Monday, May 11, 2009

UDAH SELESAI?BENAR NI?

1. Mulanya saya fikir kes MB Perak ini diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tetapi ia diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Bererti kes ini boleh dibawa ke mahkamah rayuan dan seterusnya ke mahkamah persekutuan.

2. Ds Nizar adalah MB Perak yang sah. Ratio Decidendi(Legal Reasoning) bagi kes ini adalah Nizar tidak disingkirkan melalui undi tidak percaya oleh sidang ADUN Perak.

3. Sultan Perak enggan membubarkan sidang DUN dan ini memberi Nizar dua pilihan: meletak jawatan(yang mana beliau tidak lakukan) atau undi tidak percaya oleh sidang DUN Perak(yang tidak dilakukan oleh BN).

4. Saya berpendapat keputusan mahkamah hari ini bukannya hendak memberitahu bahawa keputusan bekas ketua hakim negara(yakni Sultan Perak) adalah salah. Bahkan baginda bertindak melantik DS Zambry sebagai MB Perak setelah mendapati majoriti berpihak kepada BN(31 kerusi sementara PAS 28 kerusi). Hal ini terjadi setelah DS Tajul Rosli meletak jawatan dan DS Najib mengambil alih ketua perhubungan UMNO Perak. Sejurus selepas perkara itu berlaku, 3 ahli pembangkang keluar parti dan menjadi adun bebas yang menyokong BN. Saya pasti apa yang difikirkan baginda adalah kepentingan rakyat supaya urusan pentadbiran dan pembangunan tidak tergendala.

5. Keputusan mahkamah hari ini juga bererti Perak mempunyai dua menteri besar.

6. Tetapi belum pernah dalam mana-mana sejarah negeri mahupun negara di dunia yang mana minoriti menjadi MB sementara majoriti menjadi pembangkang. Adalah sulit untuk DS Nizar menjalankan tugas sebagai MB kerana kedudukan majoriti sidang ADUN sekarang berpihak kepada BN.

7. Justeru saya menganggap cadangan DS Nizar untuk menghadap Sultan Perak sejurus selepas keputusan mahkamah adalah tepat. Beliau mahu mengusulkan supaya DUN dibubarkan berikutan keputusan mahkamah memutuskan DS Nizar adalah MB yang sah.

8. Pada hakikatnya ini merupakan kesilapan BN sendiri kerana tidak melakukan usul undi tidak percaya sewaktu sidang DUN bersidang. BN dilihat lebih ghairah untuk memecat speaker Sivakumar tetapi terlepas pandang hal ini iaitu usul undi tidak percaya.

9. Jika cadangan pembubaran DUN tidak diterima juga oleh sultan, maka alternatif seterusnya adalah melakukan sidang DUN dan pada waktu itu BN mengusulkan undi tidak percaya kepada DS Nizar.

10. Kedua-dua alternatif ini pada saya bagus(yakni pilihanraya baru atau usul undi tidak percaya). Saya berpendapat BN tidak perlu gusar jikan pilihanraya kecil berlangsung lagi kerana sekarang pun majoriti berpihak kepada mereka.Jadi kenapa perlu risau?Cuma ia akan memakan masa dan merencatkan perhatian untuk kemajuan di negeri Perak.

11. Pada saya sesiapa pun yang menjadi MB- baik BN atau PR saya terima dengan hati terbuka kerana perlembagaan tubuh Perak mewajibkan MB mestilah seorang Melayu dan Islam. Bukan itu sahaja, selagi pembangunan di Perak diteruskan, kebajikan rakyat dijaga, keamanan negeri terkawal, perpaduan dieratkan, perniagaan berjalan lancar, pendidikan anak-anak terbela maka sesiapa pun yang menjadi MB saya sokong dan terima.

12. Yang penting buat kerja dan hasilnya, bukannya soalan siapa dan apa. Inilah yang dinamakan demokrasi dan kematangan politik sebenar!

