VERNAKULAR-KETUANAN MELAYU-DILEMA MALAYSIA
Tiga isu sekaligus akan aku kupas insya-Allah mudah-mudahan dapat memberi sedikit penjelasan dan jika tidak tepat harap tak segan2 untuk meletakkan komen di blog ni.Bukannya susah sangat pun tekan je kat komen tu then tulis jela apa2 yang kalian rasa.This is democratic nation people =)
Actually aku dah nak tulis pasal isu ini sejak hari sabtu yang lepas berikutan akhbar NST yang memaparkan satu artikel khas berkenaan 'whose story is our history?' tetapi kerana sedang sibuk menjawab paper 313 maka ditinggalkan sebentar untuk mengepos blog2 yang bertajuk berat dan penting. Benar kat Mark Sanborn 'In practical world neutral is unpractical'. Bermaksud kita kena buat pilihan dan pendirian. Ya atau tidak.
Secara jujurnya aku 'terasa hati' apabila isu ini dibangkitkan lagi. Kita pergi dahulu ke isu sekolah vernakular atau sekolah jenis.Sekolah ini dilambangkan sebagai kontra kepada sekolah kebangsaan kerana sekolah vernakular lebih cenderung untuk menyekolahkan anak2 kaum Cina dan India.Tidak dapat dinafikan sekolah kebangsaan lebih membawa manfaat-ini adalah satu fakta yang tidak dapat dielakkan kerana sekolah kebangsaan lebih membuka peluang kepada pelajar2 berbilang kaum untuk saling mengenali dan memupuk sifat perpaduan sejak kecil. Bermula di sekolah jugalah para pelajar dapat bekerjasama dan menghilangkan rasa prejudis dan curiga antara kaum. Ini adalah salah satu pendekatan psikologi yang praktikal untuk menghilangkan sentimen prejudis di kalangan rakyat Malaysia. Saya tidak mengatakan bahawa sekolah vernakular tidak bagus tetapi ia lebih terorientasi untuk spesifik kaum sahaja jadi ia menimbulkan kesukaran untuk pelajar berbilang kaum bergaul dan belajar bersama-sama. Saya berpendapat tidak ada salahnya jika sekolah kebangsaan melibatkan sekali guru2 berbangsa Cina dan India di samping menyatukan subjek2 vernakular seperti bahasa mandarin dan tamil di bawah satu bumbung sekolah kebangsaan. Ini memberi peluang kepada pelajar Melayu untuk mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil serta sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kefasihan pelajar-pelajar bukan Melayu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sekaligus meningkatkan pencapaian peperiksaan dalam subjek Bahasa Melayu. Apakah mustahil aliran vernakular ditukar dengan aliran kebangsaan?Saya berpendapat tidak. Ia tidak akan membawa kepada diskriminasi kerana dengan aliran kebangsaan akan menjurus kepada sistem meritokrasi dan persaingan secara sihat.Tidak akan timbul juga amalan pilih kasih di kalangan pentadbir kerana mereka; baik Melayu,Cina atau India akan diberi peluang untuk memegang jawatan2 tinggi dalam pentadbiran sekolah. Apakah timbul masalah kalau pengetua sekolah kebangsaan adalah berketurunan bukan Melayu jika pengetua tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik?Maka idea sistem sekolah kebangsaan adalah satu hal yang sangat wajar dan perlu diberi penelitian semula dalam sistem pendidikan Malaysia supaya integrasi kaum dapat terus dipupuk dan tidak ada lagi suara2 kosong yang mengatakan bahawa kaum bukan Melayu didiskriminasi dan disekat daripada maju dalam bidang pelajaran.
Ketuanan Melayu. Isu keris yang telah membawa kepada kekecewaan kaum lain berikutan tindakan 'no komen' oleh Tun Abdullah masih lagi menebal di kalangan rakyat masa kini. Sekali lagi solana ditanya; apakah masalahnya dengan ketuanan Melayu? Apakah perkara ini tidak perlu diajar di peringkat sekolah?Sampai bila kita harus menutup minda generasi akan datang dan berpura2 bahawa perkara ini tidak pernah timbul?Jika kita memprotes isu ketuanan Melayu maka mengapa sampai sekarang tidak ada orang membantah kalau satu ketika dahulu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu?Semua bersetuju bahawa semenanjung Malaysia dahulu diberi 'title' sebagai Tanah Melayu dan sejak dahulu lagi kaum2 lain tidak mempertikaikannya. Ketika suruhanjaya Reid ditubuhkan dengan memperuntukkan akta 153 yang memberi hak istimewa kepada orang Melayu mengapa pemimpin2 kaum lain tidak menyuarakan bantahan? Sebabnya mereka telah diberi hak kerakyatan menerusi jus soli. Tetapi malangnya hal ini tidaklah tertera di dalam buku perlembagaan persekutuan dan tidak ada satu pun yang tertulis dalam Perlembagaan bahawa 'akta 153 adalah sebagai tukar ganti atas kerelaan orang Melayu memberi kerakyatan jus soli kepada kaum lain'. Sebab itu jugalah hak bumiputera sekarang ini menjadi isu semula sehingga kuota pemberian biasiswa JPA sekarang ini sudah menjadi 55%-45%.Jika mereka(kaum bukan Melayu)ingat dan memahami sejarah Malaysia pasti mereka mengerti mengapa hak bumiputera ini termaktub dalam perlembagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan?Dalam kamus dewan ia bererti hak menguasai dan memerintah. Tidak ada termaktub dalam Perlembagaan yang membenarkan cuma orang Melayu sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri tetapi di sesetengah negeri seperti negeri Perak memperuntukkan perundangan bahawa Menteri Besar bagi negeri tersebut adalah orang Melayu.
