Friday, May 1, 2009

SYED ABDUL KARIM

1. Pagi tadi saya berjumpa dengan En.Dil editor program U-wartawan di Astro Awani. Sekali tu abang saya turut serta untuk menonton wayang.

2.Awalnya saya berkeras untuk berjalan kaki dari apartmen ayah ke stesen Dato Keramat. Segan juga bekas pelari marathon sejak form 5 tak larat nak jalan untuk 10 minit. Tetapi abang saya dengan penuh relaks menjawab 'kita naik teksi je.Along belanja'.

3. Nasib baik tak susah untuk dapatkan teksi di situ. Kami meneruskan perjalanan ke KLCC dengan teksi yang dipandu pakcik Syed Abdul Karim.

4. Suasana di jalanraya mula menjadi sesak.Kami memulakan topik untuk bersembang.Lagipun inilah salah satu kegemaran saya kerana golongan ini(pemandu teksi) mempunyai pengalaman yang luas dalam berinteraksi dengan manusia dan sangat faham dengan tingkah laku manusia.

5. Pakcik ini memberitahu bahawa kesesakan yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pemandu yang meletakkan kereta di tepi2 jalan dan ini telah menyempitkan lagi pergerakan kereta-kereta yang lain.

6.Beliau bersetuju dengan saya apabila salah satu fenomena ini berlaku disebabkan kurangnya penguatkuasaan daripada pihak polis dan majlis bandaraya.Katanya kalau tahun 80-an semua pemandu2 takut untuk letak kereta di tepi2 jalan sebab akan 'diterjah' oleh pihak polis.Tak sempat pun nak parking lama2.

7. Tapi Syed Abdul Karim(pemandu teksi ini) bukan sebarang orang.Ternyata pandangan saya terhadap pemandu teksi memang benar. Dia lantas memberi cadangan supaya majlis bandaraya menambahkan lagi kawasan parking kereta.Cara berkesan; parking bertingkat.

8.Saya sendiri tidak terfikir akan hal tu.Betul juga parking bertingkat di samping menjimatkan ruang dapat menyelesaikan sedikit masalah kesesakan jalan raya.Lagipun majlis bandaraya dengan kerajaan pun banyak duit. Kalau mampu kasi sekian juta dan billion untuk itu ini insentif lebih baik ia diberikan untuk menaiktarafkan kemudahan parking di bandaraya.

9. Selain itu juga kemudahan sistem parking bertingkat ini dapat membuka peluang perniagaan kepada peniaga2 Melayu.

10.Barangkali ia boleh diusahakan oleh MARA atau agensi kerajaan yang lain?Atau mungkin idea ini mempunyai masalah kerana MeCD sudah tiada lagi kementeriannya sendiri?

11. Tetapi sepertimana kata Syed Abdul Karim; idea2 sebegini mesti dah ada cuma antara mahu buat atau tidak.

12. Dan ternyata rakyat biasa seperti pakcik Abdul Karim mempunyai idea yang sehebat ini.

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)