Sunday, May 31, 2009

DAH FEMES KAT BUKU TEKS DAHLA

1. Pelik juga apabila akhir-akhir ini ada suara-suara yang meminta supaya bekas ketua PKM Chin Peng dibenarkan pulang semula ke Malaysia. Dan suara ini datangnya dari badan politik sendiri dan mendapat reaksi dari Perdana Menteri hinggalah ke rakyat yang duduk di warung-warung kopi.

2.Untuk menjawab beberapa alasan yang digunakan untuk menyokong Chin Peng mari kita jawab dengan jawapan-jawapan yang ringkas, tak memerlukan perdebatan yang rumit, hanya berdasarkan fakta yang sedikit tapi cukup untuk menangkis alasan2 tersebut.

ALASAN PERTAMA: Chin Peng telah tua, tak berdaya untuk menyebarkan ideologi Komunis lagi.
JAWAPAN: Dah tua xsemestinya otaknya pun dah hilang. Selagi hidup,selagi otak masih ada selagi itu ideologi masih bisa disebarkan. Tak secara besar-besaran tapi boleh jadi secara senyap-senyap.Bukan dengan senjata tapi dengan pembentukan fikiran sosialisme(hak kesamarataan).

ALASAN KEDUA: Atas dasar belas kasihan dan kemanusiaan.
JAWAPAN: Yang dia pi bunuh orang awam tu kemanusiaan kah?Masih ingat tragedi masjid dibakar ketika PKM berkuasa? Berapa ramai tentera dan polis yang terbunuh sewaktu melindungi keselamatan rakyat? Sudah lupakah kita dengan cara penyeksaan mereka yang popular iaitu mengelar mangsa sebelum limau nipis diperah di bekas-bekas luka itu. Kemanusiaankah itu?

ALASAN KETIGA: Rashid Maidin bekas PKM pun boleh duduk di Malaysia. Tindakan menghalang Chin Peng adalah atas dasar racist.
JAWAPAN: Mahkamah memutuskan Chin Peng gagal membuktikan dirinya warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia. Bukan sebab racist tapi buktinya tak ada meskipun dia mengatakan dia lahir di Sitiawan. Kalau atas dasar racist then kenapa tak bawak kes Rashid Maidin juga ke mahkamah?Tak sangka alasan ini diberikan oleh seorang yang pernah menjadi bekas Menteri Undang2 Malaysia. Kes Chin Peng sekarang dah masuk mahkamah jadi sila hormati undang-undang Malaysia.

ALASAN KEEMPAT:Kalau macam tu kenapa tak putuskan hubungan dengan negara-negara komunis seperti China dan Cuba?
JAWAPAN: Memang betul negara2 ini di bawah pengaruh komunis tetapi yang melancarkan serangan, yang membunuh rakyat Malaysia, yang membawa ideologi ini adalah Chin Peng. Dia beroperasi di Malaysia dan dialah yang bertanggungjawab sebagai ketua PKM untuk menghuru-harakan negara ini. Harus diingat Malaysia adalah negara berkecuali, bukan kapitalis atau komunis jadi kita baik dengan semua negara, baik blok kapitalis atau komunis.

Ini adalah jawapan dari budak asasi undang2.Maaflah kalau nampak seperti ringkas dan tidak memuaskan tapi cukuplah untuk mereka2 yang berfikiran simple dan tidak memerlukan analisis yang banyak sangat.

*Mungkin yang menyokong Chin Peng masuk ke Malaysia nak komfirmkan betul ke x chin peng seperti dalam buku teks Sejarah. Tapi rasanya Chin Peng pun takut nak masuk Malaysia balik sebab ingat 'parang terbang' Kiyai Salleh masih ada di negara ini!

Saturday, May 30, 2009

DAN TAK BISA MEMILIHNYA JUGA...


1. Saya telah berjanji untuk menulis sambungan mengapa saya tidak menyokong pembangkang meskipun saya tidak menyokong UMNO.Dan inilah sebabnya.
2. Saya tidak banyak pengetahuan tentang saudara Anwar Ibrahim dan cerita ini pun berlaku sekitar tahun 1993 dan pendirian saya ini dibina berdasarkan cerita-cerita yang lepas. Ini diambil dari majalah ASIAWEEK November 1993 sewaktu saudara Anwar masih menjadi TPM Malaysia. Hingga ke saat ini saya belum mendengar apa-apa statement dari beliau untuk menafikan kenyataan yang beliau buat dalam majalah ini.
3.Pada mereka yang melanggan majalah ASIAWEEK pasti tahu hal ini. Mungkin ada yang sinis mengatakan 'itu sebab dia masuk UMNO dulu' tapi pada saya, parti itu bukanlah penting tetapi personaliti oranglah yang membetuk parti tersebut samada menjadi baik atau tidak. Yang penting individu, partinya soal kedua.
4. Jika ada sebarang kemusykilan tentang perkara ini(bagi mereka yang totok menyokong saudara Anwar sehingga menganggap dia 'suci' daripada dosa) bacalah penjelasan lebih lanjut di sini
5. Gambar di atas ihsan dari blog penulis Faisal Tehrani. Saya sendiri mengetahui bahawa beliau bukan penyokong UMNO bahkan karier penulisan beliau bermula dengan sokongan daripada seorang tokoh PAS(saya lupa siapa nama dia).
6. Dan salah satu lagi alasan ialah berkenaan kegawatan ekonomi 1997. Jelas terpampang di media massa waktu itu saudara Anwar meminta bantuan IMF sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara Asia yang lain. Tetapi Tun Mahathir bertegas untuk mengatasi masalah ekonomi dengan cara tersendiri(mungkin ada yang anggap idea Mahathir tu pun datang dari Anwar). Dan kita semua tahu pakar ekonomi dari Amerika mengkritik cara Tun.M mengatasi krisis tersebut tetapi akhirnya terpaksa menelan bulat-bulat bahawa tindakan beliau adalah tepat dan benar.
7. Apa akan jadi kalau kita meminjam wang dari IMF ketika waktu kegawatan? Mengikut pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, kerajaan akan berhutang dengan IMF dalam amaun yang sangat besar dan ini membawa kepada kenaikan cukai itu ini. Jika cukai naik maka syarikat2 akan mengalami masalah untuk meneruskan operasi dan gagal membayar cukai.Alhasil ia akan membawa kepada penutupan syarikat2 dan berlakunya pengangguran.
8.Seperti yang terjadi di Indonesia, tindakan Presiden Suharto meminjam wang dari IMF inilah yang membawa kepada penggulingan pentadbiran beliau selama hampir 3 dekad. Dan sekitar tahun 2006-2007 barulah negara ini berhasil membayar hutang IMF dan sekarang mula membangun. Indonesia tertinggal hampir 10 tahun dari Malaysia yang sejak awal lagi sudah berjaya keluar dari krisis ekonomi dan berhasil melaksanakan projek2 pembangunan seperti KLCC,KLIA dan F1 Sepang tatkala negara-negara lain sedang terkial-kial keluar dari pergelutan krisis ekonomi.
9.Apakah mungkin jika Tun.M bersetuju dengan tindakan Anwar meminta bantuan IMF akan membawa kepada penggulingan beliau?Waalahualam.Dalam politik macam2 perkara boleh terjadi dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perkara sebenar.
10.Bacalah blog Presiden Susilo dan anda akan ketahui betapa bertuahnya dapat melepaskan diri dari belenggu IMF.
11.Video ini pula saya tidak ketahui sejauh mana kebenarannya.Jika benar biarlah para pembaca sendiri yang menilai.Klik sini
12. Kesimpulannya mafhum bahawa semua tidak sempurna.Sebab itu janganlah kita menganggap diri kita yang terbaik,parti kita yang terbaik,kita saja yang betul orang lain yang salah.Masing-masing punya kelemahan dan janganlah kita terlalu bongkak mendabik dada bahawa kitalah yang benar dan terbaik. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia selepas Nabi Muhammad saw dan janganlah kerana terlalu menyanjungi sesuatu membuatkan kita buta dan enggan menerima kesalahan. Sama-sama bermuhasabah diri dan perbetulkan langkah supaya kembali kepada matlamat yang benar dan perbezaan yang ada itu jangan dijadikan alasan untuk tidak bersatu menangani masalah rakyat...

Friday, May 29, 2009

TAK BISA MEMILIHMU


1. Kenapa saya menjadi non-partisan? Tidak menyokong terlalu 'taklid' kepada kerajaan mahupun pembangkang?Bukanlah tujuan saya untuk menjadi lalang yang ikut ke mana arah angin tetapi selain untuk menimba pengetahuan sebanyak mungkin dari kedua-dua pihak, saya juga punya alasan peribadi. Justeru ini adalah pandangan dari kacamata saya sahaja dan tidak melambangkan sebarang pihak.
2.''Kalau masuk politik dengan niat untuk menjadi perdana menteri maka akan rosaklah parti dan negara.''
3. Itulah ilmu yang disampaikan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba yang sehingga kini masih segar dalam ingatan saya.Meskipun hanya 'diajar' melalui sebuah majalah tetapi sampai sekarang ia masih bersemadi dalam fikiran.Awalnya saya mempertikaikan kerana sudah tentu tujuan saya menceburi bidang politik kelak sebab nak jadi perdana menteri. Siapa yang nak just masuk dan hanya sekadar masuk sahaja tanpa dapat mengubah apa-apa?Sudah ada dalam naluri saya sejak dahulu lagi untuk menjadi 'the changer' tidak semata-mata menjadi 'the follower'.
4. Kini baru saya mengerti apa yang dimaksudkan oleh allahyarham tun Ghafar.Beliau yang merupakan tokoh veteran politik yang terbaik pernah dimiliki oleh negara dan sepanjang pengetahuan saya tidak ada cerita2 buruk tentang beliau. Bahkan sifat low profile allahyarham sangat2 mengagumkan saya. Barangkali pengalaman beliau sendiri yang satu ketika berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri akhirnya 'menyerah kalah' setelah mendapati beliau telah kehilangan sokongan oleh seluruh bahagian UMNO yang membawa kepada pelantikan Datuk Seri Anwar sebagai TPM. Samada ia melibatkan konspirasi atau politik wang saya tidak mahu menuduh sesiapa.Hanya Tuhan dan allahyarham sahaja yang tahu perkara sebenar. Apapun semoga Tuhan mencucuri rahmat allahyarham amin.
5. Sebenarnya tidak ada salah atau dosa jika masuk politik dan mempunyai tujuan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yang dikhuatiri oleh allahyarham adalah apabila matlamat itu telah mengkontrol diri kita dan menyebabkan kita sanggup langgar agama demi mencapai tujuan tersebut. Yang sebetulnya kita mengawal tujuan itu bukan tujuan itu yang mengawal kita.
6. Dan apa yang dikhuatiri oleh allahyarham benar-benar terjadi. Kita sendiri sudah tahu betapa begitu ramai orang sekarang ini berlumba-lumba untuk dapat itu dan ini dengan harapan mencari platform terbaik menjadi Perdana Menteri. Kononnya nak menjadi Perdana Menteri termuda sampai sanggup buat apa sahaja asal dapat jawatan tu. Ini bukan saya yang cakap ini tokoh veteran UMNO yang cakap yakni Tun Mahathir. Samada niat 'dia' tu betul2 nak jadi PM itu saya xberani nak tuduh apala kang nanti xpasal2 kena saman 100 juta mana saya ada duit(duit biasiswa pun 1500 jek) tapi kalau betul maka jadilah seperti yang Tun Gahafar sebutkan 'akan rosaklah parti dan negara.'
7.Sebab apa rosak?Kalau dah jadi Ketua Pemuda pun pakai rasuah politik kalau dah jadi PM apa yang akan jadi kepada parti dan negara?Bukan maksud saya untuk buat stereotype dan bersangka buruk tetapi inilah satu kemungkinan besar yang akan berlaku jika dia dapat menjadi PM pada masa akan datang. Tidaklah juga saya membenci beliau tetapi saya hanya membenci perbuatan beliau itu sahaja. Kalau betul2 bermaruah dan bekerja untuk parti, maka apabila sudah didapati bersalah kerana rasuah politik wajar dan terhormat untuk tarik diri daripada bertanding.Tapi apa yang UMNO buat?Kasi amaran.Cukup ke dengan hanya kasi amaran?Dia tetap boleh bertanding dan menang.
8.Meskipun tidak dilantik dalam jemaah menteri tetapi rakyat bukan saja menilai kerajaan tetapi menilai parti apa yang memerintah. Saya sampai sekarang sukar mempercayai kenyataan bahawa Ketua Pemuda UMNO adalah seorang perasuah politik.Tidak ada satu statement pun yang keluar dari mulut beliau untuk menafikan dakwaan tersebut ataupun memohon maaf atau sebagainya. Sebaliknya hal tersebut seolah-olah tak pernah terjadi dan semuanya seperti 'baik-baik sahaja'. Adapun orang UMNO yang kecewa(seperti saudara Azli Shukri) tetapi nampaknya kepimpinan UMNO lebih kepada sikap 'lama-lama nanti orang akan lupa'. Ya, berdoalah moga2 rakyat mempunyai daya ingatan yang kurang dari 3-5 tahun.
9. Bukan UMNO itu yang teruk tetapi orang di dalamnya yang teruk. Biarpun mendapat kelulusan luar negara dari universiti terbaik di dunia tetapi rakyat tidak memandang semua itu jika akhlaknya buruk,perangainya buruk dan sifatnya yang buruk. Buat apa belajar tinggi2 tapi akhirnya jadi hamba duit dan jawatan. Sekarang ni pun ada sumber berita yang saya peroleh dari blog Datuk A.Kadir Jasin bahawa seorang lembaga pengarah Petronas akan dilantik dan dipercayai orang tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO sekarang. Betul atau tidak waalahualam.
10. UMNO akan terus menanggung dia sebagai beban dan sasaran parti pembangkang. Lepas ni kerajaan atau sewaktu Perhimpunan Agong dah tak boleh cakap fokus untuk memerangi rasuah sebab rakyat akan menajwab dengan simple dan sinis ''Yang Ketua Pemuda awak tu pun perasuah.'' Dan pasti UMNO tidak ada jawapan untuk membalas kenyataan tersebut sebaliknya terpaksa menelan bulat-bulat setiap perkataan tersebut. Meskipun barisan jemaah tertinggi UMNO yang lain dilihat bagus atau baik tetapi dia akan tetap menjadi bebanan dan liabiliti untuk rakyat memangkah parti lawan.
11. Bawa dia berkempen di Manik Urai silap2 UMNO akan kalah besar.Lebih besar dari tahun lepas dan jangan terkejut kalau PRU yang akan datang UMNO tidak memerintah lagi sebab pihak lawan bisa sahaja menyebut 'Kalau undi UMNO bererti anda merelakan seorang perasuah untuk terus berkuasa dan membuka laluan untuk dia jadi PM pada masa depan.' Apa UMNO nak jawab?Setakat ini muktamar PAS tidak lagi keluar nama-nama yang bertanding itu terlibat dengan rasuah. Bukan berat sebelah tetapi itulah kenyatan. Hakikat yang mesti diterima semua orang.
12. Tidak mustahil senario 1993 boleh berlaku semula dalam UMNO. Kalau tiada penyelarasan dalam menghukum perasuah politik dalam parti maka jangan mimpi untuk memerintah lebih lama dan jangan harap rakyat akan dengar bila kerajaan melaung-laungkan kempen anti-rasuah.
13. Para pembaca pasti tahu siapa 'dia' ni. Saya tidak mahu mengotorkan blog saya dengan menulis namanya di sini jauh sekali meletakkan link blognya di sini kerana saya sudah bertekad bahawa saya lebih rela dibuang negeri daripada ditadbir oleh beliau dan juga seorang lagi ahli politik.
14.Siapakah ahli politik tersebut yang saya maksudkan?Insyallah saya akan beritahu pada entri yang akan datang dan dialah juga yang menjadi sebab kenapa saya 'keluar' UMNO tetapi remain as non-partisan dan tidak berpihak kepada pembangkang....
Kalau niat masuk politik nak jadi Perdana Menteri akan rosaklah parti dan negara-Tun Ghaffar Baba.