Apakah selama orang Melayu mentadbir dan memerintah negara ini lebih teruk dari pemerintahan British?
Memang British yang membawa kaum Cina dan India datang ke sini tetapi mereka jugalah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Sebab apa?British takut jika kaum Cina dan India bersatu dengan kaum Melayu menentang penjajahan mereka. Dan ketakutan mereka itu terbukti pada tahun-tahun sekitar 1946-1956 di mana ketika itu parti perikatan yang terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC berjaya memenangi pilihanraya umum dan menghantar rombongan rundingan kemerdekaan ke London.Apakah kaum Cina dan India di bawah pentadbiran orang Melayu diketepikan, ditempatkan di kawasan terpencil, diabaikan peluang pekerjaan untuk mereka,dinafikan hak mereka untuk berniaga dan berkembang maju? Bahkan dalam sesetengah perkara seperti perniagaan orang Cina masih lagi menguasai ekuiti ekonomi negara. Maka isu DEB bukanlah isu yang relevan untuk mengatakan ketidakpuashati masyarakat bukan Melayu ketika ini. Ada isu2 kecil yang telah diabaikan oleh kerajaan dan tanpa disedari isu2 kecil itulah yang telah menyebabkan pengundi2 Cina dan India tidak lagi mengundi Barisan Nasional.
Bukan salah MCA atau Gerakan.Bukan juga salah MIC. Bukan juga salah UMNO.Salah kita semua yang kadang2 tidak mengambil berat isu2 yang kecil padahal isu2 yang kecil itu jika tidak dikawal akan merebak dan mengancam seluruh masyarakat.Sudah menjadi tanggungjawab parti2 komponen dalam BN untuk mengekalkan keyakinan pengundi kepada kerajaan. UMNO telah berjaya mengembalikan semula keyakinan masyarakat Melayu pada pilihanraya kecil yang lalu dan kini ada sedikit 'loophole' dalam jentera pilihanraya MCA,Gerakan dan MIC. Masih ada lagi isu2 yang kecil yang perlu didengari oleh pemimpin2 atasan dan tindakan perlu dilaksanakan segera.Dan saya pasti isu2 kecil itu bukanlah sesuatu yang sangat sensitif tetapi lebih menjurus kepada kebajikan sosial dan masalah semasa. Bukannya sesuatu yang 'abstrak' atau sensitif.
Parti komponen yang lain perlu menilai semula prestasi parti masing-masing sebab ada di kalangan ahli mereka yang berpaling tadah dan kadang2 menyokong ideologi DAP yang terang2 bertentangan dengan semangat perpaduan dalam BN.Begitu juga dengan MIC apabila terdapat suara2 keluhan kerana terlalu sedikit wakil mereka dalam kabinet. Tapi jangan dilupa ini semua terjadi selepas pilihanraya umum yang lepas di mana BN hanya menang dengan majoriti mudah, bukan 2/3 seperti pilihanraya2 yang terdahulu. Di zaman pentadbiran Tun Mahathir dan ketika BN menang besar pada tahun 2004 tidak timbul isu kekurangan wakil dalam kabinet sebab wakil2 parti mereka menang dalam pilihanraya.Sekarang ini ramai dah kalah so how u should expect that u should deserved more than ur perfomance? Adilkah memberi hadiah RM 100 kepada pelajar yang mendapat A dengan pelajar yang mendapat gred B?Adil dan keadilan adalah satu perkara yang berbeza. Apabila kita mahu memperjuangkan kesaksamaan dan kesamarataan kaum secara total maka kita akan kembali menjadi negara sosialis atau perkataan lainnya komunis. Sebab apa?Semua orang akan dapat benda yang sama tak kira anda berusaha kuat atau tidak semua akan mendapat habuan yang sama.Menarik bukan ideologi Karl Max ini?