7 comments:

  1. Izin saya betulkan satu dua perkara.,
    1.Keputusan ini bermaksud hanya ada satu MB iaitu Nizar. Bukan dua seperti kata saudara, berlaku dua mb bila sultan melantik Zamry tanpa perletakan jawatan oleh nizar.
    2. ADUN adalah ahli dewan undangan negeri, apa yang saudara cuba maksudkan ialah DUN.
    3.Keputusan ini memang memberitahu yang sultan telah betindak salah. Sebenarnya telah ada kes rujukan iaitu di sarawak. Iaitu Sultan/ Yang dipertua tidak boleh singkirkan MB/KM
    Maaf menegur, satu analisis yang baik juga. tk

    ReplyDelete
  2. salam zack..

    dari awal lagi nampak sangat be end negeri perak sibuk nak berkuasa..

    mula2 bile ak tengok time federal court wat conclusion last week nampak keputusan berpihak kepada Zambry..

    so, sekarang ni mb perak yang sah hanya ada satu je...zambry tu hanya lah bahan perguna be end je..

    so dr awal lagi rakyat nak sultan perkenan bubarkan DUN..tp tu la atas nama bekas ketua hakim..mungkin ade sebab sendiri mengapa baginda tidak mahu memperkenankan pembubaran..

    sebelum zambry sibuk berkuasa Sultan ade bercakap..Innallah ha maa Sobirin..Allah akan bersama orang yang bersabar..bg ak sultan saje nak bg rakyat lihat apa yang kerajan negeri lakukan sepanjang hampir 5 bulan be end berkuasa..sume yang berlaku ade hikmahnye..point nyee sekarang jangan gler kuasa pstikan status quo..status quo maksud ak sekarang ni adalah NIZAR sbg MB PERAK..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas teguran dan komentar.
    Saya menyatakan Perak mempunyai dua MB kerana majoriti DUN adalah BN dengan 31 kerusi dan DS Zambry dilantik oleh sultan dengan adat istiadat sepertimana yang dilalui oleh DS Nizar selepas memenangi PRU lepas. Belum pernah ada mana-mana negeri yang diperintah dan ditadbir oleh pihak minoriti sementara yang majoriti menjadi pembangkang. Ini adalah fakta semasa yang tidak boleh disangkal sepertimana keputusan mahkamah petang tadi.
    Meskipun DS Nizar adalah MB yang sah tetapi BN adalah majoriti dalam DUN Perak. jadi solusi bagi krisis ini ada dua: pilihanraya semula atau panggil bersidang untuk buat undi tidak percaya.

    ReplyDelete
  4. saya sarankan supaya saudara Z tngok AGENDA AWANI 11/5/2009 - 8.00pm -9.00pm

    try cari dimana2.. mungkin dapat membantu saudara dalam menganalisis isu politk semasa.

    Rancangan ini sangat baik kerana ia mengumpul cerdik pandai & bukan la orang yg berat sebelah.

    walaupun kekadang tu ada

    ReplyDelete
  5. Betul ke BN x perlu risau kalo ada pilihanraya? Bg aku, BN perlu risau sgt2. Trend pengundian semasa x berpihak kepada BN. Lg la dgn krisis di Perak. X semua rakyat tau, ada Mahkamah Rayuan n Federal Court yg sememangnya mampu utk menukar keputusan yang telah dilakukan di Mahkamah Tinggi. Bg mereka, bila mahkamah dah tentukan mcm 2, BN bersalah n nampak sgt gile kuasa coz saje2 isytihar jd MB. Hope terbaik jelah utk BN. Chaiyok!

    ReplyDelete
  6. 1.Semasa kali pertama Susilo menjadi Presiden Indonesia, Partinya, Parti Demokrat merupakan parti yang kecil atau minoriti dalam dewan, tapi alhamdulililah beliau menjadi Presiden.

    2.Benar Zamry dilantik dengan adat yang sama macam Nizar dan Zamry adalah majaroti sekarang, tapi masalahnya ialah perlantikan Zamry ketika Nizar masih belum disingkirkan secara undang-undang. Oleh itu perlantikan Zamry adalah terbatal.

    3. Bermaruah kah BN disokong oleh ADUN bebas yang mana dua daripadanya didakwa atas kes rsuah?

    ReplyDelete
  7. 1. Meskipun minoriti tetapi susilo bergabung dengan parti lain yakni pimpinan Jusuf Kalla barulah dia dapat membentuk kerajaan.Begitu juga dengan sekarang di mana Susilo akan bergabung dengan parti2 Islam untuk membentuk kerajaan baru.

    2.Saya pernah mempersoalkan rasional BN disokong oleh ADUN bebas tersebut ketika membincangkannya dalam post bulan Februari lepas.
    Justeru itu saya menulis ia adalah kesilapan BN sendiri kerana tidak sabar untuk memerintah semula Perak dan mengapa mengamalkan budaya lompat parti dalam post blog februari tersebut.

    Sol-Kalau DUN dibubarkan, maka buat jelah pilihanraya pun. Menang atau kalah BN itu soal kedua yang penting krisis ini perlu tamat demi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)