Saturday, May 30, 2009

DAN TAK BISA MEMILIHNYA JUGA...


1. Saya telah berjanji untuk menulis sambungan mengapa saya tidak menyokong pembangkang meskipun saya tidak menyokong UMNO.Dan inilah sebabnya.
2. Saya tidak banyak pengetahuan tentang saudara Anwar Ibrahim dan cerita ini pun berlaku sekitar tahun 1993 dan pendirian saya ini dibina berdasarkan cerita-cerita yang lepas. Ini diambil dari majalah ASIAWEEK November 1993 sewaktu saudara Anwar masih menjadi TPM Malaysia. Hingga ke saat ini saya belum mendengar apa-apa statement dari beliau untuk menafikan kenyataan yang beliau buat dalam majalah ini.
3.Pada mereka yang melanggan majalah ASIAWEEK pasti tahu hal ini. Mungkin ada yang sinis mengatakan 'itu sebab dia masuk UMNO dulu' tapi pada saya, parti itu bukanlah penting tetapi personaliti oranglah yang membetuk parti tersebut samada menjadi baik atau tidak. Yang penting individu, partinya soal kedua.
4. Jika ada sebarang kemusykilan tentang perkara ini(bagi mereka yang totok menyokong saudara Anwar sehingga menganggap dia 'suci' daripada dosa) bacalah penjelasan lebih lanjut di sini
5. Gambar di atas ihsan dari blog penulis Faisal Tehrani. Saya sendiri mengetahui bahawa beliau bukan penyokong UMNO bahkan karier penulisan beliau bermula dengan sokongan daripada seorang tokoh PAS(saya lupa siapa nama dia).
6. Dan salah satu lagi alasan ialah berkenaan kegawatan ekonomi 1997. Jelas terpampang di media massa waktu itu saudara Anwar meminta bantuan IMF sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara Asia yang lain. Tetapi Tun Mahathir bertegas untuk mengatasi masalah ekonomi dengan cara tersendiri(mungkin ada yang anggap idea Mahathir tu pun datang dari Anwar). Dan kita semua tahu pakar ekonomi dari Amerika mengkritik cara Tun.M mengatasi krisis tersebut tetapi akhirnya terpaksa menelan bulat-bulat bahawa tindakan beliau adalah tepat dan benar.
7. Apa akan jadi kalau kita meminjam wang dari IMF ketika waktu kegawatan? Mengikut pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, kerajaan akan berhutang dengan IMF dalam amaun yang sangat besar dan ini membawa kepada kenaikan cukai itu ini. Jika cukai naik maka syarikat2 akan mengalami masalah untuk meneruskan operasi dan gagal membayar cukai.Alhasil ia akan membawa kepada penutupan syarikat2 dan berlakunya pengangguran.
8.Seperti yang terjadi di Indonesia, tindakan Presiden Suharto meminjam wang dari IMF inilah yang membawa kepada penggulingan pentadbiran beliau selama hampir 3 dekad. Dan sekitar tahun 2006-2007 barulah negara ini berhasil membayar hutang IMF dan sekarang mula membangun. Indonesia tertinggal hampir 10 tahun dari Malaysia yang sejak awal lagi sudah berjaya keluar dari krisis ekonomi dan berhasil melaksanakan projek2 pembangunan seperti KLCC,KLIA dan F1 Sepang tatkala negara-negara lain sedang terkial-kial keluar dari pergelutan krisis ekonomi.
9.Apakah mungkin jika Tun.M bersetuju dengan tindakan Anwar meminta bantuan IMF akan membawa kepada penggulingan beliau?Waalahualam.Dalam politik macam2 perkara boleh terjadi dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perkara sebenar.
10.Bacalah blog Presiden Susilo dan anda akan ketahui betapa bertuahnya dapat melepaskan diri dari belenggu IMF.
11.Video ini pula saya tidak ketahui sejauh mana kebenarannya.Jika benar biarlah para pembaca sendiri yang menilai.Klik sini
12. Kesimpulannya mafhum bahawa semua tidak sempurna.Sebab itu janganlah kita menganggap diri kita yang terbaik,parti kita yang terbaik,kita saja yang betul orang lain yang salah.Masing-masing punya kelemahan dan janganlah kita terlalu bongkak mendabik dada bahawa kitalah yang benar dan terbaik. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia selepas Nabi Muhammad saw dan janganlah kerana terlalu menyanjungi sesuatu membuatkan kita buta dan enggan menerima kesalahan. Sama-sama bermuhasabah diri dan perbetulkan langkah supaya kembali kepada matlamat yang benar dan perbezaan yang ada itu jangan dijadikan alasan untuk tidak bersatu menangani masalah rakyat...

5 comments:

  1. hmmm..btol2 tu tade sorg pon yg sempurna kat dunia ni..

    ReplyDelete
  2. Salam;

    Sempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak saudara jumpa atuk, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.

    Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...

    ReplyDelete
  3. saya kupasan yang sangat menarik dari seorang anak muda...

    ReplyDelete
  4. banyak lagi yg boleh diselongkar ..
    keghairahan merosakkan akal!
    pengajaran kpd generasi muda.

    ReplyDelete
  5. apa yang pelik dengan jawapan anwar? sebarang kesalahan perlulah dibuktikan di mahkamah. orang ketika itu berpendapat jumpa sahaja salman rushdie, terus bunuh. bukankah itu tidak adil namanya?

    dan anwar juga terang2 menyebut beliau tidak setuju dengan salman rushdie.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)