Thursday, May 7, 2009

DILEMA TONGKAT&FISIOTERAPI

1. Konsep 1Malaysia yang dirancangkan oleh Ds Najib merupakan satu dasar untuk memupuk semula integriti dan persefahaman antara kaum di Malaysia.Konsep kesaksamaan dan keadilan menjadi teras dalam konsep ini.

2. Tetapi pasti timbul satu persoalan di sini-hak istimewa orang Melayu bagaimana pula?Kata 1Malaysia jadi sistem kuota mestila dihapuskan.Tindakan afirmatif(positive discrimination) juga tidak perlu diteruskan sebaliknya meritokrasi dan persaingan terbuka perlulah dipraktikkan dalam segenap bidang.

3.Benarkah?Apakah orang Melayu sudah betul2 kuat tanpa tongkat sakti ini(yakni hak istimewa atau kuota)?Adakah dengan memansuhkan sistem kuota dapat merealisasikan idea 1Malaysia?

4. Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak keistimewaan bumiputera tertakluk di bawaha kuasa dan perlindungan Yang Di Pertuan Agong. Peruntukan ini sebenarnya merupakan galang ganti kepada kesediaan dan sifat toleransi orang Melayu yang sedia memberi hak kerakyatan kepada kaum Cina dan India sewaktu proses kemerdekaan tetapi galang ganti ini tidaklah pula diperuntukkan dalam perlembagaan.

5. Persaingan terbuka dan meritokrasi adalah bagus kerana dapat meningkatkan lagi keupayaan dan produktiviti di samping memaksa orang Melayu keluar dari comfort zone kepada courage zone. Tetapi pemansuhan dasar afirmatif sepertimana dalam buku Malay Dilemma tulisan Tun Mahathir akan mengembalikan masyarakat kepada hukum primitif iaitu yang kuat akan berkuasa dan yang lemah akan ditindas atau ketinggalan.

6. Benarkah orang Melayu masih lagi bertongkat?Adakah sistem persaingan terbuka bererti orang Melayu kena membuang tongkat dan perlu berlari untuk bersaing dengan kaum lain sedangkan pada hakikatnya kaki kita masih sakit dan belum pulih rawatnya?

7.Jadi bila sakitnya itu mahu pulih?Penggunaan tongkat secara berterusan juga akan membuatkan seseorang itu jadi manja dan tidak mahu berusaha untuk memperbaiki diri. Tetapi pada pendapat saya tongkat artikel 153 itu masih diperlukan untuk orang bumputera mendapat tempat dalam bidang perniagaan dan pendidikan.

8.Apabila orang Melayu telah berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki dalam DEB dan berjaya duduk sama rendah,diri sama tinggi dengan bangsa lain maka barulah kesaksamaan dan keadilan kaum itu dapat dicapai.Hakikatnya dasar afirmatif itu sendiri bertujuan untuk mencapai konsep 1Malaysia.

9. Tetapi sekali sekala tongkat itu perlu diubah sedikit demi sedikit supaya orang Melayu lebih berani dan bersedia. Meskipun bertongkat tetapi tidak menghalang untuk melakukan aktiviti2 lain dan sekali-sekala cuba berjalan tanpa menggunakan tongkat. Setidaknya, tongkat itu lambat-laun tidak akan digunakan sekiranya pesakit menjalani rawatan fisioterapi dengan disiplin dan teratur.

10.Nah di sinilah kuncinya-rawatan fisioterapi. Apakah rawatan ini dapat melepaskan pergantungan pesakit dari tongkat?Barangkali boleh.Itupun dengan syarat pesakit mesti berdisiplin menjalani rawatan tersebut dan rajin berfisioterapi.Hasilnya kalau guna fisioterapi maka seseorang itu akan lebih cepat pulih berbanding menggunakan tongkat semata.

11.Pernah timbul satu isu dahulu UiTM perlu dibuka kepada kaum lain. Permasalahannya di sini ialah jika ia dibuka maka ia bertentangan dengan artikel 153(3) yang mana memperuntukkan Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa melantik badan berkuasa bertanggungjawab dalam peruntukan biasiswa dan pendidikan. MARA merupakan badan berkuasa tersebut yang bertanggungjawab membangunkan UiTM.

12.Jadi kalau mahu dibuka kepada kaum lain,artikel 153(3) perlu digubal semula la dan perkataan MARA di UiTM tu tak boleh dipakai lagi.

13. Timbul satu persoalan untuk direnung dan dimuhasabahkan: apakah sekarang ini orang Melayu dan bumiputera masih menggunakan TONGKAT atau sudah bersedia menjalani fasa FISIOTERAPI?

3 comments:

  1. Melayu, Cina, India, bumiputera dan lain semua manusia juga. Kenapa hanya Melayu diberi keistimewaan? Kaum2 lain bukan kaum bumiputera jugak ke. Bagaimana untuk menhapuskan sifat perkauman, klau Melayu sahaja diberi keistimewaan manakala bangsa lain DIANAK tirikan.Apakah salah nya kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada semua kaum?.Negara2 maju telah lama memberikan pendidikan percuma kepada semua warganya seperti Germany. Uitm berikan pendidikan percuma ke? Untuk malkmuman,Uitm hanya nama je Mara, tetapi Uitm bukan lagi dibawah bidang kuasa mara.Uitm mempunyai autoriti tersendiri.

    ReplyDelete
  2. kepada encik di ats ini, benar, di negara2 maju xmengamalkan dasar affirmative. Namun, zalim la kite nk membandingkan negara kite, negara membangun, dengan negara maju. Kerajaan xpenah anaktirikan sesapa dalam malaysia nie. Itu yang kite perlu tau sejarah. Kite ada kontrak sosial. Maybe ramai org kata kontrak sosial nie dah ketinggalan zaman. Namun itulah yang perlu dipatuhi. Pada hari ini, ramai org melayu sendiri yang mengesa dasar affirmative ini dihapuskan. Tp jangan la kite terlampau pentingkan diri..Mungkin kita mampu tanpa dasar itu. Tetapi fikirkan org2 melayu yang masih memerlukan "tongkat sakti" bak kata zhariff. Ubah dlu perspektif org melayu utk menerima dasar meritrokrasi, baru lah pk2 nk ubh dasar affimatif itu. Ini demi generasi Melayu zaman hadapan.

    -bkn ektremis Melayu,tp prihatin nasib org melayu mase kini-

    ReplyDelete
  3. 7 wasiat Raja-Raja Melayu yg perlu diingatidan dipanjangkan kpd generasi kita:-
    1. Persekutuan Tanah Melayu
    2. Tanah Simpanan Melayu (50%)
    3. Rejimen Askar Melayu
    4. Raja-Raja Melayu
    5. Islam Agama Persekutuan
    6. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
    7. Kedudukan Istimewa Orang-Orang Melayu
    " jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)