Wednesday, May 27, 2009

HIKMAT SELIPAR


1. Kisah ini berlaku pada 25 Mei 2009 bertempat di kompleks membeli-belah Jusco Tebrau kira-kira jam 9 malam.
2.Awalnya ayah bercadang nak makan ABC Kampung Melayu so aku pun ambil keputusan untuk memakai selipar sahaja *bukan selipar di atas.Selipar aku lagi chantek. Ibu dah mula desak suruh pakai kasut sebab dah smart2 pakai t-shirt dan seluar jeans. Tapi itulah aku lebih suka pakai t-shirt, jeans dan sandal atau selipar. Yela makan ABC je pun takkan nak pakai macam nak shopping.
3. Pastu dah sampai kat Kampung Melayu ada pasar malam. Jatuh ditimpa tangga, kedai ABC tu pun tutup jugak so ayah buat keputusan untuk pergi Jusco. Aduih! Aku dah tunduk merenung selipar aku yang bakal menonjolkan dirinya di sebuah kompleks membeli-belah yang terbesar di Asia Tenggara ni. Ye ibu menang. Tapi aku dengan penuh rasa terhormat keluar dari kereta dengan selipar hitam masuk ke dalam Jusco.
4. Segan tu segan la jugak tengok pulak ramai pompuan2 lalu-lalang tapi aku buat dunno jela. Ini kalau jumpa membe2 sekolah dulu ni mau lari aku masuk dalam tandas haha. Tapi dah dekat 15 minit camtu aku pun dah lali la kan releks je jalan dan kalau ada kedai kasut aku akan singgah seolah-olah macam nak beli kasut baru untuk menangkis tanggapan negatif bahawa aku takde kasut sampai kena pakai selipar pergi Jusco.
5. Tiba masa untuk makan. Kami memutuskan untuk pergi ke KFC. Ayah macam biasa kasi duit untuk pergi order. Aku pun orderlah. Dan hasilnya sangat mengagumkan.
6. DUA SET SNACK PLATE+1 EXTRA PEPSI+I CHEESY WEDGES=RM 15.25
7.Aku merenung banyak kali kat skrin mesin cas tu dan melihat muka akak cashier tu dengan perasaan yang sangat hairan. Samada KFC tengah buat promosi ataupun akak tu dah lama x belajar math(macam aku). Aku pun sampai ke meja dan tersenyum sambil memberitahu ayah perkara ni. Dia pun terkejut dan minta tengok resit tapi aku cakap resit xde akak tu x kasi. Dah rezeki nak wat camne makan jela, tambah aku lagi.
8. Apakah sebab promosi?Atau kesilapan akak itu kerana terkesima melihat wajah aku yang xsempat nak bedak sebelum keluar tadi atau....hikmat selipar yang aku pakai buat kali pertama ketika berjalan di shopping complex?
I wonder...

Tuesday, May 26, 2009

HARGA DIRI BERNILAI RM150 SEJAM


1. Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya ada yang berfikiran bahawa entri kali ini bersifat chauvinis dan merendahkan martabat wanita justeru saya menulis blog ini kerana keprihatinan terhadap maruah dan kehormatan golongan hawa yang berada di Malaysia. Semua angka dan fakta yang terdapat dalam entri kali ini saya ambil dari nst online dan saya mengumpulkan fakta2 tersebut untuk dianalisis dan diorganisasi supaya lebih mudah faham.
2. Jika fakta-faktanya betul maka kita sedang menghadapi satu fenomena genting sekarang dan ini seolah-olah mendesak agar institusi pelacuran di Malaysia perlu dilegitimasi seperti yang diamalkan oleh beberapa negara barat di dunia ini.
3.Kita sering terfikir kenapa ada wanita yang sanggup 'menceburi' bidang ini?Apa dah takde keja lain ke kat Malaysia? Kalau kita lihat dan analisis sesungguhnya pekerjaan ini langsung tidak memerlukan latarbelakang akademik atau kelayakan bahkan boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan. Seorang pelacur sekurang-kurangnya bisa mendapatkan 8 pelanggan dengan servis bernilai RM150 sejam dan satu hari bisa menjana RM1,200 sehari atau kira-kira RM36000 sebulan. Dah tu pendapatan ini bebas dari cukai pendapatan.
4. Dianggarkan lebih 150,000 GRO di negara ini(saya lebih suka mengguna perkataan GRO daripada pelacur) dan 10,000 dianggarkan berada di sekitar lembah Klang. Justeru mari kita analisis pula lebih terperinci tentang masalah yang semakin serius ini dengan membahagikannya kepada beberapa isu.
5. ISU PERTAMA:GRO ini terdiri daripada dua: tempatan dan warga asing. Dalam kategori tempatan biasanya mereka ini ditipu oleh teman lelaki dan dipaksa atau terdesak untuk menggunakan wang. Sementara dalam kategori warga asing pula kebanyakan mereka datang dari negara China dan negara-negara Asia Tenggara dengan menggunakan visa pelancong. Melalui Asean Travel Agreement kemasukan mereka lebih senang dan tidak dicurigai oleh pihak imigresen.
6. ISU KEDUA: Kaiko atau bapa ayam merupakan golongan yang paling penting dalam menguruskan GRO dan pelanggannya. Merekalah yang membuat deal, menghantar dan memastikan urusan perniagaan mereka selamat dan terjamin. Di samping itu operasi mereka juga sudah melebarkan sayap menerusi website-website di internet dan kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada golongan professional dan VIP.Mereka juga bukan sahaja menyediakan GRO dari rantau Asia Tenggara tetapi juga memiliki apa yang dinamakan 'exotic stock' dari Russia,Jepun dan Korea yang datang dua tahun sekali atas nama visa pelancong.
7.ISU KETIGA: Industri seks ini kebanyakannya berselindung atas nama kedai atau pusat mengurut badan. Selain memperoleh RM36,000 sebulan GRO juga boleh mendapatkan side-income sejumlah RM9,000 melalui kerja-kerja 'mengurut dan ringan2'. Ternyata dengan menggunakan nama mengurut kegiatan pelacuran semakin menjebak dan memusnahkan moraliti masyarakat.
8. Apakah negara mendaoat keuntungan dari kegiatan ini?Tidak. Kebanyakan GRO warga asing menjual harga diri mereka untuk mendapatkan wang dan bila dah cukup mereka akan pulang ke negara asal untuk memulakan perniagaan.
9. Kalau dalam rancangan 999 kita biasa lihat GRO-GRO ditangkap dan ditahan polis tetapi tidak pula kita lihat Kaiko(bapa ayam) ini ditahan. Ibarat nak membuang sebatang pokok hanya daunnya sahaja dibuang tapi akar dan batangnya masih ada. Jadi kalau setakat menangkap GRO sahaja itu belum cukup untuk menangani masalah ini.
10. Apakah satu hari nanti kerajaan dipaksa untuk menghalalkan industri ini?Saya tidak terfikir begitu dan ramai yang akan menentang jika ia dilakukan. Tetapi dengan berleluasanya kegiatan ini sehingga ada 10,000 GRO di Lembah Klang ini menunjukkan seolah-olah kegiatan sudah pun dilegitimasikan tanpa perlu melalui draf bil yang perlu dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. Apakah kita perlu menutup mata dan membiarkan saja perkara ini terus berlaku?Apakah kita mahu negara Malaysia yang terkenal di persada dunia sebagai negara yang lantang mempertahankan hak dan keadilan negara Islam dan pengisytiharaan Kuala Lumpur sebagai kota kebudayaan Islam ini dicemari dengan industri pelacuran?
11. Saya hanya bersolusi bahawa jika mahu membanteras perkara ini jangan saja mencekup GRO sahaja tapi banteras sekali Kaikonya dan klien-klien mereka barulah lebih menyeluruh dan efisien.
Barangkali saudara dan saudari pembaca blog ini mempunyai cadangan dan solusi lain untuk menyelamatkan harga diri dan martabat wanita di negara ini?
Pelumba haram dari Mat Rempit dah bertukar menjadi samseng jalanan kalau golongan yang ini pulak nak tukar nama apa ek?

Monday, May 25, 2009

FANTASIA CUTI SEMESTER

1. Setelah seminggu berada di rumah mak saudara(Cik Gai) maka petang tadi aku pulang semula ke rumah besar Johor Bahru(rumah besar ini merujuk kepada rumah arwah atuk yang menjadi tempat berkumpul adik-beradik belah ibu) dan berjumpa semula dengan parents.

2. Tujuan tinggal di rumah Cik Gai tidak lain dan tidak bukan adalah 'berlindung' selama ibu dan ayah pergi outstation. It is a normal thing in military when only spouse will go on 'vacation' not along with the children. I wonder.

3. Seminggu yang berharga dan aku kutip banyak pengalaman berharga selama duduk di rumah cik Gai. Sekurang-kurangnya ada tiga perkara penting yang aku dapat sepanjang seminggu berada di sana.

4. Pertama: dah terbukti yang aku sangat sabar dan boleh layan budak-budak kecil yang sedang meningkat dewasa. Cik Gai menjaga dua cucunya dari pagi sampai petang so aku pun secara tidak langsung menjaga cucunya itu(Madiha dan Lutfi) dengan sepupu aku, Kak Nora. Well patience is there dan seronok giler layan karenah budak kecik meskipun at one time kita ingat budak ni cam mengade atau manja dan tak reti duduk diam. Namanya juga anak-anak,lebih baik aktif daripada duduk diam kaku. Dan nampak gaya aku kena ada isteri yang tegas dan garang sikit bila jaga budak-budak sebab kalau dapat dengan aku memang aku xreti nak marah budak-budak kecik ni. Ikut je apa diaorang nak(in other words manjakan sangat). I need someone that can balance this otherwise my child will become spoil brat.

5.Kedua: Meskipun sudah pencen daripada pasukan Kastam Diraja tapi pakcik aku Cik Noh masih kuat bekerja meskipun usia sudah mencecah 60 tahun. Kerja sambilan sebagai pemandu teksi di sekitar skudai dan Johor Bahru sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kebosanan duduk di rumah. Yela orang dah biasa kerja mana boleh duduk rumah lama-lama. Dari dia juga aku banyak tahu dunia teksi dan masalah-masalah yang mereka hadapi. Contohnya tambang teksi yang dah dekat 10 tahun tak berubah. Tambang pun kena relevan jugak ikut keadaan semasa kalau sama sejak 10 tahun mana nak cukup makan apa sume. Dengan pendapatan untuk bayar kepada majikan, isi minyak, servis teksi apa suma memang tak banyak yang diperoleh sebagai pemandu teksi.Barulah aku mengerti keperitan yang dihadapi oleh golongan 'paling tahu tentang kehidupan manusia'(sebab mereka ni paling kerap berjumpa dengan beragam manusia) dan mula terfikir sudah tiba masanya untuk kerajaan mendekati golongan ini dan tanyakan permasalahan mereka. Jangan dengar orang atas cakap, biasa kalau orang atas cakap depa tak tahu sangat dan paling ramai yang kuat mengampu so cara terbaik down to earth dan jumpa sendiri golongan teksi ni untuk bertanyakan masalah dan kebajikan mereka.

