belum lagi menjalinkan hubungan perdagangan ditambah.
e)Kementerian IPT- Jumlah IPT yang mendapat status annex dipertingkatkan, kedudukan IPT Malaysia di ranking dunia diperbaiki, kenaikan jumlah pelajar-pelajar PhD dan kemasukan lebih banyak pelajar ke IPTA dan IPTS agar dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya setiap rakyat Malaysia mempunyai diploma atau ijazah.
f)Kementerian Luar Negara- Tahap hubungan dengan negara jiran , penglibatan lebih aktif dalam misi kemanusiaan terutama di negara-negara yang berkonflik, kebajikan rakyat @ pelajar Malaysia di luar negara dipertingkatkan
g) Kementerian Belia dan Sukan- Jumlah belia yang terlibat dengan dadah dan gejala sosial dikurangkan, prestasi atlet Malaysia di peringkat antarabangsa dan sasaran serta persiapan menghadapi sukan olimpik 2012 sekurang-kurangnya membawa balik satu emas, sasaran pasukan bola sepak ke piala dunia 2014, tahap pengurusan persatuan-persatuan sukan dipertingkatkan dan penglibatan belia dalam bidang sukan
h) Kementerian Pelancongan- Jumlah pelancong asing melawat Malaysia ditingkatkan, tahap promosi pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan di lokasi pelancongan
i) Kementerian Sumber Manusia- Jumlah pengangguran dikurangkan, masalah amah dan pekerja asing dikurangkan, penyertaan lebih ramai tenaga pekerja dari dalam negara sendiri.
j) Kementerian Pengguna- Pengawalan barang-barang makanan, kes-kes aduan pengguna dapat diselesaikan, kekurangan bekalan makanan komoditi dapat diatasi
k) Kementerian Jalan Raya- Infrastruktur jalan yang lebih baik, pengurangan kadar kesesakan jalan raya, penggunaan touch n go yang lebih meluas untuk mengatasi kesesakan, lorong-lorong untuk setiap jenis kenderaan diperluaskan.
l) Kementerian Pengangkutan- Kurangkan kadar kemalangan, penambahbaikan kualiti pengangkutan awam.
m) Kementerian Pertahanan- Jumlah kemasukan anggota tentera terutama di kalangan bukan Melayu ditambah, peningkatan kualiti senjata dan pertahanan, kebajikan keluarga anggota tentera diperbaiki.
n) Kementerian Wilayah Persekutuan- Tahap kebersihan kemudahan awam di bandar raya ditingkatkan, masalah setinggan dikurangkan, tahap keselamatan di bandar-bandar dipertingkatkan.
o) Kementerian Sains Teknologi- Lebih banyak akses internet, penciptaan barang teknologi dari tempatan dikomersialkan dan R&D ditingkatkan
7. Itu hanya sebahagian kementerian yang sempat aku sentuh dan aku yakin ada lagi kementerian-kementerian yang tidak aku sebutkan di atas. Oh dan seperkara lagi, sasaran untuk indeks prestasi ini juga harus spesifik: contohnya kementerian IPT mendapat maklumbalas dari pelajar-pelajar dan warga IPT, kementerian pertahanan ambil maklumbalas dari anggota tentera, kementerian pengangkutan ambil maklumbalas dari pengguna jalan raya. Perluaskan akses maklumbalas tersebut supaya rakyat lebih mudah didekati atau bahasa mudahnya 'keep in touch'. Ataupun gunakan kemudahan teknologi seperti mendekati rakyat dan memberi rakyat kemudahan untuk memberi maklumbalas di laman-laman sosial seperti facebook ataupun menyediakan borang2 maklumbalas di tempat kerja kakitangan awam.
8. Mungkin apa yang ditulis dalam entri kali ini telah diketahui oleh para pembaca.Mungkin juga telah dijelaskan sewaktu hari terbuka NKRA atau mungkin telahpun diambil sebagai sasaran oleh kementerian terbabit. Mungkin juga kedengaran seperti idea yang kurang matang atau childish. Tetapi itulah pendapat yang aku hendak berikan sebagai seorang rakyat Malaysia, pelajar IPT dan bakal pengundi serta pembayar cukai kelak. Setiap mereka yang mempunyai status warganegara Malaysia berhak untuk memberi pendapat dan maklumbalas.
nak dengar juga pendapat dari golongan guru, petani, pekerja-pekerja kakitangan awam & swasta, peniaga2 kedai,surirumah dan rakyat biasa umumnya. Baru lebih jelas, spesifik dan mudah difahami.

Friday, December 18, 2009

ON HIS TUN SERVICE episode II PART 3: MALAM MASIH PANJANG


1. Konvensyen hari kedua. Masih lagi kabur.Terasa seperti konvensyen perpaduan ummah ini tidak bergerak menuju ke satu suara yang sama, satu tindakan atau resolusi yang aku inginkan hanya tinggal ingin sahaja. Kecewa? Tak sangat sebab aku pergi pun tak kena bayar apa-apa tapi tak taula peserta yang lain.
2. Apapun satu imej positif dari konvensyen ini ialah kejayaan penganjur menjemput wakil-wakil mazhab untuk duduk berbincang dan berkumpul membincang masalah ummah. Daripada wakil sunni, syiah hinggalah ke sufi dan salafi semuanya sanggup untuk bersama-sama dan berbincang.
3.Tibalah sesi terakhir dan aku menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan soalan telah diringkaskan iaitu '' What can we do to change our society from being the society that only agree and follow to a society that will lead and initiate our effort?''
4.Aku tak tahula samada penterjemah ni dia terjemah betul atau tidak tapi rata-rata speaker sangat 'marah' dan tercalar ego diaorang bila aku tanya soalan macamni.Mulalah dia start bagi ceramah pasal sejarah kegemilangan Islam, apa usaha yang telah kita buat iaitu buat pergerakan itu ini dan lain-lain.Yang pasti nada mereka sama; mereka tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa kita adalah society yang dianggap sebagai pak turut.
5.Aku tak de pun nak paksa semua orang setuju dengan pendapat aku. Bahkan Rasul sendiri pernah bersabda perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat.Itu tandanya kegeniusan dan perkembangan intelektual sedang berlaku dalam umat baginda. Tetapi malangnya aku tak diberi peluang untuk mempertahankan pendapat aku jadinya aku menggunakan peluang sebagai seorang blogger ni untuk 'backfire' balik.Samada diaorang baca atau tidak itu terpulang yang penting aku nak buktikan yang aku bukan seorang 'penunduk'; terima bulat2 apa orang cakap.
6. Apakah salah untuk kita bercerita tentang sejarah kegemilangan Islam? Tidak salah bahkan ia menjadi satu motivasi untuk kita mengulanginya semula. Tetapi apabila kita hanya bercerita tanpa mengambil pengajaran dan hikmah daripada sejarah tersebut maka apakah nilai sejarah tersebut? Kita asyik berbangga dengan masa lalu, dengan pencapaian pada masa dahulu dan menurut aku orang yang selalu membanggakan masa lalu adalah orang yang cuba mencari eskapisme dari masa sekarang.Mereka seakan tidak bersedia untuk mengharungi masa depan dan 'memujuk' diri mereka bahawa mereka dulu pernah mencapai itu ini tetapi hakikatnya mereka tidak berbuat apa-apa untuk masa sekarang dan masa depan. Padahal kita boleh mencipta sejarah kita sendiri, mengulangi kehebatan kita pada masa lalu dan membina semula sejarah baru daripada runtuhan sejarah lampau.
7.Apabila aku menggunakan perkataan effort dalam soalan tersebut bererti tindakan, usaha atau action. Memang betul kita ada buat bermacam pertubuhan dan konvensyen tetapi di mana usaha dan solusi? Kita banyak memberi pendapat dan idea tetapi apakah kita melaksanakan idea tersebut. Bagi mereka yang punya peluang,punya kedudukan dan kuasa sangat hebat bila berhujah dan bercakap tetapi bila sampai untuk bertindak ________(isi dengan perkataan yang sesuai)
8. Apa yang aku cuba sampaikan adalah kenapa kita harus terima bulat2 segala informasi dan laporan yang dibuat oleh Barat? Apabila mereka menuduh Hamas adalah pengganas semua mengangguk dan mengiyakan. Apabila mereka memberitahu dunia bahawa 9/11 adalah perbuatan orang Islam semua bersetuju tanpa membantah. Padahal serangan 9/11 itu kalau dikaji semula komfem itu adalah konspirasi yang dicipta oleh bekas Presiden AS sendiri; aku boleh cakap benda ni sebab inilah tajuk yang aku buat sewaktu persuasive speech semester lepas. Sebab itu jangan terkejut bilamana Bush menyerang Iraq dan 'berjaya' membunuh ribuan rakyat Iraq yang tidak berdosa kerana beliau sendiri sanggup untuk membunuh rakyat beliau sendiri.
9. lebih daripada itu, laporan2 seperti Goldstone Report yang menceritakan tentang jenayah perang di Gaza juga diterima meskipun kalau dilihat dari sudut lain Goldstone Report masih mengekalkan sentimen 'balance' yang aku ceritakan dalam entri yang lepas. Nah sekali lagi; kenapa tidak kita sendiri orang Islam yang pergi dan membuat laporan tersebut?Kenapa kita perlu terima dan ikut orang lain?
10.Seorang speaker ketika menjawab soalan aku tu agak sinis bunyinya '' If they can take from us at the past why can't we take it from them?'' dan ini pula jawapan aku ''If we take from them 100% without any new improvement and new suggestion aka innovation than what kind of society we are? We are just their a** follower''
11.Memang betul mereka ambil banyak daripada kita tetapi mereka tidak menerima bulat-bulat.Mereka ubah dan perbaiki semula. Inovasi dan perbaharui. Cabar pemikiran konvensional dan cari jalan unorthodox barulah kita dapat jadi 'the great ummah' seperti yang tertulis dalam Quran.
12. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi..semuanya telah diceritakan dan timbul penyesalan kerana aku didedahkan dengan perkara2 sebegini dalam usia yang masih muda.Sebab itu apa yang aku cakap dan cuba nyatakan dipandang remeh oleh golongan-golongan yang egois dan memandang rendah kepada orang muda. Macam kisah ''Hang Nadim dan Singapura dilanggar todak''.
Aku serahkan kepada yang sedang membaca untuk membuat kesimpulan...

