Friday, May 1, 2009

CORAT CORET KUALA LUMPUR

1. Setelah empat hari berada di Kuala Lumpur kini saya berada di Perak rumah tercinta. Ramai orang masih kabur dengan kehidupan 'nomad' saya; sebenarnya kampung saya di Johor Bahru dan sebulan sekali ibu akan turun untuk menjaga rumah arwah atuk sementara di Kuala Lumpur tempat ayah saya bertugas. Perak pula adalah rumah tetap yang ayah beli di Manjung. Jadi kebiasannya saya lebih selesa untuk pulang ke Kuala Lumpur.
2. Empat hari ini cukup memuaskan.Meskipun agak sibuk dan terisi dengan pelbagai program tetapi sekurang-kurangnya saya tudak terperangkap dengan kebosanan dan kebingungan.Benar saya sendiri pernah menyalahkan cuti kerana ia telah 'membekukan' dan menumpulkan pemikiran saya.
3. Ketika berada di KLCC tengahari tadi sementara menunggu abang saya habis menonton wayang, saya meluangkan masa menikmati 'dunia' saya sendiri di kinokuniya. Dan sampai di sana jelas saya masih gagal untuk menolak godaan. Ya, godaan untuk membeli buku baru.
4. Pening saya buat pilihan:Sejarah Melayu,Minda Muslim Super atau Dilema Melayu-Islam. Setelah habis berfikir saya tekad untuk membeli dilema melayu-islam kerana buku ini merangkumi kedua-duanya sekaligus; Melayu dan Islam. Penulisnya juga bukanlah calang-calang orang; buku beliau yang bertajuk 'TENTANG CINTA' menjadi feveret saya dua tahun lepas sebelum saya hadiahkan kepada orang lain. Buku tentang cinta ini merupakan 'secondary sources' untuk mereka yang mahu mendalami ilmu cinta sementara buku Di Bawah Naungan Cinta karya Ibnu Hazm masih lagi menjadi sumber rujukan utama dalam hal cinta.
5. Setelah beli kami berdua menjemput ibu dari Sogo pergi ke KLCC untuk mencari barang sempena hari ibu.Awalnya saya sempat bingung untuk beli apa kemudian saya teringat bahawa ibu seorang yang suka mengumpul barang-barang perhiasan rumah berupa tin2 dan pasu.

6.Jadi saya mengambil keputusan untuk bawa ibu ke Harrods dan dia memilih barang apa yang hendak dibeli. Pembayarnya adalah saya.
7.Harrods adalah barangan keluaran England dan ibu telah memilih tin berisi breakfast tea untuk dijadikan koleksi perhiasan di rumah.
8.Tetapi kali ini di Kuala Lumpur saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat2 seperti Aliff Amzar,Fyza dll.Mungkin cuti semester nanti baru sempat jumpa.


Antara koleksi ibu di rumah.

tin harrods untuk mother's day 2009

4 comments:

  1. harroods!! bru bkk kat klcc kn? besar x zack?

    ReplyDelete
  2. eit..klcc ada harroods?? for real?

    eit, yea..nxt hols we wajib hangout taw!

    ReplyDelete
  3. Semoga jadi anak yang baik..
    sejuk hati ibumu
    Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

    ReplyDelete
  4. ohh.. i was waiting je harrods bukak kt klcc.. n AKHIRnye dh dibuke.. hehe.. :))

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)