6. Ketiga: Berjaya menemukan semula sentuhan yang telah hilang selama satu semester. Apa dia? Jawapan: Lolipop. Ya semasa semester dua aku dah jarang makan lolipop atau benda-benda manis untuk membantu aku studi berbeza dengan semester satu aku paling kerap makan benda manis dan feveret aku adalah air soya bercampur dengan gummy sweets(macam makan koko crunch, air soyanya menjadi kuah) dan memang sangat2 membantu untuk membuat aku bertenaga dan otak aku bekerja. Patutlah terasa semester dua ni cam lembab sikit je otak aku so next sem aku akan make sure makanan sekunder aku selepas nasi adalah gula-gula. Sesiapa yang nak ikut petua ni boleh tapi dengan syarat: gosok gigi satu hari sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Selama seminggu ini juga aku berkesempatan untuk melawat Rompin sewaktu Cik Gai menziarahi anak pertamanya(Abang Shah) yang juga sudah berkeluarga dan bekerja di Pulau Tioman. Dari perbualan Abang Shah aku mula membayangkan untuk buat vacation ke pulau tersebut. Ala mesti dapat diskaun punya abang shah kan ade hohoho. Maybe cuti next semester sementara nak masuk BLS tapi kena start kumpul duit dari sekarangla sebab satu lagi vacation yang aku dah rancang untuk pergi cuti next sem adalah Padang, Indonesia( tu pun kalau moyang aku sihat dan nak balik ke sana sebab dia pun dah lama tak balik Indonesia). So aku dah buat dasar baru untuk semester 3: No more outing! At least boleh berjimat sikit dan simpan duit untuk vacation cuti next sem.

Asyik vacation kat penang je bosan gak.Paling2 pun melepak kat Gurney dengan Queensbay sampai laut kat situ pun dah kenal muka aku!

Saturday, May 23, 2009

JANGAN TANGKAP UNTUK MUAT



*gambar sekadar hiasan

1. Kes jenayah di Selangor menyaksikan hampir separuh daripadanya melibatkan golongan remaja. Terkejut?

2. Saya bukan mahu untuk membentangkan faktor2 dan berbasa-basi dalam perkara ini kerana kita tahu kalau ada jenayah pasti ada mangsa dan mangsa itu mungkin cedera atau mati akibat perbuatan jenayah tersebut.

3. Yang paling membimbangkan, separuh dari kes jenayah tersbeut boleh dikategorikan bawah kes juvana. Itu baru kat Selangor kalau ditambah dengan negeri-negeri bagaimana?Tak ke bahaya kalau ramai remaja di Malaysia ni yang terlibat dengan jenayah?

4. Ok now let's focus to work. Kita tahu golongan sasaran adalah para remaja dan rata-rata mereka ini masih di bawah tanggungan ibu bapa dan bersekolah. Justeru saya mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa NGO untuk menangani masalah ini. Jawatankuasa ini saiznya tak perlu besar; cukup ada beberapa orang yang terdiri daripada polis,orang awam,guru disiplin dan ibu-bapa. Kalau boleh setiap satu negeri ada satu jawatankuasa ini.

5. Bila dah ditubuhkan ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes juvana ini:
  • Cari tahu kes juvana apa yang sering dilakukan oleh remaja contoh curi motor,curi kereta, bergaduh,merompak dll.
  • Senaraikan nama-nama remaja yang terlibat dengan juvana dan jumpa dengan ibu bapa mereka untuk beritahu hal ini.
  • Jawatankuasa ini juga perlu pergi ke sekolah dan memaklumkan salahlaku pelajar mereka di luar sekolah. Pihak sekolah patut tahu perkembangan pelajar2 mereka di luar perkarangan sekolah supaya kes juvana ini tidak masuk ke dalam sekolah.
  • Berjumpa dengan pelajar tersebut dan adakan sesi 'bertemu hati'(istilah kaunseling sering mendapat tanggapan negatif). Kita kena cari tahu apa yang menyebabkan pelajar ini bertindak liar dan sanggup melakukan juvana. Jangan menghukum tetapi beri dorongan dan panduan untuk mereka berubah.
  • Remaja-remaja yang tegar sahaja baru dihukum dengan hukuman tegas.
  • Remaja yang terlibat dengan juvana ini akan dipantau pada masa depan supaya mereka tidak terabai dan ada tempat untuk berbincang dan berdiskusi

6. Jawatankuasa khas ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis untuk menangani masalah jenayah di negeri tersebut dan ahli-ahlinya wajib turun padang untuk meninjau remaja-remaja yang terlibat dengan kes juvana, pergi ke sekolah dan rumah ibu bapa pelajar tersebut dan kaji suasana persekitaran remaja kerana kebanyakan remaja juvana ini terlibat dengan kumpulan bersama mereka yang sudah tamat persekolahan.

7. Hasil kerja dan pemantauan jawatankuasa ini akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan cuma remaja juvana yang berkategori 'tegar' sahaja yang perlu mendapatkan khidmat polis. Mana remaja yang mild dan boleh diubah maka mereka akan terus berada di bawah pemantauan dan program jawatankuasa tersebut.

8.Mungkin apabila jawatankuasa ini semakin berkembang dan mendapat sokongan dana maka jawatankuasa ini dapat membina tempat untuk remaja-remaja juvana. Kita mafhum ada remaja yang memang tidak minat ke sekolah dan salah satu cara mereka memberontak adalah dengan melakukan jenayah. Jadi tempat pemulihan jawatankuasa ini akan kembali membentuk semula peribadi rohaniah pelajar tersebut dan libatkan mereka dengan aktiviti bersukan seperti bola, ragbi dan sebagainya. Kalau yang minat bahagian pertukangan atau mekanik maka sediakan bengkel untuk mereka berlatih. Yang minat berniaga beri latihan perniagaan dan bantu mereka untuk berniaga kecil-kecilan.

9. Saya yakin dan percaya remaja juvana ini bukannya manusia yang tidak berguna dan tidak berhasil tetapi mereka juga mempunyai bakat dan kemahiran sendiri cuma tidak tahu menyalurkannya ke jalan yang betul. Jadi dengan adanya jawatankuasa ini dapat memahami dan memenuhi kehendak mereka untuk terus hidup di dalam masyarakat dan mampu menggunakan kemahiran mereka untuk hidup meskipun tiada latarbelakang pendidikan.

10. Perhaps jawatankuasa ini sebagai satu alternatif daripada terus menangkap dan memuatkan mereka ke dalam sekolah henry gurney dan sekolah pemulihan akhlak yang lain. Jangan mereka ini dipandang negatif tetapi lihat mereka dengan kacamata yang positif. Kita kena terima hakikat tidak semua yang suka dengan belajar, buku teks, jadual waktu dan sebagainya jadi golongan jenis ini kita bentuk mereka dengan kaedah yang sesuai dengan jiwa dan hati mereka.

11. Nama sesuai untuk jawatankuasa ini?Youth community barangkali?

12.Negara lain sudah mempraktikkan perkara ini. Contoh filem Gridiron Gang yang diadaptasi dari cerita sebenar.

*tengah bergulit dengan masalah sosial pun masih sibuk dengan isu politik.Tipikal Malaysian!

Friday, May 22, 2009

TANGAN BOLEH DIGARI TAPI OTAK?



1. Komentar untuk keputusan mahkamah rayuan hari ini?Oh tidak bahkan saya sudah memberitahu dalam entri yang lepas bahawa saya tidak akan memberi sebarang komentar lanjut tentang kes Perak ini. Cuma saya sekadar ingin mengingatkan semua pihak bahawa isu ini hanya akan tamat kalau mengikut undang-undang adalah selepas keputusan mahkamah Persekutuan kelak(yang mana akan terjadi setelah Ir.Nizar mengemukakan rayuan ke mahkamah tertinggi ini). Jadi kesnya masih belum selesai.

2.Saya berpegang pada prinsip ''kalau menang jangan terlalu angkuh,mengejek pihak lawan dan mengatakan kita saja yang benar'' sebab hati dan perasaan lawan juga perlu dijaga.Kalau kalah pula kita kembali susun strategi untuk membuat serangan semula.

3. Sebelum itu saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan masyarakat DUN Manik Urai berikutan pemergian wakil rakyat Paksu Mail atau Ismail Yaakob menghadap Tuhan.Semoga Tuhan merahmati rohnya.Amin.

4.Saya lebih berminat tentang kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin berkenaan status mahasiswa yang sepatutnya menjadi non-partisan. Beliau memberitahu dalam akhbar nasional beberapa hari yang lepas bahawa siswa tidak perlu menjadi anti-kerajaan dan terlibat dengan pergerakan pembangkang sebaliknya harus menjadi non-partisan.

5.Non-partisan juga bererti siswa tidak boleh menjadi pro-kerajaan dan terlibat dengan kempen politik kerajaan betul?

6.Non-Partisan membawa erti siswa tidak perlu berkecimpung dalam soal politik sebaliknya menerima pandangan kerajaan dan pembangkang secara seimbang.Neutral. Lebih kepada penyelesaian masalah dan berfikiran kritis serta bersedia menerima sebarang pandangan baik datang dari kerajaan mahupun pihak lawan.

7. Ini menjadikan siswa bukanlah seperti 'taklid buta' yang ikut saja apa politik cakap. Juga bererti siswa bukanlah membetulkan yang salah dan menyalahkan yang betul. Apa jua yang baik mesti diterima tak kira dari UMNO ke Pas ke atau parti-parti lain.Kalau ia memberi manfaat kepada masyarakat kenapa tidak kita terima dan implementasikan idea itu?

8. Tapi saya terfikir juga bagaimana siswa yang dah cukup umur untuk mengundi hendak mengundi. Yala kalau tak dibenarkan berpolitik bagaimana nak buat keputusan?Boleh bergantung kepada media tetapi sejauh mana kebenaran media2 yang diterima?

9. Saya berpendapat bahawa mungkin AUKU boleh dipinda untuk memberi ruang kepada siswa dan siswi untuk menyertai mana-mana parti politik dan bebas memegang jawatan dalam parti tersebut kerana ini dapat mengasah bakat kepimpinan siswa dan sekaligus memberikan ruang kepada siswa untuk fokus dan tahu arah laluan politik mereka tapi bukan untuk menjadi calon bertanding.

10.Siswa yang ada dalam parti politik ini juga boleh menjadi suara dan pendapat dari aliran generasi muda kepada parti tersebut.Bahkan keuntungan juga diperoleh dari parti politik ini kerana mereka akan mempunyai pelapis dari golongan muda yang intelektual dan berprofesional.

11.Bukan untuk menggalakkan siswa untuk berpolitiking tetapi tindakan menghalang akan sekadar menaikkan kadar 'menyusup dari pintu belakang'. Meskipun tangan digari tetapi minda siswa tidak boleh digari. Itulah hakikatnya. Kekerasan tidak akan mendatangkan kebaikan.

12. Mungkin pada peringkat awal adalah baik untuk siswa dan siswi berkecimpung dan menyertai anggota dalam NGO tetapi pada masa akan datang saya berharap siswa sudah dibenarkan menyertai pertubuhan politik dan menjadi 'think-tanker' untuk parti masing-masing.

13. Kalau berpolitiking terus nanti buang masa. Macamana tu?

14. Senang. Main game kat kampu pun sampai lupa belajar buang masa jugak. So kalau tak pandai balance masa antara studi,sukan,politik dan hiburan maka jawapannya: result teruk dan buang dari universiti. Habis cerita. Buat apa susah-susah fikir. Siapa yang ambil risikonya kenalah berani terima akibatnya betul tak? Kalau dah sibuk sangat berpolitik sampai xdak masa nak studi keluar jela dari universiti dan pergi berpolitik 24 jam. Rakyat pun dah bijak nak pilih parti yang banyak siswa 'tak habis belajar' atau 'pointer rendah' dengan parti yang siswanya 'cukup belajar' dan 'pointer first-class'. Rakyat bukan bodoh dan sudah pandai membuat penialain.
partisan?saya lebih cenderung untuk memilih non-partisan selagi saya memegang status mahasiswa.Tidak terikat dengan sebarang ideologi 'totok'!


Thursday, May 21, 2009

REPUTASI BELUM MENJADI BISU!


1. Banyak entri blog hari ini berkisar tentang keputusan exam yang baru keluar pagi tadi. Aku sendiri pun tak tahu benda ni dan tak ambil peduli pun bila nak keluar sebab tumpuan difokuskan untuk kemasukan elaun bukannya exam.

2.Sebelum pergi lebih jauh ucapan tahniah kepada semua yang berjaya meningkatkan prestasi masing-masing dalam peperiksaan kali ini. Semester ini nampaknya memperlihatkan penguasaan kaum wanita dalam anugerah dekan. Tahniah sekali lagi.