Ya isu-isu kecil ini yang harus diteliti semula oleh kerajaan. Orang Melayu juga pada masa yang sama perlu bersatu semula dan jangan takut untuk mempertahankan hak yang sememangnya menjadi hak kita.Sudah 50 tahun 'ketuanan Melayu' mentadbir negara ini maka mengapa baru sekarang isu itu dan ini perlu ditimbulkan?Apakah berlaku diskriminasi politik,ekonomi dan sosial kepada kaum lain?
Mata melihat, akal memahami, hati membenarkan...
hey...vernacular skool is not that bad, kite x boleh menghalang bangse sendiri blaja bhse ibunde..sumeorg ego..org cine n org india xnk sekolah yg lambang bangse mereka dhapuskn, same jugak org mlayu, nk ke sekolah kebangsaan mereka dihapuskan..
ReplyDeletesekolah kebangsaan bukan spesifik untuk orang Melayu shja. Why should we defend the ego for something that will sacrifice the unity of nation?
ReplyDeleteWith my suggestion on improvement of sekolah kebangsaan malay can learn mandarin too =)
Kupasan yang menarik....saya ingin merujuk kepada kata-kata seorang sejarahwan negara..."dasar yang kelihatan memberi kelebihan kepada melayu (DEB Umpamanya) bukanlah dasar yang merampas hak kaum lain, sebaliknya ianya merupakan satu tuntutan hak orang Melayu yang telah dirampas ketika pemerintahan British dulu"....maksudnya orang Melayu ketinggalan di dalam aspek ekonomi sekarang adalah kerana dasar pemerintahan British dahulu yang menyekat perkembangan ekomoni orang Melayu...DEB adalah salah satu makanisma untuk menuntut kembali hak orang Melayu yang telah dirampas oleh sistem terdahulu
ReplyDeletePada hemat abang, tentang sekolah venakular ni, kita hanya bercakap tentang persetujuan asal kita dengan bangsa2 lain sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu. sebagai negara yang berbilang kaum, kita harus ada satu bahasa yang sama2 boleh kita kongsi dan fahami secara bersama.
ReplyDeleteAssalamualikum rakan se pre-law ku. Hehe cuma aku pre-law kat s.alam.
ReplyDeleteSeperti yang dibincangkan, sekolah vernekular terhasil akibat dasar pecah perintah. seperti kata saudara JASA, ia adalah sesuatu yang dirampas oleh pihak British daripada orang melayu. maka, disebabkan kita ketinggalan DEB diperkenalkan bagi mengangkatkan orang melayu supaya sama taraf dengan bangsa lain. ideologi DEB merupakan satu ideologi yang tidak dinafikan bernas. tetapi yang menjadi masalahnya sekarang ialah pelaksanaan DEB itu apabila dibelengu dan dekelilingi oleh korpsi yang sangat jelas dan nyata. itu menyebabkan DEB tidak dabat dilaksanakan 100%. Wah, ok2. balik kepada sekolah vernekular, saya sependapat dengan saudara tentang Sekolah Kebangsaan. Sekiranya diperhatikan dengan jerlas, secara AM nya antara ketiga-tiga sekolah ini, kita dapat lihat bahawa SJK(C) mempunyai kelengkapan yang mantap sekali, SK kedua dan SJK(T) adalah yang paling lemah sekali. Ini adalah pemerhatian secara AM. Saya bersetuju denmgan saudaura atas dasar perpaduan. Tidak dinafikan di kawasan urban seperti KL perpaduan itu dapat dilihat. tetapi dikawasan kampung atau agak jauh dari bandar, apabila kita perhati kan sekolah menengah (disebabkan sekolah menengah xda vernekular) prejudis itu ada dan lahir dalam sikap pelajar. Tapi disamping sistempendidikan, saya percaya peranan ibu bapa juga penting. Sikap ibu bapa, kehidupan sosial dan pendedahan kepada anak mereka. Namun, untuk menghapuskan verekular akan menjadi satu isu yang sangat kontroversi. Kerana sentimen ini melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan isu panas yang boleh dipolitikan. Akan tetapi, penyelesaian ada. Saya akan kupaskan tajuk ini dapemahaman saya apabila habis exam. K xD!! Btw nice blog and nice content.
salam saudara, kupasan yang menarik.. saya nak tegur sikit blog saudara ni, harap jgn marah. cuma nak bagi blog saudara lebih kemas dan lebih mudah membacanya.
ReplyDelete1) saudara haruslah justify entri saudara agar ia nampak kemas dan sekata..
2) Perlu bagi saudara untuk plotkan tulisan saudara mengikut perenggan agar pembaca nampak flow entri saudara.
3) Kalau boleh, letak satu atau dua gambar untuk menarik perhatian pembaca..
Saudara mempunyai isi kandungan yang padat. jangan sia-siakannya. Kemaskan sedikit entri dan insyaallah boleh menarik perhatian ramai pembaca...
Harap saudara tidak kecil hati, Saya juga berpesan kepada diri sendiri..
Salam Perjuangan,
Che Dayat
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com