Thursday, April 30, 2009

Guna psikologi dong bukannya kekerasan!

1. Malam ini saya baru selesai bertemu dengan saudara penakiri yang juga merupakan seorang blogger di Malaysia. Beliau juga seorang yang kritis dalam memberikan pendapat tentang isu-isu semasa.

2. Sepanjang perjumpaan kami tersebut, beberapa kali perbualan kami terhenti kerana disinggahi oleh tetamu yang tidak diundang.


3.Mula-mula wanita buta yang menjual penanda buku.Kemudian wanita tua yang meminta derma untuk membelikan susu anak sambil menggendong budak kecil dan tidak lama kemudian seorang wanita menjual pelekat doa2 sebelum seorang lelaki datang dengan tagline 'derma ikhlas'


4. Saya terpana buat seketika memerhatikan hal ini. Bukan untuk menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak menangkap dan memasukkan mereka ke rumah kebajikan tetapi saya khuatir jika golongan2 ini menjadi mangsa sindiket pihak-pihak tertentu.


5. Mengapa tidak golongan-golongan ini tidak diberi peluang untuk hidup normal?Maksud saya kenapa tidak ada NGO atau kerajaan melalui kementerian pembangunan wanita dan keluarga memandang serius isu ini?


6. Saya berpendapat golongan-golongan ini perlu mendapat perlindungan sewajarnya.Mereka seharusnya ditempatkan di satu kawasan penempatan dan seterusnya diberi ruang dan peluang untuk bekerja.


7. Contohnya seperti wanita buta tadi.Kenapa tidak dia dilindungi di bawah kebajikan OKU?Apakah kerajaan perlu menggubal satu undang-undang khusus untuk melindungi golongan ini supaya tidak menjadi mangsa pihak2 yang mengambil keuntungan sendiri?


8.Saya melihat mereka(tetamu2 yang singgah di meja kami berdua ini) mempunyai potensi dalam bidang perniagaan dan barangkali mereka mempunyai bakat-bakat lain yang boleh dimaksimakan untuk kebaikan mereka juga.


9. Ini juga sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi negara dan mengurangkan golongan2 yang tidak produktif di negara ini. Sekurang-kurangnya pelaburan kerajaan untuk golongan sebegini akan membawa kebaikan untuk negara juga.


10.Daripada menangkap,menghalau dan bersikap keras dengan mereka lebih baik kita gunakan pendekatan yang lebih bermanfaat.


11.Makanya guna psikologi dong bukannya kekerasan lho!

Tuesday, April 28, 2009

A BREAKTHROUGH

1. Ini adalah hari kedua saya berada di Kuala Lumpur dalam gap week sebelum final paper menjelang. Hari semalam dihabiskan bersama dengan ibu meronda di KLCC dan sempatlah juga meluangkan masa untuk menonton filem 'he just don't really into you'. Cadangan awal nak tengok the international tapi tayangan untuk filem tu dah habis so tengoklah cerita lakonan Ben Affleck dan aktres2 hollywood yang agak terkenal jugak. Sangat menarik dan jalan cerita mirip filem CINTA tetapi lebih kreatif dan punya falsafah tersendiri.Oh ya hari semalam juga saya mendapat respons dari sebuah penerbitan novel yang bersedia untuk menilai karya terbaru saya yang dijangka siap sebelum akhir tahun nanti bertajuk 'Sampai syurga'.

2. Hari kedua saya bertemu dengan saudara Ram yang bertugas di Perdana Global Peace Organisation(PGPO) yang mana pejabat beliau terletak di bangunan yayasan Al-Bukhary. Sebelum sempatlah saya menunaikan solat di Masjid Negara.Saya sungguh terpesona dengan rekaan dalaman bangunan tersebut yang saya fikir tidak keterlaluan untuk dilabel sebagai 'istana' yang diukir bersama rekaan Islam yang unik.

3. Pertemuan kami berlangsung selama hampir 40 minit. Pelbagai perkara bermula dari keamanan sehinggalah ke bab politik. Tujuan sebenar saya adalah mencadangkan supaya ditubuhkan satu sayap atau faction baru dalam Perdana Global Peace yang diberi nama sebagai PERDANA GLOBAL PEACE YOUTH.

4. Saya berpendapat bahawa sayap baru ini dapat memantapkan semula misi dan objektif PGPO untuk memperjuangkan keamanan sejagat. Saya sangat kagum dengan kemantapan organisasi yang memperjuangkan isu2 alam sekitar dan global warming lantas saya berfikir bahawa isu keamanan juga perlu diberi perhatian yang serius;lebih serius.

5.Alhamdulilah saudara Ram bersetuju dengan idea saya dan beliau juga mengalu-alukan kerjasama dengan pihak universiti. Lagipun inilah peluang untuk menyatukan generasi muda seluruh negara supaya lebih prihatin dan serius untuk menghentikan peperangan di serata dunia.

6. Tambahan lagi kelab saya yakni Pre-Law Club akan menjadi satu kelab rasmi yang bakal menyertai sayap baru Perdana Global Peace ini dan kemungkinan besar juga satu exhibition atau conference mungkin diadakan di UiTM Kedah yang akan dihadiri oleh Tun Mahathir dan juga speaker2 keamanan yang lain. Insyallah saya tidak memberikan janji kosong tetapi usaha untuk merealisasikannya ada.

7. Saya juga menegaskan bahawa sayap baru ini bukanlah untuk kepentingan Pre-Law Club Kedah sahaja kerana ia juga akan melibatkan seluruh remaja2 yang lain di negara ini termasuklah dari universiti-universiti dan memandangkan ianya satu organisasi bersifat global maka sayap ini juga akan 'terbang' ke negara2 lain dan sasaran terdekat saya adalah negara-negara jiran seperti Singapura,Indonesia,Brunei,Thailand dan juga negara2 Arab seperti Palestin dan Iraq.

8. Saudara Ram meminta saya membuat proposal ringkas berkenaan Perdana Global Peace Youth beserta cara-cara untuk menghantar surat jemputan ke universiti2 supaya sayap ini dilihat lebih relevan dan bermanfaat untuk semua belia di negara ini.

9. Dan saya berazam untuk menjadikan ia satu kenyataan meskipun saya sedari ia bukan satu kerja mudah dan kemungkinan untuk gagal itu ada.

10.Tetapi perkataan gagal itu sedikitpun tidak merungsingkan kerana saya yakin tiada yang mustahil di dalam dunia ini.

11. Ia satu impian yang besar. A big dream from a person who dare to dream.Mimpi besar daripada orang yang berani untuk bermimpi.

12. Insyallah demi kepentingan bersama saya akan meneruskan perjuangan ini dan memastikan ianya menjadi satu realiti!

DEMI ISLAM BERSATULAH!

1. Saya masih ingat lagi sewaktu debat perdana yang disiarkan di RTM beberapa tahun yang lalu di mana Saudara Nasharuddin Mat Isa ditanya samada PAS akan menghadiri sebarang perbincangan yang seumpama dengan program tersebut.

2. Dengan tenang beliau menjawab ''Panggil dan jemputlah kami insyallah kami datang'' sambil diiringi tepukan yang gemuruh oleh hadirin.

3. Muktamar PAS yang akan berlangsung Jun nanti akan membabitkan dua kumpulan samada parti ini akan terus dipimpin oleh kaum tua atau kaum muda yang terdiri daripada ahli2 profesional.

4. Saya sendiri sangat mengkagumi Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kerana beliau merupakan seorang profesional dan pandangan-pandangan beliau di Parlimen sangat bernas dan membina.

5. Saya tidaklah arif dalam urusan kepimpinan PAS tetapi saya difahamkan akan berlaku pertandingan untuk jawatan presiden yang sekarang ini dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Calon2 yang disebut bakal mencabar beliau ialah Tuan Guru Nik Aziz.

6. Secara peribadi saya sangat menghormati Tuan Guru Nik Aziz dan suka dengan cara kepimpinan beliau di Kelantan yang sederhana dan lebih menepati ciri2 kepimpinan khulafa Islam.

7.Saya sendiri lebih suka Tuan Guru yang memimpin PR bukannya DS Anwar Ibrahim.

8. Pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden disebabkan kesediaan Abdul Hadi dan Nasharuddin Mat Isa untuk mengadakan muzakarah atau muqabalah dengan UMNO.Kebanyakan ahli PAS tidak bersetuju dengan cadangan mereka berdua.

9. Saya sangat bersetuju dengan cadangan presiden PAS untuk bermuzakarah dengan UMNO. Apakah menjadi 'dosa' jika PAS duduk semeja dengan parti lawannya yang juga Melayu-Islam?

10. Muzakarah ini seharusnya dilihat dengan lebih mendalam. Bukannya untuk menjadi satu medan 'siapa yang lebih hebat dan betul' sebaliknya harus berintikan isu-isu semasa yang melanda umat Islam di Malaysia.

11.Isu murtad, seks bebas,dadah,sumbang mahram,kes juvana terus meningkat dari masa ke masa. Bukankah isu ini melibatkan maruah Melayu dan Islam?Apakah menjadi satu kesalahan jika kedua-dua parti ini duduk dan berbincang untuk mencari solusi dan pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah-masalah ini?

12.Adalah lebih baik jika muzakarah ini juga melibatkan mufti-mufti dan para ulama yang saya fikir turut mempunyai cadangan untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan pendekatan Islami.

13. Apakah ia menjadi satu masalah kepada UMNO untuk menerima cadangan dan solusi dari parti PAS?Bukankah sebelum ini mereka pernah bergabung dan sependapat dalam isu Palestin.Apakah mustahil untuk berbincang semula dan kali ini lebih tertumpu kepada agenda nasional?

14. Saya tidak menyalahkan Datuk Abdul Hadi kerana menarik semula cadangan ini. Pada hemat saya tekanan yang mendalam daripada pemimpin PAS yang lain membuatkan beliau membatalkan cadangan tersebut.

15. Lupakan sejenak perbezaan ideologi dan politik. Apabila menyentuh isu maruah dan imej Melayu-Islam di Malaysia maka perbezaan-perbezaan ini harus diketepikan dahulu demi kebaikan masa depan.

16. Saya berharap agar pucuk pimpinan PAS menimbangkan semula perkara ini.Begitu juga dengan UMNO yang diharap dapat membuka semula pintu untuk bermuzakarah.Janganlah ia dilihat sebagai motif politik tetapi lihatlah ia sebagai satu inisiatif untuk menyelamatkan orang Melayu di masa depan.

17. Demi Islam, maka bersatulah!

Sunday, April 26, 2009

BETTER LATE THAN NEVER

1. The new Chief of UMNO information Mr Ahmad Maslan said UMNO need a new technique to attract youth in order this group will continuously support the party.

2. I welcomed the idea warmly eventhough I think it should be done earlier than now.

3. Restriction on freedom of expressing opinion and thoughts among youths seems reliable in order to maintain the good news only come to the government but this is also will threat the government as well because the youth will probably express their opinion through next election.

4. I don't think UMNO Youth Wing is sustainable to hear all the opinions come from the youths of Malaysia. Perhaps the opinions will be selective; only the positive and compliment one will be heard by the leader and for the positive critics or recommendation will remained in the 'pending'.

5. Instead I believe most of the young generation have lost their confidence with this crucial wing in UMNO party as it is already 'stagnant' with money politics and those who is 'kaki ampu'.

6. I highly recommend government to establish of what so called think tanker among the youth who will give such opinion and check-balance for the party in order to regain the trust of this group. The think tanker may consist of youths' professional, colleagues as well as the bloggers.

7. This will make more space and room for us to express opinion without fear and deliver it precisely and truth.

8. Mr. Ahmad Maslan should realised the dominance of internet nowadays.

9.Perhaps this can be a breakthrough for UMNO to reinforce its position in this country.

10. Otherwise the proposal will become just a word without action

*I wrote this post in my way to KL by night train.Escapisme from boredom

SPECIAL TRIBUTE



Special tribute untuk salah seorang member terbaik aku di UiTM Kedah; Arif Husain atau lebih dikenali sebagai Master. Mempunyai persamaan dengan aku; Johorian,tinggi, hensem dan sedikit comel hehe.
Dah dua semester kami sebilik dan banyak perkara yang best dan x best telah diharungi bersama dan aku banyak terhutang budi dengan dia. Salah satu perkara yang aku takkan lupa adalah mengharungi hujan lebat dalam perjalanan pulang ke UiTM dengan hanya menaiki motor kepunyaan beliau berplat JHX 1608.Dua kali pulak tu.
Some said he is one of my cronies. No doubt and i will not deny it but he proves me that cronies are not all bad. When everyone doubt with his compatible to be the one i trust in trip project I put my believe in him and he never let me down. He is the best partner team I ever had.
And today is his birthday. 19 already bro!And I am waiting for the 'punishment' he will give to me during my birthday soon...