Thursday, December 17, 2009

ON HIS TUN SERVICE episode II PART 2: DIPLOMASI ATAU HIPOKRASI?

1. Hari pertama sepatutnya habis pukul 5.30 petang tetapi aku stay sampai nak dekat pukul 7 sebab join satu lagi sesi unofficial berkenaan dengan diplomasi dalam Islam. Ia disampaikan oleh seorang penceramah yang berasal dari China.

2. Dari segi teori sangat lengkap dan perfect-takda siapa yang mempertikaikan bahawa Al-Quran dan Sunnah telah menyediakan modul lengkap untuk kita berdiplomasi. Tetapi persoalannya: praktikal?

3. Tiba waktu untuk sesi soal jawab. Aku pun bangun dan bertanyakan soalan ''Palestine-Israel conflict has continued for over 60 years. Do u still think that diplomacy relevant in this issue and how we want to implement it?''

4. Jawapan yang diberikan tidaklah sebagaimana yang aku harapkan tetapi kudos untuk beliau kerana beliau memahami tentang sejarah Palestin. Cuma yang aku sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh tuan moderator iaitu Tan Sri Hasmy Agam. Beliau adalah bekas diplomat Malaysia yang bertugas di PBB.

5. Tan Sri Hasmy memberitahu satu perkara yang sangat mengejutkan dan aku sampai sekarang masih terasa 'terpukul' dengan cerita tersebut. Sewaktu kejadian Israel menyerang Palestin pada satu ketika dahulu beliau telah melaksanakan satu draf resolusi untuk mengecam dan mengkritik perbuatan tersebut di PBB. Tetapi usaha tersebut mendapat sambutan dingin dari sebuah negara Arab-Islam yang meminta agar resolusi tersebut kelihatan sedikit 'lembut' dan balance. Lepas dah ubah negara tersebut minta tarik diri.

6.Sangat memalukan dan menghinakan. Negara Islam sendiri takut nak menyatakan kebenaran dan sekarang perkara tersebut dah menular ke negara kita apabila seorang diplomat negara telah diminta pulang kerana tidak menyokong dasar Amerika Syarikat.

7. Sejak mendengar cerita tersebut aku meragui usaha negara-negara Arab untuk membantu Palestin.Memang macam harapan la nak harapkan diaorang. Aku sendiri yakin satu hari nanti kalau Palestin bebas sekalipun bukanlah di tangan bangsa Arab.

8.Sekali lagi: Diplomasi masih relevan untuk krisis Palestin-Israel? Atau sekadar untuk menutup hipokrasi?

Ada orang tuduh orang lain sebagai kejam, diktator dll tetapi bila time nak mempertahankan saudara di Palestin, nak mengkritik kuasa besar cari jugak orang yang dituduh sebagai diktator tu. Yang kononnya berperibadi alim, warak dan lebih 'dihormati' oleh barat aka 'sahabat' beliau tak pulak nak kritik atau tegur ketidak adilan yang dilakukan oleh 'sahabat' dia tu. Macam tu ke perangai 'pejuang Islam' yang sebenar?

Wednesday, December 16, 2009

ON HIS TUN SERVICE episode II PART 1


1. Satu malam tak boleh tidur gara-gara tertidur melebihi waktu yang ditetapkan. Tak pasal-pasal aku dah boleh apply masuk citer 24 sebab mampu berjaga kira-kira 26 jam ( pastu balik rumah terus pengsan sampai xmakan malam).


2. Sebenarnya aku dapat offer untuk join Muslim Unity Convention yang dianjurkan oleh Ramadhan Foundation bertempat di PWTC. Mula2 tu aku dah cuak jugak sebab aku join pun atas nama organiser (Myevents) tapi pakaian mintak pakai baju formal. So bila event start aku ditugaskan untuk join security department. Hah asal?terkejut orang kurus macam aku boleh jadi security? haha yang penting boss kasi 5 bintang dan offer untuk join lagi for the future event
3. Di kala kebanyakan orang dah balik aku dan beberapa tetamu yang lain masih di PWTC untuk dengar colloqium yang dianjurkan oleh Beit Atfal pulak. Sebenarnya ada story ketika event ni berlangsung tapi tu nanti aku cerita dalam post akan datang sebab hari ini konvensyen tu masih berlangsung so better aku summarise semua benda nanti.
4. Time keluar dari PWCT dummm! hujan di waktu senja mengambil tempat di Kuala Lumpur. Kalau nak tunggu berhenti memang sampai malam la aku tercegat dengan baju kot tu. At last aku pun redah jela untuk sampai ke stesen LRT. Basah kuyup; orang sekeliling pandang semacam je. Seorang budak berpakaian lengkap kot warna hijau berlari macam kena kejar dengan orang lain dalam hujan lebat.
5.Dah habis satu cerita. Pergi naik LRT pakai kad touch n Go. Time kat stesen PWTC memang ok tapi bila nak keluar kat stesen Masjid Jamek ntah ape tiba-tiba kad aku tu tidak disahkan. Dunia aku jadi gelap-gelita dan terpaksalah aku back off memandangkan orang semakin ramai. Aku punya cara ialah nak pergi mintak bantuan kat akak yang bertugas kat kaunter tapi aku tengok dia pun macam buat tak kisah so aku pun dengan muka selamba dan tengok line clear ke tidak terus aku keluar ikut lorong pas bulanan. Nasib aku baik sebab takda pengawal yang jaga so aku pun terus jalan dan berlari secepat mungkin untuk keluar dari stesen masjid jamek tu. Dalam hati aku dah mula saspens kalau-kalau ada pak guard perasan dari cctv terus kejar cari aku kan susah. Tapi alhamdulilah sampai aku di rumah masih tiada orang yang ikut dan tahan aku.
6.Siapa cakap jadi ejen senang? jadi ejen nombor ekor pun susah sebab asyik kena lari daripada polis

Thursday, December 10, 2009

Awas!Mengandungi unsur rasis yang tidak keterlaluan

1. Entah pasal apa minggu ni banyak sangat benda-benda yang berkaitan dengan perkataan rasis (racist) atau lebih tepat perkauman. Aku pun baru tau yang rasis ni pun bukan setakat dalam politik tetapi time main game pun ada. Sangat hebat semangat perkauman ini.

2. Pasal BTN?Tak mahu komen panjang-panjang.Rasanya benda ni kalau nak komen atau pertikaikan patut buat dari dulu lagi sejak tahun 1974, bukannya sekarang tahun 2009 baru nak kecoh itu ini. Dah tak ada isu itu pasal kes 20-30 tahun dulu pun boleh dibangkitkan semula.Cuma terasa sinis sebab orang yang menuduh orang lain rasis sebenarnya dia pun rasis jugak.Kalau tak buat apa masuk parti yang berasaskan kaum.

3.Bila orang Melayu cerita sikit mengenai bab macamani terus mendapat anugerah rasis. Tak boleh sebut langsung pasal perkara-perkara yang berkaitan kaum ni. Orang Melayu kena jadi lemah-lembut, mesti banyak toleransi dan menjaga hati kaum lain. Itulah yang selalu menjadi mind-set sejak awal kemerdekaan lain. Demi mencapai semangat perpaduan dan kemerdekaan prinsip jus soli diterima dan sebagai galang ganti hak istimewa untuk kaum bumiputera diperkenalkan.

4.Tapi itu kalau orang Melayu. Kalau orang lain? Siapa yang menghina lagu negaraku di negara asing dengan menyanyikan lagu negarakuku? Siapa yang sekarang ini mempersoalkan hak istimewa bumiputera dengan sangat lantang dan kerap?Kononnya untuk mencapai matlamat 1Malaysia hak bumiputera mesti dihapuskan( memang dasar tak belajar sejarah. Dah dapat prinsip jus soli pun masih lupa diri). Siapa yang baru-baru ini mempertikaikan tindakan kerajaan membina banyak masjid dan pusat kegiatan agama Islam?( pergi buka buku perlembagaan persekutuan dan baca artikel 3 dan 12. Kalau tak faham juga sila rujuk pakar perlembagaan negara Prof Abdul Aziz Bari).

5.Kenapa orang-orang seperti dalam no.4 itu tidak dilabel sebagai rasis?Semua senyap kalau bangsa asing mempersoalkan itu ini berkenaan orang Melayu tapi bila kita cakap sedikit untuk menyuarakan pendapat berkenaan hak dan pendirian kita komfem dapat anugerah rasis itu dengan percuma.

6.Bukan bermaksud hendak rasis dan menyinggung perasaan kaum lain tapi inilah terjadi kalau orang tak faham tentang sejarah dan perlembagaan negara. Kalau nak cakap Malaysia mengamalkan rasis, jangan lupa untuk menjenguk negara jiran yang juga mengamalkan rasis secara senyap. Bahkan di Amerika sendiri pun kononnya sudah tidak mengamalkan rasis lagi kerana sudah ada Presiden berkulit hitam sekarang sebenarnya masih lagi mengamalkan rasis di beberapa tempat.

7.Rasis ada di mana-mana. Cuma ia tak perlu diperbesar atau diapi-apikan.

8.Soalan bonus: Apakah dengan belajar di institusi yang dikhaskan oleh kaum bumiputera sahaja membuatkan aku semakin rasis? Jawapan jujur: Tak terasa pun semakin rasis sebab kawan-kawan yang berbangsa Cina dan India masih lagi aku hubungi dan friendship kitaorang masih tetap maintain.Cuma aku menjadi lebih tahu tentang posisi sebenar dan mengetahui susur galur wujudnya hak bumiputera sejak masuk ke dalam UiTM ni.

Tengok telefilem Gadoh...satu pendedahan yang sangat terus-terang dan jujur pasal perihal rasis ni.

Wednesday, December 9, 2009

Melayu Mudah Lupa versi UMNO

1.Orang cakap kalau berdoa di hadapan kaabah doa kita pasti dimakbulkan Tuhan. Makcik aku yang pernah pergi Mekah berdoa agar penglihatan dia jadi baik dan tak perlu pakai cermin mata lagi. Dan doa beliau termakbul.

