Sunday, January 3, 2010

HAK EKSKLUSIF

1. Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Herald Tribune untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia. Meskipun agak terlepas dari perkembangan semasa sejak berada di UiTM ini tetapi isu ini begitu hangat diperkatakan di blog-blog mahupun di akhbar tempatan.

2. Apabila keputusan ini dputuskan maka ada muncul satu golongan yang menganggap berlakunya 'bias' kerana hakimnya bukan berbangsa Melayu. Tetapi pandangan sebegini tidak pernah padam jika hakimnya berbangsa Melayu dan memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut kerana bias atau berat sebelah ini adalah mengikut pandangan individu.

3. Dari sudut agama pula, istilah Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah berbeza daripada umat Kristian. Di dalam Al-Quran juga Tuhan telah menurunkan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam sendiri pun mengakui bahawa pencipta manusia adalah Allah. Pencipta bumi, yang menurunkan hujan, yang menukarkan siang ke malam dan perkara-perkara lain yang terjadi di alam ini adalah ciptaan Allah.

4. Dalam tasawwur Islam semua orang termasuk bukan Islam mempunyai tauhid rububiyyah tetapi hanya orang Islam sahaja yang mempunyai tauhid rububiyyah dan uluhiyyah. Bahkan sifat Ar-Rahman Allah sendiripun meliputi mereka yang bukan Islam tetapi sifat Ar-RahimNya adalah milik umat Islam sahaja.

5. Isu agama merupakan satu isu yang sangat sensitif di negara ini kerana ia melibatkan keharmonian dan kestabilan negara. Tetapi jika ditanya akan pendirian aku maka eloklah dirujuk semula kepada Ayat Al-Quran yang telah disebutkan di atas. Memandangkan masyarakat negara kita masih lagi menjaga sensitiviti keagamaan dan untuk mengelakkan kekeliruan eloklah perkataan Allah itu tidak dijadikan bahan perdebatan yang panjang. Gunakan jalan perundangan untuk mendapatkan ketetapan.

6. Keputusan Mahkamah Tinggi belum muktamad. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih boleh 'quash' atau 'void' keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Jadi terserahlah kepada mereka yang bertanggungjawab untuk membawa hal ini dan mencapai keputusan yang tepat; yang dapat memuaskan hati majoriti penduduk di negara ini. Harus diingat hak minoriti adalah penting untuk dijaga tetapi hak majoriti juga tidak boleh diketepikan.

*Serahkan pada yang lebih pakar dalam perundangan untuk membuat keputusan. Waalahua'lam

5 comments:

  1. pendekatan yang sangat bijak dengan tidak mengulas terlalu banyak. Agree with you that this is a sensitive issue. Let the law do the talking. And the experts do da works.

    ReplyDelete
  2. Takut jugak kan bila cakap soal agama ni. Kita pun tak bijak soal hukum hakam. Setiap keputusan tu, mesti ada sebabnya.

    ReplyDelete
  3. Salams

    Zharif,

    nanti tinggalkan email kamu ok (pada kotak komen saya pun tak mengapa). Saya mahu bagitahu sesuatu.

    Selamat menegakkan apa yang perlu ditegak.

    ReplyDelete
  4. Please read this blog and flag it.

    http://deadgeum.blogspot.com/2010/01/263-right-honourable-prime-minister.html

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)