Saturday, April 25, 2009

WON'T MAKE ME DOWN


1. When the announcement of Hi-com election result had finished, Yazid aka the formal Secretary of Pre-Law club once told me '' beware of the backstabbers.''


2. I don't take it seriously nor lightly because at first I just took it as typical caution. But then at the end of my duty as vice-secretary of Pre-Law, the words of 'beware of backstabbers' seems paramount.


3. I once had been labelled as backstabber.


4. But it settled as the sources came from misunderstanding and the discounting attribution of the third parties. It so hard to clean back from this label but I guess the label is already perish with the 'desperate' title the others give to me.


5. I am grateful to be one of the hicom members because I take the chance completely to clean back my image as well as serve the club in my best effort. But after all the nuisance sound appeared again in unexpected direction and unrespectful manner.


6. I thought those who give bad talk on me at back is ungrateful as they condemn on the weakness in my project. I admit there are a lot of loopholes but I had done it remarkably. I'm not the one who plan this or that but then cancelled the plan because of certain excuses. I rather take critics and condemnation than to leave up the plan with bundle of 'reasonable' excuses.


7. I'm not blaming someone for those who I think is going to give a bad blood with me because it is their right to do so. I just considered them as ungrateful-not to grateful to me but ungrateful to God's gift to them to particapte in my project.


8. I was a little shocked when heard this matter as it comes from unexpected direction. But as my heart said '' this will train u as a pure politician'' then I take it with no intention to revenge back.


9. The purpose of this blog is not to backstabbed them back but as a notifications to the outsiders that my focus and my determination will be not been distracted with such treatment. Instead when I highly persuasived to settle it by 'discussion' i refuse to do so because it will not change anything. People who backstabbed mostly hypocrite. They will express their regretful and plead apology in front of us but then after that start to condemn us back.


10. I warmly accept what so called 'developing critics' or in bahasa 'kritikan membina' but for bad talks I'm sorry I'm not interested to deal so. The bad talkers may spread the words as please as they may but the action of mine will prove them wrong.


11.As long as my action is in right conscience and lead to benefit for others, I will continue to do so and ignore those immature action.


12. I will keep forward with a lot of progression. While the backstabbers or bad talkers will remains back.


13. And it just make me more stronger!

Friday, April 24, 2009

MALAYSIA DAN MEMBACA-RASIONAL IBF

Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung sejak 17 April lalu merupakan satu aktiviti tradisi di negara kita.Rasa sedih juga apabila tak dapat bersama-sama untuk memeriahkan pesta buku ni.Kali pertama pergi ketika tahun 2004 apabila berkesempatan menyertai kem penulis muda kebangsaan dan kali terakhir saya pergi bersama sepupu2 tahun lepas.
Saya tidak tahu samada kajian ini telah diperbaharui tetapi saya berpegang pada kajian yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua helai mukasurat setahun. Berbanding dengan negara2 maju lain ternyata kita ketinggalan jauh. Maka IBF ini dijalankan untuk meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Apakah rakyat Malaysia tidak mengamalkan budaya membaca secara meluas?Apakah istilah 'membaca' itu hanya terhad untuk membaca buku-buku sahaja?Bagaimana dengan para pelajar yang perlu membaca buku teks dan rujukan untuk peperiksaan apakah mereka dikategorikan sebagai pengamal budaya membaca?Kalau melihat suasana IBF memang tidak putus2 pengunjung yang datang tetapi berapa ramai yang membeli buku?Apakah jenis buku yang dibeli?Ada peningkatankah dari statistik tahun lepas?
Menurut saya ada beberapa perlu dikaji dan dinilai semula untuk budaya membaca:

1. Ibu bapa sendiri perlu menggalakkan anak2 untuk mendalami dunia membaca. Bukan hanya sekadar membawa mereka pergi ke IBF dan membeli buku tetapi juga mempelbagaikan jenis buku2 yang dibaca supaya anak2 mereka ini terbuka minda dan lebih berdaya kreatif. Di samping itu sediakan satu rak atau mini library untuk anak2 membaca.Adalah lebih baik untuk memperuntukkan masa bersama dengan anak2 untuk duduk membaca dengan mereka.

2. Bahan bacaan di Malaysia tidak berkembang. Maaf tetapi inilah kenyatannya.Kita terlalu menumpu kepada bahan bacaan picisan yang hanya berputar dengan isu2 negatif di kalangan masyarakat dan cerita2 tahyul yang kadang-kadang tidak masuk akal. Majalah-majalah hiburan juga terus gah di pasaran dan yang menghairkan majalah2 hiburan dari luar negara juga boleh 'termasuk' dalam pasaran negara kita.

3. Sudah tiba masanya untuk mempromosikan besar-besaran bahan bacaan ilmiah di negara kita.Syarikat2 yang menerbitkan buku2 ilmiah,novel2 yang dapat membangunkan minda dan spiritual harus mendapat insentif dari kerajaan dan dibantu dari segi promosinya.Harga juga perlu diberi potongan atau rebat untuk menarik lebih ramai masyarakat untuk membaca.

4. Saya mencadangkan supaya pelajar2 sekolah dan IPT diberi kad khas untuk membolehkan mereka mendapat potongan atau rebat jika membeli bahan-bahan berilmiah. Kad ini boleh diterima di mana-mana kedai buku yang mempunyai rangkaian yang besar dan cara ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi minat mereka untuk membeli dan membaca.

5. Kehadiran novel2 Islami dari Indonesia ada yang mengkritik kerna telah menutup periuk nasi penulis2 tanah air. Saya tidak berasa begitu kerana karya2 Indonesia ini mempunyai nilai2 sastera yang baik dan kita dapat mempelajari cara dan teknik yang digunakan oleh mereka. Tambahan pula novel2 mereka tidak berkisar tentang cinta tiga segi, cinta remaja dan cinta yang 'entah apa-apa' yang telah menjadi tema dominan novel Malaysia. Barangkali ini satu breakthrough untuk kita menukar tema novel-novel di negara kita.Jarang sekali novel berteras Islami,Motivasi dan perjuangan mendapat perhatian utama di negara kita.
Jadi inilah sedikit sebanyak pandangan saya yang saya fikir kita perlu pertimbangkan untuk memastikan fokus untuk membudayakan amalan membaca ini dapat disemai di kalangan masyarakat Malaysia.

Thursday, April 23, 2009

PENANTI

1. I keep wonder why there is a shock resignation from deputy chief of Penang recently. The resignation has lead to another small election in Malaysia.

2.A lot of pro and cons about this issue; some said it is waste of public fund and yet some said that the election should be held because of democracy spirit.

3. Prime Minister had not decided yet to put BN candidate if the election is happen and the announcement has get a warm response from leader de facto of PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4. I bit shocked to hear that Anwar Ibrahim stated that it is good for BN not to contest. Is this a sign that PKR afraid that they will lost their seat at Penanti?I guess not. Their chances to defend up their position is still high but perhaps with the reduction of majority number.

5. It is better for Prime Minister Datuk Seri Najib to focus on his work to progress our country and this is the best time for him to clear any accusations made by the opposition. As I mentioned before Datuk Seri Najib should appear in public or media and have some open discussion with people so that people will become more clear and give full support to his administration.

6. The current situation at Penanti is just an escapisme and try to distract DS Najib's focus as PM. If there is no election then we can focus and concentrate to our work for Malaysian and keep our eye on other serious matter, public matter and international affair.

7. Every country in this world is focusing to strentgh back their economy in global economy crisis but ironically some Malaysian still keep interest on domestic political issue. I wonder why...

Saturday, April 18, 2009

HARI YANG HEBAT

''Sesungguhnya Tuhan yang menumbuhkan rasa cinta itu dalam diri seseorang maka apakah Tuhan harus dipersalahkan kerana menumbuhkan rasa cinta itu?Bukankah cinta itu satu anugerah yang Tuhan berikan kepada hamba-Nya dan Dia jugalah yang berkehendak untuk menumbuhkan rasa cinta itu kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki''
Cinta kadang-kadang membuatkan seseorang itu melakukan hal-hal yang kalau difikirkan melebihi batas kemampuan seorang manusia.Kerana perasaan cinta membuatkan seseorang itu mempertahankan hidup; sepertimana dalam filem Pearl Harbour dimana Ben Affleck berjaya survive dalam peperangan kerana perasaan cintanya kepada kekasihnya. Cinta juga membuatkan seseorang itu kuat untuk menerima siksaan dan ujian; bagaimana William Wallace dalam filem Braveheart menahan kepedihan diseksa dan dibunuh kerana cintanya kepada puteri raja Inggeris. Cinta juga membuatkan seseorang itu melakukan hal-hal yang bodoh; Romeo dan Juliet membunuh diri kerana cinta. Cinta juga mampu memberi satu tenaga baru untuk seseorang itu melakukan perkara-perkara yang ajaib.

Membangkitkan semangat untuk terus studi sehingga habis bab. Memberikan tenaga tambahan untuk menyiapkan nota-nota mengikut masa yang ditetapkan bahkan siap lebih awal dari itu sedangkan sebelum ini untuk menyiapkan nota untuk satu bab mengambil masa yang sangat lama. Membuatkan hidup semakin bererti. Tekad untuk meneruskan perjuangan meskipun dilanda tekanan yang kuat.Dan itulah yang dipanggil sebagai hari yang hebat hari ini kerana semua perkara di atas telah terjadi. Sangat aneh.

Semuanya terjadi karena cinta.

Meskipun cinta bertepuk sebelah tangan?

''Even the unrequited love has its own rainbow''

No doubt I agree with it.

Gosh, Am I in love?
Obviously
That my head is full with psycho notes....

Thursday, April 16, 2009

BEBERAPA PERUBAHAN



rak buku yang semakin padat Bukan aku yang bunuh Bruce Lee.Senapang tu pemberian ayah sewaktu bertugas di Maghribi

Meja studi.Sangat kemas.Tapi lepas dah belajar lagi 'kemas'..haish

kehidupan makin bermakna di kampus dengan tv slot laptop
rekaan KLCC aku..Mengagumkan ngee~
Setelah beberapa blog yang sangat 'heavy' isi kandungannya maka eloklah entri kali ini lebih relaks dan santai. Memandangkan esok pagi aku akan kembali semula ke uitm merbok maka aku akan ceritakan serba sedikit life di rumah selama 5 hari.
Ini hari kedua aku menonton sinetron Aqso dan Madina di TV9.Walaupun aku dah tengok endingnya yang agak kureng sikit sebab tergantung tapi permulaan drama ini sangat best. Subhanallah aku sangat terpegun dengan kechantekan pelakon sinetron tersebut; marshanda dan Carissa Putri sampai terlintas dalam fikiranku, bidadarikah mereka?Kalau diberi pilihan nak pilih yang mana aku pun konfius, eh apa fikir jauh sangat nih. Episod kali ini sangat touching apabila si kakak bernama Safira merasakan dialah wanita yang paling malang di dunia kerana kematian suami dan keguguran anak.Maka si adik yakni Madina membawa si kakak meninjau kehidupan orang-orang susah. Si kakak lakonan Carissa mengalirkan air mata saat melihat mereka2 yang kurang upaya.Entah mengapa tiba-tiba ada sesuatu yang menyentuh hatiku dan tanpa disedari mataku mula berkaca saat melihat bagaimana dua kanak2 kecil menjadi pengemis dan akhirnya airmata aku berlinang juga saat melihat seorang lelaki yang cacat mengambil upah untuk mencuci kasut.Saat itu terdetik di hatiku untuk mensyukuri nikmat Tuhan dan berasa tenang dengan segala nikmat-Nya. Bagi orang beriman dunia ini penuh dengan penderitaan dan kepayahan.Sesungguhnya mereka yang bernasib malang ini mengetahui bahawa nasib mereka berbeza dengan yang lain tetapi mereka menjalani kehidupan dengan tenang dan redha.Eh,Zharif menangis?Asal x boleh?Ya saya seorang yang sensitif apabila melihat golongan2 yang kurang bernasib baik yang terpaksa mengharungi kesengsaraan untuk meneruskan hidup.Sebab itulah aku tlah berjanji dengan diri aku sendiri apabila kupunya kuasa dan peluang tempat pertama yang aku akan pergi adalah golongan miskin dan jika tiada golongan miskin maka aku akan pergi ke rumah kebajikan anak2 yatim atau orang tua.