2. Ketua Pemuda UMNO akhirnya akan menjawat jawatan timbalan menteri. Desas-desus mengatakan beliau akan memegang jawatan di Kementerian Pengajian Tinggi @ IPT.

3. Fikir punya fikir akhirnya aku dapat dua sebab kenapa beliau dibawa ke dalam kementerian IPT. Yang pertama: beliau bekas pelajar Oxford dan mungkin boleh menggunakan pengetahuan dan pengalaman beliau di Oxford untuk diserapkan ke dalam IPTA dan IPTS. Kalau macam tu berita baik untuk semua mahasiswa kerana kita akan dapat duit 'biasiswa' yang lebih banyak. Paling sikit pun RM5000 dalam tangan.

4. Yang kedua: beliau Ketua Pemuda UMNO dan ini merupakan platform terbaik beliau untuk menarik golongan muda yang membentuk komuniti majoriti di IPT menyertai UMNO.Mungkinkah beliau akan menggunakan universiti untuk menambah sokongan orang muda ke atas UMNO?Atau mungkin beliau akan hadir dengan membawa satu isu yang kontroversi-barangkali cadangan untuk menghapuskan AUKU supaya dengan itu imej beliau di mata mahasiswa akan menjadi seperti seorang hero yang akan berusaha memansuhkan AUKU. Ini sekaligus akan membawa momentum 'cool down' dan mula yakin dengan kemampuan beliau sebagai Ketua Pemuda.

5. Tapi janganlah menyangka mahasiswa sekarang seperti budak-budak yang boleh digulakan dengan mudah. Takda sesiapa pun yang dapat melupakan 'dosa' beliau menggunakan duit untuk mendapat jawatan Ketua Pemuda. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melupakan peranan beliau dalam pentadbiran Tun Abdullah; bahkan tiada seseorang pun yang akan melupakan bagaimana beliau cuba menganugerahi mat rempit dengan gelaran baru: mat cemerlang.

6.Apakah dengan kemasukan beliau dalam kementerian IPT akan membawa sokongan positif daripada golongan muda kepada UMNO? Kalau diamati betul2 keputusan ini juga ibarat menggali kubur sendiri sebab parti pembangkang akan mengeksploitasi golongan siswa untuk terus menentang UMNO kerana menjadikan Ketua Pemuda yang menang kerana rasuah menjawat jawatan dalam kementerian IPT.

7.Dan ya pelantikan beliau tidak akan membawa sokongan siswa yang bakal menjadi pengundi baru pada PRU yang akan datang untuk mengundi UMNO.Tapi kalau pemimpin UMNO rasa boleh, aku ucapkan selamat bersedia untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya.

8.Kerana seorang, UMNO akan kehilangan berjuta undi daripada pengundi muda. Parti pembangkang dah boleh bertepuk tangan sekarang.

Melayu mudah lupa.UMNO mudah lupa.

Dengar cerita ada menteri kanan yang 'paksa' supaya KP UMNO ni jadi timbalan menteri. Rasa2 macam dah tau..

Monday, December 7, 2009

DEMOKRASI


1. Seorang penduduk Iraq memberitahu kepada seorang wartawan sejurus penaklukan AS ke atas Iraq tentang demokrasi. Komentar beliau cukup ringkas tetapi padat dengan mesej
'' Apakah perlu saya membayar demokrasi yang Bush bawa dengan nyawa 6 ahli keluarga saya yang telah terbunuh dalam serangan AS ke atas negara ini?''
2. Salah satu alasan serangan Amerika ke atas Iraq adalah membawa demokrasi ke negara tersebut dan menghentikan pemerintahan diktator Saddam Hussein. Anehnya kenapa AS tidak pergi menyerang negara yang mengamalkan pemerintahan diktator seperti di Korea Utara dan Cuba?
3. Kemenangan dalam Perang Dingin telah membawa dunia untuk menerima idea demokrasi dan menghapuskan fahaman komunisme. Demokrasi dikaitkan dengan kebebasan- tanpa sempadan. Ia telah membawa kepada penciptaan hak asasi manusia @ fundamental liberties serta membawa dunia ke era globalisasi. Ada juga berpendapat bahawa demokrasi adalah kebebasan mutlak-sesiapa pun bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu ada sekatan dan ia sangat berkait rapat dengan kebebasan bersuara yang seringkali menjadi pertikaian dalam isu demokrasi ini.
4. Salah satu usaha pentadbiran Tun Abdullah adalah membuang imej 'diktator' yang dibawa dalam pentadbiran Tun Mahathir. Maka beberapa pihak sudah menyuarakan pendapat dan kebebasan masing-masing; beberapa perhimpunan diadakan untuk menuntut hak mereka. Tetapi terbukti eksperimen ini gagal- pentadbiran Tun Abdullah dalam masa kurang dari 10 tahun telah merekodkan beberapa kali orang keluar masuk ISA. ISA digunakan secara radikal untuk menangkap golongan yang berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka. Nah adakah ini yang disebut demokrasi?
5. Apabila berlangsung satu perhimpunan atau demonstrasi kita akan berpegang teguh pada hak kebebasan fundamental artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi tanpa disedari demonstrasi itu juga telah mencabuli hak kebebasan orang lain- yang ingin bergerak dan keluar berhujung minggu bersama keluarga, yang ingin menziarahi sanak-saudara di hospital dan juga ancaman tindakan agresif yang membawa kepada kecederaan mahupun kematian ke atas orang yang tidak terlibat.
6. Dan kerana demokrasi, berpuluh ribu nyawa melayang di Iraq dan jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin besar. Atas nama kebebasan dan demokrasi di AS contohnya orang biasa diberikan lesen untuk memiliki senjata dan akibatnya kos keselamatan terpaksa ditingkatkan dan berlaku insiden pembunuhan yang tidak diingini.
Pendirian
1. Dalam hal demokrasi secara jujur aku sendiri tidak menyokong kebebasan 100%- liberalisme yang terlalu menjunjung demokrasi dan berhujah atas nama hak asasi manusia. Kalau diteliti hak asasi manusia yang diperjuangkan adakalanya bercanggah dengan pegangan agama Islam bahkan seakan menghina dan mempertikaikan hukum Tuhan. Hak asasi untuk kahwin sesama jenis tidaklah dapat diterima dalam agama Islam dan beberapa pandangan dikeluarkan kononnya hukuman hudud dan qisas dalam Islam adalah mencabuli hak asasi manusia.
2. Kebebasan punya keterbatasan dan had sempadan. Bahkan makna hudud itu sendiri membawa erti sempadan. Apakah yang akan jadi jika jalanraya tidak mempunyai lampu isyarat hanya kerana atas dasar tidak mahu mengongkong dan mengawal pengguna jalan raya? Apakah yang akan terjadi jika tiada hukuman dikenakan, tiada undang-undang untuk mengawal sikap manusia?Kalaulah Islam menghalalkan perkahwinan sejenis maka martabat manusia itu sendiri lebih rendah daripada haiwan- kerana haiwan sendiri tidak mengawan dengan sesama jenis.
3.Apabila manusia terlalu mengagungkan kebebasan mutlak maka kedudukan sebagai khalifah atau wakil Allah di atas muka bumi ini akan menjadi lebih hina daripada makhluk2 Allah yang lain.
4. Aku bersetuju dengan konsep demokrasi dalam ertikata memberi kebebasan untuk kita memilih siapa pemimpin kita dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat tanpa perlu mencabuli hak kebebasan orang lain. Atau ertikata lain; mengikut saluran yang benar. Pilihanraya adalah suara sebenar rakyat dan melalui pilihanraya kita berhak untuk memilih siapa yang akan mentadbir negara kita.
5. Tetapi aku tidak bersetuju andaikata seseorang pemimpin itu perlu mengamalkan kebebasan mutlak dan perlu menghapuskan undang-undang yang dilihat sebagai menghalang hak asasi manusia. Jika undang-undang itu mampu membawa kestabilan dan perpaduan maka apakah itu menjadi satu dosa dan kesalahan untuk mengawal maksud demokrasi?
6. Dan ya-aku seorang konservatif. Aku tidak berpegang pada prinsip democracy liberty yang diagungkan oleh barat. Aku lebih cenderung kepada demokrasi yang terkawal sesuai dengan melindungi kestabilan, perpaduan dan masa depan negara. Atau dalam dunia undang-undang golongan macam aku ni dipanggil naturalist- yang meyakini bahawa undang-undang adalah untuk membendung kejahatan ( Stephens) dan undang-undang ciptaan Tuhan adalah the supreme law( Aquinas)
7. Persoalannya: kenapa kita perlu menjadikan pandangan barat sebagai rujukan? Kenapa kita perlu menerima konsep hak kebebasan dan asasi mereka yang ada kalanya bertentangan dengan agama dan cara hidup kita?
8. Jika ada yang mahu menggunakan hujah demokrasi dan kebebasan mutlak mahupun hak asasi manusia yang bertentangan dengan syariat pada saat pengadilan di mahkamah Tuhan kelak silakan. Tetapi aku belum bersedia untuk menggunakan perkara ini sebagai hujah. Jika kita percaya Islam sebagai agama yang syumul, ad-deen atau cara hidup yang sebenar maka pasti hak asasi sebenar terkandung dalam hukum ciptaan Tuhan.
mungkin ini sebabnya Aristotle berpendapat bahawa demokrasi adalah sistem yang terburuk dalam sekian sistem pemerintahan di dunia ini...

Sunday, December 6, 2009

Waris Mewarisi...

1. Aristotle dalam catatannya memberitahu bahawa sistem demokrasi adalah sistem yang terburuk kerana terlalu banyak pendapat dan ini akan menyukarkan proses membuat keputusan. Beliau lebih cenderung dengan menggunakan sistem aristokrat ataupun monarki.

2. Pendapat ini kemudiannya dipertikaikan kerana Aristotle tidak membuat penilaian secara menyeluruh akan sistem kerajaan di dunia dan beliau memberi pendapat mengikut zaman di mana beliau hidup. Barangkali Aristotle termasuk dalam golongan bangsawan @ aristokrat sebab itu beliau menyokong sistem ini.

