Thursday, April 16, 2009

BEBERAPA PERUBAHAN



rak buku yang semakin padat Bukan aku yang bunuh Bruce Lee.Senapang tu pemberian ayah sewaktu bertugas di Maghribi

Meja studi.Sangat kemas.Tapi lepas dah belajar lagi 'kemas'..haish

kehidupan makin bermakna di kampus dengan tv slot laptop
rekaan KLCC aku..Mengagumkan ngee~
Setelah beberapa blog yang sangat 'heavy' isi kandungannya maka eloklah entri kali ini lebih relaks dan santai. Memandangkan esok pagi aku akan kembali semula ke uitm merbok maka aku akan ceritakan serba sedikit life di rumah selama 5 hari.
Ini hari kedua aku menonton sinetron Aqso dan Madina di TV9.Walaupun aku dah tengok endingnya yang agak kureng sikit sebab tergantung tapi permulaan drama ini sangat best. Subhanallah aku sangat terpegun dengan kechantekan pelakon sinetron tersebut; marshanda dan Carissa Putri sampai terlintas dalam fikiranku, bidadarikah mereka?Kalau diberi pilihan nak pilih yang mana aku pun konfius, eh apa fikir jauh sangat nih. Episod kali ini sangat touching apabila si kakak bernama Safira merasakan dialah wanita yang paling malang di dunia kerana kematian suami dan keguguran anak.Maka si adik yakni Madina membawa si kakak meninjau kehidupan orang-orang susah. Si kakak lakonan Carissa mengalirkan air mata saat melihat mereka2 yang kurang upaya.Entah mengapa tiba-tiba ada sesuatu yang menyentuh hatiku dan tanpa disedari mataku mula berkaca saat melihat bagaimana dua kanak2 kecil menjadi pengemis dan akhirnya airmata aku berlinang juga saat melihat seorang lelaki yang cacat mengambil upah untuk mencuci kasut.Saat itu terdetik di hatiku untuk mensyukuri nikmat Tuhan dan berasa tenang dengan segala nikmat-Nya. Bagi orang beriman dunia ini penuh dengan penderitaan dan kepayahan.Sesungguhnya mereka yang bernasib malang ini mengetahui bahawa nasib mereka berbeza dengan yang lain tetapi mereka menjalani kehidupan dengan tenang dan redha.Eh,Zharif menangis?Asal x boleh?Ya saya seorang yang sensitif apabila melihat golongan2 yang kurang bernasib baik yang terpaksa mengharungi kesengsaraan untuk meneruskan hidup.Sebab itulah aku tlah berjanji dengan diri aku sendiri apabila kupunya kuasa dan peluang tempat pertama yang aku akan pergi adalah golongan miskin dan jika tiada golongan miskin maka aku akan pergi ke rumah kebajikan anak2 yatim atau orang tua.

Ok cukup setakat itu. Cerita di atas takde kena mengena dengan tajuk blog ini.Gambar2 di atas merupakan tempat studi aku di rumah dan juga di universiti.Amacam?hehe...Oh ya yang gambar pertama tu xde kena mengena dengan bilik saya.Itulah pelakon yang saya maksudkan dalam sinetron tersebut.Curang?Oh saya cuma setia pada yang satu =)
Merbok,the fight will continue there tomorrow...!




5 comments:

  1. z,
    berkawan biar beribu-ribu, berkasih berjuta-juta..

    ReplyDelete
  2. tahniah atas kejayaan anakku....teruskan jihad mu..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wahh tersntuhnya aku....
    sdangkn aku bca jerr pn dah nak mnangis dah...chaii terlbih sdah.hehehehe......
    aptah lgi engko yg tengok cite 2..hehehe..
    ko best cket,,aku nie,, keciaann... jakun dah x dpat tngk tv dah.hehehe
    basa larr tnggal kat hostel kan... wah besh plak bca cite kau..... teruskan jerr perjuangan ko 2 k....hehehe

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)