Ok cukup setakat itu. Cerita di atas takde kena mengena dengan tajuk blog ini.Gambar2 di atas merupakan tempat studi aku di rumah dan juga di universiti.Amacam?hehe...Oh ya yang gambar pertama tu xde kena mengena dengan bilik saya.Itulah pelakon yang saya maksudkan dalam sinetron tersebut.Curang?Oh saya cuma setia pada yang satu =)
Merbok,the fight will continue there tomorrow...!




Tuesday, April 14, 2009

HUDUD DAN POLITIK EPISOD 2

Telah saya jelaskan serba sedikit tentang hukum hudud dalam entri blog yang lepas maka pada blog ini akan dijelaskan pula implementasinya di negara kita,Malaysia. Seperti yang saya jelaskan bahawa hukum hudud itu boleh dilaksanakan apabila pesalah itu sendiri mengaku dan adanya empat orang saksi lelaki untuk mensabitkan kesalahan tersebut.Jika selain dari itu maka hukuman takzir akan dilaksanakan.
Semasa zaman Nabi saw dikisahkan seorang lelaki Yahudi mengaku telah berzina walaupun sudah berkahwin.Beliau meminta rasul saw menghukumnya dengan hukuman hudud yakni rejam.Nabi saw menolak dan meminta dia dirujuk dan dihukum dengan hukuman taurat(kitab orang Yahudi).Maka apabila dirujuk didapati bahawa hukumannya adalah direjam sampai mati.
Apa yang saya cuba katakan di sini bahawa apabila menjatuhkan hukuman terhadap bukan Islam maka hendaklah mereka dirujuk dengan hukuman yang termaktub dalam agam masing-masing. Maka pada pendapat saya maka hendaklah undang-undang negara sekarang hendaklah berpaksi kepada agama; jika syariah maka hendaklah berteraskan Islam sementara undang2 sivil hendaklah digubal sesuai dengan hukuman agama-agama yang ada di Malaysia. Saya pasti agama lain seperti Buddha,Hindu,Kristian dan Sikh atau lain-lain ada memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah.Maka tugas sekarang ialah menubuhkan semula 'suruhanjaya reid' yang baru untuk mengubal undang-undang baru di negara kita. Jika terdapat perselisihan maka hendaklah dicapai kata sepakat dan muafakat dan semuanya pasti setuju jika hukuman kepada pembunuh adalah hukuman bunuh juga.
Dalam konteks syariah pula,maka hendaklah diseragamkan hukum takzir itu sendiri.Sekarang ini undang2 syariah berbeza mengikut negeri maka saya mencadangkan supaya adanya keseragaman dalam undang2 syariah di setiap negeri dan hukumannya janganlah terlalu ringan sangat-sekarang ni kalau mengaku khalwat denda beberapa ribu ringgit kemudian bebas. Kalau yang artis lagila bayar kemudian bebas, tak kena apa2 hukuman yang selari dengan Islam.Maka keseragaman dan keseriusan dalam hukuman takzir adalah penting dan utama.Justeru jika digubal semula maka undang2 syariah akan mempunyai hudud,qias dan takzir.
Bukan itu sahaja undang2 sivil juga perlu diselaraskan dengan undang-undang syariah supaya tidak berlaku kezaliman dan ketidakadilan dalam melaksanakan hukuman.Misalnya kalau sesuatu jenayah yang melibatkan Islam dan bukan Islam maka kedua-duanya perlu dihukum dengan cara lebih adil. Jika tidak selaras maka akan timbul persepsi negatif terhadap Islam dan ini akan membawa kepada satu lagi isu serius;murtad di kalangan Islam dan persepsi negatif dari bukan Islam. Ini juga bererti bahawa artikel 4 Perlembagaan Persekutuan perlulah dipinda kerana sekarang inipun ia dilihat bertentangan dengan artikel 121(A) untuk mencapai keseragaman dalam menjatuhkan hukuman kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.Apakah adil seorang muslim yang berzina disebat seratus kali mengikut cara Islam sementara yang bukan Islam(pasangan zina kepada muslim tersebut) tidak dikenakan apa2 hukuman?Apakah juga adil jika hukuman takzirnya 20 kali sebatan dengan cara Islam tetapi yang bukan Islam sebatannya 20 kali mengikut cara sebatan penjara.Ingin saya maklumkan bahawa sebatan cara Islam dan penjara adalah berbeza dan sudah pasti cara sebatan Islam lebih rasional dan hendaklah sekali lagi diingat bahawa tujuan utama hukuman adalah untuk mencegah bukan untuk menyeksa atau menyakiti sesiapa.
Suruhanjaya baru ini perlulah mendapat responden dan pandangan rakyat secara keseluruhan tentang pembaharuan dalam undang-undang Malaysia. Tidak salah kiranya mengambil masa sedikit untuk sesuatu perkara yang akan memberi kesan pada jangkamasa yang panjang.Perlulah pembaharuan demi kebaikan semua. Berkenaan soal hudud maka hendaklah diberi penjelasan yang mendalam kepada rakyat Malaysia baik Islam mahupun bukan Islam supaya terlihat hikmah hukuman yang dicipta Allah Tuhan Semesta Alam.
Sekali lagi saya pohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam penjelasan isu ini.Insyallah jika terdapat sebarang persoalan dan pandangan bolehlah dikomen dan dengan besar hati saya sedia menerima pandangan anda semua.Yang baik datangnya dari Allah swt dan sesuatu yang sempurna itu adalah milik-Nya juga.Waallahu'alam

HUDUD DAN POLITIK EPISOD 1

Syukur kepada Tuhan kerana mengizinkan saya untuk berbicara tentang isu ini.Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara soal hudud-hukum Islam yang telah diturunkan oleh Allah swt dan sebarang kekurangan saya mohon ditegur dan dinasihati tetapi keadaan sekarang di negara kita telah memaksa saya untuk bersuara kerana sebagai seorang Muslim saya perlu menjelaskannya dan meskipun saya tidak mempunyai latarbelakang sebagai bekas pelajar pondok atau agama tetapi tanggungjawab menjaga maruah agama adalah tanggungjawab bersama.
PAS memperjuangkan ideologi mereka untuk melaksanakan hudud di negara kita.Dalam hal ini saya menyokong sebab hukum hudud adalah hukum Islam yang bertujuan untuk mengamankan negara dan menimbulkan ketakutan di hati rakyat daripada melakukan perbuatan jenayah. Tetapi DAP membantah atas dasar bahawa negara ini negara sekular.PKR pimpinan Anwar Ibrahim diam membisu.Hanya segelintir ahli PAS yang masih berpendirian untuk meneruskan hudud tetapi apabila DAP menentang tiada siapa yang bersuara.Bahkan perkataan hudud itu sudah menimbulkan persepsi negatif kepada bukan Islam.Kenapa?Hudud sering dikaitkan dengan potong tangan.Itu yang menjadi masalah jika diimplementasi tanpa diberi kefahaman dan penerangan tentang hudud terlebih dahulu.Ia sepatutnya diberitahu oleh semua lapisan masyarakat termasuk ahli2 politik.Berikut akan saya jelaskan serba sedikit tentang hudud yang telah dikupas oleh Haji Daud Haji Muhammad,Ketua Penyelia Agama Kelantan.

JENIS2 KESALAHAN HUDUD- ZINA,QAZAF(TUDUHAN PALSU ZINA),ARAK,HOMOSEKSUAL,MENCURI.

HUKUMAN ZINA DAN HOMOSEKSUAL-100 KALI SEBATAN(YANG BELUM BERKAHWIN).PESALAH HOMOSEKSUAL DIASINGKAN SELAMA SETAHUN

HUKUMA ZINA DAN HOMOSEKSUAL BAGI YANG SUDAH BERKAHWIN-REJAM SAMPAI MATI

HUKUMAN QAZAF-80 KALI SEBATAN

ARAK-40 KALI SEBATAN

MENCURI-POTONG PERGELANGAN TANGAN

SYARAT2 HUDUD- PENGAKUAN SENDIRI OLEH PESALAH ATAU EMPAT ORANG SAKSI LELAKI.

ALAT-ALAT UNTUK MENYEBAT
Jika menggunakan rotan maka hendaklah sederhana ukurannya,tidak terlalu muda atau tua, tidak berbuku-buku atau pecah2 supaya tidak menyebabkan luka parah kepada pesalah.Tujuan sebenar hukuman adalah memberi pengajaran,bukannya menyeksa atau mendera.

CARA SEBATAN
Orang yang melaksanakan sebatan tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan tidak mengangkat sampai nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut untuk sampai ke matlamatnya.

ANGGOTA YANG BOLEH DIPUKUL
Dikecualikan muka,kepala dan dada serta sebatan tidak boleh hanya setempat.

KEADAAN PESALAH
Lelaki-Berdiri
Perempuan-Duduk
Perempuan mengandung-dihukum setelah selesai bersalin,sembuh dari sakit bersalin,suci dari darah nifas dan pulih tenaganya.

MASA DAN TEMPAT MELAKSANAKAN SEBATAN
Tidak boleh dilaksanakan ketika waktu terlalu sejuk atau panas dan mestilah disaksikan oleh sekumpulan orang-orang beriman sebagai pengajaran dan peringatan.

Beberapa hal penting:
-Kesalahan takzir(yakni yang tidak dinyatakan dalam hudud) maka jika hukumannya adalah sebatan maka tidaklah melebihi 40 sebatan mengikut mazhab syafie
-Hendaklah diketahui penyebab mengapa pesalah itu mencuri. Jika didapati beliau mencuri kerana kemiskinan maka hendaklah dibebaskan.
-Jika tiada empat orang saksi dan tiada pengakuan dibuat maka hukuman takzir akan dilaksanakan.Begitu juga jika proses melaksanakan hukuman itu merangkumi ujian DNA atau cara2 selain dari pengakuan dan saksi maka ia terletak di bawah hukum takzir.Yang menjadi utama pelaksanaan hudud adalah PENGAKUAN SENDIRI PESALAH dan PENGAKUAN EMPAT ORANG SAKSI LELAKI.
Bagaimana hukum ini hendak diimplementasi dalam negara kita?Insyallah saya akan kupas pada episod seterusnya..