3. Sistem Khalifah Islam telah menyaksikan kegemilangan yang sungguh hebat terutama di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab. Beliau dipilih oleh Saidina Abu Bakar r.a. untuk menjadi khalifah kedua meskipun jika diteliti Saidina Umar jauh lebih muda daripada Saidina Usman bin Affan( yang kemudiannya menjadi khalifah ketiga). Sistem khalifah ini sebenarnya tamat selepas kewafatan Saidina Ali r.a kerana selepas itu, pemerintahan Islam bertukar menjadi pemerintahan yang dipanggil pewarisan; di mana anak kepada pemerintah Islam akan mewarisi tampuk pentadbiran.

4.Kesudahannya, kekuatan Islam berakhir dan berlaku banyak pecah-belah dalam wilayah kekuasaan Islam sehingga menyebabkan kuasa barat berhasil menakluk wilayah-wilayah Islam.

5. Begitu juga di Tanah Melayu sebelum kehadiran penjajah. Kita pasti mengingati peristiwa kebesaran jiwa Bendahara Tun Perak apabila memaafkan Sultan Muhammad yang membunuh anaknya dan meminta Sultan Muhammad menjadi sultan di wilayah Pahang, tidak di Melaka. Jika dilihat dari segi moral memang agak tidak adil apabila seseorang yang membunuh boleh diangkat menjadi sultan. Bahkan kalau dilihat dalam zaman mesopotamia kod hammurabi juga dilihat tidak adil kerana memberi keringanan kepada golongan atasan ataupun pemerintah dalam menjalani hukuman.

6.Ketidakcekapan Sultan Mahmud dalam mentadbir Melaka telah membawa kepada penguasaan Portugis. Peristiwa di Johor yakni kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang juga menjadi satu isyarat bahawa jika sistem pewarisan boleh membawa kepada 'malapetaka' jika tiba giliran kepada mereka yang tidak cekap. Ada pepatah Melayu mengatakan ''Raja Adil Disembah Raja Zalim Disanggah''

7. Kita bersyukur kerana sistem pentadbiran di negara ini adalah monarki berpelembagaan. Ia juga bererti bahawa bidang kuasa Sultan juga tertakluk dalam perlembagaan negara dan artikel 182 dan 183 memberi isyarat bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang. Bahkan ketua eksekutif ( perdana menteri) dipilih melalui pilihan raya. Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka dengan suara majoriti.

8. Suara majoriti tidak boleh dipinggirkan.Mungkin pihak yang memperkenalkan sistem pewarisan adalah mereka yang layak dan mampu membuat kerja dan bertanggungjawab tetapi pihak seterusnya yang menggunapakai sistem tersebut tidak semestinya layak dan berkemampuan. Tindakan memperkenalkan sesuatu sistem menggunakan standard diri sendiri tanpa memikirkan untung rugi orang lain pada masa hadapan adalah tindakan yang 'kurang cermat'. Hakikatnya apabila kita sudah memulakan sesuatu agak sukar untuk mengubahnya kembali dan kitaran kurang cermat itu akan berterusan sehingga ada orang yang sanggup menghentikannya demi kepentingan orang ramai.

9. George Santayana pernah memberitahu ''Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan mengulangi kesilapan yang sama''. Mendapat A dalam subjek Sejarah tidak memberi jaminan bahawa kita telah benar2 mempelajari sejarah.

Keadaan sama. Cuma waktu berbeza

Thursday, December 3, 2009

PAKAI TOPENG

1. Apabila dakwah Nabi Muhammad SAW disambut dengan lontaran batu dan cemuhan penduduk Taif baginda ditawarkan oleh Malaikat untuk menghancurkan kaum tersebut. Tetapi apakah jawapan baginda? Baginda menolak tawaran tersebut dan berdoa ''Ya Tuhanku!Berilah petunjuk atas hambaku kerana mereka tidak mengetahui''



2. Apabila baginda berhasil menawan kota suci Mekah, baginda mempunyai kuasa untuk menghukum penduduk Quraisy yang pernah menyeksa dan menganggu urusan dakwah baginda. Tetapi apakah Rasul Utusan Tuhan ini membalas kembali kejahatan mereka? Tidak. Bahkan baginda membebaskan semua dan tiada seorangpun yang dihukum mahupun dibunuh.



3. Inilah keikhlasan sejati seorang pendakwah yang berdakwah dan menyebarkan agama Islam tanpa ada sebarang motif kekuasaan mahupun politik. Baginda hanya menjalankan perintah Tuhan tanpa mengharapkan sebarang imbalan.



4. Tetapi di Malaysia, kerana politik agama sanggup diperalatkan. Tidak mengapa jika mendoakan musibah dan bala ke atas sesama Islam kerana politik.Kalau nak sebut nama dalam doa musibah tu time solat sendiri-sendiri kalau ramai2 x perlu ( macamlah Tuhan tak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia).



5. Dan ada juga yang menggunakan Islam untuk bersumpah tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah dan melaksanakan ibadat untuk menutup imej yang sudah tercalar dan mengaibkan. Ikhlas atau tidak serahkan sahaja pada Tuhan.



6. Politik Malaysia memang menarik. Agama dijadikan topeng untuk menutup rupa sebenar.



manusia tidak sempurna...

Tuesday, December 1, 2009

Bukan Peribadi Cuma....


1. Ada satu peribahasa yang sangat mudah untuk diingati ''guru kencing berdiri murid kencing berlari''. Walaupun menggunakan perkataan guru dan murid tetapi peribahasa ini tidak terhad kepada golongan ini sahaja tetapi kalau dilihat dalam pandangan yang lebih luas ia bererti kalau nak tengok perangai pengikut tengoklah perangai ketuanya dahulu.
2. Aidiladha telah selamat disambut oleh umat Islam dan meskipun ancaman virus H1N1 masih wujud tetapi alhamdulilah tiada laporan kematian yang dicatatkan oleh jemaah haji negara kita. Cuma ketika jemaah haji lain sedang sibuk nak berlepas negara kita diserang 'virus' yang tidak kurang serius; kalau tak dirawat lagi parah daripada virus serangan fizikal: PHD( Perasaan hasad dengki).
3.Meskipun aku tak satu fahaman politik dengan Tok Guru Nik Aziz tetapi isu beliau ditaja untuk pergi ke haji tak perlulah nak perbesarkan sampai orang tu akhirnya terpaksa batalkan rancangan nak pergi haji. Tak baik sekat orang nak beribadat bukannya Tok Guru pergi Mekah nak buat bom ke apa. Cuma nak menunaikan rukun Islam yang kelima dan yang jadi masalahnya cuma ada orang nak sponsor dia pergi haji. Salahkah? Kalau orang tu nak sponsor biarlah dia nak sponsor bukan pakai duit orang lain pun. Kalau sponsor pun dah dikira sebagai rasuah nampak gaya tak bolehlah nak buat apa-apa aktiviti atau program yang memerlukan tajaan.
4. Ketua Pemuda UMNO Kelantan dengan 'tegas' meminta SPRM menyiasat isu tersebut dan menggesa Tok Guru Nik Aziz berundur. Bila kita dengar perkara macamni mesti ada yang sedang tersengih sebab ketua Pemuda negeri ini mungkin terlupa individu di dalam gambar di atas adalah ketua beliau yang menang sebab rasuah secara terang-terangan. Anehnya SPRM tak buat sebarang siasatan lanjut, cuma hukuman amaran diberikan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sebab itu aku tak back-up pun kenyataan ketua pemuda ni bila Ketua Pemuda Pas menyoalkan kenapa Pemuda UMNO tak suruh ketuanya berhenti. Daripada sibuk kecoh2 hal orang, aib sendiri dah terbuka. Kan dah susah.
5.Pada masa yang sama 6 ahli UMNO bahagian Kota Tinggi didakwa oleh SPRM atas tuduhan cuba merasuah supaya beberapa ahli lain tidak meletak jawatan dalam jawatankuasa Pemuda UMNO Kota Tinggi. Difahamkan seramai 18 orang meletak jawatan tanda protes kerana Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik termasuk tidak menghadiri persidangan Agung UMNO dan tidak melaksanakan sebarang aktiviti di bahagian tersebut.
6.UMNO ibarat sudah dirantai dan dikunci mulut untuk bercerita sebab rasuah sebab kalau ada ahli UMNO yang menuding jari kepada parti lawan kerana rasuah maka dengan mudah penyokong lawan akan membalas ''Ketua Pemuda UMNO pun rasuah jugak.'' Sama macam ludah ke langit akhirnya jatuh kena muka sendiri. Kepincangan dan 'kelam-kabut' dalam Pemuda UMNO perlu diselesaikan dan tiba masanya mereka yang bermasalah ini perlu dibuang terus; buat apa nak sayang-sayang sangat bukannya dapat tolong parti pun.
7. Dari segi meraih sokongan generasi muda secara jujur UMNO sudah ketinggalan berbanding dengan parti PAS. Ini berdasarkan pemerhatian, pergaulan dan sumber2 politik yang aku terima dan ternyata jika senario ini tidak diubah maka UMNO akan karam sebelum PRU yang akan datang. Sentimen anti-Ketua Pemuda UMNO masih menebal dan benarlah kenyataan bahawa ''UMNO has completely paralysed''
8. Ada juga berita timbul mengatakan sudah wujud 'team' dalam Pemuda sendiri dan sanggup untuk menjatuhkan lawan yang juga merupakan ahli UMNO sendiri akibat virus PHD ni. Sejauh mana berita yang aku dengar ni waallahualam dan tak perlu diulas lebih lanjut. Sebab lama-lama akan diketahui orang juga.
Kerana kejahatan tidak akan pernah menang. Walau selama mana pun ia berkuasa tetapi di penghujungnya kemenangan pasti akan muncul.Hanya masa yang akan menentukan.
Nothing personal, it's just politic!

Saturday, November 28, 2009

THE RESULT

1. I don't know why i post this blog a bit late. Not a bit; too late will be suitable. When you read the title you know what it is.

2. I can't understand why people are pushing themseves too hard to get the 5As,8As, 4Flat etc. It seems that we cannot live in the world if we failed to achieve it. I read the newspaper yesterday; disucssion on forcing students to achieve all As and perfect. As example the recent UPSR result. It is out of our mind when there was a case student committed suicide because failed to achieve 5As or 4As.

