Tuesday, January 19, 2010

EKSKLUSIF: ANDA BUAT KEPUTUSAN

1. Dalam posting yang ringkas ini saya ingin memaklumkan bahawa pada minggu lepas saya dihubungi oleh salah seorang rakan saya untuk bertemu dengan 'YB'. Ya, 'YB' ini adalah ahli UMNO sendiri; subjek yang menjadi bahan sinis dan kritikan saya dalam entri2 sebelum ini kerana perbuatan beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan duit telah menyebabkan UMNO hampir karam.

2.Difahamkan beliau ingin bertemu dengan pelajar2 IPT untuk berbicara soal politik dan mengembalikan semula sokongan orang2 muda ke atas UMNO.

3. Saya sudah minta beberapa nasihat daripada 'mentor-mentor' politik saya dan ada yang meminta saya menerima dan ada juga yang menolak. Ada pelbagai sebab yang diberikan.

4.Kalau saya pergi ini akan mendedahkan terang-terangan siapa saya kerana saya sudah bersiap dengan soalan untuk 'menyerang' beliau tetapi risikonya pun cukup tinggi; boleh saja soalan saya yang tidak menyokong beliau itu akan mensabitkan saya dengan kesalahan kerana menyertai program2 politik di bawah Akta 174. Sudah pasti karier dan pelajaran saya akan tamat di sini. Kalau saya bagi komen atau soalan yang memuji barangkali saya boleh dapat 'biasiswa' hari itu juga.

5. Saya sendiri ragu kalau ada sesi soal jawab akan diberikan kerana saya sendiri sudah melihat cara beliau bersidang di parlimen. Beliau menggunakan peluang untuk mengkritik barisan lawan tetapi tidak mahu mengambil sebarang soalan daripada pihak lawan. Kalau tak salah saya ada di youtube ketika kes PKR(Projek Khinzir Raksasa) yang dicanang oleh beliau.

6. Ada pro dan kontra. Yang baiknya saya akan dikenali dan boleh dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi pemimpin pada masa depan tetapi yang buruknya, anda sendiri boleh fikirkan.

7.Mungkin belum sampai tahap kematangan politik untuk bertemu dengan 'seteru' saya ini. Kerana saya masih terikat dengan banyak akta dan peraturan.

8. Di atas blog ini saya sediakan undian untuk anda mengundi samada perlu atau tidak saya menerima 'jemputan tersebut'. Keputusan saya adalah berdasarkan majoriti undian tersebut. Sekian.

5 comments:

  1. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    bertemu bukan bermakna berperang
    berperang bukan bermakna membunuh

    pandangan juga bermakna cadangan
    hujahan juga bermakna sokongan.

    ReplyDelete
  3. satu peluang yang sangat baik.

    y dont u just go and look at the situation.
    kalau boleh tak yah la serang dia sebab its x really a good idea since we know his capability. we are still young and so far insyaallah ada masa depan. kalau nak serang "ringan-ringan" cukup la. hehehehe

    tp untuk pendedahan dan pengalaman apa salahnya =)

    ReplyDelete
  4. mungkin tidak sesuai kerana kita masih lagi pelajar. terpulang lah kepada z. mungkin boleh berjumpa atas dasar mengeratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum zharif

    kalau rasa ragu-ragu, sama berat nak gi atau tidak, buatlah istikharah, moga Allah tunjukkan jalan terbaik buat zharif

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)