SEBUAH KISAH KLASIK UNTUK MASA HADAPAN

Terima kasih atas beberapa pandangan yang diberikan dalam entri blog yang lepas. Di sini insya-Allah saya akan mengupas lebih lanjut tentang isu vernakular dan kebangsaan kerana daripada 3 isu yang diketengahkan dalam entri lepas, ternyata isu ini lebih mendapat perhatian berbanding ketuanan Melayu. Saya sendiri bersetuju bahawa isu ini perlu diberi penelitian lebih kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, hal ketuanan Melayu telah diterima oleh semua dan tidak perlu dijadikan isu dan topik hangat. Baik kembali ke isu utama.
Memang tidak dinafikan bahawa sekolah vernakular merupakan identiti kepada masyarakat bukan Melayu di negara ini tetapi apakah piawaian atau ciri2 khusus untuk sekolah ini?Dari pengamatan saya sekolah vernakular ini didirikan di petempatan yang majoritinya kaum Cina dan India serta terpinggir dari sekolah-sekolah yang lain. Pada saya ini satu situasi yang agak kurang sihat kerana apabila sekolah ini didirikan di kawasan yang terpisah dari sekolah lain maka pembangunannya tidak seimbang dan jika dibandingkan sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan memang semua akan bersetuju bahawa sekolah kebangsaan lebih maju.
Apakah sekolah kebangsaan khas didirikan untuk pelajar Melayu?Setahu saya tidak ada apa2 peruntukan dalam perlembagaan yang memberitahu perkara ini bahkan dalam artikel 153 cuma menetapkan hak bumiputera dari segi bantuan biasiswa,pelajaran,perniagaan dsb.Jadi salah untuk mengatakan bahawa sekolah kebangsaan didirikan untuk pelajar Melayu kerana sekolah kebangsaan bermakna 'sekolah untuk semua rakyat Malaysia'. Memang jumlah pelajar Cina dan India adalah sedikit di sekolah kebangsaan tetapi tidaklah seminoriti pelajar Melayu yang bersekolah di sekolah vernakular.
Selama dua tahun saya belajar dan bersekolah di bawah satu bumbung sekolah kebangsaan bersama pelajar Cina. Jumlah pelajar Melayu sekitar 700 orang dan pelajar Cina adalah 300 orang dan jumlah pelajar Melayu di kelas saya ketika itu hanya lebih dua tiga orang sahaja berbanding dengan pelajar Cina. Memang tidak dapat dinafikan terdapat perbezaan dari segi budaya dan sikap antara kedua-dua kaum ini tetapi biasanya yang melakukan masalah adalah pelajar2 yang kurang cemerlang dan tidak berminat dengan alam persekolahan baik Melayu ataupun Cina. Saya masih ingat lagi sewaktu di tingkatan 4 dan masa itu saya masih lagi baru di sekolah tersebut dan tiba masa untuk pemilihan ketua kelas. Ada dua calon iaitu saya dan seorang lagi pelajar Cina Chan Kok Xiang(jika saya x silap). Dan beliau dengan hormat meminta saya menjadi ketua kelas dan sedia bekerjasama dalam setiap perkara termasuklah menghias kelas dsb. Bahkan sewaktu mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur mereka(Cina) juga sama-sama menyertai lawatan tersebut. Apabila naik tingkatan 5, saya mencadangkan nama Chan Kok Xiang pula untuk menjadi ketua kelas dan semua setuju sebulat suara. Waktu itu saya sudah menjadi pengawas dan masih tidak ada masalah yang besar untuk kami bekerjasama bahkan dalam soal pelajaran pun kami masih bekerjasama; biasanya pelajar Cina sangat mahir dalam matematik tetapi apabila masuk soal sejarah atau bahasa maka mereka akan meminta pertolongan saya untuk mengajar. Ya saya masih ingat saya mengadakan 'kelas tuisyen percuma' untuk subjek sejarah kepada mereka dan mereka sangat menyenangi cara saya yang menghuraikan lebih lanjut tentang sejarah Islam dan sejarah Melayu. Maka jika ada terdapat suara2 yang mengatakan kaum bukan Melayu menghadapi masalah memahami sejarah kerana 5 dari 10 bab adalah berkenaan tamadun Islam pada saya orang Melayu juga menghadapi masalah yang sama juga. Apa rasional mempelajari tamadun Islam?Tidak dinafikan oleh siapa pun bahawa tamadun Islam telah membawa pelbagai perubahan kepada dunia dan dengan mempelajari sejarah Islam dapatlah ditonjolkan imej sebenar Islam yang jauh sekali dari imej pengganas dan ekstrem yang dilabel oleh pihak barat ketika ini.
Apa yang akan terjadi kepada sekolah vernakular?
Saya tidak mencadangkan supaya ia dihapus dan banguna sekolah vernakular dirobohkan terus. Tidak sama sekali. Cuma yang diperlukan adalah menjenamakan semula sekolah vernakular menjadi sekolah kebangsaan dan seharusnya lokasi sekolah vernakular ini tidaklah harus terpinggir dan hanya spesifik untuk sesebuah kaum sahaja. Pelajar-pelajar sekolah rendah vernakular boleh belajar di sekolah kebangsaan dan masalah pengangkutan boleh diatasi dengan menyediakan kemudahan bas atau van. Sekolah kebangsaan akan dinaik taraf supaya dapat menampung lebih ramai pelajar dan guru. Seperti yang telah saya cadangkan dalam blog lepas, pelajar2 cina atau india boleh belajar bahasa Mandarin dan Tamil dengan mengkhususkan masa untuk subjek tersebut bahkan pelajar melayu yang berminat untuk mempelajari bahasa ini juga boleh menyertai kelas tersebut. Sekolah vernakular yang telah ditinggalkan boleh dijadikan dewan pelajaran untuk kaum Cina atau India menilai dan mengawal prestasi pelajar-pelajar mereka di sekolah kebangsaan. Dewan ini terdiri daripada guru-guru dan ibu bapa pelajar mereka tetapi ini bukanlah satu lagi pemisahan untuk menubuhkan PIBG khas untuk Cina dan India. Dewan ini akan bekerjasama dengan PIBG sekolah cuma dewan ini lebih fokus kepada kebajikan dan prestasi akademik pelajar mereka sahaja.
Saya faham bahawa ini pasti sukar diterima oleh lapisan masyarakat tetapi inilah pelan jangkamasa untuk generasi akan datang. Kita tidak boleh meminggirkan pelajar2 vernakular dan mereka perlu diberi pendedahan untuk belajar dan bekerjasama dengan pelajar2 Melayu dari kecil lagi. Untuk menghilangkan prejudis terdapat pelbagai cara dan salah satunya adalah 'reshuffle group' iaitu memasukkan outer group menjadi sebahagian daripada inter group. Demi kebaikan masa panjang maka adalah wajar sistem pendidikan di negara kita dinilai semula untuk memupuk perpaduan dari sekarang. Sekolah kebangsaan tidak akan membunuh identiti pelajar Cina dan India bahkan mereka boleh mengekalkan identiti dan pelajaran bahasa di sekolah kebangsaan.
Satu untuk semua...
One Malaysia right?

WHAT'S THE MATTER?

VERNAKULAR-KETUANAN MELAYU-DILEMA MALAYSIA
Tiga isu sekaligus akan aku kupas insya-Allah mudah-mudahan dapat memberi sedikit penjelasan dan jika tidak tepat harap tak segan2 untuk meletakkan komen di blog ni.Bukannya susah sangat pun tekan je kat komen tu then tulis jela apa2 yang kalian rasa.This is democratic nation people =)
Actually aku dah nak tulis pasal isu ini sejak hari sabtu yang lepas berikutan akhbar NST yang memaparkan satu artikel khas berkenaan 'whose story is our history?' tetapi kerana sedang sibuk menjawab paper 313 maka ditinggalkan sebentar untuk mengepos blog2 yang bertajuk berat dan penting. Benar kat Mark Sanborn 'In practical world neutral is unpractical'. Bermaksud kita kena buat pilihan dan pendirian. Ya atau tidak.
Secara jujurnya aku 'terasa hati' apabila isu ini dibangkitkan lagi. Kita pergi dahulu ke isu sekolah vernakular atau sekolah jenis.Sekolah ini dilambangkan sebagai kontra kepada sekolah kebangsaan kerana sekolah vernakular lebih cenderung untuk menyekolahkan anak2 kaum Cina dan India.Tidak dapat dinafikan sekolah kebangsaan lebih membawa manfaat-ini adalah satu fakta yang tidak dapat dielakkan kerana sekolah kebangsaan lebih membuka peluang kepada pelajar2 berbilang kaum untuk saling mengenali dan memupuk sifat perpaduan sejak kecil. Bermula di sekolah jugalah para pelajar dapat bekerjasama dan menghilangkan rasa prejudis dan curiga antara kaum. Ini adalah salah satu pendekatan psikologi yang praktikal untuk menghilangkan sentimen prejudis di kalangan rakyat Malaysia. Saya tidak mengatakan bahawa sekolah vernakular tidak bagus tetapi ia lebih terorientasi untuk spesifik kaum sahaja jadi ia menimbulkan kesukaran untuk pelajar berbilang kaum bergaul dan belajar bersama-sama. Saya berpendapat tidak ada salahnya jika sekolah kebangsaan melibatkan sekali guru2 berbangsa Cina dan India di samping menyatukan subjek2 vernakular seperti bahasa mandarin dan tamil di bawah satu bumbung sekolah kebangsaan. Ini memberi peluang kepada pelajar Melayu untuk mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil serta sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kefasihan pelajar-pelajar bukan Melayu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sekaligus meningkatkan pencapaian peperiksaan dalam subjek Bahasa Melayu. Apakah mustahil aliran vernakular ditukar dengan aliran kebangsaan?Saya berpendapat tidak. Ia tidak akan membawa kepada diskriminasi kerana dengan aliran kebangsaan akan menjurus kepada sistem meritokrasi dan persaingan secara sihat.Tidak akan timbul juga amalan pilih kasih di kalangan pentadbir kerana mereka; baik Melayu,Cina atau India akan diberi peluang untuk memegang jawatan2 tinggi dalam pentadbiran sekolah. Apakah timbul masalah kalau pengetua sekolah kebangsaan adalah berketurunan bukan Melayu jika pengetua tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik?Maka idea sistem sekolah kebangsaan adalah satu hal yang sangat wajar dan perlu diberi penelitian semula dalam sistem pendidikan Malaysia supaya integrasi kaum dapat terus dipupuk dan tidak ada lagi suara2 kosong yang mengatakan bahawa kaum bukan Melayu didiskriminasi dan disekat daripada maju dalam bidang pelajaran.
Ketuanan Melayu. Isu keris yang telah membawa kepada kekecewaan kaum lain berikutan tindakan 'no komen' oleh Tun Abdullah masih lagi menebal di kalangan rakyat masa kini. Sekali lagi solana ditanya; apakah masalahnya dengan ketuanan Melayu? Apakah perkara ini tidak perlu diajar di peringkat sekolah?Sampai bila kita harus menutup minda generasi akan datang dan berpura2 bahawa perkara ini tidak pernah timbul?Jika kita memprotes isu ketuanan Melayu maka mengapa sampai sekarang tidak ada orang membantah kalau satu ketika dahulu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu?Semua bersetuju bahawa semenanjung Malaysia dahulu diberi 'title' sebagai Tanah Melayu dan sejak dahulu lagi kaum2 lain tidak mempertikaikannya. Ketika suruhanjaya Reid ditubuhkan dengan memperuntukkan akta 153 yang memberi hak istimewa kepada orang Melayu mengapa pemimpin2 kaum lain tidak menyuarakan bantahan? Sebabnya mereka telah diberi hak kerakyatan menerusi jus soli. Tetapi malangnya hal ini tidaklah tertera di dalam buku perlembagaan persekutuan dan tidak ada satu pun yang tertulis dalam Perlembagaan bahawa 'akta 153 adalah sebagai tukar ganti atas kerelaan orang Melayu memberi kerakyatan jus soli kepada kaum lain'. Sebab itu jugalah hak bumiputera sekarang ini menjadi isu semula sehingga kuota pemberian biasiswa JPA sekarang ini sudah menjadi 55%-45%.Jika mereka(kaum bukan Melayu)ingat dan memahami sejarah Malaysia pasti mereka mengerti mengapa hak bumiputera ini termaktub dalam perlembagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan?Dalam kamus dewan ia bererti hak menguasai dan memerintah. Tidak ada termaktub dalam Perlembagaan yang membenarkan cuma orang Melayu sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri tetapi di sesetengah negeri seperti negeri Perak memperuntukkan perundangan bahawa Menteri Besar bagi negeri tersebut adalah orang Melayu.
Apakah selama orang Melayu mentadbir dan memerintah negara ini lebih teruk dari pemerintahan British?
Memang British yang membawa kaum Cina dan India datang ke sini tetapi mereka jugalah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Sebab apa?British takut jika kaum Cina dan India bersatu dengan kaum Melayu menentang penjajahan mereka. Dan ketakutan mereka itu terbukti pada tahun-tahun sekitar 1946-1956 di mana ketika itu parti perikatan yang terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC berjaya memenangi pilihanraya umum dan menghantar rombongan rundingan kemerdekaan ke London.Apakah kaum Cina dan India di bawah pentadbiran orang Melayu diketepikan, ditempatkan di kawasan terpencil, diabaikan peluang pekerjaan untuk mereka,dinafikan hak mereka untuk berniaga dan berkembang maju? Bahkan dalam sesetengah perkara seperti perniagaan orang Cina masih lagi menguasai ekuiti ekonomi negara. Maka isu DEB bukanlah isu yang relevan untuk mengatakan ketidakpuashati masyarakat bukan Melayu ketika ini. Ada isu2 kecil yang telah diabaikan oleh kerajaan dan tanpa disedari isu2 kecil itulah yang telah menyebabkan pengundi2 Cina dan India tidak lagi mengundi Barisan Nasional.
Bukan salah MCA atau Gerakan.Bukan juga salah MIC. Bukan juga salah UMNO.Salah kita semua yang kadang2 tidak mengambil berat isu2 yang kecil padahal isu2 yang kecil itu jika tidak dikawal akan merebak dan mengancam seluruh masyarakat.Sudah menjadi tanggungjawab parti2 komponen dalam BN untuk mengekalkan keyakinan pengundi kepada kerajaan. UMNO telah berjaya mengembalikan semula keyakinan masyarakat Melayu pada pilihanraya kecil yang lalu dan kini ada sedikit 'loophole' dalam jentera pilihanraya MCA,Gerakan dan MIC. Masih ada lagi isu2 yang kecil yang perlu didengari oleh pemimpin2 atasan dan tindakan perlu dilaksanakan segera.Dan saya pasti isu2 kecil itu bukanlah sesuatu yang sangat sensitif tetapi lebih menjurus kepada kebajikan sosial dan masalah semasa. Bukannya sesuatu yang 'abstrak' atau sensitif.
Parti komponen yang lain perlu menilai semula prestasi parti masing-masing sebab ada di kalangan ahli mereka yang berpaling tadah dan kadang2 menyokong ideologi DAP yang terang2 bertentangan dengan semangat perpaduan dalam BN.Begitu juga dengan MIC apabila terdapat suara2 keluhan kerana terlalu sedikit wakil mereka dalam kabinet. Tapi jangan dilupa ini semua terjadi selepas pilihanraya umum yang lepas di mana BN hanya menang dengan majoriti mudah, bukan 2/3 seperti pilihanraya2 yang terdahulu. Di zaman pentadbiran Tun Mahathir dan ketika BN menang besar pada tahun 2004 tidak timbul isu kekurangan wakil dalam kabinet sebab wakil2 parti mereka menang dalam pilihanraya.Sekarang ini ramai dah kalah so how u should expect that u should deserved more than ur perfomance? Adilkah memberi hadiah RM 100 kepada pelajar yang mendapat A dengan pelajar yang mendapat gred B?Adil dan keadilan adalah satu perkara yang berbeza. Apabila kita mahu memperjuangkan kesaksamaan dan kesamarataan kaum secara total maka kita akan kembali menjadi negara sosialis atau perkataan lainnya komunis. Sebab apa?Semua orang akan dapat benda yang sama tak kira anda berusaha kuat atau tidak semua akan mendapat habuan yang sama.Menarik bukan ideologi Karl Max ini?
Ya isu-isu kecil ini yang harus diteliti semula oleh kerajaan. Orang Melayu juga pada masa yang sama perlu bersatu semula dan jangan takut untuk mempertahankan hak yang sememangnya menjadi hak kita.Sudah 50 tahun 'ketuanan Melayu' mentadbir negara ini maka mengapa baru sekarang isu itu dan ini perlu ditimbulkan?Apakah berlaku diskriminasi politik,ekonomi dan sosial kepada kaum lain?
Mata melihat, akal memahami, hati membenarkan...