3. I can't deny that im also the product of such system. Still remember how desperate my school to achieve this and that, pushed the student to achieve above the par so that the school will be standing in the eyes of the so called 'pejabat daerah' or 'jabatan negeri'. But the fact is i don't let myself in the maniac system. I hate to admit it but it is, i hate the coercion system.

4. I oppose any coercion onto someone thou i believed it may work during emergency but to put excessive force on the shoulder of an innocent student is a fault. It's quite relief when the university system did not apply such coercion but then the surroundings keep the forcing into action.

5. I'm quite surprised on how my coursemates or juniors are really struggle to achieve 4 flat and feel like a loser if can't achieve it. I don't want to show off myself as the one who achieved it during the first sem and i even don't like to say it. It just like a 'my last word' when someone asking my first sem result. Honestly it's quite annoying when someone keep remind you about your achievement with the intention of teasing or sarcastic but i don't take it into attention. I am not a person who let the annoying feeling switch off my effort for future.

6.The best advice: just ignore it. Let your ear deaf with such reminder. You don't need it and you should not consider it as a force to ensure you to keep maintain your achievement in the future. Because you know who you are and you know your standard. You don't need such advisor. You know well about yourself.

7. I guess the advice is such erm...sounds selfish and 'sangat berlagak'. This culture is not accepted in our culture but when you go to western you can praise yourself to show that you are better than others. Life is about to survive. You can't let people drown you and make you feel useless of being different or better than someone else.

8. I never put force on myself to get a best result in my university's life. I learnt from the mistake; i was trying so hard during my SPM to ensure my school become the best but somehow i failed. I swear to myself i will not let myself become the product of the 'force' system. I'm grateful that in the university no one ever expect me to get this and that; even the university director never force me to get a certain result. Though i admit the surroundings keep the pressure after they know the first semester result still i keep myself out from the force.

9. Maybe someone will say i'm lying. They see me read and study all the time and sure they think that i did it because of the result. Well i would like to reveal the secret; i study not because to get the best result. I study not to become the best of the best. I work hard not because i want to be the different. It's all because i'd failed myself in the past. I won't let my effort in vain again. My heart still can't accept that i need to give in my previous dream and because of that i won't let my new life in legal world will be ended for nothing. The dissapointment of the past only trigger the best of mine to survive in the new world(law). I will keep that way. Whether the surroundings like it or not, whether people hate it or not, i never care about that.

10. Then why i like to know my friend's result? Well techinally it's like urmm..caring?

it's good to have some force for you to get the best. But don't let it control you.You the one who control it because you know yourself more :)

Thursday, November 26, 2009

CERITA SATU MALAM

1. Lepas habis-habis interview terus aku gerak ke Puduraya nak balik ke Johor Bahru. Memori raya cina mula menghantui aku bagaimana aku kena perap dalam bas selama 12 jam untuk balik ke kampung. Tapi nasib baik kali ni cuma 4 jam( sebab bertolak dari KL) dan agak selesa gak naik bus skyview aka double decker. Ye aku admit agak teruja atau jakun sebab first time naik bas camtu. Kena pulak aku duduk seat depan tak pasal2 orang ingat aku driver ( agak touching di situ). Dan kira-kira jam 4 pagi aku sampai kat stesen Larkin. Balik terus lepak!

2. Tapi sebelum itu pada paginya aku melepak kat KLCC. Dah bosan pergila beratur kat wayang tu dekat 20 minit baru dapat giliran beli. Rakyat Malaysia makin berminat dengan aktiviti menonton wayang lagi2 menjelang cuti sekolah.

3. Bila dah masuk kat dalam wayang lain pulak cerita. Teruk aku kena 'psycho' dengan orang sebelah; aku nak percaya pun macam xnak percaya dengan apa makcik tu cakap sebab cerita dia macam 'tinggi' sangat. Claim sebagai penulis skrip, dah tengok citer ni sampai dua kali, JK Rowling tu bestfriend dia, pernah duduk kat UK etc. Aku pun dah touching dah elok2 nak tengok wayang dah kena dengar cerita makcik tu. Aku pulak jenis kalau tengok movie memang concentrate sebab aku nak mencari mesej yang tersirat dalam citer tu. Dia punya sembang sampai citer dah nak start kalau suara dia slow takpe tapi ni dah macam suara speaker full volume. Agak annoying jugak bila orang dah tengok kat seat aku tapi nak buat camne dan nasib baik dia tengok wayang tu tak sampai habis sebab dia kuar entah pergi mana. Pengajaran nombor dua: Bawa teman nak pergi tengok wayang lain kali.

4. Ulasan untuk filem 2012: quite best cuma ending dia cam.....aku ingat semua manusia mati tapi ada jugak hidup. Mungkin filem ini ada inspirasi daripada cerita banjir besar ketika zaman Nabi Nuh. First2 aku ingat diaorang nak pergi ke marikh ke bulan ke tapi rupa-rupanya nak survive dalam bahtera besar.Ada jugak dengar desas-desus cerita ni banyak beri impak psikologi kepada para penonton. Ada yang betul2 obses dan percaya bahawa kiamat benar-benar akan berlaku. Tetapi kita sebagai umat Islam kena percaya bahawa hari kiamat tetap akan datang tetapi tarikh tepat untuk hari tersebut masih tidak diketahui oleh sesiapa termasuk nabi saw. Kalau nabi, utusan yang mulia pun tak tahu akan adanya hari kiamat bagaimana orang lain boleh tahu?Malaikat sendiri pun tak tahu bila; hanya Allah sahaja tahu. Tetapi two thumbs up tentang soal humanity yang dibawa oleh filem tersebut.

5. Sebelum terlambat ingin aku ucapakan selamat menyambut hari aidiladha. Hanya yang pernah merasai pengorbanan akan mengerti makna berkorban untuk tujuan yang mulia :)

Sunday, November 22, 2009

Unexpected

1. I always made an unexpected move or decision. On how i choose people to work with, about the future of my career and even when i end up my 4-years status of being single( even some says the one i choose is also an unexpected).

2. Well i guess i just adopted with my art of life. Since my childhood i always received unexpected situation. I still remembered how shocked i was when i was not selected to become the one who will get the so called 'tokoh terbaik keseluruhan' instead of awarded as tokoh akademik. It is out of normal situation when head perfect did not get the prestige award. But then it doesn't bother me at all because i'm not the one who really active in co-curriculum due to my health problems. That's why academic is the only one fits me after all.

3. During my secondary age, i think only two things appeared as unexpected:join the writing youth program and moved to Johor when i just 3 months away from PMR. Since i was an average joe in my new school thus none of unexpected situation really threat me and i enjoyed my lifetime as usual.

4. Then came the biggest unexpected situation; situation that changed my life forever. I never thought i will be in legal world; i never thought my 6th choice which i put in the UPU form with in main-main mood will give a shape of my future. Moved to UiTM Kedah with new environment and new friends. I don't have my old friends there, everything is new.

5. How you expect a person who did not have any legal interets, ambition to become lawyer or judge or practicing legal profession can achieve a good result? Well honestly i don't expect it either because i knew that i had some trouble with the computer subject but then it just happen. Then a little unexpected came when my previous class PL1H was no longer in list so we need to move to other class. It seems hard because i'd great time with them but one cannot view this as the end of friendship.I still can meet my ex-classmates for another two semester.

6. It was not an unexpected decision when i stepped out from vice-secretary post though some of my friends were shocked. But i already think about it for a long time and i did what i have to do to preserve my stand and principe. I disagreed with the 'pewarisan' system and called for a fresh poll but i knew it's hard to get off from the position and dare to have a fresh call. I don't surprised to see people religiously defend the pewarisan system because it is good to cover up your 'word speaks louder than action' rather than lose in the fresh poll. Now the new people need to pay for the system. Well I don't think i should talk more about this because i'm not a pre-lawrian anymore.

7. Handle up the new organisation( global peace youth volunteer) enable me to work with people that i can trust. I will never pick up people who i already knew his art of work which failed to comply with mine. Well most reader now wonder what is my art of work. It's simple: Less word,more action and no last-minute.

8.To work with PGPO was also one of the unexpected moment because i only read about the conference in the newspaper 4 years ago and last month i was the part of the event.It is an honour for me to work with those people like mr.ram and board of committee and of course for Tun Mahathir. Though i'm just like a backstage actor but his signature in the certificate is a approval of my hardwork for him and for the conference.

9. The best thing when i deal with the unexpected situation is the consequence or the result after the unexpected situation. Always, it will be a good one. I once upset for these unexpected situations in my life but then i grateful to God how creative He set up my life's journey. If there is no such unexpected stuff then my life will be totally dull and i don't learn precious lesson.

10. Now i'm sure why all of you keep reading this blog. It is also an unexpected stuff i had but i believe you are more eager to know why i choose someone that less expected to become my to-be soulmate. Well like i said unexpected will always be a good one. And she is the proof for that statement. She is not the one like 24/7 texting or calling and i just need someone that support me from the back, the one who support me in what i like(politic of course). I need a 'silent supporter', just like the way of the proverb ''for every successful man there is always a great woman behind him''.

11. I think it's enough for my personal stuff. I should write more serious topic after this. Moral of the story for this post: just prepare yourself to expect the unexpected situation.If you don't then just deal with it :)

Saturday, November 21, 2009

TO TRUST

1. Kita selalu ambil orang-orang yang kita percaya untuk menjawat itu dan ini dalam organisasi ataupun di tempat kerja kita dan akhirnya orang yang kita percaya itu rupanya tidak boleh dipercayai.

2.Pelbagai sebab- kebanyakannya kerana orang-orang yang kita percaya itu mempunyai agenda dan rancangan tersendiri yang kita sendiri tidak tahu. Ada juga yang mungkin lupa diri- setelah kita berundur dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengambil tempat kita maka kita akan dilupakan samada sengaja dilupakan atau tidak disengajakan.

3. Aku sendiri banyak membuat pilihan-pilihan yang salah dalam mempercayai orang-orang untuk bekerjasama dengan aku. Biasanya persahabatan sering mengaburi mata- kita fikir sebab dia kawan baik kita maka dialah yang tepat untuk buat kerja. Untuk menjaga hati sesetengah pihak maka kita berikan jawatan dan jadikan dia sebagai sebahagian daripada team kita.