3. Semester ini seperti yang dijangka mencatatkan sedikit penurunan pointer iaitu sebanyak 0.13. Tetapi itu adalah satu keputusan yang sangat memuaskan hati sebab aku sendiri tak target akan dapat keputusan macam tu sebab jangkaan awal memang subjej critical thinking tu dah memang 'harapan tinggal harapan'(macam lirik lagu pulak). Tapi syukur cuma subjek library je yang terpelecok sikit.

4. Meskipun ramai yang x score subjek ni tapi still ade je yang dapat A dan mendapat 4 flat. Konspirasi?Oh tidak mungkin assignment dan markah diaorang lagi tinggi tapi pada pendapat aku semua pre-lawrians yang dah mengambil exam ini dan lulus patut diberi penghargaan. Ya penghargaan kerana sekurang-kurangnya telah berani untuk menjawab berhabis-habisan meskipun kita belajar kalau betul-betul x cukup satu sem(al-maklum lecturer bersalin). Satu kuliah perlu belajar 7 bab dan assignment serta second test pun buat cincai-cincai je(inilah kesalahan aku sebenarnya). Tapi satu pujian perlu diberikan kepada anda semua. Tahniah.

5. Malu dengan keputusan ini?Terhina?Tercabar?Inferior?

6. Sejak semester lepas sekalipun aku dah tetapkan dalam hati 'A atau 4 flat itu tak penting sebab yang penting adalah aku nak tamatkan asasi ni'. Itulah pegangan aku sejak sem lepas dan untuk pengetahuan langsung aku x target specific pointer untuk setiap sem.Semua aku letak 4 untuk mencabar diri sendiri yang aku pun boleh dapat pointer camtu. Tu pasal bila sem lepas dah dapat 4 flat aku takdela meriah2 sangat(sampai dekat sebulan pun orang tak tahu lagi result aku bape hehe). So bila semester kedua ni dapat berapa pun aku still bersyukur sebab bukanlah tujuan utama itu untuk dapatkan all A dan 4 flat tapi tujuan utama aku adalah untuk dapatkan ilmu undang-undang sebanyak yang mungkin , tamatkan asasi dan yang penting survive dalam dunia yang sangat tidak terfikir dalam otak aku untuk mempelajarinya.

7. Semua yang terjadi adalah takdir Tuhan. Jadi kenapa perlu berkeluh-kesah dan kecewa?Usaha kita, ilmu yang ada itu semua milik Tuhan jadi kenapa perlu kita kecewa dengan apa yang kita miliki?Bukankah kita ini hambaNya dan Tuhan itu tidak pernah sesekali mengecewakan kita. Maka santailah menjalani kehidupan ini dan tetap redha serta syukur atas setiap pemberian Tuhan.Mungkin tidak nampak sekarang kesannya tapi insyallah di masa hadapan pasti ada hikmah yang tersembunyi.

8. Apapun setiap kali selepas result keluar aku mesti buat introspeksi diri(muhasabah diri) sebab kita perlu menilai dan mengkaji semula kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dan berusaha untuk mengelakkannya daripada berulang lagi. Secara peribadi memang banyak 'dosa-dosa' yang telah aku lakukan sepanjang semester dua dan mungkin salah satunya adalah memandang rendah akan semester dua ni ataupun mengambil mudah. yela ramai senior2 cakap sem 2 senang so kita pun 'ala rilek sudeyh'. Itu baru satu dosa. Ada lagi langkah-langkah yang salah perlu dilihat balik.

9. Apapun janganlah keputusan yang ada ini mematikan semangat untuk terus berjuang. Mungkin inilah salah satu kelebihan yang Tuhan berikan pada aku bilamana aku 'tewas' dan 'kalah' cepat-cepat aku akan duduk dan kaji semula sebab-sebab kekalahan dan kembali berusaha untuk berjuang balik. Masih segar dalam ingatan aku bagaimana semangat ini memang dah wujud sejak sekolah rendah lagi bila result BI aku untuk mid-term dapat B. Terus balik rumah ambil buku-buku Bahasa Inggeris dan belajar balik. Itu yang penting.Memenangi peperangan itu lagi penting daripada memenangi pertempuran.

10. Masih jauh lagi perjalanan. Yang berjaya teruskan usaha untuk tetap maintain, yang kurang berhasil kena mula check kesalahan-kesalahan lalu dan perbaiki usaha pada masa akan datang. Yang paling penting hati ini perlu sentiasa tenang, redha dan bersyukur.Barulah Tuhan akan memberikan ketenangan hati yang hakiki dan kita pun menjadi hamba-Nya yang sentiasa tenang menghadapi apa pun situasi hidup yang mendatang!

Kalau UiTM ada 'mahkamah rayuan' untuk check balik result pun aku tak nak buat. Rileks sudeyh. Fokus untuk next semester. Ada lagi another semester untuk perform!

Tuesday, May 19, 2009

SAKTI MIC DICABAR MAKKAL SAKTI

1. Serpihan anggota Hindraf telah menubuhkan parti politik baru dengan nama Makkal Sakti dan sasaran parti ini adalah mendapatkan sokongan kaum India di negara ini.Dijangka lebih ratusan ribu akan menjadi ahli mereka dalam masa yang terdekat.
2. Awalnya terkejut juga dengan penubuhan parti baru ni meskipun perkataan Makkal Sakti tu dah banyak kali saya lihat dan dengar. Apa yang buat 'shock' adalah anggota Hindraf yang dahulunya melakukan demonstarsi jalanan, mengancam keselamatan negara dan menimbulkan kekecohan dengan menyalahkan kerajaan atas dakwaan yang sangat 'pelik' sehingga melibatkan kerajaan Britain dan India sekitar tahun lepas kini telah mendapat lesen baru menubuhkan sebuah parti politik.
3.Tapi itu cerita dahulu kerana sekarang pergerakan mereka telah halal dan sah di sisi undang-undang. Parti Makkal Sakti juga sudah menyatakan pendirian untuk tidak melakukan demonstrasi jalanan lagi sebaliknya akan menggunakan perbincangan dalam isu-isu berbangkit.
4. Baguslah kalau dah insaf tak perlulah berlaku kekecohan lagi sampai memalukan negara di mata negara asing. Kalau nak tuntut apa-apa pun biarlah berhemah dan menggunakan jalan yang betul dan tak perlulah isu-isu berbangkit itu berkisar tentang masalah yang dah masuk dalam buku sejarah. Lebih baik isu-isu berbangkit itu berkisar tentang masalah kebajikan masyarakat India dan tumpuan pembangunan untuk masyarakat ini pada masa akan datang.
5. MIC pada yang sama telah menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal untuk memulakan perniagaan. Saya sangat mengalu-alukan inisiatif ini kerana golongan ini(ibu tunggal) paling layak untuk mendapat perhatian kerajaan kerana mereka bukan sahaja kehilangan tempat bergantung tetapi juga perlu menyara anak-anak yang bersekolah. Justeru inisiatif ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kemiskinan, menjana ekonomi industri kecil di samping menggalakkan perniagaan di kalangan masyarakat India. Latihan dan pemantauan yang selanjutnya harus diberikan supaya mereka tidak terabai dan usaha ini hanya sekerat jalan sahaja.
6. Saya berpendapat usaha ini sudah patut dicontohi pergerakan UMNO untuk membantu ibu-ibu tunggal Melayu melalui pergerakan sayap Wanita mereka. Apatah lagi sekarang ketua Wanita UMNO adalah Menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat justeru ini adalah satu peluang yang baik untuk kita membantu dan meningkatkan ekonomi di kalangan orang Melayu. Sekurang-kurangnya golongan ibu tunggal ini dapat menjana industri ringan dan makanan di negara dan tidak mustahil perniagaan mereka ini boleh dibawa ke luar negara jika mendapat bimbingan, modal yang berterusan serta bantuan agensi bumiputera seperti MARA.
7. Datuk S.Samy Vellu telah bertindak awal dengan melaksanakan inisiatif ini. Barangkali ini satu langkah amaran kepada Makkal Sakti bahawa bukan mudah mereka akan dapat pengaruhi kaum India yang selama ini memberi kepercayaan kepada parti komponen BN tersebut.
8.Kehadiran parti baru ini pasti akan menggerakkan sistem imun MIC untuk segera bertindak dan bersaing!
*Masih menunggu inisiatif Pemuda UMNO menangani masalah belia terlibat dengan lumba haram. Mungkin sedang mengumpulkan nama-nama pelumba haram untuk diberikan wang supaya tidak berlumba lagi.Mungkin.

Monday, May 18, 2009

KENAPA TIDAK?

1. Apa akan jadi sekiranya pengajar memandu anda tidak melakukan sebarang ujian, test dan latihan kepada anda di jalanraya yang sebenar sebelum anda diuji oleh pegawai JPJ? Kalau anda berjaya lulus maka tahniah!itu adalah salah satu keajaiban dalam dunia.

2. Beberapa minggu yang lalu saudara Manoharan dibebaskan dari ISA setelah parlimen Kota Alam bakal berdepan dengan pilihanraya jika beliau masih di dalam tahanan. Selain dari itu, BN juga membuat keputusan untuk menolak pembubaran DUN dan mengemukakan rayuan supaya keputusan mahkamah tinggi berkenaan kes Ir.Nizar dihalang. Hari ini satu lagi keputusan diambil oleh BN untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti kelak.

3. Alasan yang diberi agak panjang tetapi bolehlah saya bahagikan kepada tiga: pengosongan kawasan ini tidak mengikut perlembagaan, taktik pembangkang dan BN mahu fokus untuk isu-isu negara.

4. Para pembaca sekarang pasti ingat tentang kenyataan saya supaya BN tidak perlu bertanding dalam PRK Penanti kelak atas alasan pembaziran duit dan taktik pembangkang untuk menghilangkan fokus DS Najib daripada meneruskan kerja mengatasi masalah utama seperti kegawatan ekonomi.

5. Melihat situasi yang semakin rumit apabila rakyat mula mempercayai bahawa BN takut kalah lagi dengan menolak pembubaran DUN Perak ditambah dengan masalah dalaman parti pembangkang sendiri di Penanti, saya mula berpendapat bahawa kerajaan perlu bertanding di Penanti dengan satu alasan sahaja: KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA BN.

6. Saya tidak tahu samada pengosongan kawasan Penanti ini tidak selari dengan perlembagaan kerana saya masih di peringkat asasi undang-undang(mungkin perlu tunggu lagi 5 tahun untuk saya menjelaskan perkara ini setelah bekerja di AG Chamber dalam Drafting Chamber). Berkenaan dengan alasan kedua, saya juga ini taktik pembangkang untuk menaikkan self-esteem dan confident mereka bahawa mereka masih menerima sokongan rakyat jika menang dalam PRK itu nanti.

7. Meskipun saya sendiri tidak yakin BN akan menang di Penanti tetapi taktik pembangkang ini juga boleh membawa padah kepada mereka sendiri; jika menang sekalipun mungkin berdepan dengan pengurangan undi majoriti apatah lagi masalah dalaman yang saya maksudkan sebentar tadi adalah pendirian PAS Pulau Pinang yang masih tidak berpuashati dengan calon PKR dan juga isu berkaitan peletakan jawatan Fairus. Bukan untuk melagakan PAS dan PKR tetapi inilah hakikat sebenar yang terjadi dan semua yang membaca akhbar pasti tahu akan hal ini. Samada ia sudah selesai atau tidak saya serahkan pada Tuhan yang Maha Mengetahui.

8.Niat BN untuk meneruskan tumpuan kepada agenda utama negara sangat saya hargai apatah lagi negara dan dunia amnya sedang berdepan dengan isu krisis ekonomi dan virus selsema babi. Tetapi benarkah tumpuan itu? Apakah langkah-langkah dan program yang telah dirancang dan bakal dijalankan oleh BN untuk memenangi semula hati dan fikiran rakyat?Apakah media-media sekarang ini memberikan tumpuan kepada perkembangan ekonomi Malaysia, apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini ditonjolkan oleh media-media lebih hebat daripada isu politik?Bagaimana pula dengan isu harga ayam?Isu PPSMI?Isu-isu jenayah?Adakah usaha kerajaan ini mendapat publisiti meluas di media?Atau usahanya ada tetapi minimal sehingga sukar untuk diwar-warkan kepada rakyat? Pastinya kita ingin tahu bagaimana prestasi ekonomi sekarang, berapa ramai yang dapat kerja balik, data-data berkenaan eksport dan import serta sejauh mana keberkesanan pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan beberapa ketika lalu.

9. Dari sudut lain pula, ini mungkin satu strategi BN yang lain untuk memantapkan semula jentera-jentera parti di samping melakukan kerja-kerja secara senyap untuk memulihkan semula imej parti serta mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kerajaan. Kalau begitu kenapa harus semua tertumpu kepada masalah politik Perak?Jika mahkamah Tinggi sudah memutuskan kepada Ir Nizar maka pada fikiran saya tidak salah untuk membawa kes ini kepada mahkamah rayuan dan mahkamah Persekutuan tetapi tak perlulah buat rayuan untuk menangguhkanb keputusan tersebut supaya Ir.Nizar tidak dapat melakukan fungsi sebagai MB. Biarlah dia jadi MB sampai Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa yang layak dan dalam kesempatan masa yang ada itu, semua ADUN BN dan jentera parti BN termasuk pemimpin-pemimpin tertingginya datang ke Perak, buat satu rapat umum dan penjelasan kepada rakyat tentang perkara yang sebenar, kedudukan yang sebenar dan jalankan tugas seperti biasa sehingga kata putus datang dari mahkamah Persekutuan.