Sunday, April 12, 2009

D-DAY

Betulkah peguam dengan peguam ada jodoh?

Barack Obama dan Michelle Obama
Encik Haswira dan Puan Anida
Zharif dan Lisa Surihani
Abaikan pasangan yang ketiga tuh walaupun ada kemungkinan ia akan terjadi.Ok dah senyap taula arini dah dua kali aku jumpa dia kat tv time tengah main psp tak pasal2 dah menang walaupun sudah di ambang kekalahan ngehehe.
Hari kedua berehat. Tak ada banyak perubahan kerana jari jemari aku masih sakit menekan button PSP sampai kena dua kali cas bateri.Aku pun dah mula mengemas2 bilik dan menyusun semula buku2 yang ada.Baru aku sedar yang aku memerlukan rak buku yang baru. Dan hp aku pun semakin berkurangan bunyinya.Semuanya menjadi sangat tenang dan esok pada jam 8 pagi akan bermula D-DAY aku untuk final exam.Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan tentera2 yang terlibat dalam D-Day 1945 dan sudah pasti perasaan tersebut tak segemuruh perasaan aku menghadapi D-Day. Minggu stadi week adalah 'senjata sulit' aku untuk menang; kalau gagal senjata ini maka gagallah final exam aku kelak sebab ini jela minggu yang aku ada 24 jam sehari untuk mengatur sendiri aktiviti harian.
Berkenaan 1 Jun tu, aku masih tidak memberi sebarang apa2 respons sebab xde feeling lor pasal benda ni. Kalau komfirm 1 jun kena daftar then kena kensellah aktiviti2 yang telah dirancang untuk cuti sem ni. Tak dapatla aku nak kerja ngan ahmoi chantek kat wayang tuh dan tak dapatlah nak teruskan projek menulis laskar cinta episod terakhir.Apapun menurut koordinator benda ni xkomfirm lagi sebab ada mesyuarat kelak so harap2 la dapat dipinda.Demi kebaikan semua.
Lagi 8 jam. Masih tiada perasaan. Sedang memikirkan tajuk untuk blog seterusnya...

HOME SWEET HOME

'JANGAN MENYERANG TENTERA YANG SEDANG RINDU UNTUK PULANG KE RUMAH'-TSU TZU

He was right.
The Bel 313 had come in wrong time.
When the time of homesick it invaded me.
Eventhough im not similar with the issue-nuclear and global warming
But Tsu Tzu was right once again-I'm homesick and the 313 invaded me so I just counterback as much as i can.
A for this subject?I don't know.Leave it to God.
At last,home sweet home hehe.Seronok giler dapat balik ke rumah;x dapat nak digambarkan.Bilik masih kekal seperti biasa dan semakin kemas hasil dekorasi my mama.Tanpa berlengah aku terus mencari PSP dan melepaskan rindu yang terpendam untuk bermain game ngehehe.Itu satu.Yang kedua I feel soooo damn good dapat rasa teh tarik yang mak bancuh;the one that I really missed when im at uitm. Bila dah balek umah jugak dapatlah aku meneruskan misi harian aku yakni menggeladah dapur2 dan peti ais yang ada.Macam2 tau je aku nak balik;aiskrim,anggur,gula2,jeli suma sudah ada tinggal nak melahap jek.Then aku check berat badan; turun 0.3 kg.Err ternyata penurunan yang kecil itu membuatkan aku nampak kurus. Di rumah jugak aku dapat membuat semula rutin harian aku;membaca suratkhabar.Kalau kat kampus tu agak jarang aku membeli suratkhabar sebab aku lebih berminat untuk baca on9 jek.
Malam,bowling. Ye aku memang suka berboling di samping menonton wayang tapi kalau aku buat aktiviti2 ni bukan dengan orang lain tapi ngan family aku gak.Tak pernah lagi aku keluar outing ngan membe2 or aweks2(ade ke?) untuk berboling ataupun bershopping jauh lagi untuk menonton wayang.So first match kompom2 la aku menang and second game aku kasi chan kat big boss untuk menang. Ibu macam biasa;ambik gambar ngan simpan barang.Then g makan sama2; the routine of our family during weekend. Dan aku memang suka makan ramai2 dari sorang2 sebab bila ramai2 tuh rasa cam berbagi nikmat and kat situlah tempat untuk berbincang dan bersembang pelbagai isu. So memang tradisi keluarga ni(makan malam bersama2) akan aku teruskan bila dah berkeluarga nanti insyallah(apahal z pikir jauh sangat nih haish).
Ok so malam ni aku hanya merehatkan diri.Esok akan bermula D-Day. Dengan bermula studi week ini jugak membuatkan aku sangat tenang dari hiruk-pikuk bunyi call dan sms kedua2 hp aku.I just feel good and will implement my plan as smooth as it can be. This study week aku jugak akan cuba mengepos blog2 yang dah lama aku nak tulis tapi belum berkesempatan lagi seperti isu hudud,ketuanan Melayu,sekolah kebangsaan dll.Insyallah ada masa nanti aku akan pos k.Believe in my word.
Mata semakin berat mengajak aku berehat dahulu...

Saturday, April 11, 2009

300+13=CRITICAL THINKING

BEL 313.
Exam 9 am.
Totally have no idea about what issue will be on the paper.
Just have a short review on fallacies and the exercises sheet during previous class.
Current feeling:Tak de perasan.
So how about tomorrow?
Wake up,Subuh prayer,teh secawan,stalk NST online,last look on 313 book,dressed up, got to the class and answer it.Simple.
I had missed up my 'medic' which is the sweets and lolipop for my previous test in other subject.But it doesn't effect at all as the tea keep me awake,stay focus and 'hirameki'(i dun know the spelling is ryte or not).
Nothing to expect.Just go and answer it. Another step to accomplish the mission this semester..
And yeah there are two things that are red herring from this topic:
*Watching Upin and Ipin regardless tomorrow test.What's wrong with u Zharif?The answer: I just to release my worry for tomorrow and so this two cute child help me truly.
*I miss my poker deal at myspace.No time people.Perhaps during this study week.

Till then time for 'crystallize the ball'!
*Nothing fallacies on this statement.Not an equivocation either...

Thursday, April 9, 2009

PERTUKARAN PORTFOLIO

Setakat ini belum ada senarai penuh lagi tentang jemaah menteri cuma yang ada sekarang ini adalah DS Najib sebagai menteri kewangan, Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran dan Datuk Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri,Datuk Zahid sebagai menteri Pertahanan dan lain2 lagi yang tak saya sebutkan.Kenapa saya sebutkan tokoh2 di atas?Sebab terdapat pertukaran portfolio di kalangan jemaah menteri sendiri iaitu Kementerian Pelajaran.
Saya kagum dengan menteri2 yang ditukar ke portfolio lain sebab mereka dilihat sebagai multi-tasking leader. Mereka berupaya membuat kerja2 baru yang bukan di dalam bidang kepakaran mereka. Inilah yang perlu ada dalam individu yang dipilih sebagai pemimpin. Eventhough we expertise in certain area but it doesn't mean that we cannot perform the other work. We can learn from the previous one who hold the position and run up the work as our way. Jadi pertukaran portfolio ini seharusnya tidak dijadikan alasan perfomance akan menjadi tidak baik kerana every leader is expected to do any work.Contohnya Datuk Hishammuddin sebelum menjadi Menteri Pelajaran merupakan Menteri Belia dan Sukan dan apabila ditukar ke kementerian pelajaran, Datuk Hishamuddin masih lagi berupaya menjalankan tugas dengan baik bahkan lebih baik dari yang dahulu.
And that's what we call the art of leadership...