4. Dari sekolah rendah sampai masuk universiti inilah kesalahan yang sering aku buat. Yela mana nak tau kan mula2 memang baik dan suci giler muka tapi bila dah diberi peluang pegang jawatan jadi lain dah rupanya. Kalau kita nak buang nanti dicop sebagai diktator dan pengecut. Tapi setakat ni aku rasa belum pernah lagila aku pecat atau buang orang dalam team, baik team organisasi mahupun team assignment.Paling-paling pun aku buat diaorang macam 'penganggur'- daripada buat kerja pun menyusahkan orang lebih baik aku rehatkan dia dan bolehlah dia bersuka-ria menerima markah percuma. Memang sifat manusia kan suka camtu.

5. Kalau yang melupakan secara sengaja atau tak sengaja itu dah memang sifat manusia untuk mempunyai short-term memory. Walaupun tak rapat dan sokongan diberikan hanya atas dasar profesional tapi itu tak perlulah dijadikan alasan untuk lupa dan terlupa. Dan itulah hasilnya apabila anda sudah tidak mempunyai kuasa maka dengan cepatnya anda akan dilupakan oleh orang2 di sekeliling anda.

6. I just hope that those who i pick up as the hicom for Global Pecae Youth Volunteer( rebranding dari PGPYO) are the right decision i ever made in my life. Though some of them i never work with but i believe they can perform well and i trust them.

7.For this time i'm praying that friendship will not blind me at all since i admit most of them are my close friend. But as long as they can do the work and not too demand to become this and that, not showing themselves who's the better hero then i think there is no sin to have your close friend in your team. Nepotisme? You may say that but tell me is there any people who practiced nepotisme will pick up people from different university to become part of the team.

8. I trust imperfect person because i'm imperfect too.

Thursday, November 19, 2009

MACAM-MACAM ADA

1. Sedang menunggu 7 Disember untuk sambungan lanjut perkembangan Global Peace Youth Volunteer; rebranding untuk PGPYO. Sudah sampai ke peringkat penghantaran proposal ke ahli jawatankuasa PGPO.

2. Bila baca suratkhabar hari ini terasa aku ni dah macam katak di bawah tanah, lebih teruk dari di bawah tempurung. Banyak perkembangan berlaku yang aku tak sedar; dan akhirnya terpaksalah ulas sedikit dalam posting yang satu ni. Ada satu dua yang ingin aku sentuh, mungkin penting mungkin tidak.

A) JAWATAN MENTERI KANAN
- Ada desas-desus cadangan untuk melantik Tun Mahathir sebagai menteri kanan dalam kabinet. Saya tak terfikir semua menteri akan bersetuju dengan cadangan ini kerana masih ada menteri2 yang proxy-Abdullah dan menjadi orang kuat Abdullah Badawi menghentam Tun Mahathir satu ketika dahulu. Lebih baik Tun Mahathir maintain dengan keadaan sekarang, memberi pandangan dari luar.

B) GAJI RM1 SETAHUN
- Tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana melantik DS Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri tersebut. With his wide experience with IMF and World Bank i think it is a good decision.Somehow i don't have any idea whether IMF can lend money to Selangor and if this is happen, i wish good luck to Selangor admin as there is no impossible for the state to become like Indonesia during 1998 crisis. I'm waiting that he may use his 'pious' and 'islamic' image in his role as the advisor. Maybe Selangor govt can reduce any vice businees in Selangor that has been made during BN govt before this.If nothing change then what the difference between BN and PR isn't it?.
Expecting too much? I let you people to decide.

C) SIAPA KETUA?
- Zaid Ibrahim choose Nik Aziz to become PR leader. Zahrain,PKR member argued that Anwar Ibrahim is more fit. My comment? Sorry i'm not a opposition member or supporter but I would like to hear reaction from DAP. It will be more interesting to hear from Karpal Singh or Kit Siang about this matter.

D) MCA
- Secara peribadi ia adalah satu tindakan tergesa-gesa untuk memecat semua yang tidak menyokong unity plan yang dicadangkan oleh presiden MCA. Memecat Ketua Pemuda, Ketua Wanita kerana tidak boleh bekerjasama adalah satu tindakan 'selamat' untuk meneruskan agenda unity plan tersebut. Tetapi seperti dalam entri blog saya yang lepas, Tee Keat ternyata memandang rendah kepada sokongan dan kekuatan Liow Tiong Lai. Campur tangan PM dalam hal ini mungkin akan dapat membawa kedua-dua pihak ini duduk semeja dan berbincang dan tidak boleh disalah tafsir kerana jika krisis ini berlarutan ia akan membawa masalah besar kepada Barisan Nasional.
Mungkin mereka akhirnya akan bersetuju dalam satu hal untuk menyelesaikan hal ini; pilihanraya dalaman untuk memilih kepimpinan MCA yang betul2 mendapat sokongan akar umbi. Tetapi yang kalah dalam pilihanraya tersebut pasti tidak akan berdiam diri. Dulu perpecahan UMNO membawa kepada penubuhan parti semangat 46 jadi kalau MCA pula lepas ni agak2 apa pulak? Maaf saya tak tahu sejarah penubuhan MCA walaupun pernah belajar masa sekolah menengah dulu. I'm a short-term memory.
Inilah akibatnya kalau 'cakap tak serupa bikin'.

Monday, November 16, 2009

24


1.Circadian rythm aku sudah terganggu sejak tiga hari sebab untuk tiga malam tersebut aku tak tidur gara-gara menonton cerita 24( circadian rythm is a roughly 24 hour cycle in the physiological processes of living beings the disruption of which can have significant adverse health consequences)
2. Dan kesan sampingan disebabkan gangguan circadian rythm ini adalah seperti yang dijangka; selain eyebags yang semakin gelap aku juga hilang selera makan, pening kepala dan hilang mood untuk berbuat apa-apa. Tapi nak buat camna setelah aku habiskan membaca dua buah buku setebal lebih 200 mukasurat setiap satu dalam masa seminggu kebosanan mula melanda dan download citer 24 pun dah complete jadi aku pun layanla citer feveret aku ni.
3. Mengisahkan seorang ejen (Jack Bauer) yang dalam masa 24 jam perlu menghentikan tiga operasi pengganas. Cuma yang menjadi fokus utama dalam cerita ini ialah: penderaan ketika soal siasat iaitu interrogation.
4. Cerita 24 ini cuba menunjukkan bahawa penderaan adalah sangat penting untuk mendapatkan informasi untuk mengelakkan serangan pengganas seterusnya. Ia cuba diguna pakai sebagai alasan tentera USA mendera tahanan Guantanamo Bay dan Abu-Ghraib. Tetapi apakah ia benar?
5.Tak mahu cerita panjang cuma dalam hal ini aku mempunyai pendapat yang sama dengan mr.Temple, anggota Defense Intelligence Agency's Joint Intelligence Task Force for Combating Terrorism yang aku perolehi dalam buku ''Torture Team'' tulisan Prof Philippe Sands. Mr. temple memberitahu:
After you have captured someone you have a window of opportunity as an effective interrogation had to be done in the first 48 hours after detention. You put the detainee in a room with somebody who would shock him into delivering what he had or you put him on a roof or in a helicopter and threaten to push him from a great height. Months later wasn't timely and wouldn't work.
6. Apabila merujuk kepada satu kes di Guantanamo Bay yang lebih dikenal sebagai Al-Qahtani case Mr.Temple memberitahu:
The interrogation of al-Qahtani did come months after he'd been detained giving him time to settle down, rebalance and centre himslef.
7. Secara ringkasnya tahanan Gitmo mahupun Abu Ghraib tidak boleh disamakan dengan situasi yang berlaku dalam cerita 24. Ia sangat berbeza. Contohnya Al-Qahtani beliau ditahan berbulan-bulan sebelum diseksa dan didera untuk mendapatkan informasi menghalang serangan pengganas. Tetapi dalam 24, tahanan tersebut didera untuk mendapatkan informasi dalam masa 24 jam, bukannya berbulan-bulan dan ia berjaya menghalang serangan pengganas.
8. I'm not saying that i accept the torture as it violates law, especially the Geneva Convention but i do agree with Mr.Temple explanation. It may work in the first 48 hours, not after months.
9. Sekali lagi, samada undang-undang dan nyawa orang awam menjadi konflik. Adakah perlu undang-undang diketepikan untuk menyelamatkan seribu nyawa orang awam yang terancam dengan serangan pengganas? Dan adakah perlu untuk membunuh seorang penjahat untuk menyelamatkan seribu nyawa manusia yang tidak berdosa?
10. Keadilan-justice. Tidak pernah ada jawapan yang mutlak.
'' I know in my mind the law is more important than the innocent life. But my heart just can't take it'' -Jack Bauer

Saturday, November 7, 2009

KERAGUAN MUNASABAH

1. Dalam prosiding kes jenayah seorang pendakwaraya harus membuktikan kepada mahkamah 'melepasi keraguan munasabah' atau beyond reasonable doubt. Untuk melepasi keraguan munasabah ini tidak diperlukan untuk mencapai satu ketetapan(certainty) tetapi memadai ia lebih membawa satu tahap kemungkinan yang tinggi (high degree of possibility)- Lord Denning dalam kes Miller v Minister of Pensions.

2. Adalah satu perkara yang bagus untuk mempunyai perasaan skeptikal apabila dua orang yang bermusuhan akhirnya berdamai dalam satu pertemuan yang singkat dan memakan masa tidak sampai sehari. Apa yang cuba aku katakan adalah berkenaan kemelut kepimpinanan MCA- meskipun aku tidak layak untuk bercakap dan masuk campur akan hal ini tetapi ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Barisan Nasional sebagai kerajaan negara ini.

3. Rata-rata orang pasti berasa lega apabila Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek berdamai dalam satu sidang media minggu lepas dan Soi Lek akhirnya bersetuju menerima pimpinan Tee Keat dan bekerja untuk menjayakan 'unity plan'. Tapi berbeza dengan aku: skeptikal mula membayangi fikiran meskipun ucapan kedua-dua pemimpin ini seakan 'melepasi keraguan munasabah'. Aku membiarkan perasaan skeptikal itu kerana tidak mempunyai sebarang mind of probability apakah perkara yang akan berlaku di sebalik perdamaian ini.

