Sunday, May 3, 2009

KALAU CAMNI AKU NAK BALIK KE SEKOLAH SEMULA LA

1. Berita Utama malam tadi melaporkan Timbalan Menteri di JPM T.Murugiah melawat kanak-kanak sekolah rendah yang didakwa didera oleh gurunya.

2. Aku tak pasti darjah berapa dan berita kemudiannya memfokuskan tempat2 yang dicubit dan 'didera' itu.

3.Saya rasa ada hikmah kenapa Tuhan memberikan teknologi canggih dan kebebasan media selepas saya tamat sekolah rendah kerana jika tahun sekitar 1997-2002 itu media dan teknologi telah didedahkan, mungkin saya sudah femes sekarang kerana 'didera' oleh cikgu.

4. Normal la sebagai seorang kanak-kanak sifat kenakalan saya terserlah sewaktu sekolah rendah dan biasalah kalau kena denda berdiri atas kerusi,cubit dan sebagainya tetapi hingga tamat persekolahan belum lagi merasai 'cap lima' dari mana-mana guru.Lagipun ibu saya sendiri sudah memberi lesen untuk cikgu mengajar dan menghukum saya jika saya buat salah.Ayah saya lagila tak kesah; nama pun tentera dan dengar cerita dia pun sewaktu training tentera dulu pun dah cukup memberi isyarat bahawa ayah juga memberi 'lesen' untuk cikgu-cikgu mendidik dan menghukum saya jika melakukan kesalahan di sekolah.

5. Kalau zaman dulu2 kena rotan,penampar dan sebagainya adalah perkara biasa dan biasanya perkara itu tidak akan dilaporkan oleh ibu bapa sebab kalau ibu bapa tahu komfirm akan kena hukuman kedua. Dan sebab itulah mereka(generasi2 dulu) lebih tough, kuat dan semangat.Sebab mereka tahu mereka buat salah dan wajar dihukum.

6. Itu perkara normal kalau cikgu mendenda dan menghukum jika pelajar2 nakal. Ia akan jadi tak normal kalau cikgu mendenda pelajar2 yang tidak berbuat salah.Kalau yang itu baru layak masuk tv dan buat laporan polis.Ini baru dipanggil 'kes luar biasa' atau 'kes cikgu psiko'.

7. Malangnya kes dalam berita utama tadi tidaklah tergolong dalam kes luar biasa itu kerana murid tersebut 'didera' kerana berkelakuan nakal dalam kelas.What to expect on that?Salahkah guru menghukum murid yang berkelakuan nakal?Kalau salah maka pelajar2 yang berkelakuan nakal itu tidak boleh dihukum dan biarkan saja mereka menganggu persekitaran sekolah dan pelajar-pelajar lain.Oh,tapi tak boleh juga nanti guru didakwa tidak menjalankan tugas pula, makan gaji buta.

8.Mungkin KPI menteri2 dinilai dengan kekerapan berapa kali masuk tv dan menyelesaikan isu-isu rakyat?Mungkin. Bagaimana dengan pendapat anda pula?
*Muka ketika hari pertama ke sekolah rendah tahun 1997

6 comments:

  1. omg! muke u time kecik mcm my lil kazen! hahaha.
    weyh..
    aku sokong.. dlu time skola aku slalu je pon kenen rotan kat tgn sbb tak buat keje math. (benci lah math, sbb tuh amek law)hahha. takder pon nak mintak masuk tv.
    bdk2 skrg ngade.. ptt lempang je cukup2.hahaha
    dah buat slh tu sendiri tanggung la.urgh.geram aku tau. hahaha

    ReplyDelete
  2. ala comeynyer dia....ala budak malam tadi kena cubit sikit jer...itu pun nak kecoh sampai nak kuar tv....bukan patah riuk pun...susah la budak2 skang ni...tak boleh disentuh langsung.....dulu waktu kita sekolah, kena cubit n rotan, takde pun mak bapak serang sekolah..susah....susah...

    ReplyDelete
  3. hahahah..comel sgt! =D btul2.. fyza rasa budak2 skrg dah taw dorang nye rights tp some reasons, dorang sendiri brani lawan ckp cikgu. they deserve to be punish laa.. Z gitaw dorang soh jgn ngade2 sgt. :)

    ReplyDelete
  4. Z..budak2 sekarang ni manje sangat la...

    lagi satu yang ak x puas hati..yang si TPM di Jabatan Perdana Menteri turun kenapa..

    nak tunjuk dy buat kerja ke??

    len kali klu kes kecik camtu x yah la turun..

    jejas integriti laa..

    cmmon laa...masing sibuk nak turun padang tp x kena tempat...1MALAYSIA...

    ReplyDelete
  5. ini pasal la ramai bdk spoil zaman skarang ni.. ma bapak diorang bg manja sgt smpai kes saman mnyaman guru.. huhu.. xberkat ilmu baru tau..
    cara lain; post kat youtube konon nya guru dera murid.. padahal denda biase je pon.. tu pon slh diorang sndiri...
    org2 besar yg asyik turun pdg buat bz settle kes2 cmni pon amek publisiti murahan.. (mcmlah diorang xprnah kena denda ms skolah dulu..)

    p/s: klula xleh dijentik sikit pon bdk2 tu... alamat xjadi diorang tu nanti... lembek sgt..

    btw.. muka budak kecik tu muka baru kene rotan cekgu eh?.. hehe

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)