KABINET BARU: HARAPAN RAKYAT

Insyallah petang nanti akan diumumkan kabinet baru dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Banyak cerita-cerita yang tersebar tentang kabinet baru dan dijangka ada kejutan dalam kabinet tersebut.
Walau apapun sebagai rakyat biasa merangkap mahasiswa UiTM sangat berharap supaya kabinet baru ini akan menjadi titik tolak keyakinan rakyat kepada kerajaan semula kerana kekalahan dalam dua prk adalah isyarat kepada DS Najib bahawa beliau harus berhati-hati dalam mengumumkan jemaah menteri kerana jika beliau hanya mengambil mereka berdasarkan populariti dan pernah mempunyai rekod rasuah maka keyakinan rakyat akan terus hilang dan ini akan dijadikan modal pihak pembangkang bahawa kerajaan memang benar2 menerima perasuah dalam Malaysia. Kesilapan yang telah dilakukan oleh perwakilan UMNO janganlah diulangi semula oleh DS Najib kerana ia akan menghancurkan imej kerajaan di mata rakyat.Rakyat akan bertambah benci dan hilang keyakinan kepada DS Najib dan tidak mustahil pada pilihanraya akan datang kerajaan BN tidak lagi memerintah.
Memandangkan saya seorang mahasiswa maka harapan kepada bidang pendidikan yang utamanya supaya hak istimewa pelajar Melayu dikekalkan di UiTM. Inilah satu-satunya universiti yang dapat melahirkan ramai graduan bumiputera dan sebagai lambang artikel 153 Perlembagaan Persekutuan masih wujud. Jika dibuka kepada semua kaum seperti yang dicadangkan oleh MB Selangor tahun lepas maka apa lagi yang tinggal untuk masa depan Melayu?Saya bukan bersifat perkauman tetapi apabila menyentuh isu hak tidak dapat tidak kita harus beritahu perkara yang sebenar dan saya pasti pelajar bukan Melayu faham akan perkara ini.Jika kesamarataan kaum diperjuangkan maka orang Melayu akan kembali ke hukum primitif di mana siapa kuat dia dapat dan ini akan menyebabkan kerugian besar kepada kaum Melayu. Dari segi pendidikan hak keistimewaan tiada kompromi.Selain itu isu2 penting seperti kekurangan guru di pedalaman perlu ditangani segera supaya semua pihak dapat menikmati peluang pendidikan dan isu PPSMI pada hemat saya masih perlu diteruskan dengan pembaharuan2 yang lebih efektif dan antara cadangan saya yang saya fikir perlu dilaksanakan adalah pemberian kamus percuma melalui skim pinjaman buku teks. Berkenaan isu AUKU pula saya berharap supaya ia dipinda untuk memberi lebih ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat dan pandangan tetapi tidak bererti boleh menyertai mana-mana parti politik.Mahasiswa dilarang menyertai kempen2 pilihanraya tetapi diberi peluang untuk bercakap dan memberi pandangan tentang politik kerana kebebasan bersuara adalah hak fundamental rakyat dalam perlembagaan persekutuan.
Dari segi ekonomi pula saya sangat berharap supaya pihak kerajaan lebih fokus untuk menangani kegawatan ekonomi dan memberi semula pekerjaan kepada mereka yang diberhentikan kerja sejak kegawatan melanda. Kerajaan perlu fokus untuk menangani beban utama ini dan berhenti dari melayan isu2 politik kecil yang menjadi 'distraction' kepada fokus sebenar kerajaan.Selain itu isu ISA juga perlu ditangani dengan lebih baik oleh Menteri baru kerana akta ini telah banyak memberi pandangan negatif rakyat kepada kerajaan.Pendapat saya, akta ini masih relevan tetapi bukan disalahguna untuk menangkap mereka2 yang disyaki cuba menganggu ketenteraman awam. Ya memang ada ucapan dan tulisan yang berbaur hasutan dan menyentuh sentimen2 sensitif tetapi tidak bererti mereka adalah pengganas atau subservif. Sebab ISA sepatutnya hanya menahan pengganas atau mereka2 yang menjadi subversif atau pengintip tentera asing.Jangan sampai rakyat menyamakan ISA dengan Guantanamao Bay.Jadi mereka2 yang ditahan atas sebab menulis atau bercakap dengan menyentuh isu2 sensitif tidaklah harus ditahan di bawah akta ISA sebaliknya perlu dibicarakan dengan prosedur mahkamah. Sama juga dengan kumpulan2 yang mencetuskan huru-hara contohnya kumpulan Hindraf.Pemimpin2 Hindraf hanya perlu ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan membuat perhimpunan haram dan menganggu ketenteraman awam.Atau mungkin perlu ditubuhkan mahkamah khas untuk membicarakan tahanan ISA juga satu langkah yang berkesan supaya mereka ini diberi keadilan untuk dibicarakan di bawah undang-undang dan perlu dibebaskan secepat yang mungkin jika mempunyai habeas corpus yang kukuh.Jadi mahkamah khas ini bertujuan menentukan samada mereka yang ditahan ISA ini wajar ditahan terus atau perlu dibebaskan dan adakah yang ditahan ISA itu bertepatan dengan ciri2 sebagai seorang pengganas atau pencetus ketenteraman awam sehingga membawa kepada pertumpahan darah dan sebagainya.
Tanggungjawab kabinet baru kali ini tidak mudah dan memerlukan sokongan rakyat sepenuhnya.Jadi untuk mendapatkan sokongan rakyat maka mereka harus terlebih dahulu membuktikan kejujuran dan kesungguhan mereka untuk melakukan tindakan(bukan sekadar gagasan dan cadangan) kerana hanya dengan tindakan sahaja dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kerajaan.

LEADERSHIP?

Hari ni penuh dengan pelbagai perkara yang aku boleh simpulkan dengan satu perkataan 'leadership'. Ya berkenaan dengan hicom pre-law club. Ok secara terus terang aku mengakui aku menghadapi dilema yang perlu diputuskan sebelum 26 April kerana pada tarikh itu kami(hicom) akan berjumpa dengan Sir Zulhelmey berkenaan hicom sem depan.
Pertama sekali aku pernah menyuarakan keinginan untuk meletak jawatan. Dan aku sudah merancang untuk umumkan peletakan jawatan itu pada mesyuarat terakhir petang tadi tapi sesuatu telah mengubah keputusan aku tersebut. Ya aku meletak jawatan bukan atas desakan sesiapa ataupun kerana bertujuan untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dari sekarang tetapi aku nak letak jawatan dan tidak akan bertanding apa2 jawatan untuk semester hadapan. Aku juga bercadang untuk tidak jadi ketua projek atau penasihat untuk apa2 program semester hadapan. Tetapi jika mereka minta pendapat dan tunjuk ajar dengan berlapang dada aku sedia membantu. Lagipun personally I don't have any interest or benefit by being the hicom except some experience, knowledge,compliment and some hatred.But admitly with the opportunity to handle projects give me the chance to know more people and learn that I cannot satisfied everyone. Besides I managed to prove some of the people who doubtly with my ability to handle this and that. It managed to change others view about me from bad to good and from good to better. Because mostly people(including me) think that I win the election is not based on track record of my work and task but generally because of popularity and people who know me will vote for it. And once aku dah dapat jawatan tu aku cuma terfikir bahawa ia adalah amanah dan tanggungjawab yang mereka(pre-lawrians) berikan kat aku dan aku cuma terfikir bagaimana nak memastikan kelab ini hidup dengan aktiviti2. Aku perlu menunaikan apa yang aku ucapkan sewaktu manifesto dahulu dan aku dah berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya. The perception of being elected because of glamorous or popularity had been changed to 'boleh buat kerja' and 'tak sia-sia kami pilih anda'. For sure I dont get any payment for that position hehe. Furthermore ada kerja2 yang bukan bidang aku pun aku join sama sebab the sense of responsibilty is there; how could I just stand and smile while the others are struggling or the project is going to be cancelled. Ambil contoh restu Ilmu. Who wants to take the responsibilty untuk handle sesuatu program yang hanya diberi masa kurang seminggu untuk preparation? Eventhough it had been condemned as the bad one but I had make it happen. That's the fact. What u expect from something that should be the 'huge and superb' event with the sudden change and time constraint?I take it as my mistake and same goes with the KL trip. I admit there is personal guilty I had made during the trip and minor mistake but that's my first experience to be charged 100% for trip without any guide or help because all of the pre-lawrians this semester don't have any experience to organise that. So I be the 'maker' and for sure there is still a lot of space that can be improvised.
I don't take personally about the critics and the unbelieve to me initially because at the end of my work I had done everything that I should be done. I had proved that the initial perceptions was wrong and I proved as best as I can to serve the club(tak pernah dalam sebulan aku demam dua kali).So there is no solid reason for me to resign except because of health; a lack of sleep, makin kurus(betulla Chu z baru perasan semalam), tiredness, backache sejak lawatan sampai sekarang tak baik2 lagi and extremly overexhausted. I don't resign because of afraid that my pointer will decline. Nothing to fear about that because no reason to make it decline. I will do all I have during this semester break to have the 'showtime'. I'm not saying that my popularity arouse lately because of the job I done and I even don't think about that whether people will like me or not. But when I think that I had served it well and the support is there it is the time to give chance for others people to show their talent. Tun Mahathir once did that when he resigned after our economy is recovered from crisis and when the party is solid so I also think that the best way to preserve our good image. Why we should resigned after people hate and mistrust us? I admit tak ramai orang yang sanggup berbuat demikian apatah lagi meletak jawatan apabila sudah konfirm akan mendapat jawatan lagi(malah lebih tinggi dari sekarang) untuk sem hadapan. Tapi pada aku kalau kita ikhlas dalam buat kerja apa2 perubahan pun takkan menggoncangkan perasaan kita. Sepertimana Khalid Al-Walid yang ditukarkan dari seorang panglima kepada askar biasa beliau hanya menjawab 'Aku berperang untuk Tuhannya Umar bukan kerana Umar'. Tidak ada sedikit pun rasa terhina dan tersinggung apabila beliau berperang di bawah arahan anak buahnya sendiri satu ketika dahulu.
I recalled for a new election.Not because I hate of someone in the hicom because all of us recently have a warm relationship but for me personally it is nothing to be fear of a new election because people will not vote us again because of popularity or because of our physical appearance but because of our work. They have seen us for the whole sem and they know who can delegated the job well. If we know that we have done a good job then why we should afraid of defeat in new election? That's my opinion. But there is also a bad of new election as the new one didn't know anything about the projects for next sem and have to learn a lot of things including the procedure and all that. It takes time and we don't have much time for that.Besides that the SPR chairman and vice chairman are the hicom friend and yes both of them are my best friend and if the new election will be held for us then the people will think our status quo is because of the tendency of bias. Furthermore all of us will have our own project for next sem; lawatan,annual dinner,FUU,charity,Restu Ilmu dan Interasasi.One hicom one project.I will handle the trip project.Kem Jati Diri for Part 1 will be our project which means all of us will cooperate together to organise it. So just imagine if there is a new hicom with new people who don't know anything about this? But for me the ex-hicom who lose the position in the new election still can be the advisor but once again I mentioned the new one will have the problem to learn all this kind of procedure and handle those projects. So my stand for this;new election or pewarisan, I 55% support for the pewarisan even my first stand was the new election. Not because of afraid of losing the position but I just think for the sake of the club.And the good news is that there will be biro for every exco and I also will have my own biro for trip so those who have the sense of leadership and responsibilty will be the part of the team.
I feel that i will be more sin if I let the new one handle every stuff regarding with the trip without my responsibility. 'Lepas tangan' is not my style. Yes dengan meletak jawatan akan membolehkan aku berehat dan relaks tetapi melepaskan sesuatu perkara yang perlu disetelkan kepada orang lain bukan cara aku. I once remembered what tun said 'Saya terfikir untuk meletak jawatan pada tahun 1997 tetapi pada masa itu negara kita mengalami krisis kewangan jadi saya mengambil keputusan untuk menangani krisis tersebut sebelum meletak jawatan.' The trip project will be on next sem and should I 'cuci tangan' and let the rest do my work? I may satisfied myself and fulfill my selfish call but the other side of Zharif will make me feel guilty. The sense of responsibility is there. As long as it is best for the pre-law club and for the pre-lawrians I willing to sacrifice my selfish right for the club.
How about if my pointer will not be 4.00 again?
Lol. It nothing to be done with my responsibility as the hicom of pre-law club. If it is happen then it because of my fault.Simple. Whether my memory recall is poorly work or I lazy to study will be the best answer to the question.
After all I will serve for the club. As best as I can for the sake of the pre-lawrians. Not for popularity or glamorous but because of the sense of responsibility.What the most remarkable word I get from a book is 'The leaders is being more impressed if he know what must be done behind the secenes to make the big show happen' and 'influence,popularity and inspiration come from the person not the position'.It change my entire perception about leadership and give the motivational to boost up in myself.
Another fact that I really made up of Mahathirism ;p
A good politician? Still a lot to prove that sentences suit me...

Wednesday, April 8, 2009

MASIH BELUM SEMPURNA

2-1.
Sama seperti yang aku ramal.
Tapi terbalik.PR menang dua bukit dan kerajaan menang satu batang.
Seperti yang aku cakap dua2 pihak mempunyai isu2 tersendiri untuk dibangkitkan.
Tinggal bagaimana ia diterima oleh rakyat.
Apakah kekalahan 1-2 ini tanda rakyat tidak percaya kepada DS Najib?
Undi BN mencatatkan peningkatan.Tapi hakikatnya mereka masih kalah.
DS Najib tidak cukup masa untuk membuktikan keupayaan beliau kerana baru beberapa hari memegang jawatan PM dah kena menghadapi pilihanraya kecil.Di samping itu jentera UMNO juga masih lagi belum sedia sehabisnya lantaran kesibukan memilih MT sewaktu perhimpunan Agung UMNO dahulu.
Apakah kekalahan ini dikaitkan dengan kemenangan Khairy?
Sukar nak cakap tapi ia berasas.Rakyat masih tidak percaya UMNO sudah betul2 pulih dari rasuah kerana perasuah masih lagi mendapat tempat di UMNO. Justeru kesilapan ini akan terus dimainkan oleh pembangkang supaya imej UMNO terus diburukkan.
Apakah faktor Tun M sudah tiada?
Kehadiran Tun M semula ke UMNO dilihat menyuntik semangat ahli UMNO untuk bersatu kembali dan beberapa undi2 yang dahulunya berpihak kepada lawan kini kembali ke UMNO.Tapi faktor ini kesuntukan masa untuk mempengaruhi lebih ramai pengundi untuk mengundi UMNO.
Isu perlembagaan di Perak.
Ir Nizar dilihat sebagai mangsa yang dizalimi dan mendapat simpati di samping sokongan pengundi cina yang sememangnya sayangkan bekas MB Perak ini. Yala siapa lagi nak jadi boneka diorang.Isu 'patik pohon derhaka' telah mengingatkan orang Melayu kepada Hang Jebat yang derhaka kepada Sultan Mahmud dan Hang Tuah dianggap sebagai tidak mengenang budi. Satu lagi markah bonus untuk pembangkang.
Pengundi muda.
Generasi muda masih lagi menyokong pembangkang meskipun tidak serik digulakan oleh pemimpin mereka sendiri.Pendekatan psikologi 'Lowball Procedure' oleh DS Anwar supaya generasi muda terus menyokong PR sungguh efektif sebab meskipun beliau telah mengkenselkan janji 16 September beliau tetapi masih lagi ada orang yang percaya dengan ucapan beliau. Satu perkara yang sangat pelik.Taklid buta?Wallahua'alam.

