Thursday, December 10, 2009

Awas!Mengandungi unsur rasis yang tidak keterlaluan

1. Entah pasal apa minggu ni banyak sangat benda-benda yang berkaitan dengan perkataan rasis (racist) atau lebih tepat perkauman. Aku pun baru tau yang rasis ni pun bukan setakat dalam politik tetapi time main game pun ada. Sangat hebat semangat perkauman ini.

2. Pasal BTN?Tak mahu komen panjang-panjang.Rasanya benda ni kalau nak komen atau pertikaikan patut buat dari dulu lagi sejak tahun 1974, bukannya sekarang tahun 2009 baru nak kecoh itu ini. Dah tak ada isu itu pasal kes 20-30 tahun dulu pun boleh dibangkitkan semula.Cuma terasa sinis sebab orang yang menuduh orang lain rasis sebenarnya dia pun rasis jugak.Kalau tak buat apa masuk parti yang berasaskan kaum.

3.Bila orang Melayu cerita sikit mengenai bab macamani terus mendapat anugerah rasis. Tak boleh sebut langsung pasal perkara-perkara yang berkaitan kaum ni. Orang Melayu kena jadi lemah-lembut, mesti banyak toleransi dan menjaga hati kaum lain. Itulah yang selalu menjadi mind-set sejak awal kemerdekaan lain. Demi mencapai semangat perpaduan dan kemerdekaan prinsip jus soli diterima dan sebagai galang ganti hak istimewa untuk kaum bumiputera diperkenalkan.

4.Tapi itu kalau orang Melayu. Kalau orang lain? Siapa yang menghina lagu negaraku di negara asing dengan menyanyikan lagu negarakuku? Siapa yang sekarang ini mempersoalkan hak istimewa bumiputera dengan sangat lantang dan kerap?Kononnya untuk mencapai matlamat 1Malaysia hak bumiputera mesti dihapuskan( memang dasar tak belajar sejarah. Dah dapat prinsip jus soli pun masih lupa diri). Siapa yang baru-baru ini mempertikaikan tindakan kerajaan membina banyak masjid dan pusat kegiatan agama Islam?( pergi buka buku perlembagaan persekutuan dan baca artikel 3 dan 12. Kalau tak faham juga sila rujuk pakar perlembagaan negara Prof Abdul Aziz Bari).

5.Kenapa orang-orang seperti dalam no.4 itu tidak dilabel sebagai rasis?Semua senyap kalau bangsa asing mempersoalkan itu ini berkenaan orang Melayu tapi bila kita cakap sedikit untuk menyuarakan pendapat berkenaan hak dan pendirian kita komfem dapat anugerah rasis itu dengan percuma.

6.Bukan bermaksud hendak rasis dan menyinggung perasaan kaum lain tapi inilah terjadi kalau orang tak faham tentang sejarah dan perlembagaan negara. Kalau nak cakap Malaysia mengamalkan rasis, jangan lupa untuk menjenguk negara jiran yang juga mengamalkan rasis secara senyap. Bahkan di Amerika sendiri pun kononnya sudah tidak mengamalkan rasis lagi kerana sudah ada Presiden berkulit hitam sekarang sebenarnya masih lagi mengamalkan rasis di beberapa tempat.

7.Rasis ada di mana-mana. Cuma ia tak perlu diperbesar atau diapi-apikan.

8.Soalan bonus: Apakah dengan belajar di institusi yang dikhaskan oleh kaum bumiputera sahaja membuatkan aku semakin rasis? Jawapan jujur: Tak terasa pun semakin rasis sebab kawan-kawan yang berbangsa Cina dan India masih lagi aku hubungi dan friendship kitaorang masih tetap maintain.Cuma aku menjadi lebih tahu tentang posisi sebenar dan mengetahui susur galur wujudnya hak bumiputera sejak masuk ke dalam UiTM ni.

Tengok telefilem Gadoh...satu pendedahan yang sangat terus-terang dan jujur pasal perihal rasis ni.

3 comments:

  1. betul sgt.... siapa yg rasis sebenarnya.. Tun dulu x berani pun nak ungkit...kenapa sekarang baru nak ungkit?...

    ReplyDelete
  2. politik negara semakin lama semakin serabut wal alam. apa yang penting sekarang deduksi kita sendiri berdasarkan kedua-dua pihak.

    Perkauman memang wujud, kita tak nafi. Tapi perlukah kita bergaduh sesama sendiri semata-mata perkara itu? Aku rasa tidak. Mungkin ada orang akan cakap aku budak U tak taw senario sebenar lagi. Tapi, itu apa yang aku nampak. Kita perlu bersatu, kita kena rasis dulu baru kita kemudian tak rasis sebab apa? kalau sama2 kaum kita pown kita tak jaga macam mana nak jaga kaum lain? sama la macam penting diri. kalau diri kita pown kita tak leh nak jaga macam mana kita nak jaga orang lain.

    kita selaku generasi muda perlu terus menyumbang idea2 bernas kita.

    bersama kita bersatu.

    ReplyDelete
  3. Thanx z..
    about racis ni sampai bila pun akan berterusan..
    utk mengubah pandangan serong kaum lain pada kt..kt kena contohi mcm NABI SAW, berbuat baik pada org yg sakiti kt, doakan smoga dia berubah...
    Ini lah sifat mulia yg sesape pun akan cair..sifat tepuji Insya Allah, membawa berkat dlm hidup kt..

    Peace and NO war.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)