Monday, December 7, 2009

DEMOKRASI


1. Seorang penduduk Iraq memberitahu kepada seorang wartawan sejurus penaklukan AS ke atas Iraq tentang demokrasi. Komentar beliau cukup ringkas tetapi padat dengan mesej
'' Apakah perlu saya membayar demokrasi yang Bush bawa dengan nyawa 6 ahli keluarga saya yang telah terbunuh dalam serangan AS ke atas negara ini?''
2. Salah satu alasan serangan Amerika ke atas Iraq adalah membawa demokrasi ke negara tersebut dan menghentikan pemerintahan diktator Saddam Hussein. Anehnya kenapa AS tidak pergi menyerang negara yang mengamalkan pemerintahan diktator seperti di Korea Utara dan Cuba?
3. Kemenangan dalam Perang Dingin telah membawa dunia untuk menerima idea demokrasi dan menghapuskan fahaman komunisme. Demokrasi dikaitkan dengan kebebasan- tanpa sempadan. Ia telah membawa kepada penciptaan hak asasi manusia @ fundamental liberties serta membawa dunia ke era globalisasi. Ada juga berpendapat bahawa demokrasi adalah kebebasan mutlak-sesiapa pun bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu ada sekatan dan ia sangat berkait rapat dengan kebebasan bersuara yang seringkali menjadi pertikaian dalam isu demokrasi ini.
4. Salah satu usaha pentadbiran Tun Abdullah adalah membuang imej 'diktator' yang dibawa dalam pentadbiran Tun Mahathir. Maka beberapa pihak sudah menyuarakan pendapat dan kebebasan masing-masing; beberapa perhimpunan diadakan untuk menuntut hak mereka. Tetapi terbukti eksperimen ini gagal- pentadbiran Tun Abdullah dalam masa kurang dari 10 tahun telah merekodkan beberapa kali orang keluar masuk ISA. ISA digunakan secara radikal untuk menangkap golongan yang berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka. Nah adakah ini yang disebut demokrasi?
5. Apabila berlangsung satu perhimpunan atau demonstrasi kita akan berpegang teguh pada hak kebebasan fundamental artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi tanpa disedari demonstrasi itu juga telah mencabuli hak kebebasan orang lain- yang ingin bergerak dan keluar berhujung minggu bersama keluarga, yang ingin menziarahi sanak-saudara di hospital dan juga ancaman tindakan agresif yang membawa kepada kecederaan mahupun kematian ke atas orang yang tidak terlibat.
6. Dan kerana demokrasi, berpuluh ribu nyawa melayang di Iraq dan jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin besar. Atas nama kebebasan dan demokrasi di AS contohnya orang biasa diberikan lesen untuk memiliki senjata dan akibatnya kos keselamatan terpaksa ditingkatkan dan berlaku insiden pembunuhan yang tidak diingini.
Pendirian
1. Dalam hal demokrasi secara jujur aku sendiri tidak menyokong kebebasan 100%- liberalisme yang terlalu menjunjung demokrasi dan berhujah atas nama hak asasi manusia. Kalau diteliti hak asasi manusia yang diperjuangkan adakalanya bercanggah dengan pegangan agama Islam bahkan seakan menghina dan mempertikaikan hukum Tuhan. Hak asasi untuk kahwin sesama jenis tidaklah dapat diterima dalam agama Islam dan beberapa pandangan dikeluarkan kononnya hukuman hudud dan qisas dalam Islam adalah mencabuli hak asasi manusia.
2. Kebebasan punya keterbatasan dan had sempadan. Bahkan makna hudud itu sendiri membawa erti sempadan. Apakah yang akan jadi jika jalanraya tidak mempunyai lampu isyarat hanya kerana atas dasar tidak mahu mengongkong dan mengawal pengguna jalan raya? Apakah yang akan terjadi jika tiada hukuman dikenakan, tiada undang-undang untuk mengawal sikap manusia?Kalaulah Islam menghalalkan perkahwinan sejenis maka martabat manusia itu sendiri lebih rendah daripada haiwan- kerana haiwan sendiri tidak mengawan dengan sesama jenis.