DS Najib
Saya rasa isu Altantuya masih menebal di kalangan rakyat dan DS Najib perlu membersihkan nama beliau dari sebarang isu2 kontroversi meskipun ia sekadar kabar angin atau cakap2 kosong. Saya mencadangkan supaya DS Najib membuat satu talkshow melalui media dan menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh orang ramai supaya mereka dapat mendengar penjelasan yang sebenar dari mulut DS Najib sendiri.

Apapun semuanya masih belum sempurna. Akan berlaku lagi kejutan2 dalam politik negara kita selepas ini. Apakah ini satu eskapisme supaya rakyat tidak terlalu memikirkan kegawatan ekonomi yang melanda dunia?
Jawapan dari setiap individu adalah berbeza. Terletak di minda masing-masing untuk menilai.

MAHATHIRISM

On talk there was an era of Mahathirism emerging under new leadership, Tun Mahathir said there was nothing wrong with that.
''What's wrong with Mahathirism?It served the country well for 22 years.''
I never imagine that I will immerse in politic; the one that someone called it as more superior in law, the dirtiest thing that people ever had in this civilisation and ful of hypocrisy. Frankly speaking I never had interest on politic when I was young; not even when Tun Mahathir announced his resignation on 2002. I just said ''Oh Dr Mahathir nak letak jawatan''. But then everything change when my father came back from US and we as family went for a holiday in Kuala Lumpur and he bought me book: MAHATHIR the key of Malaysia's sucess written by ex Ambassador of Bosnia. I get interested to know well about politic then and during the last day of his administration I collect all articles about him and I really admired him on how he tackled the economy crisis 1997 by not seeking the help of IMF. A year after his resignation I deeply analytical in politic and became alert about everything and even the global issues. I feel grateful because my great grandmother was the Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis and I managed to 'curi' her political book and the one that I think is the valuable one is the book written by Allahyarham Ikhwan Nasir.
I adapt a lot of Mahathir's style. One that most crucial is the way I debate. Truly I don't like a debate will full of hand gestures and whatsoever. My style of debate has been approved by my teacher as the 'cool' one, same as Dr Mahathir. Yeah that's the way of politician I guess. The style of giving speech admittly inspired by him.Secondly the way of overcome crisis. I highly to solve the problem with the technique of 'hands-on'; same as Tun Mahathir used during economy crisis 1997. And this lead to my stubborness not to go for tuition during PMR and yeah the result in same as the one who go for tuition. Furthermore I learned more about how to be brave and frankly speaking for the truth. I learned not to become inferior to white man and be tough on every critics.If we know that we on the right track then why should be afraid of? I learned how to think fast, generate for new ideas and how to make it true. Besides all that he also taught me to become loyal and serve for our organisation as best as we can and not thinking for being popular or what. I still remember his quotes 'I never think to be remembered or not. What I think is how to give the best for country. If we become popular but we cannot develop the country then it is useless''
The Mahathirism on me? I guess so. But being the copycat for someone will make us remain as the 'secondhand people' but yeah if the secondhand people can do more better then why not?

Tuesday, April 7, 2009

ONCE UPON A TIME

Dah lama rasanya nak tulis blog ni tapi ntha kenapa sekarang baru berpeluang nak tulis. Barangkali terlalu sibuk dengan itu ini dan memberi pandangan terhadap politik negara sampai janji sendiri pun hampir terlupa. Semangat nak menulis benda ni tetiba muncul apabila one of my chinese friend mesej dan bermula dari semalam kenangan2 dahulu mula memenuhi ruang otak. Nasib baik otak aku dah kosong lantaran berakhirnya test law petang semalam(wei final exam ada lagi!) so keinginan tu aku pendam sampai ke pagi ni disebabkan internet buat hal malam semalam.
Ok apa motif blog kali ini?My past achievements. Benda ni yang korang nak tau sangat selepas cerita cinta dan miscellaneous story aku time poll dulu kan. Ermm sebenarnya aku berat hati nak cerita balik zaman2 dahulu sebab banyak benda2 yang aku kesali dan berharap tak melakukannya. Antaranya time SPM dulu. Itulah 'kegagalan' terbesar dalam hidup aku.Yang paling dikesali subjek matematik; matematik moden dan matematik tambahan. Rasa rugi lak bila time Cikgu Azila dan Cikgu Upandi ajar tu aku g maen tic-tac-toe ngan member2. Disebabkan hal itulah aku xlayak melanjutkan pelajaran dalam asasi sains dan juga bidang medikal. Padahal cita2 nak jadi doktor tu sejak aku umur 13 tahun. Tapi di sebalik kegagalan tu aku bersyukur sebab dimasukkan ke dalam dunia undang2; sesuatu yang baru dalam hidup aku meskipun rasa rindu kepada biologi dan kimia masih menebal di sudut hati. Meskipun terasa jeles ngan membe2 yang amek medic tapi bila teringatkan kata2 Sir Zulhelmey ''Dalam bidang sains perubatan adalah yang paling sukar maka bidang sains sosial undang2 adalah yang paling sukar'' naluri aku berkata 'tak ada beza pun medic ngan law. Dua2 penting dan sama2 susah'
Ok itu cerita kegagalan dahulu. Salah satu kegagalan yang pernah aku alami selain daripada kegagalan2 yang lain. Tapi cukuplah aku cerita satu sebab kegagalan yang aku cerita ini menjadi signifikan kehidupan aku sekarang, kegagalan lepas telah membuka jalan baru untuk aku and i appreciate that.So kita balik semula ke ceritera once upon a time. Cerita pasal zaman sekolah je la ek. First sekolah aku pergi is tadika kemas kat Sabah, aku lupa samada kat Sandakan atau kat Labuan. Masa tu sekolah aku sekolah papan, kalau berlari tu bergegar2 papan tu macam nak runtuh.Then pindah balik ke semenanjung atau lebih spesifikasi ke Lumut,Perak. Kat situ sambung tadika kemas then darjah 1 sampai darjah 6 kat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 2. Masa sekolah rendah ni tahap perkembangan aku agak slow sikit tetapi bila dah naik darjah 3 tu dah mula berkembang pesat. Subjek feveret aku time sekolah rendah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Kajian Tempatan. Kalau bahasa Inggeris tu cuma dua orang je yang akan dapat A;aku dan Naomi. Yela cikgu Bahasa Inggeris aku time tu cikgu Cina so memang strict sangat.Homework takyah cerita la kan tiap2 hari ada. Mula jadi pengawas sejak darjah 4 dan time darjah 6 aku dilantik jadi ketua pengawas. Start darjah 6 ni juga aku mula berjinak2 dengan dunia penulisan. Then result UPSR dengan mendapat tawaran ke Rancangan khas Sekolah Anderson.
Tapi bila naik tingkatan 1 aku bersekolah di SMK Pangkalan TLDM. Satu sekolah dengan abang aku. Alasan aku tolak Anderson; aku tak boleh ikut jadual belajar orang.Aku ada jadual aku sendiri. Time tu jugak aku dapat tawaran ke Maktab Tentera Darat(MTD) tapi time bincang ngan big bos, dengan relaksnye ayah aku cakap 'Tak payahlah masuk tentera.Pergi masuk bidang lain lagi ada masa depan'. Yala ayah aku masuk tentera pun masa tu sebab zaman dulu2 kan susah so masuk tentera jela yang dapat jamin masa depan. Sekurang-kurangnya my big bos meneruskan legasi arwah atuk aku yang juga seorang tentera laut. Lepas ni tak tau sape plak yang ikut tradisi keluarga belah ayah aku ni. Sepupu2 aku memang tak de nak jadi tentera, kalau aku pulak dah lama lupakan dunia military ni meskipun masih bersemangat untuk menonton filem2 perang dan membaca Art of War tulisan Tsu Tzu.Mungkin abang aku sebab lately dia memang update dengan dunia ketenteraan sampai aku wonder camna dia boleh tau suma benda tu. Ok dah balik semula ke tingkatan 1. Masa tingkatan 1 tu aku masuk ke kelas aliran agama(KAA) dan ambil subjek Bahasa Arab. Time tu aku batch ketiga dan senior2 kitorang tak ada lagi yang pernah dapat A dalam PMR subjek ni. Situasi tersebut telah mengingatkan aku sewaktu UPSR; ketua pengawas kat sekolah memang ditarget untuk mendapat 5A dan semuanya ikut trend ini kecuali tahun 2001 apabila ketua pengawas cuma dapat 4A. So tahun 2002 aku pulak jadi so misi 'menebus maruah' dimulakan dan berjaya.Jadi bila naik sekolah menengah ada misi seterusnya iaitu mendapatkan A untuk subjek Bahasa Arab. Selain bahasa Arab kelas aliran agama mempunyai satu lagi subjek khas untuk belajar tajwid2 al-quran, tilawah Quran dan hafazan.
Sejak tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku masuk debat bahasa Melayu dan pencapaian tertinggi adalah sewaktu tingkatan 3 apabila pasukan debat sekolah aku buat pertama kali masuk ke peringkat negeri. Biasanya aku dapat pihak kerajaan dan menjadi pencadang pertama. Tapi bidang penulisan masih tetap diteruskan cuma aku lebih tertumpu untuk menulis pendapat di ruangan surat pembaca Berita Harian. Then kira-kira 3 bulan sebelum PMR ayah berpindah ke Pusat Latihan Rekrut di Pengerang, Johor; jadi Ketua Bahagian Latihan kat sana. Dan aku pun terpaksa pindah sekali kat sana dan bayangkan bila aku masuk ke sekolah baru iaitu SMK Tanjung Datuk diorang semua dah habis belajar. Tapi aku bersyukur sebab aku terlibat sekali dengan program2 kelas tambahan kat Tanjung Datuk meskipun aku cuma calon tumpang. Dan result PMR, aku berjaya menjadi salah seorang dari 3 calon yang mendapat 9A di SMK Pangkalan TLDM; satu pencapaian terbaru dan kekal menjadi sejarah sampai sekarang sebab lepas batch kitorang tu cuma ada sorang calon je yang dapat 9A.
Naik tingkatan 4. Time ni dilema mula melanda; samada nak sambung belajar di Tanjung Datuk atau masuk ke Sekolah Agama Bandar Penawar. Aku memang nak sambung balik bahasa Arab di samping nak mempelajari subjek Syariah tapi akhirnya aku sambung belajar di Tanjung Datuk. Rasa terhutang budi kat sekolah tu membuatkan aku tekad untuk menaikkan nama sekolah ni time SPM. Tapi aku terus mendalami bidang agama dengan bimbingan Ustaz Muliade dan Ustaz Amir.Time form 4 ni tak banyak sangat pencapaian sebab time bulan madu cuma aku kena handle lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan menang liga bolasepak antara kelas tingkatan 4. Pertahanan terbaik dengan tiada bolos; goalkeeper siap boleh bertapa kat tiang gol tu hehe.
Naik tingkatan 5, bidang penulisan dihidupkan semula dengan bimbingan Cikgu Zali dan dialah yang mengesyorkan aku untuk membaca novel2 Indonesia sebab karya2 seberang lebih tinggi nilai sasteranya. Bermula di situlah buku2 seperti Laskar Pelangi,Tasauf Moden, Ayat2 Cinta,Ketika Cinta Bertasbih mula memenuhi rak buku aku. Dan hasil bimbingan dialah sekolah kami menang pertandingan menulis esei kemerdekaan 50 tahun anjuran Kementerian Penerangan Malaysia. Time tingkatan 5 jugak subjek sejarah terus menjadi feveret meskipun ramai student yang tidak meminatinya. Disebabkan hal ni jugak aku kena masuk kuiz sejarah daerah Kota Tinggi dengan persiapan dalam masa kurang seminggu. Dahlah kena lawan dengan sekolah terer2 macam Sekolah Sains Kota Tinggi, Tun Habab, Sekolah Agama Bandar Penawar. Tapi tempat pertama dapat kat sekolah aku dan bila masuk peringkat negeri aku dapat top 20 daripada keseluruhan negeri Johor. Tapi perkara yang aku rasa sangat honor is public speaking. Sebab? Aku diberitahu untuk masuk pertandingan tu kurang dari 24 jam then time pergi bertanding aku cuma dapat motivation daripada guru Bidang Bahasa je dan juga cikgu pengiring. Nasib baik aku dah ada pengalaman public speaking time Tingkatan 2 dan tajuk public speaking aku kali ini adalah tajuk yang paling senang aku nak cakap iaitu pasal peperangan. Dapat second place kalah dengan Sekolah Tun Habab.Masa tingkatan 5 juga aku menjadi pengawas; bermacam2 jawatan aku pegang disebabkan rombakan kabinet. Mula2 jadi naib bendahari then jadi Ketua Tugas2 Khas kemudian aku lupa jawatan apa plak.Time form 5 jugak aku mula masuk marathon, bukti bahawa alasan aku asma sudah tidak boleh dipakai lagi.Kalau tak itulah alasan aku setiap kali menolak menyertai acara sukan.Kemudian SPM...zaman kejatuhan dan permulaan untuk episod baru.
Pencapaian di universiti?Ni cerita once upon a time la bukan citer pasal sekarang. Masih banyak lagi benda untuk dicapai dan untuk dikesali dalam universiti ni so tak bolehla nak cerita sekarang...