10. Kalaupun Ir.Nizar mengusulkan pembubaran DUN kepada Sultan, tidak semestinya Sultan harus menuruti usul itu. Jadi kenapa nak buat rayuan penangguhan keputusan mahkamah tinggi? Pada saya saat kita menjadi 'pembangkang' atau 'pengalah' inilah satu detik yang sesuai untuk kita berundur,mengumpul semula kekuatan, memulihkan kepercayaan rakyat yang sudah 'letih' dan kembali 'menyerang' apabila waktunya sudah tepat(yakni selepas keputusan Mahkamah Persekutuan).

11. Pengunduran BN ini juga memungkinkan pertandingan PKR dengan parti bebas di mana salah seorang dari parti bebas itu merupakan bekas orang kuat PKR. Barangkali BN mahu parti bebas ini yang juga merupakan bekas orang kuat PKR membuka sendiri kepincangan dan agenda PKR yang semakin bercelaru itu. Ini juga tidak keterlaluan saya katakan satu taktik untuk memberitahu bahawa BN tidak berbohong apabila mendedahkan siapa PKR yang sebenar kerana parti bebas sendiri sudah mengiya dan menyokong hal itu. Bererti ada juga satu kemungkinan bahawa BN akan menolong secara tidak langsung kepada parti bebas ini(calonnya adalah wanita dan maaf saya tidak take-note tentang namanya).

12. Tetapi menurut saya, masih, BN sewajarnya bertanding untuk membuktikan bahawa mereka bukanlah 'pengecut' seperti yang rakyat yakini sekarang dan membuka mata PR akan menurunnya undi majoriti yang diraih oleh mereka. Masalah dalaman dalam PR itu sendiri memberi peluang untuk BN menyerang dan meragukan kepercayaan rakyat kepada kemampuan PR untuk menjadi wakil DUN Penanti. Namun keputusan itu telah diputuskan dalam mesyuarat tertinggi BN jadi saya menghormati keputusan pimpinan.

13. Namun, PRU 13 dalam masa 3 tahun akan datang tetap dan pasti akan berlaku. Jadi kenapa tidak kita melalui ujian-ujian kecil dahulu untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri mahupun musuh supaya lebih siap menghadapi pilihanraya akan datang?

14.Adalah salah untuk masuk ke medan perang dengan mentaliti bahawa 'kita akan kalah' kerana kekalahan itu benar-benar akan menimpa kita. Tetapi prinsip 'lawan dulu, menang kalah belakang cerita' akan lebih dihormati dan disanjung ramai. Bersedia untuk kalah lebih baik dan lebih mendapat penghormatan.

''PENGECUT ITU MATINYA BERIBU KALI. ORANG YANG BERANI MATINYA SEKALI IAITU MATI YANG SEBENARNYA''-HAMKA

''BERUNDUR SELANGKAH UNTUK MARA SEPULUH LANGKAH''-TSU TZU

Apapun keputusan telah dibuat dan biarlah anda yang sedang membaca menilai dan membuat pandangan sendiri!

ORANG LAIN GADUH ORANG LAIN MENANG


Politik itu kotor dan berlumpur-lumpur. Tetapi apabila tiba saatnya terjunlah!
1. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari Elina yang telah memperkenalkan saya dengan filem GIE terbitan produksi Indonesia. Sebuah filem politik indonesia yang terbaik dan petikan di atas saya ambil daripada kata-kata hero filem tersebut iaitu Soo Hoe Gee lakonan mantap Nicholas Saputra.
2. Ini barangkali merupakan pandangan terakhir saya berkenaan politik yang berlaku di negeri Perak walaupun keputusan mahkamah rayuan berkenaan kes ini akan diputuskan pada hari ini(jika tidak silap) kerana menurut saya kes ini kalau hendak diselesaikan dengan rundingan undang-undang maka biarlah ia sampai ke mahkamah Persekutuan(Federal Court) yang kuasanya tidak boleh dibantah atau dicabar lagi.
3. Perhatian saya lebih tertumpu ke arah tindakan BN samada ingin bertanding di DUN Penanti atau tidak yang mana akan diputuskan pada hari ini 18/5/09.
4. Berbalik situasi politik di Perak. Sedar atau tidak kebanyakan masyarakat baik di negeri Perak sendiri atau di luar Perak lebih bersetuju jika pembubaran DUN diperkenankan oleh Baginda Sultan Perak daripada menggunakan alternatif kedua iaitu undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datang. Pastinya pihak yang paling gembira jika pembubaran DUN menjadi kenyataan adalah parti DAP kerana parti inilah yang kalau kita perhati dan telitikan sejak bermula krisis ini sangat berkehendakkan agar pilihanraya dilaksanakan semula.
5. Kalau ia terjadi maaf jika saya katakan BN akan kalah dan mungkin akan kehilangan lebih banyak kerusi dari sekarang.Itu merupakan satu kemungkinan besar yang akan terjadi maka sebab itu ada suara yang mengatakan bahawa tindakan BN menolak pilihanraya semula di Perak adalah kerana takut kalah. Betul atau tidak saya serahkan kepada masyarakat untuk menilai.
6. Ada satu lagi kemungkinan yang juga menarik. Kalaupun PR dijangka menang jika pilihanraya diadakan semula, harapan Ir.Nizar untuk jadi MB Perak juga boleh diragui dan ada kemungkinan besar dia tidak akan jadi semula MB.Kenapa?
7. Mari kita sorot kembali perkara ini sejak kemenangan pembangkang pada PRU MAC 2008 yang lepas. Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh parti PAS?Jawapan: 5 kerusi. Yang menjadi majoriti?Jawapan:DAP. Jadi kalau mengikut semangat demokrasi dan fikiran logik sudah tentu yang majoriti patut jadi MB bukan? Tapi kenapa MB dari pihak pembangkang bukan DAP?
8.Jawapan:Perlembagaan tubuh Perak telah menetapkan Menteri Besarnya mestilah wajib seorang Melayu dan Islam. Malangnya calon2 DAP tidak ada satupun yang menepati syarat-syarat ini. Maka sebab itu Ir.Nizar dari parti PAS yang menjadi MB. Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang tidak dibantah oleh mana-mana pihak. Kalau ada juga yang mempertikaikan kenyataan ini saya menganggap dia bukanlah rakyat Malaysia ataupun dia terputus bekalan elektrik untuk menonton televisyen dan kedua matanya buta untuk membaca akhbar.
9. JIKA pilihanraya semula akan diadakan, adakah DAP akan mengulangi kesilapannya?Apakah kesilapan itu?Jawapan: tidak ada calon Melayu. Sekarang ini parti DAP sendiri mempunyai ahli yang terdiri daripada orang Melayu, katakanlah ahli itu bernama A. Apakah ada sebarang halangan untuk DAP mengangkat A yang Melayu itu untuk menjadi calon dalam pilihanraya nanti?
10.JIKA Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya baru ini: kerusi DAP akan menjadi majoriti dan kerusi PAS serta PKR tetap minoriti dan DAP sekarang mempunyai A sebagai calon Melayunya yang menang dalam pilihanraya itu. Jadi sekarang siapa yang akan jadi MB?Apakah DAP akan memberi laluan kepada Nizar lagi untuk jadi MB?Kalau saya perlu menjawab soalan ini jawapannya adalah TIDAK.Kenapa? Jawapan: DAP sudah mempunyai calon Melayu,Islam yang bernama A yang menepati syarat2 untuk menjadi MB Perak seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan negeri itu.
11. Apakah si A untuk akan memperjuangkan agenda Islam dan Melayu? Apakah parti DAP yang terang-terang partinya itu bukanlah bermatlamatkan untuk perjuangan Islam atau Melayu akan memberi A ruang untuk bertindak sendiri?Oh sudah tentu tidak. Pemimpin DAP yang telah mengeluarkan kenyataan ''langkah mayat saya kalau nak dirikan negara Islam di Malaysia'' tidak akan membiarkan si A ini mentadbir mengikut kehendak dirinya sendiri.Pedulikan dia tu Islam atau Melayu yang penting dia parti aku, parti DAP jadi ikut apa agenda DAP, buat apa yang DAP perintah dan jangan banyak cakap atau kau akan dikenakan tindakan. Itulah situasi yang bakal si A hadapi. Jadi apa gelaran yang sesuai untuk si A ini?Jawapan: Boneka atau proksi untuk keuntungan DAP sendiri.
12. Saya sudah menyatakan pendirian saya bahawa sesiapapun yang menjadi MB bukanlah satu masalah bagi saya sekiranya MB itu mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan negeri serta memperjuangkan agenda Islam dan Melayu di negeri Perak. Tapi kalau calon DAP yang berbangsa Melayu ini menjadi MB adakah dia berpeluang untuk memperjuangkan agenda Islam atau Melayu yang sudah jelas bukan menjadi agenda utama parti serpihan PAP itu? Bukanlah saya prejudis terhadap DAP tetapi kenyataan dan pendirian yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan DAP itu sendiri telah menunjukkan siapa mereka.
13. Janganlah terlalu taksub untuk tengok lawan kalah sampai diri sendiri pun kempunan tak dapat apa. Janganlah ada sikap 'peduli apa aku yang penting geng aku menang!' tapi akhirnya yang menderita saudara seagama dan sebangsa sendiri. Kita sesama Islam, sesama Melayu bergaduh tak berkesudahan sementara pihak yang lain hanya tersenyum, terus menyimbah-nyimbah minyak supaya terus marak dan bila masing-masing yang bergaduh ini dan terbakar rumah, pihak yang lain ini pula mendirikan rumah mereka dan menghalau orang yang bergaduh ni keluar dari tanah tersebut.
14. Siapa yang tergadai?Siapa yang menang?Siapa yang kalah? Siapa sebenarnya yang dapat untung dalam isu ini?Siapa yang hilang rumah dan siapa yang dapat membuat rumah baru? Siapa yang untung dan siapa yang rugi?
15. BN boleh terus berdoa supaya DUN tidak dibubarkan dan berdoa supaya ada keajaiban jika berlangsung juga pilihanraya sementara PAS juga perlu berdoa supaya DAP tidak terbuka hati untuk mengambil calon Melayu dalam pilihanraya akan datang. Jika DAP pimpinan Karpal Singh dan Lim Kit Siang itu terbuka hati untuk mengambil calon Melayu dan pengundi mengundi kerana 'kerajaan atau pembangkang' maka bersiaplah untuk menerima MB baru dari parti DAP.
16. Jangan terkejut kalau ia berlaku. Kerana ia tidak mustahil untuk berlaku dan lazim bagi seorang manusia tidak akan melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua.
Saya serahkan untuk saudara/saudari yang sedang membaca entri ini untuk berfikir dan membuat penilaian masing-masing.Wallahua'alam.
*Terima kasih kepada pensyarah saya Encik Mohd Zulhelmey Abdullah yang telah memberi konsep awal kenapa Sultan Perak menolak pembubaran DUN. Alhamdulilah konsep tersebut dapat diperincikan lagi oleh saya dalam blog ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mendidik saya sejak dari tabika kemas di Sabah sehingga ke tingkatan 5 di SMK Tanjung Datuk. Hasil didikan dan doa para pendidik inilah yang telah membawa saya sehingga ke peringkat ini.Terima kasih!

Saturday, May 16, 2009

SIAPA MALAIKAT DAN JIN?


1. Saya berkesempatan untuk menonton filem Angels&Demons lakonan Tom Hanks semalam bersama abang saya di TGV KLCC.

2. Dua jam yang berbaloi.Itulah apa yang saya rasa tatkala keluar dari panggung wayang. Meskipun filem itu didasari tentang agama kristian tetapi sejak duduk di kerusi panggung saya sudah menguatkan diri saya sendiri: tonton dengan mata hati.
3. Filem ini lebih baik dan ringkas berbanding Da Vinci Code. Filem Da Vinci Code yang juga mencetuskan kontroversi pada hemat saya memberi satu pandangan positif kerana ia ingin menunjukkan bahawa Nabi Isa atau Jesus adalah manusia biasa; bukannya anak tuhan seperti yang dipercayai oleh penganut kristian meskipun filem itu juga bertentangan dengan kepercayaan Islam tentang Nabi Isa(yakni Nabi Isa tidak berkahwin)

4. Saya tidak ingin mengulas atau membuat review tentang filem ini tetapi jalan ceritanya sungguh berliku dan adventuring yakni tentang bagaimana Profesor Langdon(Tom Hanks) berusaha mencari dan menghentikan sabotaj kumpulan Illuminati(yang menentang pihak gereja) ketika waktu pelantikan pope yang baru. Dan filem ini tertumpu kepada 4 klu yang perlu beliau cari dan selesaikan.