4.Akhirnya aku menemui jawapan tersebut.

5. Usaha berbaik-baik Tee Keat dan Soi Lek rupanya tidak dapat menghentikan krisis yang semakin serius dalam MCA. Rupanya mereka terpaksa bergabung untuk 'membuang' timbalan presiden baru Tiong Lai. Itulah yang aku cuba tafsirkan di sebalik perbaikan semula Tee-Lek. Tiong Lai menggesa untuk mengadakan EGM kali kedua untuk menentukan pucuk pimpinan yang baru atau ertikata lainnya presiden MCA yang baru. Ini tentu sahaja menggugat kedudukan Tee Keat dan untuk menyelamatkan posisi presiden beliau bekerjasama dengan Soi Lek yang akhirnya mendapat semula kerusi Timbalan Presiden setelah diiktiraf oleh ROS.

6. Seharusnya Tee Keat tidak boleh memandang rendah akan 'kehebatan' Tiong Lai yang mendapat sokongan padu oleh sayap-sayap dalam parti termasuk Jawatankuasa Tertinggi MCA. Dan sekarang perhatian media termasuk rakyat Malaysia akan beralih kepada kerusi timbalan Presiden- Soi Lek mahupun Tiong Lai yang layak mendudukinya. Selamat untuk Tee Keat mengekalkan jawatannya, barangkali hanya untuk masa yang terdekat sahaja.

7. Solusi? Aku tak mahu masuk campur masalah parti komponen BN yang mewakili kaum Cina di Malaysia ini cuma aku mahu keputusan perwakilan sewaktu EGM yang lepas mestilah dipatuhi- itulah suara sebenar parti. Yang selebihnya aku serahkan kepada mereka yang lebih arif tentang selok-belok parti MCA ini. Mungkin ada pembaca blog ini yang berketurunan Cina boleh memberi pandangan untuk menyelesaikan kemelut ini.

8. Kesimpulannya blog ini dipos untuk membuktikan wujudnya 'keraguan munasabah' di sebalik perdamaian Tee Keat-Soi Lek dan nampaknya mereka gagal melepasi keraguan munasabah tersebut untuk meyakinkan kita bahawa dengan perdamaian tersebut, krisis dalaman MCA sudah berakhir. ''it is more probable than not that Tee Keat-Soi Lek truce is to kick off Tiong Lai from the deputy chair rather than to solve the MCA real crisis''

Friday, November 6, 2009

REVOLUSI BERMULA!


1. Pernah terfikir kenapa kita sering dipinggirkan daripada duduk berbincang untuk membuat sesuatu keputusan?
2. Pernah terfikir kenapa kita tidak diajak untuk menghadiri sesuatu perbincangan atau event2 penting disebabkan usia kita yang masih muda?
3.Pernah terfikir kenapa begitu banyak peraturan dan undang-undang yang cuba menyekat kebebasan generasi muda untuk bercakap dan berfikir? Kenapa seringkali suara-suara generasi muda ini tidak kedengaran dan cuba ditenggelamkan?
4. Padahal generasi muda inilah yang berasa sangat-sangat dihargai jika diberi peluang untuk bercakap dan memberi pendapat. Aku sendiri berasa teruja apabila pertama kali diajak untuk duduk berbincang bersama-sama mereka yang berideologi pembangkang yang lebih tua daripada aku kerana kita berasa dihargai, tidak dipinggirkan dan orang-orang tua ini tidak terasa terancam dengan idea-idea bernas kita.
5. Menurut satu kajian terdapat more than one from every 4 peoples in the world are youth. Ini satu angka yang sangat menakjubkan kerana kuasa penentu dan pengubah adalah di tangan generasi muda.
6.Sewaktu pilihanraya umum akan datang dianggarkan ada sejuta pengundi baru di kalangan generasi muda dan dijangka pada tahun 2010 golongan belia akan mencapai jumlah 12 juta orang.
7. Sudah tiba masanya generasi muda untuk bertindak dan melakukan sesuatu untuk dunia. Justeru saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda semua dalam blog rasmi PERDANA GLOBAL PEACE YOUTH ORGANISATION yang telah direka sejurus selepas tamat Conference Kuala Lumpur. Sekalung penghargaan kepada Amirul Syameer yang juga bakal merangkap Hi-Com untuk mengendalikan blog rasmi tersebut.
8.Di dalam blog ini anda bebas untuk memberi pendapat atau pengetahuan dan mungkin berkongsi pengalaman ataupun kajian-kajian terbaru berkenaan kesan peperangan dan cara untuk menjadikan misi menjenayahkan peperangan sebagai satu realiti. Jadikan blog tersebut sebagai satu medium untuk bertukar-tukar pendapat, bukannya tempat untuk memaki hamun dan menunjukkan segala kebiadapan dan kebodohan anda. Jadikan ia tempat 'battle of the wits' dan belajar menghargai pandangan dan idea seseorang.
9.Teruskan usaha menyokong perjuangan ini. Kita tidak akan menjadika ia sebagai satu omong kosong, wishful thinking tetapi kita hidup atas dasar ' my word is my bond'. Satu revolusi sedang bermula.Satu sejarah baru bakal dicipta sekarang!
10. Vote to criminalise war. The least we could do
*klik imej di atas untuk pergi ke blog PGPYO

Wednesday, November 4, 2009

INFERIOR COMPLEX

1. Satu perkara yang sangat mengagumkan aku ketika conference criminalise war sewaktu sesi soal jawab. Meskipun agak annoying kerana ada yang mengambil kesempatan untuk bercakap itu dan ini tetapi tidak memberi soalan.

2.Namun bukanlah itu yang aku nak maksudkan.

3. Ketika sesi soalan dibuka maka akan kelihatan begitu ramai orang akan berbaris. Satu situasi yang aku tidak pernah jumpa di mana-mana sesi ceramah atau seminar sebelum ini. Ternyata tahap pemikiran mereka yang menghadiri conference ini sangat berbeza dan mereka mempunyai tahap keberanian dan self-confident yang lebih baik daripada orang lain.

4. Nah apakah yang menyebabkan kita malu untuk menonjolkan diri?

5.Selalu dalam kuliah kerusi di belakang akan penuh dahulu. Begitu sedikit yang berani bertanya kalau ada pun yang bertanya akan mengajukan soalan selepas habis sesi kuliah. Kita berasa malu untuk duduk di hadapan dan tidak mahu 'memperkenalkan' diri kerana kita takut kita akan buat salah dan orang akan melihat kesalahan tersebut.

6. Aku mendapat pengajaran yang sangat berguna sewaktu di tingkatan satu daripada cikgu sejarah (imagine dia datang kelas hanya membawa sebatang pen marker-buku sejarah dah 'dicetak' dalam otaknya). Dia mempersoalkan kenapa kita apabila berjumpa dengan pelancong atau orang biasa yang dipanggil 'mat salleh' atau orang putih perlu menyapanya dengan panggilan sir? Lainlah kalau dia memang seorang yang lebih tinggi daripada anda dan eksekutif maka dia memang layaklah untuk dipanggil sir. Tapi ini cuma orang biasa, pelancong biasa. Kenapa harus ada rendah diri terhadap mereka?

7. Kita boleh memanggil mereka sir tetapi tidak bererti segala kesilapan mereka kita harus berdiam dan menutup mata. Tidak semestinya 'burden of white man' itu baik belaka dan bagus untuk kita- ada kalanya ia bertujuan untuk menghancurkan jati diri kita supaya kita berasa malu dan rendah diri selanjutnya mengagungkan cara dan budaya mereka.

8. Perkataan rendah diri, inferiority complex adalah sangat berkait rapat dengan diri kita. Tetapi selagi kita merasa rendah diri terhadap seseorang maka selagi itu kita tidak dapat jadi yang lebih baik daripada orang tersebut.

9. Tiba masanya untuk kita menentukan halatuju hidup tanpa pimpinan dan telunjuk orang asing. Kita punya hidup sendiri dan maruah kenapa perlu serahkan kepada orang yang kononnya lebih 'arif' dan berpelajaran daripada kita? Kenapa kita mesti terima bulat2 apa yang diberikan oleh orang barat? Mengapa kita masih perlu menerima apa sahaja paradigma mereka dan tidak boleh memilih jalan sendiri?

10. Buangkan rasa malu dan rendah diri 'tidak bertempat' dan jika ada kesempatan untuk menonjolkan diri maka gunakan kesempatan tersebut. Kita perlu berbangga untuk menjadi diri sendiri dan harus keluar daripada golongan manusia kelas kedua- yang hidupnya hanya tercatat sebagai manusia 'biasa-biasa' sahaja- yang namanya hanya diingati di batu nisan semata.

11.Lakukan sesuatu bermula sekarang atau kita tidak akan berbuat apa-apa untuk hidup ini.

12.Kerana setiap daripada kita mempunyai bakat dan kebolehan masing-masing yang memerlukan kita untuk menggali dan menggunakannya sebagai 'X-Factor' dalam hidup ini!

blog rasmi PGPYO sudah siap 70%, proposal sudah sampai ke peringkat terakhir dan akan direalisasikan bulan ini..bulan november insya allah

Monday, November 2, 2009

HITAM ATAU PUTIH?


