Wednesday, April 8, 2009

MASIH BELUM SEMPURNA

2-1.
Sama seperti yang aku ramal.
Tapi terbalik.PR menang dua bukit dan kerajaan menang satu batang.
Seperti yang aku cakap dua2 pihak mempunyai isu2 tersendiri untuk dibangkitkan.
Tinggal bagaimana ia diterima oleh rakyat.
Apakah kekalahan 1-2 ini tanda rakyat tidak percaya kepada DS Najib?
Undi BN mencatatkan peningkatan.Tapi hakikatnya mereka masih kalah.
DS Najib tidak cukup masa untuk membuktikan keupayaan beliau kerana baru beberapa hari memegang jawatan PM dah kena menghadapi pilihanraya kecil.Di samping itu jentera UMNO juga masih lagi belum sedia sehabisnya lantaran kesibukan memilih MT sewaktu perhimpunan Agung UMNO dahulu.
Apakah kekalahan ini dikaitkan dengan kemenangan Khairy?
Sukar nak cakap tapi ia berasas.Rakyat masih tidak percaya UMNO sudah betul2 pulih dari rasuah kerana perasuah masih lagi mendapat tempat di UMNO. Justeru kesilapan ini akan terus dimainkan oleh pembangkang supaya imej UMNO terus diburukkan.
Apakah faktor Tun M sudah tiada?
Kehadiran Tun M semula ke UMNO dilihat menyuntik semangat ahli UMNO untuk bersatu kembali dan beberapa undi2 yang dahulunya berpihak kepada lawan kini kembali ke UMNO.Tapi faktor ini kesuntukan masa untuk mempengaruhi lebih ramai pengundi untuk mengundi UMNO.
Isu perlembagaan di Perak.
Ir Nizar dilihat sebagai mangsa yang dizalimi dan mendapat simpati di samping sokongan pengundi cina yang sememangnya sayangkan bekas MB Perak ini. Yala siapa lagi nak jadi boneka diorang.Isu 'patik pohon derhaka' telah mengingatkan orang Melayu kepada Hang Jebat yang derhaka kepada Sultan Mahmud dan Hang Tuah dianggap sebagai tidak mengenang budi. Satu lagi markah bonus untuk pembangkang.
Pengundi muda.
Generasi muda masih lagi menyokong pembangkang meskipun tidak serik digulakan oleh pemimpin mereka sendiri.Pendekatan psikologi 'Lowball Procedure' oleh DS Anwar supaya generasi muda terus menyokong PR sungguh efektif sebab meskipun beliau telah mengkenselkan janji 16 September beliau tetapi masih lagi ada orang yang percaya dengan ucapan beliau. Satu perkara yang sangat pelik.Taklid buta?Wallahua'alam.

DS Najib
Saya rasa isu Altantuya masih menebal di kalangan rakyat dan DS Najib perlu membersihkan nama beliau dari sebarang isu2 kontroversi meskipun ia sekadar kabar angin atau cakap2 kosong. Saya mencadangkan supaya DS Najib membuat satu talkshow melalui media dan menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh orang ramai supaya mereka dapat mendengar penjelasan yang sebenar dari mulut DS Najib sendiri.

Apapun semuanya masih belum sempurna. Akan berlaku lagi kejutan2 dalam politik negara kita selepas ini. Apakah ini satu eskapisme supaya rakyat tidak terlalu memikirkan kegawatan ekonomi yang melanda dunia?
Jawapan dari setiap individu adalah berbeza. Terletak di minda masing-masing untuk menilai.

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)