Tuesday, April 14, 2009

HUDUD DAN POLITIK EPISOD 1

Syukur kepada Tuhan kerana mengizinkan saya untuk berbicara tentang isu ini.Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara soal hudud-hukum Islam yang telah diturunkan oleh Allah swt dan sebarang kekurangan saya mohon ditegur dan dinasihati tetapi keadaan sekarang di negara kita telah memaksa saya untuk bersuara kerana sebagai seorang Muslim saya perlu menjelaskannya dan meskipun saya tidak mempunyai latarbelakang sebagai bekas pelajar pondok atau agama tetapi tanggungjawab menjaga maruah agama adalah tanggungjawab bersama.
PAS memperjuangkan ideologi mereka untuk melaksanakan hudud di negara kita.Dalam hal ini saya menyokong sebab hukum hudud adalah hukum Islam yang bertujuan untuk mengamankan negara dan menimbulkan ketakutan di hati rakyat daripada melakukan perbuatan jenayah. Tetapi DAP membantah atas dasar bahawa negara ini negara sekular.PKR pimpinan Anwar Ibrahim diam membisu.Hanya segelintir ahli PAS yang masih berpendirian untuk meneruskan hudud tetapi apabila DAP menentang tiada siapa yang bersuara.Bahkan perkataan hudud itu sudah menimbulkan persepsi negatif kepada bukan Islam.Kenapa?Hudud sering dikaitkan dengan potong tangan.Itu yang menjadi masalah jika diimplementasi tanpa diberi kefahaman dan penerangan tentang hudud terlebih dahulu.Ia sepatutnya diberitahu oleh semua lapisan masyarakat termasuk ahli2 politik.Berikut akan saya jelaskan serba sedikit tentang hudud yang telah dikupas oleh Haji Daud Haji Muhammad,Ketua Penyelia Agama Kelantan.

JENIS2 KESALAHAN HUDUD- ZINA,QAZAF(TUDUHAN PALSU ZINA),ARAK,HOMOSEKSUAL,MENCURI.

HUKUMAN ZINA DAN HOMOSEKSUAL-100 KALI SEBATAN(YANG BELUM BERKAHWIN).PESALAH HOMOSEKSUAL DIASINGKAN SELAMA SETAHUN

HUKUMA ZINA DAN HOMOSEKSUAL BAGI YANG SUDAH BERKAHWIN-REJAM SAMPAI MATI

HUKUMAN QAZAF-80 KALI SEBATAN

ARAK-40 KALI SEBATAN

MENCURI-POTONG PERGELANGAN TANGAN

SYARAT2 HUDUD- PENGAKUAN SENDIRI OLEH PESALAH ATAU EMPAT ORANG SAKSI LELAKI.

ALAT-ALAT UNTUK MENYEBAT
Jika menggunakan rotan maka hendaklah sederhana ukurannya,tidak terlalu muda atau tua, tidak berbuku-buku atau pecah2 supaya tidak menyebabkan luka parah kepada pesalah.Tujuan sebenar hukuman adalah memberi pengajaran,bukannya menyeksa atau mendera.

CARA SEBATAN
Orang yang melaksanakan sebatan tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan tidak mengangkat sampai nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut untuk sampai ke matlamatnya.

ANGGOTA YANG BOLEH DIPUKUL
Dikecualikan muka,kepala dan dada serta sebatan tidak boleh hanya setempat.

KEADAAN PESALAH
Lelaki-Berdiri
Perempuan-Duduk
Perempuan mengandung-dihukum setelah selesai bersalin,sembuh dari sakit bersalin,suci dari darah nifas dan pulih tenaganya.

MASA DAN TEMPAT MELAKSANAKAN SEBATAN
Tidak boleh dilaksanakan ketika waktu terlalu sejuk atau panas dan mestilah disaksikan oleh sekumpulan orang-orang beriman sebagai pengajaran dan peringatan.

Beberapa hal penting:
-Kesalahan takzir(yakni yang tidak dinyatakan dalam hudud) maka jika hukumannya adalah sebatan maka tidaklah melebihi 40 sebatan mengikut mazhab syafie
-Hendaklah diketahui penyebab mengapa pesalah itu mencuri. Jika didapati beliau mencuri kerana kemiskinan maka hendaklah dibebaskan.
-Jika tiada empat orang saksi dan tiada pengakuan dibuat maka hukuman takzir akan dilaksanakan.Begitu juga jika proses melaksanakan hukuman itu merangkumi ujian DNA atau cara2 selain dari pengakuan dan saksi maka ia terletak di bawah hukum takzir.Yang menjadi utama pelaksanaan hudud adalah PENGAKUAN SENDIRI PESALAH dan PENGAKUAN EMPAT ORANG SAKSI LELAKI.
Bagaimana hukum ini hendak diimplementasi dalam negara kita?Insyallah saya akan kupas pada episod seterusnya..

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)