3.Apabila manusia terlalu mengagungkan kebebasan mutlak maka kedudukan sebagai khalifah atau wakil Allah di atas muka bumi ini akan menjadi lebih hina daripada makhluk2 Allah yang lain.
4. Aku bersetuju dengan konsep demokrasi dalam ertikata memberi kebebasan untuk kita memilih siapa pemimpin kita dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat tanpa perlu mencabuli hak kebebasan orang lain. Atau ertikata lain; mengikut saluran yang benar. Pilihanraya adalah suara sebenar rakyat dan melalui pilihanraya kita berhak untuk memilih siapa yang akan mentadbir negara kita.
5. Tetapi aku tidak bersetuju andaikata seseorang pemimpin itu perlu mengamalkan kebebasan mutlak dan perlu menghapuskan undang-undang yang dilihat sebagai menghalang hak asasi manusia. Jika undang-undang itu mampu membawa kestabilan dan perpaduan maka apakah itu menjadi satu dosa dan kesalahan untuk mengawal maksud demokrasi?
6. Dan ya-aku seorang konservatif. Aku tidak berpegang pada prinsip democracy liberty yang diagungkan oleh barat. Aku lebih cenderung kepada demokrasi yang terkawal sesuai dengan melindungi kestabilan, perpaduan dan masa depan negara. Atau dalam dunia undang-undang golongan macam aku ni dipanggil naturalist- yang meyakini bahawa undang-undang adalah untuk membendung kejahatan ( Stephens) dan undang-undang ciptaan Tuhan adalah the supreme law( Aquinas)
7. Persoalannya: kenapa kita perlu menjadikan pandangan barat sebagai rujukan? Kenapa kita perlu menerima konsep hak kebebasan dan asasi mereka yang ada kalanya bertentangan dengan agama dan cara hidup kita?
8. Jika ada yang mahu menggunakan hujah demokrasi dan kebebasan mutlak mahupun hak asasi manusia yang bertentangan dengan syariat pada saat pengadilan di mahkamah Tuhan kelak silakan. Tetapi aku belum bersedia untuk menggunakan perkara ini sebagai hujah. Jika kita percaya Islam sebagai agama yang syumul, ad-deen atau cara hidup yang sebenar maka pasti hak asasi sebenar terkandung dalam hukum ciptaan Tuhan.
mungkin ini sebabnya Aristotle berpendapat bahawa demokrasi adalah sistem yang terburuk dalam sekian sistem pemerintahan di dunia ini...

3 comments:

  1. sangat bersetuju.
    setiap kebebasan perlu ada had dan perlu ada kawalan.
    islam sendiri mengamalkan kebebasan dan tidak menafikan hak manusia, namun begitu islam juga meletakkan garis panduan.
    kerana kebebasan bukan hak milik mutlak kita. kebebasan kita dikongsi bersama mahkluk lain yg wujud juga dimuka bumi ini.
    selain dari hak manusia sesama manusia kita juga perlu lihat kebebasan tuhan.
    di dunia ini tiada perkara yang mutlak buat manusia. jika direnung-renungkan hidup ini bukan hak kita. segala-galanya dipinjamkan oleh Allah yg maha esa. dan kta hanya perlu membayarnya dengan menjadi HAMBA yang taat...

    kebebasan mutlak hanya ada pada tuhan yg ESA.

    setiap perkara yang berlaku pasti ada harganya. tiada benda yang percuma.

    maka begitu juga kebebasan.
    sekiranya kebebasan itu mutlak, maka ia seperti barang percuma.

    kupasan topik yg menarik Z. hahaha

    ReplyDelete
  2. demokrasi org klate kato demo kasi

    ReplyDelete
  3. by the people, for the people, of the people..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)