Monday, April 6, 2009

TAGGED BY CHU


BUAT SATU ENTRI SEPERTI ANDA MENDAPAT GRAMMY AWARD
-Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua supporters2 dan kipas susah mati saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk menjadi seorang blogger.Tidak lupa kepada keluarga yang banyak membantu dari segi moral dan kewangan. Sesungguhnya anugerah ini merupakan anugerah tertinggi yang pernah saya miliki dan akan sentiasa menjadi sejarah terhebat dalam diri saya. Terima kasih~
tag 5 orang lagi:
-LUTFEE
-IJA
-HADI
-ILY
-SABRINA

SIAPA MENANG BUKIT DAN BATANG?

Esok akan berlangsung pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Akan bermula penentuan samada rakyat masih percaya dengan kepimpinan BN dan akan menentukan samada orang Melayu masih lagi percaya dengan UMNO yang baru pulih dengan kehadiran Tun Mahathir serta kepimpinan baru yang disusun sewaktu perhimpunan Agung beberapa minggu yang lepas. Yang pasti undi 'tidak percaya' rakyat sewaktu pentabdiran Tun Abdullah akan kembali semula selepas Tun Mahathir mengekspresikan kepercayaan beliau kepada kepimpinan baru UMNO.
Pasti ramai penyokong PR kecewa apabila pemimpin suci mereka iaitu DS Anwar Ibrahim menangguhkan pengumuman besar beliau malam semalam kepada 7 April. Satu lagi retorik supaya orang datang dan mendengar ceramah beliau.Apa yang harus disembunyikan kalau perkara itu benar?Apa yang dimaksudkan oleh beliau dengan keadaan sekarang tidak selamat untuk mengumumkan perkara itu? Apakah DS Anwar akan menggunakan pengumuman itu untuk memburukkan DS Najib sekiranya BN menang esok?Bagaimana pula kalau PR yang menang?Adakah DS Anwar akan mengumumkan juga pengumuman besarnya itu?Apakah rakyat akan masih percaya dengan janji beliau untuk memberitahu pengumuman itu selepas pilihanraya selepas janji pertama ini telah dimungkiri?Atau mungkin janji pengumuman ini untuk eskapisme kepada rakyat supaya melupakan janji beliau yang tidak tertunai pada 16 September lepas?Para penyokongnya akan menjadi 'followers in waiting' sebagaimana beliau menjadi 'Prime Minister in waiting'.
Apakah isu Altantuya akan terus membayangi pentadbiran DS Najib?Apakah pihak pembangkang berjaya menyakinkan rakyat dengan isu ini di samping menggunakan kemenangan Ketua Pemuda sebagai bahan untuk membuktikan bahawa UMNO masih korup?Isu penderhakaan dan rampasan kuasa di Perak terus menjadi pertikaian untuk membuktikan siapa yang benar atau salah. Sementara nun jauh di seberang laut China Selatan, isu yang sama turut berkumandang di Batang Ai dan kali ini isu kebajikan penduduk di sana menjadi 'perencah' tambahan kepada pilihanraya kali ini.
Mengikut perkiraan saya, BN akan menang satu bukit di Kedah dan satu batang di Sarawak sementara PR akan menang satu bukit di Perak. Ini hanya satu kemungkinan sahaja. Samada benar atau tidak ia terletak di tangan pengundi esok.
Selamat mengundi dan selamat menentukan masa depan negara!

Saturday, April 4, 2009

TERASA KEGAWATAN EKONOMI

Memang betul.Ekonomi dunia yang semakin merudum ditambah lagi dengan kenaikan kadar pengangguran di Amerika sedikit sebanyak telah menganggu gugat kestabilan ekonomi aku.Eh apa ni fallacies teruk sangat ni xde kena mengena langsung. Padahal kegawatan ekonomi diri sendiri memang dah ade sejak last sem; tapi last sem banyak habis sebab enjoy ngan membe2 sampai hari exam tu siap boleh keluar apa sume. Biasala nak release tension. Jadi pada sem kedua telah dicuba untuk mengurangkan perbelanjaan terutama dalam pengangkutan apabila sem ini telah belajar menaiki bas mara linear. Pergi balik baru dua inggit lima ploh sen. Tapi kalau naek motor master free of cas. Kadang2 jek minyak tambah tu pun dalam dua ringgit jek. Pergi outing pun dah jarang sebab sekarang kat dalam bilik pun dah ada entertainment.Tv dah ade dan rekaan KLCC dari tin minuman pun dah sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress ditambah lagi dengan kehadiran speaker Master memang layan kalau bukak lagu.
Dan setelah dikaji dengan teliti maka dapat disimpulkan bahawa aku banyak habis duit kat makanan.Itu tak dapat dinafikan.Meskipun bulan lepas baru dapat bekalan makanan daripada big bos tapi x cukup nak menampung selera aku yang semakin bertambah;bila kerja makin banyak maka aku akan makan dengan lebih banyak tetapi tidak akan bertambah berat badan sebab metabolisma aku sangat tinggi. Terasa macam nak buat SOS supaya ade helikopter yang jatuhkan bekalan makanan dari langit.
So bila dah terdesak2 nih mulalah aku mencari duit tabung dan menukar dengan Master. Bukan xde duit langsung dalam bank tu tapi nak kena simpan gak yang dalam bank tu dah bosan dah mesin tu asyik tengok muka aku jek. Kalau tak simpan dari sekarang camna nak buat preparation masuk meminang,beli rumah, beli kereta etc.Banyak benda kena beli untuk masa depan. Maka diformulakan beberapa garis panduan untuk menangani masalah ekonomi ini:
  • Terpaksa mengurangkan tahap memakan gula2.Pengkalan Iman telah menetapkan gula2 mentos semahal RM.150 so terpaksa tukar ke alternatif membeli gula2 biasa.
  • Beli barang2 makan dari dining sebab boleh pakai duit empat inggit tuh. Kalau kat pengkalan Iman tak dapat nak guna subsidi. Barang pun same je roti, mamee,air. Takde beza pun.
  • Cuba untuk mengurangkan makan di kedai sate semeling ataupun kedai Miza dan untuk makan tengahari sahaja menggunakan duit empat inggit.Sarapan hanya air teh dan roti sementara malam air milo,roti ataupun nestum. Kalau fikir2 lebih kurang jek khasiat dengan makan roti. Oh jangan dilupakan madu; supplement yang sangat penting.
  • Beli barang yang susah nak habis contohnya roti gardenia yang berat bersihnya 400g dan juga 20 uncang teh dengan harga 2 inggit.Jimat dan menyakinkan.
  • nasib baik aku tak hisap rokok.Kalau x lagi bangkrap la aku. Nak printing2,fotostat benda pun dah kurang sebab assignment suma dah siap..

Adakah strategi ini berkesan?Aku tunggu,lihat dan laksanakan....strategi ini sesuai untuk pelajar2 yang berumur 18 tahun ke atas yang sering mengalami masalah yang serupa macam aku.

PEMIMPIN BARU,HARAPAN BARU,SEMANGAT BARU

Memandangkan sudah ramai bloggers yang memberi komentar tentang pelantikan DS Najib sebagai Perdana Menteri keenam maka rasa ketinggalan apabila aku tak menyentuh perkara ini. Perdana Menteri Keenam.Enam adalah nombor bertuah untuk manusia bernama Mohd Zharif Shafiq bin Badrul Hisam.
Pertama sekali ucapan tahniah kepada DS Najib atas pelantikan beliau secara rasmi sebagai perdana menteri Malaysia. Dengan usia 56 tahun ternyata DS Najib dilihat bakal meneruskan legasi ayahanda beliau yang dikenali sebagai bapa pembangunan Malaysia. Segala cakap2 kosong bahawa PakLah tidak akan melepaskan jawatan musnah sama sekali. DS Najib beruntung kerana beliau mendapat sokongan dua mentor beliau-Tun Mahathir dan PakLah di samping dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakan beliau dalam team wawasan dahulu. UMNO dilihat semakin 'kuat' di sebalik isu-isu kontroversi yang terus diapikan oleh pihak pembangkang. DS Anwar terus menyerang peribadi DS Najib; Ir Nizar akan menggunakan isu 'penderhakaan' untuk memenangi pilihanraya;DAP akan menggunakan isu kaum untuk meraih undi kaum Cina dan India sementara PAS akan terus menyalahkan UMNO atas isu hudud,sombong dan rasuah. Kesilapan di bahagian pemuda UMNO akan terus dijadikan bahan untuk merosakkan jentera pilihanraya UMNO. Kedua-dua pihak pada pendapat aku mempunyai x-factor tersendiri tetapi sokongan Tun Mahathir akan mengembalikan semula undi2 rakyat yang tidak menyokong pentadbiran Tun Abdullah satu ketika dahulu.
Banyak isu yang menghitamkan imej DS Najib sebelum beliau menjadi Perdana Menteri-yang paling utama adalah isu Altantuya. DS Najib perlu mengambil inisiatif untuk menjelaskan hal sebenar kepada rakyat untuk menepis segala tohmahan dan isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang.Kalau perlu buat debat terbuka. Beri peluang kepada rakyat untuk bertanya dan bersoal jawab dengan DS Najib. Dengan cara ini barulah imej DS Najib dapat dipulihkan seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat akan kepimpinan beliau.
Keputusan tiga pilihanraya 7 April ini akan menentukan samada rakyat masih menyokong BN atau tidak. Dengan kehadiran lebih 14 calon di Bukit Selambau majoriti undi akan mengecil dan strategi supaya calon bebas yang dilihat berpotensi untuk menang haruslah berpihak kepada kerajaan sangat penting di samping jangan lupa untuk membalas semula isu2 yang cuba diketengahkan oleh pihak pembangkang. Begitu juga di Bukit Gantang; Ir Nizar merupakan DUN Pasir Panjang dan jika beliau menang maka tugas beliau akan bertambah. Bukit Gantang dan Pasir Panjang bukannya dekat dan apakah Ir Nizar mampu untuk menjaga kebajikan dua kawasan ini? Sementara itu Batang Ai pula tidak diberikan terlalu perhatian tetapi peluang untuk BN menang juga 50-50. Pilihanraya di bahagian Sarawak ini harus juga diberi tumpuan supaya BN tidak leka dan merasa bahawa mereka sudah boleh menang di Batang Ai. Jadi pada kiraan aku BN akan menang dua daripada tiga PRK.Nisbah 2:1.
Satu harapan.Satu impian.Satu destinasi. Sudah tiba masa untuk berubah demi masa depan.