1. Pengajaran pertama untuk hari ini: sila buat pilihan sebelum menonton wayang dan ketahui waktu tayangan jika tidak anda akan terpaksa menonton filem bidan terjun.
2. Hari ni first time keluar tanpa membawa sebarang beban dan terus menuju ke KLCC.Lepas lunch mula bergerak ke TGV dan cadangan awal memanglah aku nak tengok citer papadom sebab dari tiga minggu lepas dah aku mengidam nak tengok citer tu sampai tiap kali aku pegi ke kedai makan komfem papadom kedai tu aku habiskan. Tapi apakan daya timing aku x betul arini sebab tayangannye pukul 4 petang jadi aku terus je tengok tayangan yang terdekat iaitu pada jam 2.2o petang.
3. Law Abiding Citizen- atau dalam bahasa Melayunya 'warganegara yang mematuhi undang-undang'. Terus-terang cakap inilah filem yang aku rasa tak bosan dan tak menguap sebab sarat dengan mesej dan sangat disturbing. Emosional dan penonton akan dihadapkan dengan dua situasi iaitu siapakah yang benar?Siapakah yang betul dan jahat?
4.Ibarat cerita DeathNote tetapi filem lakonan Gerard Butler ni lebih ganas dan banyak darah. memang beliau sangat layak memegang watak yang ganas-ganas nih macam dalam cerita 300. Sebab tu bila aku tengok dia berlakon cerita P/S I Love You macam tak kena je. Apapun filem ini sangat penting bagi mereka yang telah termasuk ke dalam dunia undang-undang dan berminat untuk menjadi peguam atau hakim sebab selepas menonton filem ni kalau korang tak duduk termenung dan berfikir komfem dunia perundangan masih belum melekat dalam hati.
5. Aku lebih suka ambil 'falsafah' dalam filem tersebut- bagaimana seorang ayah yang melihat sendiri isteri dan anaknya dibunuh terpaksa menelan kepahitan apabila salah seorang daripada pembunuh tersebut dibebaskan atas sebab tiada bukti yang kukuh. Lantas beliau mula mengatur rancangan selama sepuluh tahun untuk membalas dendam- mulanya membunuh pembunuh yang bebas sebelum terjebak untuk menghancurkan seluruh sistem perundangan yang 'korup'.
6. Filem ini juga memperlihatkan bagaimana seorang pendakwaraya lebih berminat untuk mempertahankan rekod bersih 96% kemenangan justeru demi menjaga rekod tersebut maka hanya seorang daripada dua pembunuh tersebut dihukum. Masih terngiang lagi ucapan Gerard Butler apabila beliau berintegorasi dengan peguam(Jamie Fox) ''Seandainya anda mendakwa dua orang pembunuh tersebut dan kalah saya masih lagi boleh menerima hakikat tersebut''.
7. Filem ini mengajar aku bahawa kalah atau menang bukanlah satu perkara yang sangat penting. Apa yang penting adalah usahanya. Kalau anda sudah sedaya-upaya meletakkan seluruh tenaga dan usaha maka orang lain tetap memandang anda sebagai seorang pemenang dan anda boleh berjalan dengan triple H(Head Held High).
8. Jika dalam filem deathnote anda akan berbelah bagi samada Yagami Light seorang yang jahat atau baik kerana beliau hanya menggunakan detahnote itu untuk membunuh penjenayah tetapi untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap oleh penyiasat bernama L, beliau menggunakan nota maut tersbeut untuk membunuh polis-polis yang mengekorinya termasuk cuba membunuh ayahnya sendiri. Sementara dalam filem law abiding citizen pula kita akan bersimpati dengan watak lakonan Gerard Butler yang hanya membunuh penjenayah yang telah membunuh keluarganya tetapi perasaan dendamnya itu telah membuatkan beliau akhirnya ingin membunuh seluruh sistem perundangan termasuk mereka yang tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut.
9. Memang filem ini filem terbaik sebab berjaya membuatkan aku termenung selama 20 minit selepas menontonnya.Apakah ia dianggap justice- apabila A membunuh B kerana B telah membunuh keluarganya? Apakah ia dianggap justice apabila A membunuh B dan mengakibatkan kematian bersama C?Apa yang ingin aku kaitkan ialah permasalahan yang berlaku di negara-negara yang sedang berkonflik atau kita kecilkan skopnya dalam isu Palestin-Israel.
10. Apakah ia dianggap justice- sekiranya Israel membunuh 1000 rakyat palestin kerana seorang rakyatnya terbunuh dek serangan roket pejuang palestin? Apakah ia dianggap justice- sekiranya pejuang palestin melakukan serangan berani mati dan membunuh rakyat Israel kerana keluarga pejuang palestin itu telah dibunuh oleh tentera Israel?
11.Apakah sebenarnya justice?
12.Selagi mana manusia hidup selagi itulah justice atau keadilan akan terus menjadi isu yang tiada kesudahannya. Kita tidak dapat menentukan kebenaran yang hakiki dan keadilan itu akan sentiasa berbeza mengikut persepsi dan cara pandang masing-masing.
13.Mungkin betul apa yang dikatakan Jamie Fox ' a slight justice is better than no justice at all' tetapi cara pemikiran Gerard Butler juga mungkin betul iaitu 'if we can TRY and FIGHT to have justice at all then why we need a slight justice?'
14. William shakespeare mengatakan ''Kill the lawyers first!'' Rowan Atkinson dalam salah satu liveshownya dengan sinis memberitahu list golongan yang masuk neraka dan golongan pertama adalah lawyers. Apakah dunia perundangan terlalu kotor dan jahat? Jawapan itu aku serahkan pada semua untuk berfikir.
15.Cuma apa yang boleh aku simpulkan sekarang dan ia menguatkan lagi pegangan hidup aku iaitu '' There is no good and evil in human's life. It's just whether the person is lesser or greater evil than others'' (tidak ada seorangpun yang baik atau jahat. Cuma yang ada adalah seseorang itu kurang atau lebih kejahatannya daripada orang lain''
16.Manusia tidak sempurna!

Saturday, October 31, 2009

SINGKAP TOPENGMU!





1.Dah tahap kritikal dah rindu untuk masuk ke dalam dewan sarjana dan dengar istilah-istilah undang2 yang dilemparkan oleh pensyarah. Pastinya yang datang daripada En.Haswira sangat dirindui dengan sikap beliau yang bersahaja dan slightly cynical. Mula dah terasa menyesal time lecture dulu hanya boleh ternganga tanpa menulis apa-apa.


2.Kalau tulis hal2 yang formal dan berilmiah memang membosankan tetapi tujuan aku tulis blog ni bukan untuk dapatkan seberapa banyak komen sebab yang penting komen tersebut satu kritikan yang membina dan pandangan yang boleh menambahkan lagi idea dalam blog ini.


3.Mood criminalise war masih belum habis lagi kabusnya kat kepala aku ni. Semalam aku sempat membeli buku 'merah' atau The Charter Of Kuala Lumpur War Crimes Commission and Tribunal yang kemudiannya dibayar balik oleh Datuk Dr.Yaacob Merican( sangat berterima kasih kepada datuk).Aku akan cerita lebih lanjut pasal charter ni dengan tribunal yang sedang berlangsung sekarang kerana dalam post kali ini aku terasa macam nak...'telanjangkan' seseorang atau dalam bahasa yang lebih mudah ''snipe all the way''. Dalam Charter tersebut disertakan sekali dengan Charter of United Nations 1945.


4.Artikel 1 Charter of United Nations menyatakan bahawa '' to maintain international peace and security and to that end: to take effective collective measures for the prevention and removal of threats to the peace and for of the peace and to bring about by peaceful means and in comformity with the principles of justice and international law,adjustment or settlement of international disputes or situatuibs which might lead to a breach of the peace.


5. Dalam artikel 23 chapter V iaitu berkenaan dengan Security Council menjelaskan bahawa fungsi security council( yang sangat terkenal dengan the permanent five powers) ialah ''to the maintenance of international peace and security and to other purposes of the Organization and also to equitable geographical distribution.


6.Geneva Convention IV pula menjelaskan tentang 'adab2 berperang' yang lebih fokus kepada keselamatan orang awam atau civilians. Perkara-perkara ditegah daripada dilakukan ke atas orang awam sewaktu dalam peperangan iaitu:


a)violence to life and person in particular murder of all kinds,mutilation, cruel treatment and torture


b)taking of hostages


c)humiliating and degrading treatment


d)passing of sentences and the carrying out of executions without previous judgement pronounced by regularlt constituted court


KESIMPULAN


1) Kesemua artikel dan undang-undang yang disenaraikan di atas ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan ini bererti ia terikat dengan 'sempadan' perlembagaan tersebut. Namun peperangan di Iraq yang sangat jelas 'haram' dan melanggar undang-undang dilakukan oleh negara yang bernama Amerika Syarikat. Kononnya untuk menyebarkan demokrasi tetapi demokrasi tidak bererti nyawa seorang manusia tidak bernilai.


2)Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah: kita telah mengetahui AS telah melampaui bidang kuasanya dan mencerobohi undang-undang.Persoalannya adalah: apakah tindakan ke atas Amerika kerana melanggar undang2 tersebut?
JUSTICE IS NOT ONLY TO BE DONE BUT SEEN TO BE DONE!

Friday, October 30, 2009

GAMBAR BOLEH BERCAKAP

1. Tak banyak gambar yang diambil sebab aku pun sentiasa ready on-call untuk menyempurnakan conference tersebut. Sibuk?Tak sesibuk sebelum conference kerana di sini masih sempat untuk post blog dan makan tengahari.Kalau agak2 macam malas nak masuk ke dalam merdeka hall tu aku lepak kat sekretariat room dan tengok live melalui tv.

2.Tapi untuk tidak menghampakan pembaca-pembaca blog ini ada disisipkan beberapa gambar untuk tatapan dan mungkin akan dipos lagi dalam posting kedua(posting kedua mungkin lebih 'friendly' sedikit.

3.So rasailah sedikit kerugian kerana tak menghadiri conference ini.Jangan risau tahun depan ada lagi.

4.Malas nak cerita panjang2..mungkin dalam posting kedua nanti aku nak cerita sedikit pasal conference ni dan planning selepas conference nih.

A) Muhammad Umar..speaker terbaik dan sangat menginspirasikan semua orang yang ada dalam dewan.


B) Keynote speech oleh Tun Mahathir Mohammad. Still wonder how he can talk almost 45 minutes without no text with him and consistent eye-contact with audience.


C) the great leader and the great to be leader

5.Being one of the mahathirism is not so bad. Agree?Up to you to decide it but at least he has do something for peace and justice to the Muslim countries especially for Palestine,Iraq and Afghanistan beside blatantly critics the America double-standard.
6. Ada rakyat Malaysia yang berbangga dengan pemimpin parti mereka yang kononnya memperjuangkan agama dan mempunyai kenalan ramai di luar negara. Kenapa tak gunakan ideologi dan pengaruh tersebut supaya kerajaan luar negara tu akan mengubah dasar ke atas negara-negara Islam?
7.Atau dia sendiri sebenarnya mempergunakan imej Islamiknya untuk kepentingan sendiri?