Saturday, April 4, 2009

PEMIMPIN BARU,HARAPAN BARU,SEMANGAT BARU

Memandangkan sudah ramai bloggers yang memberi komentar tentang pelantikan DS Najib sebagai Perdana Menteri keenam maka rasa ketinggalan apabila aku tak menyentuh perkara ini. Perdana Menteri Keenam.Enam adalah nombor bertuah untuk manusia bernama Mohd Zharif Shafiq bin Badrul Hisam.
Pertama sekali ucapan tahniah kepada DS Najib atas pelantikan beliau secara rasmi sebagai perdana menteri Malaysia. Dengan usia 56 tahun ternyata DS Najib dilihat bakal meneruskan legasi ayahanda beliau yang dikenali sebagai bapa pembangunan Malaysia. Segala cakap2 kosong bahawa PakLah tidak akan melepaskan jawatan musnah sama sekali. DS Najib beruntung kerana beliau mendapat sokongan dua mentor beliau-Tun Mahathir dan PakLah di samping dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakan beliau dalam team wawasan dahulu. UMNO dilihat semakin 'kuat' di sebalik isu-isu kontroversi yang terus diapikan oleh pihak pembangkang. DS Anwar terus menyerang peribadi DS Najib; Ir Nizar akan menggunakan isu 'penderhakaan' untuk memenangi pilihanraya;DAP akan menggunakan isu kaum untuk meraih undi kaum Cina dan India sementara PAS akan terus menyalahkan UMNO atas isu hudud,sombong dan rasuah. Kesilapan di bahagian pemuda UMNO akan terus dijadikan bahan untuk merosakkan jentera pilihanraya UMNO. Kedua-dua pihak pada pendapat aku mempunyai x-factor tersendiri tetapi sokongan Tun Mahathir akan mengembalikan semula undi2 rakyat yang tidak menyokong pentadbiran Tun Abdullah satu ketika dahulu.
Banyak isu yang menghitamkan imej DS Najib sebelum beliau menjadi Perdana Menteri-yang paling utama adalah isu Altantuya. DS Najib perlu mengambil inisiatif untuk menjelaskan hal sebenar kepada rakyat untuk menepis segala tohmahan dan isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang.Kalau perlu buat debat terbuka. Beri peluang kepada rakyat untuk bertanya dan bersoal jawab dengan DS Najib. Dengan cara ini barulah imej DS Najib dapat dipulihkan seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat akan kepimpinan beliau.
Keputusan tiga pilihanraya 7 April ini akan menentukan samada rakyat masih menyokong BN atau tidak. Dengan kehadiran lebih 14 calon di Bukit Selambau majoriti undi akan mengecil dan strategi supaya calon bebas yang dilihat berpotensi untuk menang haruslah berpihak kepada kerajaan sangat penting di samping jangan lupa untuk membalas semula isu2 yang cuba diketengahkan oleh pihak pembangkang. Begitu juga di Bukit Gantang; Ir Nizar merupakan DUN Pasir Panjang dan jika beliau menang maka tugas beliau akan bertambah. Bukit Gantang dan Pasir Panjang bukannya dekat dan apakah Ir Nizar mampu untuk menjaga kebajikan dua kawasan ini? Sementara itu Batang Ai pula tidak diberikan terlalu perhatian tetapi peluang untuk BN menang juga 50-50. Pilihanraya di bahagian Sarawak ini harus juga diberi tumpuan supaya BN tidak leka dan merasa bahawa mereka sudah boleh menang di Batang Ai. Jadi pada kiraan aku BN akan menang dua daripada tiga PRK.Nisbah 2:1.
Satu harapan.Satu impian.Satu destinasi. Sudah tiba masa untuk berubah demi masa depan.

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)