5. Ada beberapa perkara menarik yang boleh diambil dari cerita ini iaitu:

i)SAINS DAN AGAMA
- Jelas filem ini menunjukkan wujudnya dilema dan jurang antara agama Kristian dan sains. Pihak gereja sedaya upaya untuk menolak perkembangan sains yang dikemukakan oleh ahli saintis seperti Galileo dan sebagainya. Ini berbeza dengan ajaran Islam yang sememangnya tidak menolak kewujudan sains bahkan kitab suci Quran sendiri merangkumi ilmu2 sains yang sangat mengagumkan. Renungkanlah sendiri maksud surah yaasin yang sering kita baca setiap malam Jumaat bagaimana Allah menjelaskan perihal peredaran bulan dan matahari, fasa-fasa bulan serta kejadian manusia yang akan kembali menjadi lemah ketika tua sebagaimana keadaannya yang juga lemah ketika muda. Bahkan saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina,Al-Khawarizmi dan Al-Ghazali juga merupakan seorang ulama.

ii)DENDAM
-Tahun 1866 pihak gereja telah menangkap golongan Illuminati(yakni yang menentang pihak gereja dan berpihak kepada sains) dan mengecop di dada mereka dengan bara panas tanda salib sebelum membunuh mereka. Dalam filem itu pula menunjukkan bahawa golongan Illuminati itu membalas dendam dengan membunuh kordinal2 atau paderi.

iii)SENIBINA
-Menonton filem itu memberi saya peluang untuk menjelajah ke dalam arkib gereja dan melihat arca-arca gereja yang ada sesetengahnya kelihatan 'lucah' seperti patung2 lelaki yang bogel serta ukiran ST.Theresa yang dalam ghairah. Walau apa pun ternyata senibina gereja mereka sangat unik,kompleks dan penuh rahsia di bawah tanah.

Akhir sekali filem ini juga mengajar saya bahawa manusia itu tidak sempurna baik ahli akademik mahupun mereka yang berlatarbelakang agama. Sebagai manusia kadang-kala kita terdorong untuk menggunakan kedudukan atau status untuk mendapatkan kepentingan sendiri(contoh yang paling nyata adalah Carmelengo lakonan Edwin Mcgregor)

Bahkan saya berpendapat juga filem seolah menyindir Amerika Syarikat.Kenapa? Sudah ramai mengetahui bahawa peristiwa 9/11 adalah rekaan negara Uncle Sam ini. Banyak bukti dan sebab telah dikemukakan betapa serangan WTC dan Pentagon itu bukanlah dari orang luar tetapi ciptaan Amerika semata. Sebab apa?Supaya mereka boleh menjadi hero di mata dunia untuk memerangi pengganas yang mereka ciptakan itu. Mereka mencipta satu keadaan supaya imej hero itu dapat dikaitkan dengan Amerika Syarikat dan supaya seluruh dunia berlindung di bawah keselamatan Amerika. Dan sekali lagi watak Amerika ini dilakonkan dengan begitu baik oleh McGregor.

Meskipun saya seorang beragama Islam tetapi itu bukanlah sebab untuk kita tidak mempelajari agama lain. Ambillah contoh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan bacalah buku The Choice tulisan beliau maka anda akan tahu betapa pentingnya untuk mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang agama lain.
Gunakan mata hati!

Friday, May 15, 2009

DIHUKUM MATI TAPI MASIH HIDUP




1. 15 Mei 1948 bukanlah hari jadi saya apatah lagi hari jadi ahli keluarga saya. Tetapi tarikh ini merupakan hari jadi yang ke-61 kepada sebuah negara yang bernama Israel.

2.Tanggal tarikh ini juga bermula nakbah Palestin atau hari-hari kematian bagi penduduk Palestin.

3. Negara-negara Arab menentang keras penubuhan Israel lantas mengumumkan perang ke atasnya tetapi ternyata Israel yang baru sahaja berusia beberapa tahun ketika itu sudah dapat menumbangkan gergasi-gergasi arab sehingga ada di antara mereka yang akhirnya berdamai dan memulakan hubungan diplomatik bersama Israel.

4. Ketika berusia 19 tahun, Israel sudah berhasil menakluk Jerusalem atau BaitulMaqdis, yang menjadi kota suci umat Islam dan juga tempat ibadat penganut Kristian. Kalau dahulu wilayah mereka cuma beberapa peratus sahaja tetapi hari ini mereka telah mendominasi tanah Palestin dan sekarang ini sedang menumpukan usaha untuk meneruskan pembinaan haykal Sulaiman yang akan menjadi tempat ibadat mereka di masjid al-aqsa.

5. Palestin kini terbahagi kepada dua:Gaza dan Tebing Barat. Kehidupan mereka melarat dan seolah-olah terpenjara di tanah air sendiri. Perjuangan mereka hanya mendapat sokongan lisan daripada negara-negara Islam tetapi mereka terpaksa berjuang sendirian menghadapi peluru Israel.

6. Kenapa kita harus memberikan lagi kepercayaan kepada Amerika untuk terus menjadi orang tengah dalam konflik ini?61 tahun mereka sudah menjadi orang tengah tetapi hasilnya masih sahaja mendukacitakan. Apatah lagi hubungan karib mereka sudah terserlah saat Olmert mendedahkan betapa kecutnya George Bush dengan Israel ketika persidangan PBB yang lepas.

7. Sejak pentadbiran Tun Abdullah perhatian Malaysia terhadap Palestin tidak sehebat dan seserius ketika di bawah pentadbiran Tun Mahathir. Malaysia dilihat lebih senyap, 'tak apa' dan mengambil pendirian mengutuk sahaja tetapi langkah yang lebih berkesan masih juga belum ada. Cadangan Malaysia tatkala serangan Israel ke atas Palestin awal tahun ini juga hanya diterima oleh PBB saat peperangan sudah memakan ribuan nyawa rakyat Palestin.

8. Adakah cukup dengan sekadar demonstrasi?Jawapannya tidak. Kita perlu lebih dari itu. Tekanan demi tekanan perlu diberikan supaya Amerika mendesak Israel menamatkan sekatan ke atas Gaza. Mesir juga harus bertindak membuka laluan dan memberikan bantuan kemanusiaan ke atas saudara seagama sendiri. Tembok Apartheid yang sudah diklasifikasikan sebagai tembok haram oleh ICJ perlu diruntuhkan jika benar-benar mematuhi undang-undang.
9. Mungkin ramai yang berpendapat lebih uruskan masalah negara sendiri daripada sibuk menguruskan negara lain. Ya memang negara kita sedang menghadapi pergolakan politik tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk terus menyambung usaha menyampai dan menyebarkan maklumat tentang Palestin kepada rakyat Malaysia baik melalui media massa mahupun media elektronik.

10. Keadilan dan pembelaan untuk Palestin sukar untuk menjadi realiti sekiranya Amerika terus menjadi tulang belakang Israel. Undang-undang bahkan mahkamah antarabangsa mahupun PBB juga berada di bawah telapak kaki Amerika dan mereka seolah-olah dikawal dan diatur supaya apa saja keputusan mesti berpihak kepada Israel.Jika tidak sekalipun, tidak ada tindakan yang perlu diambil ke atas sekutu rapatnya itu.

11. Rakyat Palestin sudah terpenjara di tanah air sendiri dan sedang menghadapi ancaman kebuluran dan kematian lantaran penjara yang dicipta oleh rejim Zionis sendiri. Isu ini perlu dilihat bukan saja dari konteks agama tetapi keseluruhan rakyat Palestin itu sendiri kerana rakyat Palestin bukan sahaja terdiri daripada Islam tetapi ada juga yang menganut Kristian. Walaupun terdapat perbezaan agama tetapi matlamat dan ideologi mereka tetap sama: kembalikan semula hak tanah air kepada mereka!

12. 61 tahun yang lepas penubuhan negara haram Israel simbolik kepada hukuman mati yang dikenakan ke atas rakyat Palestin. Mereka(Israel dan kuasa barat) sudah menyangka bahawa penduduk di tanah suci ketiga bagi umat Islam ini sudah benar-benar mati dan mereka boleh hidup aman dan sentosa di negara yang bernama Israel.

Tetapi hukuman mati yang dikenakan itu terus menghidupkan semangat perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan maruah dan keadilan sehingga ke saat ini!

Wednesday, May 13, 2009

SBY DAN POLITIK MALAYSIA


1. Maaf bukan tujuan saya untuk membandingkan Malaysia dan Indonesia. Pasti ramai yang sinis kerana mengapa perlu kita cerita pasal Indonesia sedangkan negara kita lebih maju dan kaya?
2. Saya menjumpai blog rasmi Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan niat untuk tidur awal malam semalam terpaksa dibatalkan kerana saya begitu asyik untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara yang mempunyai hubungan ibarat adik-beradik dengan negara kita. Apatah lagi kampung saya juga berada di Padang, Sumatera.
3. Apa yang menyumbang kepada faktor kemiskinan dan merencatkan pembangunan Indonesia?Jawapannya krisis ekonomi 1997 di mana Indonesia meminta bantuan IMF dengan hutang yang sangat tinggi. Krisis ini menyaksikan juga pemerintahan Suharto jatuh. Alhasil Indonesia menanggung beban hutan yang sangat banyak dan mereka terpaksa mengikut telunjuk IMF yang mengatur itu ini untuk pengurusan ekonomi Indonesia.
4.Alhamdulilah sebaik sahaja pemerintahan Susilo, beliau berjaya membayar semula hutan sejumlah 7.6 miliyar kepada IMF dan kini ekonomi Indonesia mula bergerak ke arah kemajuan dan kemiskinan mula menurun. Sayangnya perkembangan mereka ini lambat kira-kira 10 tahun daripada Malaysia yang bebas dari krisis ekonomi dengan cara sendiri, bukannya dengan meminta bantuan IMF. Kalaulah waktu itu negara kita meminta bantuan IMF saya tidak tahu apa akan terjadi kepada negara ketika ini. Maka tidak keterlaluan saya berpendapat bahawa apa yang merantai kemajuan ekonomi Indonesia adalah pinjaman mereka dengan IMF ketika krisis 1997 selain daripada isu rasuah.
5. Selain dari kekaguman terhadap keupayaan beliau menangani masalah tersebut, saya juga kagum dengan kematangan politik yang diamalkan SBY. Lihat sahaja saat pemilihan legislatif yang dimenangi oleh Parti Demokrat pimpinan beliau, Pak Susilo langsung saja mengadakan majlis kesyukuran. Bahkan dalam majlis itu juga beliau dengan rendah diri memberi ucapan-ucapan yang telah saya ringkaskan ini.
''Setelah kompetisi(persaingan) selesai bisa sahaja anak2 bangsa memiliki niat yang baik untuk bersama-sama membangun negeri menuju masa depan yang lebih baik. Kita saling menghormati, saya menghormati ibu megawati dan PDIP(pimpinan ibu Megawati) juga menghormati saya. Jangan mudah dan suka untuk menantang dan jangan mudah untuk suka mengejek. Mari kita menjaga perasaan kompetitor(pesaing) kita kerana banyak jalan untuk mencapai tujuan yang baik. Tak perlu kita tunjukkan kita hebat, cepat baik.''
6.Gambar di atas adalah gambar Susilo dan bakal pencabarnya di pilihanraya kelak yang juga merupakan naib presiden ketika ini iaitu Jusuf Kalla. Bahkan mereka berdua sepakat untuk meneruskan kerja sehingga tamat waktu pemerintahan kelak meskipun di akhir nanti Susilo akan dicabar sendiri oleh naib presidennya itu. Bahkan beliau sendiri memberitahu bahawa politik itu kadang-kala keras tetapi hubungannya dengan Jusuf Kalla masih saja tetap baik dan tidak akan terputus.
7. Maaf jika saya dilihat pro dan bias kepada Pak Susilo tetapi apa yang saya ingin nyatakan di sini keterbukaan dan kematangan politik Indonesia terserlah di sini. Maaf saya katakan kalau di Malaysia calon-calon yang menang jarang sekali kita dengar akan buat majlis kesyukuran bersama rakyat dan memberi nasihat yang melambangkan kebesaran jiwa sepertimana yang dilakukan oleh Pak Susilo. Kalaupun ada ia tidak akan dapat liputan meluas oleh media sebaliknya calon yang menang ini akan ditonjolkan dengan gaya yang sangat menjengkelkan seolah-olah dia saja yang menang dan orang lain tak layak mencabar beliau. Bahkan ada juga yang tidak sanggup bergabung dan berdialog dengan parti selain seolah-olah hukumnya haram jika berbuat demikian padahal sebangsa dan seagama.
8.Bukanlah niat saya untuk merendahkan tanah air sendiri tetapi kematangan politik negara masih belum matang sepenuhnya. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari Indonesia meskipun dari segi ekonomi dan bidang-bidang lain kita berada di hadapan mereka.
Adakah salah untuk belajar dari pihak lain?Kalau ya bererti egois masih menyelubungi hati dan masih belum layak untuk mencapai apa yang dinamakan 'kebesaran jiwa'! Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh kita pelajari di sini, Insya-Allah

SEJUK DAN PANAS 40 TAHUN

''Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adilla kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.'' Al-Maidah ayat 8.

1. Meskipun hati saya pernah 'dikhianati' oleh gadis berbangsa Cina tetapi tidak sedikitpun saya membenci atau berdendam dengan kaum Cina kerana itulaha ajaran agama yang termaktub oleh kitab suci Quran. Lagipun pada saya soal peribadi tidak boleh bercampuraduk dengan hubungan sosial bahkan dengan kawan-kawan Cina yang lain saya masih berhubung dan hubungan kami masih saja baik dan tenang.

