*gambar sekadar hiasan
1. Kes jenayah di Selangor menyaksikan hampir separuh daripadanya melibatkan golongan remaja. Terkejut?
2. Saya bukan mahu untuk membentangkan faktor2 dan berbasa-basi dalam perkara ini kerana kita tahu kalau ada jenayah pasti ada mangsa dan mangsa itu mungkin cedera atau mati akibat perbuatan jenayah tersebut.
3. Yang paling membimbangkan, separuh dari kes jenayah tersbeut boleh dikategorikan bawah kes juvana. Itu baru kat Selangor kalau ditambah dengan negeri-negeri bagaimana?Tak ke bahaya kalau ramai remaja di Malaysia ni yang terlibat dengan jenayah?
4. Ok now let's focus to work. Kita tahu golongan sasaran adalah para remaja dan rata-rata mereka ini masih di bawah tanggungan ibu bapa dan bersekolah. Justeru saya mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa NGO untuk menangani masalah ini. Jawatankuasa ini saiznya tak perlu besar; cukup ada beberapa orang yang terdiri daripada polis,orang awam,guru disiplin dan ibu-bapa. Kalau boleh setiap satu negeri ada satu jawatankuasa ini.
5. Bila dah ditubuhkan ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes juvana ini:
- Cari tahu kes juvana apa yang sering dilakukan oleh remaja contoh curi motor,curi kereta, bergaduh,merompak dll.
- Senaraikan nama-nama remaja yang terlibat dengan juvana dan jumpa dengan ibu bapa mereka untuk beritahu hal ini.
- Jawatankuasa ini juga perlu pergi ke sekolah dan memaklumkan salahlaku pelajar mereka di luar sekolah. Pihak sekolah patut tahu perkembangan pelajar2 mereka di luar perkarangan sekolah supaya kes juvana ini tidak masuk ke dalam sekolah.
- Berjumpa dengan pelajar tersebut dan adakan sesi 'bertemu hati'(istilah kaunseling sering mendapat tanggapan negatif). Kita kena cari tahu apa yang menyebabkan pelajar ini bertindak liar dan sanggup melakukan juvana. Jangan menghukum tetapi beri dorongan dan panduan untuk mereka berubah.
- Remaja-remaja yang tegar sahaja baru dihukum dengan hukuman tegas.
- Remaja yang terlibat dengan juvana ini akan dipantau pada masa depan supaya mereka tidak terabai dan ada tempat untuk berbincang dan berdiskusi
6. Jawatankuasa khas ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis untuk menangani masalah jenayah di negeri tersebut dan ahli-ahlinya wajib turun padang untuk meninjau remaja-remaja yang terlibat dengan kes juvana, pergi ke sekolah dan rumah ibu bapa pelajar tersebut dan kaji suasana persekitaran remaja kerana kebanyakan remaja juvana ini terlibat dengan kumpulan bersama mereka yang sudah tamat persekolahan.
7. Hasil kerja dan pemantauan jawatankuasa ini akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan cuma remaja juvana yang berkategori 'tegar' sahaja yang perlu mendapatkan khidmat polis. Mana remaja yang mild dan boleh diubah maka mereka akan terus berada di bawah pemantauan dan program jawatankuasa tersebut.
8.Mungkin apabila jawatankuasa ini semakin berkembang dan mendapat sokongan dana maka jawatankuasa ini dapat membina tempat untuk remaja-remaja juvana. Kita mafhum ada remaja yang memang tidak minat ke sekolah dan salah satu cara mereka memberontak adalah dengan melakukan jenayah. Jadi tempat pemulihan jawatankuasa ini akan kembali membentuk semula peribadi rohaniah pelajar tersebut dan libatkan mereka dengan aktiviti bersukan seperti bola, ragbi dan sebagainya. Kalau yang minat bahagian pertukangan atau mekanik maka sediakan bengkel untuk mereka berlatih. Yang minat berniaga beri latihan perniagaan dan bantu mereka untuk berniaga kecil-kecilan.
