1. Janganlah cakap kat rumah aku takde kalendar ataupun aku seorang alzheimer kerana mengepos blog yang bertemakan kemerdekaan ini.Ye masih jauh lagi kira2 3 bulan lagi baru kita sambut merdeka.Tapi bukan itu tujuan nak pos blog ini jauh sekali nak menceritakan kisah-kisah sejarah bermula dari zaman empayar Melaka hinggalah ke perisyitiharaan merdeka pada 31 ogos 1957.
2. Satu keputusan telah dibuat bahawa tidak ada sambutan kemerdekaan tahun ini kerana tanggal 31 Ogos berada dalam bulan suci ramadhan.
3.Konform keputusan ini sangat luar biasa dan akan menyebabkan sambutan kemerdekaan tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Tidak adalah hari di mana kita akan berkumpul beramai-ramai dan bersorak merdeka!merdeka! selepas penat terkinja-kinja dan telinga pun hampir pekak kerana mendengar persembahan artis di malam ambang merdeka.
4. Bukan itu sahaja, para barisan pejuang mat rempit juga tidak dapat mempamerkan semangat juang mereka di jalan raya dan kedai-kedai yang menjual kondom juga akan kerugian besar jika sambutan merdeka tidak ada pada tahun ini.
5.Maaf jika bahasanya kasar sebentar tadi tapi itulah hakikatnya.Merdeka yang disangkakan cumalah merdeka pada suara sahaja tetapi tidak pada jiwa. Arak,seks bebas dan lumba haram menjadi program2 utama untuk muda-mudi yang kebanyakannya Melayu pada malam sambutan kemerdekaan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika pejuang2 Melayu yang masih hidup melihat cara sambutan merdeka kita sekarang.
6. Tahun ini merupakan satu titik tolak kepada pembaharuan cara kita menyambut hari kemerdekaan. Kalau dulu penuh dengan hiburan maka tahun ini sangatlah dicadangkan(highly persuasive sebab ada 'lacuna') supaya pengisian sambutan kemerdekaan yang ke 52 ini lebih bersifat tenang dan membawa kepada kemerdekaan spiritual.Alangkah bertuahnya kita menyambut kemerdekaan tahun ini dalam bulan yang suci, bulan yang diturunkan rahmat Tuhan kepada umat Islam. Maka solat hajat, doa dan ceramah interaktif atau forum perdana sangat tepat untuk mengisi sambutan tahun ini. Penganut agama lain juga pasti tidak keberatan untuk menyambutnya dengan cara sederhana dan berdoa mengikut ajaran masing-masing.Bukankah itu lebih bagus dan tenang daripada kekecohan,havoc dan kekusutan yang terjadi sepanjang sambutan tahun2 yang lepas?
7. Ini merupakan satu 'isyarat' bahawa tidak kira sambutan merdeka atau tahun baru masyarakat memerlukan sesuatu yang lebih dari sekadar menjerit dan mengucapkan sahaja. Kalaupun kita merdeka secara fizikal tetapi hakikatnya kita mati secara rohaniah dan itu boleh diibaratkan seperti jasad tanpa roh. Kemerdekaan mestilah dihayati dalam dan luar;bukannya bermusim dan dicemari dengan perkara-perkara yang tidak bermoral, perbuatan2 yang meruntuhkan akhlak yang menjadi salah satu punca mengapa sesuatu bangsa itu hilang kekuatan dan kemerdekaannya suatu hari nanti.
8. Untuk sambutan2 yang bersifat nasional pada masa akan datang eloklah diteliti semula intipati program2 yang diisi untuk menjayakan sambutan tersebut. Barangkali sambutan tersebut tidak menyebabkan para penganjur,pengunjung dan semua yang terlibat meninggalkan solat. Kalaupun mahu hiburan, pastikan ianya tidak melebih2 dan melampaui batas. Para pengunjung pun mesti di'separate'kan kepada lelaki,wanita dan berkeluarga. Bukankah itu lebih selamat,aman dan tenteram?
9.Sebenarnya cadangan2 di atas bukanlah yang pertama tetapi pernah disuarakan oleh bekas menteri satu ketika dahulu.Malangnya tiada usaha lanjut.Sambutan kemerdekaan dan tahun baru pada tahun2 lepas membuktikan betapa akhlak dan mentaliti masyarakat kita masih rendah dan ruang untuk memperbaikinya masih ada jika ada usaha yang berterusan dari semua pihak.
10.Merdekakan jiwa dan akal kita ataupun kita akan 'mati' sebelum mati yang sebenarnya!
Tanda Meraikan kemenangan bukan setakat aktiviti berhibur shj...byk lagi yg sdg dan akan dilaksanakan..mai la join !!
ReplyDeletefyza tergelak sekejap sbb byk2 bende yg z leyh igt, z igt psl jual kondom. astagfirullah.. :p
ReplyDeletemerdeka nih, slalu salah tafsir oleh generasi skrg. bg dorang, lompat2 dgr lagu tu erti patriotik..
z, mana la tau pas terawih, mat rempit wat sambutan kemerdekaan sendiri.. still 7eleven menjadi pilihan utk membeli kondom. laku ma... dorang nie bukan kire bln ramadan ke,syawal ke, dorng main "hentam" jow...
ReplyDeleteagak bersetuju bila sambutaan kemerdekaan tahun ni diatur dengan baik...
ReplyDeletedan agak terkejut bila dengar kat berita semalam...
insyaAllah xde anak bernama ramadan b merdeka pada tahun ni...
i agree. ramadhan is a holy month. should respect it. kalau nak ikutkan mat rempit, ni depan rumah aku pun tiap2 ari merempit. kadang2 aku pun join. best woo. eh2!! haha.
ReplyDelete