2. Meskipun sudah 40 tahun tragedi rusuhan kaum berakhir tetapi kesannya masih dapat dirasai sehingga sekarang. Sesiapa yang hidup pada tahun 1969 pasti tidak akan dapat melupakan kejadian-kejadian yang berlaku di mana ramai yang kehilangan nyawa, harta benda yang musnah dan perintah darurat diisytiharkan.

3. Sehubungan dengan itu, rukun negara diperkenalkan berpaksikan 5 perkara yang dapat menjamin perpaduan antara kaum. Dasar DEB juga menjadi pemacu kemajuan dan keseimbangan ekonomi antara kaum.

4. Meskipun ada beberapa ketika hubungan yang harmoni ini diuji dengan beberapa isu tetapi alhamdulilah tragedi 13 Mei 1969 tidak mempunyai siri selanjutnya. Ya memang diakui terdapat beberapa isu yang panas dan masih belum selesai seperti kontrak sosial, hak bumiputera, kek ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

5. Namun isu-isu yang panas ini perlu ditangani dengan tangan dan kepala yang sejuk. Permuafakatan yang terbentuk sejak awal kemerdekaan perlu diutamakan dan bukannya melontarkan rasa tidak puas hati dengan mengheret negara ke kancah pergaduhan dan persengketaan. Apatah lagi apabila ia berlaku maka kuasa luar yang menangguk air keruh sentiasa ternanti-nanti untuk masuk campur dan memberi bantuan kepada pihak yang meminta bantuan untuk menang. Apa yang terjadi adalah maruah negara tergadai dan kemerdekaan yang dikecapi akan hilang.

6. Ambillah pengajaran Perang Korea yang telah memisahkan sebuah negara menjadi dua sedangkan kedua-dua negara itu adalah bangsa yang sama. Akibat masuk campur kuasa asing maka negara yang dahulunya satu kini berpecah. Perang vietnam juga wajar dijadikan iktibar betapa masalah dalaman kadang-kadang mengheret ke arah peperangan yang lebih teruk.

7. Jadi wajarlah Malaysia yang berbilang kaum ini mula menepis rasa prejudis dan mengambil jati diri sebagai bangsa Malaysia demi meneruskan pembangunan dan kemajuan negara. Sudah tiba masanya kita melangkah lebih jauh dan tidak mengungkit kembali kisah-kisah lalu yang akan mencetuskan konflik dan krisis.

8. Sewaktu kekalahan di Bukit Gantang, UMNO menyalahkan MCA kerana gagal menarik pengundi Cina untuk mengundi. Memang adalah satu fakta bahawa undi Cina telah membantu kemenangan parti pembangkang dalam pilihanraya tersebut.

9. Tetapi menurut saya ini bukanlah masa yang tepat untuk menuding jari kepada sesiapa. Bahkan UMNO sendiri mempunyai kelemahan dan kesilapan yang perlu diatasi. Kerajaan sendiri perlu mendalami masalah sebenar yang dihadapi masyarakat cina dan mengembalikan keyakinan mereka untuk menyokong semula BN. Bukanlah tanggungjawab MCA dan Gerakan semata untuk mendapatkan sokongan Cina sementara MIC sahaja bertanggungjawab untuk pengundi India dan UMNO untuk Melayu. Seluruh komponen dalam BN itu bertanggungjawab untuk semua pengundi tanpa mengira apa jua bangsa dan negara kerana rakyat menilai berdasarkan kolektif dan parti keseluruhannya.Barulah titik penyelesaian dapat dicari, bukannya alasan dan tuding-menuding menjadi sandaran.

10. Benarlah kata-kata pujangga 'Mengisi kemerdekaan itu lebih sulit daripada mencapai kemerdekaan!'

Tuesday, May 12, 2009

3 DALAM 1

1. Lupakan sebentar isu MB di Perak yang semakin membingungkan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan DS Zambry. Saya sendiri tidak mahu mengulas lanjut tentang butiran permohonan beliau cuma yang saya tahu apabila ia dibenarkan maka DS Nizar tidak dapat mencadangkan pembubaran DUN.

2. Saya sendiri tidak tahu kenapa BN tidak mahu pilihanraya semula sedangkan mahu atau tidak negara tetap akan menjalani amalan demokrasi ini pada beberapa tahun akan datang.

3. Isu kali ini mungkin berbaur politik tetapi tidaklah memeningkan kepala rakyat tentang soal kedudukan dan kuasa kerana isu ini lebih menjurus kepada kepentingan, keselamatan dan keadilan kepada rakyat. Isu ini merupakan salah satu endless isu yang telah membawa pro dan kontra sejak ia ditubuhkan.

4. Pada hemat saya ISA bukanlah satu akta untuk dimanipulasikan demi kepentingan politik. Ia sepatutnya lebih memusatkan kepada kepentingan rakyat yakni melindungi keamanan dan menghindarkan dari kacau-bilau. Undang-undang seharusnya bersih dan nemo judex in causa sua dalam menegakkan keadilan dan kestabilan negara.

5. Yang selalu menjadi persoalannya ialah siapa yang 'layak' untuk ditahan dalam ISA? Saya berpendapat bahawa ISA ini tidak relevan untuk digunakan waktu sekarang yakni waktu keamanan. Ia sepatutnya digunakan ketika negara menghadapi darurat atau berdepan dengan serangan musuh. Maka barulah akta ISA ini aktif semula untuk menahan perisik atau anggota musuh yang bersenjata yang bertujuan mengancam keselamatan rakyat.

6. Meskipun dalam keadaan aman sekarang ini pun masih wujud kumpulan2 ekstremis yang cuba menggugat keamanan tetapi pada saya mereka masih lagi berhak untuk dimaklumkan di mahkamah atas penangkapan mereka. Mereka tidak boleh ditahan tanpa sebarang bicara atau tidak dimaklumkan oleh pihak mahkamah.

7. Dalam pengetahuan cetek saya sebagai pelajar undang-undang, mahkamah majistret bertanggungjawab untuk menguruskan kes-kes seperti unlawful assembly(di mana hukumannya adalah 6 bulan penjara),does any obscene act or recite obscene song at public place, cause public nuisance(fine rm400).Kepada pelajar undang-undang semester dua sila rujuk bab 4.

8. ISA bukanlah satu eskapisme untuk meringankan beban mahkamah mengadili dan menghukum kerana itulah peranan keadilan dan fungsi mahkamah di sesebuah negara. Seseorang yang ditahan mestilah dimaklumkan kepada mahkamah dalam lingkungan waktu(saya tidak pasti samada 24 atau 48 jam) dan mesti mempunyai hak untuk dibicarakan. Soal tangguh atau tidak itu nombor dua yang penting hak fundamental sebagai seorang rakyat mesti terjamin.

9. Jika tidak habeas corpus akan mengambil alih untuk menafikan kuasa ISA sebagaimana yang terjadi kepada penulis blog Raja Petra.

10. Lantas bagaimana pula dengan Mas Selamat yang ditahan ISA ketika ini?Saya difahamkan juga melalui akhbar tempatan bahawa ada tahanan ISA yang sudah hampir 7 tahun berada di dalam Kem Kamunting tersebut. Kalau diminta pendapat saya, eloklah Mas Selamat dihantar semula ke tempat asal beliau yakni Singapura kerana dia bukan urusan kita sementara tahanan 7 tahun itu pada saya eloklah dipertimbangkan untuk dibebaskan dengan menggunakan sistem parol atau prisoner tagging. Jika masih khuatir dia terlibat dengan pertubuhan ekstremis tersebut maka bicarakan dia di mahkamah dan berikan kata putus di situ.

11. Tidak perlulah kem kamunting itu dilabel sebagai Guantanamao Bay di negara ini sekiranya mereka yang ditahan ini mengikut lunas undang-undang yang benar.

11. Kekerasan tidak boleh dilawan dengan kekerasan. Itu yang diajar oleh Islam dan kita mesti berpegang teguh dengan prinsip tersebut. Bahkan Rasul sendiri diingatkan oleh Tuhan dalam Al-Quran supaya tidak bersikap keras kepada kaum Quraisy kerana jika baginda bersifat demikian maka kaum Quraisy pasti akan menolak dakwah Islam baginda(sila betulkan jika saya tersalah fakta).

12. Saya juga tidak terkejut dengan kenyataan satu badan yang beroperasi di Amerika yang mengatakan bahawa kejayaan Mas Selamat hidup di Malaysia selama setahun membuktikan rangkaian kumpulannya masih aktif di Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Sementara itu kerajaan negara membidas kembali dengan menyatakan Mas Selamat hanya dibantu oleh dua teman karibnya sahaja.

13. Pada saya tak kisahlah dia dibantu dua atau lebih teman karibnya itu tetapi pada saya jangan diletakkan kesalahan pada bahu Malaysia.Sepatutnya sila tanya kepada Singapura kenapa Mas Selamat berjaya meloloskan diri dari kawalan penjara yang ketat dalam insiden 'toilet break' itu. Ada besar kemungkinan keselamatan penjara itu sendiri dikompromi dan lebih baik Amerika persoalkan hal itu daripada menuding jari kepada Malaysia yang 'membiarkan' Mas Selamat hidup di sini selama setahun. Saya sendiri percaya yang mereka(Amerika) juga tidak mempunyai sebarang klu atau maklumat lengkap tentang pertubuhan ekstremis yang dianggotai oleh Mas Selamat sendiri. Bahkan Amerika sendiri pun sampai sekarang tidak menemukan jawapan yang tepat tentang kebenaran serangan Al-Qaeda terhadap WTC 8 tahun yang lepas.

14. Sekarang ini pun terdapat beberapa teori yang mengatakan itu bukan serangan dari Al-Qaeda.Ada kemungkinan ia dilakukan oleh orang Arab tetapi orang itu bukan dibiayai oleh Al-Qaeda tetapi Amerika sendiri. Sila layari http://www.911.truth.org/ dan http://www.thetruthseeker.co.uk/ anda akan mendapat penjelasan yang lebih mendalam tentang peristiwa ini. Yang pasti serangan Amerika ke atas Afghanistan adalah bermotifkan ekonomi kerana Afghanistan mempunyai pipeline minyak yang apabila dikuasai Amerika maka negara Uncel Sam itu akan menambah cengkamannya ke atas industri minyak di negara ini.

15. ISA wajar direformasi-hanya aktif pada waktu darurat dan apabila diserang oleh musuh luar dan dalam sahaja. Kalau untuk langkah pencegahan atau menahan mereka yang tidak mengancam nyawa rakyat, eloklah dibawa ke pengadilan mahkamah. Maka itu lebih menepati konsep of Law,Liberty & Freedom(pelajar semester 1 sila rujuk bab 8).

Tidak ada yang lebih penting daripada kepentingan dan keadilan rakyat. Itulah tujuan undang-undang sebenar!

Monday, May 11, 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH-HADIAH BERNILAI UNTUK UMNO

1. Saya bersyukur setelah membaca blog penakiri bahawa Raja Muda Perak perkenan untuk DS Nizar menghadap pada esok pagi. Saya sendiri berdoa dan berharap moga-moga pihak istana perkenan untuk membubarkan semula DUN untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil secepat mungkin untuk menamatkan kemelut ini.

2. Seperti yang saya sebutkan dalam blog lepas DS Nizar akan mengalami kesulitan jika mentadbir kerana PR berada dalam keadaan minoriti. Meskipun ada di negara lain yang mana parti minoriti memerintah tetapi parti tersebut perlu bergabung dengan parti lain(coalition party) untuk mentadbir dan memerintah. Jika tidak, apa-apa keputusan untuk diluluskan melalui DUN akan mengalami kesulitan kerana untuk sesuatu Bill itu berkuatkuasa maka ia memerlukan sokongan majoriti. Ini kerana negara kita mengamalkan sistem monarchy parlimentary bukannya republic presidency.

3. Justeru pilihanraya baru mesti dilakukan untuk menentukan siapa yang berhak untuk mentadbir negeri Perak. Kuasa rakyat mesti diberi perhatian. Jika tiada pilihanraya maka sidang DUN perlu dilakukan dan usul undi tidak percaya perlu dilakukan oleh BN secepat yang mungkin.

4. Salah satu daripada solusi ini tidaklah perlu ditunggu selepas prosiding rayuan dan dibawa ke mahkamah Persekutuan kerana rakyat sudah jemu dengan krisis ini. Tamatkan dan mulalah bekerja untuk kemajuan.

5. Sesiapa pun yang menjadi MB, rakyat akan terima dengan hati terbuka kerana ia berdasarkan suara majoriti yang baru dan rakyat lebih arif tentang siapa yang harus memimpin mereka.

6.Dalam post blog Februari lepas saya pernah menyentuh isu ini dan sekali lagi saya tegaskan bahawa secara peribadi saya sendiri rasa kecewa kerana BN menggunakan taktik yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim dalam rancangan 16 Septembernya. Apatah lagi budaya 'katak' ini melibatkan ADUN yang bermasalah. Saya juga tidak menyokong budaya ini kerana ia satu taktik yang tidak melambangkan amalan demokrasi dan kematangan politik yang sebenar.

7.Kalaupun nak berkuasa tunggulah sampai pilihanraya yang akan datang. Apa yang perlu difokuskan bagaimana untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan memperkuatkan semula parti.Membersihkan semula parti daripada tuduhan-tuduhan luar dan menjenamakan semula UMNO agar tetap relevan untuk masa akan datang di samping menguatkan sokongan di negeri yang berada di bawah pentadbiran BN. Itu yang lebih penting.

