Thursday, December 31, 2009

Abang Teksi

1. Sepanjang tahun ini aku banyak menggunakan pengangkutan awam; kalau tak LRT, teksi akan menjadi pilihan dan semalam aku dah mendapat satu lagi pengangkutan awam yang boleh digunakan sebagai alternatif iaitu bas RapidKL. Lagi murah; dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tambang cuma RM1.00.

2. Pemandu teksi adalah golongan yang paling banyak berinteraksi dengan rakyat Malaysia secara amnya dan mereka telah bertemu dengan pelbagai jenis latarbelakang manusia bahkan dalam sesetengah perkara mereka boleh menjadi penasihat kepada Kementerian JalanRaya; para pemandu teksi mempunyai pengetahuan selok-belok jalan di sesetengah tempat dan mereka juga sudah lali dengan kesesakan jalan raya jadi sudah tentu mereka tahu punca dan penyelesaian terhadap masalah ini.

3.Malangnya ada seorang menteri telah menyamakan pemandu teksi kita dengan 'jamban'. Aku tak tahu samada menteri ini pernah menaiki teksi atau tidak tapi kalau pernah pasti beliau akan berfikir dua kali sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.

4.Sebab pemandu teksi juga merupakan surveyor terhadap sokongan rakyat kepada kerajaan sebab itu jangan terkejut ada YB yang berlakon jadi pemandu teksi dalam filem pendek berkenaan 1Malaysia. Siapa cakap pemandu teksi tak penting?

5. Dalam kesempatan yang ada aku akan berpeluang untuk bercerita hal-hal seputar politik bersama pemandu-pemandu teksi. Ternyata mereka adalah telinga rakyat yang sebenarnya, mereka tahu apa yang rakyat tak suka dan kenapa rakyat tidak menyokong kerajaan. Secara amnya, dari awal tahun hingga ke hujung tahun ini tidak banyak perubahan yang aku dengar. Momentum positif yang dicanang rupanya masih jauh dari sebenar. Sokongan terhadap kerajaan sekarang masih lemah; perubahan rakyat daripada tidak menyokong kepada menyokong terlalu perlahan dan dikhuatiri jika senario ini berlanjutan tidak mustahil PRU akan datang menyaksikan negara kita akan mendapat kerajaan baru.

6.Seperti kata seorang pemandu teksi berbangsa India yakni generasi muda tidak menyokong kerajaan. Itu aku tak nafikan bahkan momentum sokongan siswa IPT pun tidak banyak perubahan. Berikut disenaraikan beberapa sebab musabab rakyat masih tidak menyokong kerajaan:
  • Peribadi pemimpin & keluarga
  • Rasuah bermula sejak peringkat cawangan
  • Ketua Pemuda UMNO yang korup
  • Isu perkauman

7. Ada banyak lagi sebab-sebab kenapa rakyat masih lagi berada dalam mood indifferent atau tidak menyokong kerajaan tetapi cukuplah empat di atas. Kalau tidak ada juga sebarang langkah untuk mengatasi masalah tersebut maka tak perlulah aku ingatkan sekali lagi apa yang akan terjadi kepada PRU akan datang.

8. Harapan aku untuk kerajaan sekarang untuk tahun 2010? Cukup aku letakkan satu sahaja: Sila kembali ke landasan yang dahulu di mana kita menjadi juara negara dunia ketiga dan menjadi suara kepada negara-negara Islam. Tak perlulah nak jaga hati negara besar tu. Masa serang saudara kita di Iraq dan Palestin takda pun dia nak jaga hati kita. Yang kita nak jaga hati dia kenapa?

9. Oh mungkin ini jawapannya: ''Nak jaga kesejahteraan rakyat. Kalau AS dah tak melabur dan berdagang dengan kita macammana rakyat nak hidup sejahtera dan negara maju.''

10. Err satu lagi permintaan boleh? Tolong buang mereka yang dah terang-terangan korup dan lagi mengkorupkan negara. Kalau tak boleh tak apalah nanti kat 'dunia' yang lagi satu aku tuntutlah hak aku sebagai 'rakyat yang sepatutnya didahulukan'. Kalau rakyat dah cakap tak suka tapi tak nak dengar itu bukannya didahulukan lagi.

Selamat tahun baru 2010.

4 comments:

  1. kita sekarang adalah masa hadapan negara,
    sama-sama kita ubah perkara yang menajdi virus ini.
    memang bukan senang, tetapi usaha dan istiqamah diperlukan.

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum zharif

    2010 , pasti lebih banyak dengan isu panas

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)