9. Saya yakin dan percaya remaja juvana ini bukannya manusia yang tidak berguna dan tidak berhasil tetapi mereka juga mempunyai bakat dan kemahiran sendiri cuma tidak tahu menyalurkannya ke jalan yang betul. Jadi dengan adanya jawatankuasa ini dapat memahami dan memenuhi kehendak mereka untuk terus hidup di dalam masyarakat dan mampu menggunakan kemahiran mereka untuk hidup meskipun tiada latarbelakang pendidikan.
10. Perhaps jawatankuasa ini sebagai satu alternatif daripada terus menangkap dan memuatkan mereka ke dalam sekolah henry gurney dan sekolah pemulihan akhlak yang lain. Jangan mereka ini dipandang negatif tetapi lihat mereka dengan kacamata yang positif. Kita kena terima hakikat tidak semua yang suka dengan belajar, buku teks, jadual waktu dan sebagainya jadi golongan jenis ini kita bentuk mereka dengan kaedah yang sesuai dengan jiwa dan hati mereka.
11. Nama sesuai untuk jawatankuasa ini?Youth community barangkali?
12.Negara lain sudah mempraktikkan perkara ini. Contoh filem Gridiron Gang yang diadaptasi dari cerita sebenar.
*tengah bergulit dengan masalah sosial pun masih sibuk dengan isu politik.Tipikal Malaysian!
z mmg sesuai la jadi ahli politik..
ReplyDeletebgus lah z suke bce psl bende2 kt m'sia ney..
ija mlas tul nk amek tahu sbb sakit ati..lg suke amek tahu pasal dunia luar..ija rse ija ad potensi tuk ditarik balik kerakyatan..haha.
setiap kali bce blog z, ija akan sentiasa ingatkn diri, "rajin sket ija! bace bnde2 cam ney." tapi kesudahanya ija akn bkak mysoju.com jugak. can't help it.
Salam perkenalan dan salam ziarah. I am really interested in your arguments above. But will it be fair to say that it would be best if we start to curb the crime made by these teenagers by educating the parents first with parenting skills? Sometimes parents seems don't mind or perhaps unknown with whom their children are befriending with. Perhaps if we provide the parents with parenting skill first, will be our frontline in curbing juvenile crimes. I stand to be corrected.
ReplyDeleteCheers and salam
Hi org muda,
ReplyDeleteperlu juga dikaji kebanyakan remaja@pelajar yg 'nakal' masa sekolah dia akan jadi org hebat..cuma mereka skrg ni dah terlebih kreatif dan nakal,semoga suatu hari nanti mereka akan jadi manusia yg bersifat manusia.
darah muda z~
ReplyDeletekita pun tahu mcm mana?
kdg2 nak cuba je.
no intention of harm pun.
test power je.
bila sth happened,
bru rsa salah.
klu tak rsa juga.
patut dihukum smpai insaf tp guna cara y lembut.
Salam hormat,
ReplyDeleteSalam menumpang lalu dihalaman wahai tuan muda yang budiman,
Persoalan tuan muda dari no.1 hingga ke no.12 semuanya adalah tentang hal dan perihal 'remaja',
Soalan saya kepada tuan muda pula cuma 1 sahaja,
Kenapa 1-12 itu berlaku kpd remaja?
(di malaysia)
Info utk tuan muda:
Kajian ada membuktikan bahawa 'genetik' (eng: genes) seorang pejuang negara (askar) adalah sama dengan 'genetik' seorang pemberontak (rebellious).
Kajian juga ada membuktikan jika 'genetik' ayahnya seorang pejuang, maka anaknya juga adalah pejuang (dengan cara perjuangannya),
Adakah kenyataan ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan semula kepada perkara no.1 hingga ke no.12?
kita jumpa selepas ini di gelangang 'remaja'
salam hormat kepada tuan muda,
ZR
Khalid tak buka mata ke utk selesai perkara nie? .. ape yang berubah kat selangor? just penduduk tak perlu bayar air jer? tu jer? .. ;P
ReplyDelete