8. Dan sedar tak sedar keputusan mahkamah ini juga jatuh sama dengan ulangtahun UMNO yang ke 63 hari ini.

9. Banyak sudah yang dilalui UMNO dan nampaknya parti ini memerlukan satu suntikan baru untuk menghidupkan semula perjuangan sebenarnya untuk membela kepentingan agama,bangsa dan negara bukannya kepentingan sendiri semata-mata.UMNO perlu berubah atau mereka akan terus hilang kepercayaan rakyat lagi.

10. Keputusan mahkamah hari ini merupakan satu hadiah bernilai untuk UMNO kembali bermuhasabah,back to basic dan kembali fokus untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. Hidupkan kembali semangat dan pengorbanan Dato Onn Jaafar serta generasi pertama UMNO(sebelum negara mencapai kemerdekaan).

11.Saya mendoakan supaya UMNO kembali sedar dan segera memperbetulkan kembali arah perjuangan dan saya juga berdoa semoga krisis di Perak ini segera berakhir demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Siapa pun yang menjadi MB, saya akan menyokong dengan hati yang terbuka sebagai rakyat Malaysia!

UDAH SELESAI?BENAR NI?

1. Mulanya saya fikir kes MB Perak ini diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tetapi ia diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Bererti kes ini boleh dibawa ke mahkamah rayuan dan seterusnya ke mahkamah persekutuan.

2. Ds Nizar adalah MB Perak yang sah. Ratio Decidendi(Legal Reasoning) bagi kes ini adalah Nizar tidak disingkirkan melalui undi tidak percaya oleh sidang ADUN Perak.

3. Sultan Perak enggan membubarkan sidang DUN dan ini memberi Nizar dua pilihan: meletak jawatan(yang mana beliau tidak lakukan) atau undi tidak percaya oleh sidang DUN Perak(yang tidak dilakukan oleh BN).

4. Saya berpendapat keputusan mahkamah hari ini bukannya hendak memberitahu bahawa keputusan bekas ketua hakim negara(yakni Sultan Perak) adalah salah. Bahkan baginda bertindak melantik DS Zambry sebagai MB Perak setelah mendapati majoriti berpihak kepada BN(31 kerusi sementara PAS 28 kerusi). Hal ini terjadi setelah DS Tajul Rosli meletak jawatan dan DS Najib mengambil alih ketua perhubungan UMNO Perak. Sejurus selepas perkara itu berlaku, 3 ahli pembangkang keluar parti dan menjadi adun bebas yang menyokong BN. Saya pasti apa yang difikirkan baginda adalah kepentingan rakyat supaya urusan pentadbiran dan pembangunan tidak tergendala.

5. Keputusan mahkamah hari ini juga bererti Perak mempunyai dua menteri besar.

6. Tetapi belum pernah dalam mana-mana sejarah negeri mahupun negara di dunia yang mana minoriti menjadi MB sementara majoriti menjadi pembangkang. Adalah sulit untuk DS Nizar menjalankan tugas sebagai MB kerana kedudukan majoriti sidang ADUN sekarang berpihak kepada BN.

7. Justeru saya menganggap cadangan DS Nizar untuk menghadap Sultan Perak sejurus selepas keputusan mahkamah adalah tepat. Beliau mahu mengusulkan supaya DUN dibubarkan berikutan keputusan mahkamah memutuskan DS Nizar adalah MB yang sah.

8. Pada hakikatnya ini merupakan kesilapan BN sendiri kerana tidak melakukan usul undi tidak percaya sewaktu sidang DUN bersidang. BN dilihat lebih ghairah untuk memecat speaker Sivakumar tetapi terlepas pandang hal ini iaitu usul undi tidak percaya.

9. Jika cadangan pembubaran DUN tidak diterima juga oleh sultan, maka alternatif seterusnya adalah melakukan sidang DUN dan pada waktu itu BN mengusulkan undi tidak percaya kepada DS Nizar.

10. Kedua-dua alternatif ini pada saya bagus(yakni pilihanraya baru atau usul undi tidak percaya). Saya berpendapat BN tidak perlu gusar jikan pilihanraya kecil berlangsung lagi kerana sekarang pun majoriti berpihak kepada mereka.Jadi kenapa perlu risau?Cuma ia akan memakan masa dan merencatkan perhatian untuk kemajuan di negeri Perak.

11. Pada saya sesiapa pun yang menjadi MB- baik BN atau PR saya terima dengan hati terbuka kerana perlembagaan tubuh Perak mewajibkan MB mestilah seorang Melayu dan Islam. Bukan itu sahaja, selagi pembangunan di Perak diteruskan, kebajikan rakyat dijaga, keamanan negeri terkawal, perpaduan dieratkan, perniagaan berjalan lancar, pendidikan anak-anak terbela maka sesiapa pun yang menjadi MB saya sokong dan terima.

12. Yang penting buat kerja dan hasilnya, bukannya soalan siapa dan apa. Inilah yang dinamakan demokrasi dan kematangan politik sebenar!

Sunday, May 10, 2009

SALUT UNTUK MAMA


1. ''Seorang anak yang hebat lahirnya dari seorang ibu yang hebat.'' Begitulah ucapan musisi Indonesia yang terkenal Ahmad Dhani. Ternyata kehebatan dan kejayaan beliau dalam hidup adalah hasil daripada ketaatan dan kepatuhannya kepada seorang insan yang bernama ibu.

2. Saya sendiri bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, baik dan harmoni. Meskipun ibu saya bukanlah daripada orang-orang terkenal, tetapi beliau di mata saya tetap yang terbaik dan sepanjang hayat saya akan terhutang budi dengan seorang insan yang bernama ibu.
3. Hubungan saya dengan ibu sangat rapat sejak kecil lagi berikutan kerjaya ayah yang sentiasa berada di laut dan jarang sekali berada di rumah dan memang kehidupan saya semasa kecil sangat bergantung kepada ibu. Bahkan ketika pendaftaran sekolah rendah pun ibu yang bertungkus-lumus sendirian menguruskan saya kerana waktu itu ayah bertugas sebagai pemerhati pihak PBB di Sahara Barat.
4. Tidaklah dapat saya perincikan satu per satu pengorbanan ibu kepada saya tetapi cukup untuk saya mengingatinya sebagai seorang ibu yang sangat sabar dan tabah. Dan antara perkara-perkara yang tidak akan saya lupa adalah kehadiran ibu setiap kali hari anugerah cemerlang bermula dari tadika sampailah saya tamat tingkatan 5. Tidak lupa juga kewajipan ibu yang menghantar dan mengambil saya ketika alam persekolahan.
5. Saya tidak cerewet dalam makanan. Apa yang ibu masak saya makan dan biasanya saya dan abang bergilir-gilir memesan menu untuk masakan hari esok. Tapi bila sampai di giliran saya, biasanya saya memberi jawapan 'tak kisah'. Tetapi masakan ibu yang paling digemari adalah kuah kacang untuk masakan lontong dan ketika berada di UiTM antara perkara yang membuatkan saya rindu untuk pulang ke rumah adalah kopi di waktu pagi dan teh tarik di waktu petang yang ibu sediakan. Bahkan saya akan menelefon ibu malam atau beberapa jam sebelum peperiksaan untuk mendapatkan ketenangan dan semangat untuk menjawab exam.
6. Mengapa syurga di bawah telapak kaki ibu?Kenapa tidak di wajahnya ataupun di kepalanya? Syurga itu merupakan satu tempat di mana nikmatnya kekal abadi dan ia merupakan setinggi-tinggi tempat dan darjat kepada manusia. Ini memberi isyarat bahawa semulia-mulia tempat yang diciptakan Allah adalah di bawah keredhaan seorang insan yang mulia bernama ibu.

7. Sewaktu sekolah setiap kali waktu pulang saya akan duduk di belakang kereta dan membaca suratkhabar. Kawan-kawan ibu yang nampak mengusik ibu yang dia menjadi 'pemandu' kepada perdana menteri.Pada saya ibu bukan 'pemandu' tetapi 'pembentuk'.

8.Dan insyallah saya akan membanggakan ibu dengan menjadikan gurauan itu satu kenyataan satu masa nanti dan orang pertama yang akan saya jumpa setelah saya menjawat jawatan itu adalah: IBU.

9. Saya selalu berdoa dan berharap mudah-mudahan saya lahir daripada seorang ibu yang hebat!

Salut untuk ibu!

DAH HABIS DAH


bersama sebahagian dengan rakan-rakan sekelas PL2D

1. Tepat jam 10.45 pagi tadi berakhir sudah semester kedua sebagai pelajar asasi undang-undang di UiTM Kedah. Kertas terakhir yakni Bel 260 sepatutnya tamat jam 12 tengahari tetapi saya membuat keputusan untuk menghabiskannya awal kerana mahu mengemas barang-barang pulang ke Perak sebentar lagi.

2. Meskipun hanya tidur selama 3 jam tetapi mata dan fikiran saya masih segar seperti malam semalam. Tidak ada rasa mengantuk ataupun lelah. Terima kasih kepada Meyra kerana telah menemani saya berbalas komen di myspace. Perbualan kami lebih berkisar kepada novel saya dan insyallah saya telah menjemput beliau untuk membuat endorsement kepada novel terbaru nanti insyallah.

3. Banyak perkara telah saya pelajari sepanjang semester ini. Lima bulan yang penuh dengan pengalaman baru dan juga pembaharuan telah mengambil alih corak kehidupan. Kalau semester lepas saya mengklasifikasikan semester tersebut sebagai 'SEMESTER MENGENAL DUNIA' maka semester ini saya berpendapat temanya adalah 'MENGENAL SAHABAT DAN CINTA.'

4.Saya belajar banyak mengenai persahabatan. Tentang sahabat yang sentiasa menyokong dan memberi bantuan dalam keadaan apa sekalipun. Tentang sahabat yang hanya menjadikan kita as granted dan kemudiannya menikam dari belakang. Tentang dahulunya yang memikirkan saya seorang yang itu ini kepada satu tanggapan yang lebih baik. Dan semester ini juga saya belajar lebih tentang toleransi dan menghormati sahabat sebilik.

5. Tentang cinta.Ya hopeless seperti biasa hehehe. Awalnya ada kemudian pergi. Datang yang baru. Tapi hanya singgah, tidak masuk ke dalam hati. Ada yang pergi kerana berbeza masa depn dan kerjaya; maaf tetapi inilah kenyataannya bahawa saya tidak boleh dipisahkan dengan dunia politik dan kepimpinan. Memisahkannya ibarat memisahkan saya dengan darah yang mengalir dalam badan ini kerana darah politik telah turun-temurun dari moyang hinggalah kepada saya dan kepada anak-anak dan cucu saya pada masa depan. Jadi saya tidak boleh mengubah kenyataan ini semata-mata kerana seorang perempuan. Awalnya memang terasa sedih tetapi apabila difikirkan semula ada hikmah kenapa ia terjadi. Kenapa Tuhan masih membiarkan saya terus mencari lagi separuh hati saya yang ada dalam jodoh yang bakal ditemukan oleh Tuhan kelak kepada saya. Juga tentang masa lalu yang datang kembali dalam keadaan baik ataupun buruk. Kedua-duanya saling memberi hikmah dan pengajaran yang sangat berguna kepada diri saya. Dan kini, hati saya akan di'tutup' untuk saya mengabdikan diri dalam dunia undang-undang dan juga politik.

6. Tentang jawatan. Tugas sebagai naib setiausaha telah membuka ruang kepada saya untuk terus melangkah lebih jauh. Kalau dahulu blog ini diwujudkan untuk menceritakan perihal kelab sahaja tetapi sekarang ia akan bertukar orientasi. Tiada lagi apa yang disebut jawatan atau tugas. Saya akan berehat dan menumpukan kepada kerja-kerja luar saya untuk berbakti kepada anggota masyarakat yang lebih besar. Apapun saya tetap bersyukur kerana jawatan tersebut telah banyak membantu membersihkan imej saya dan membuktikan bahawa saya telah menunaikan manifesto dan janji-janji saya. Tiada pujian yang diharapkan dan tiada kritikan yang membuatkan saya kecewa sebaliknya saya berasa seronok dan gembira dapat menjalankan tanggungjawab tersebut. Cuma masih banyak yang belum dibereskan dan perjalanannya masih jauh.

7. Satu post-mortem akan dilakukan dalam minggu pertama ini untuk menilai dan mengkaji semula 'dosa-dosa' yang telah saya lakukan sepanjang semester ini untuk mengelakkan saya mengulanginya pada semester hadapan. Saya mengakui banyak kesilapan yang saya lakukan dan ada sedikit penurunan dari segi kualiti dan akademik tetapi saya masih optimis ianya boleh diperbaiki lagi.

8. Saya teringat satu perumpamaan tentang sifat manusia apabila dimasukkan ke dalam air panas(yakni kehidupan); adakah ia menjadi seperti ubi(lembut/lemah), menjadi seperti lobak(kuat/agresif) atau menjadi seperti kopi(membentuk kehidupan itu sendiri dengan tenang dan sempurna).

9.Dan saya sendiri tidak tahu dalam kategori apakah saya tergolong.Biarlah manusia dan 'novel' hidup saya sendiri yang menentukan.

Dah habis dah satu bab...Tapi jalan ceritanya masih panjang!