Monday, May 18, 2009

ORANG LAIN GADUH ORANG LAIN MENANG


Politik itu kotor dan berlumpur-lumpur. Tetapi apabila tiba saatnya terjunlah!
1. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari Elina yang telah memperkenalkan saya dengan filem GIE terbitan produksi Indonesia. Sebuah filem politik indonesia yang terbaik dan petikan di atas saya ambil daripada kata-kata hero filem tersebut iaitu Soo Hoe Gee lakonan mantap Nicholas Saputra.
2. Ini barangkali merupakan pandangan terakhir saya berkenaan politik yang berlaku di negeri Perak walaupun keputusan mahkamah rayuan berkenaan kes ini akan diputuskan pada hari ini(jika tidak silap) kerana menurut saya kes ini kalau hendak diselesaikan dengan rundingan undang-undang maka biarlah ia sampai ke mahkamah Persekutuan(Federal Court) yang kuasanya tidak boleh dibantah atau dicabar lagi.
3. Perhatian saya lebih tertumpu ke arah tindakan BN samada ingin bertanding di DUN Penanti atau tidak yang mana akan diputuskan pada hari ini 18/5/09.
4. Berbalik situasi politik di Perak. Sedar atau tidak kebanyakan masyarakat baik di negeri Perak sendiri atau di luar Perak lebih bersetuju jika pembubaran DUN diperkenankan oleh Baginda Sultan Perak daripada menggunakan alternatif kedua iaitu undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datang. Pastinya pihak yang paling gembira jika pembubaran DUN menjadi kenyataan adalah parti DAP kerana parti inilah yang kalau kita perhati dan telitikan sejak bermula krisis ini sangat berkehendakkan agar pilihanraya dilaksanakan semula.
5. Kalau ia terjadi maaf jika saya katakan BN akan kalah dan mungkin akan kehilangan lebih banyak kerusi dari sekarang.Itu merupakan satu kemungkinan besar yang akan terjadi maka sebab itu ada suara yang mengatakan bahawa tindakan BN menolak pilihanraya semula di Perak adalah kerana takut kalah. Betul atau tidak saya serahkan kepada masyarakat untuk menilai.
6. Ada satu lagi kemungkinan yang juga menarik. Kalaupun PR dijangka menang jika pilihanraya diadakan semula, harapan Ir.Nizar untuk jadi MB Perak juga boleh diragui dan ada kemungkinan besar dia tidak akan jadi semula MB.Kenapa?
7. Mari kita sorot kembali perkara ini sejak kemenangan pembangkang pada PRU MAC 2008 yang lepas. Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh parti PAS?Jawapan: 5 kerusi. Yang menjadi majoriti?Jawapan:DAP. Jadi kalau mengikut semangat demokrasi dan fikiran logik sudah tentu yang majoriti patut jadi MB bukan? Tapi kenapa MB dari pihak pembangkang bukan DAP?
8.Jawapan:Perlembagaan tubuh Perak telah menetapkan Menteri Besarnya mestilah wajib seorang Melayu dan Islam. Malangnya calon2 DAP tidak ada satupun yang menepati syarat-syarat ini. Maka sebab itu Ir.Nizar dari parti PAS yang menjadi MB. Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang tidak dibantah oleh mana-mana pihak. Kalau ada juga yang mempertikaikan kenyataan ini saya menganggap dia bukanlah rakyat Malaysia ataupun dia terputus bekalan elektrik untuk menonton televisyen dan kedua matanya buta untuk membaca akhbar.
9. JIKA pilihanraya semula akan diadakan, adakah DAP akan mengulangi kesilapannya?Apakah kesilapan itu?Jawapan: tidak ada calon Melayu. Sekarang ini parti DAP sendiri mempunyai ahli yang terdiri daripada orang Melayu, katakanlah ahli itu bernama A. Apakah ada sebarang halangan untuk DAP mengangkat A yang Melayu itu untuk menjadi calon dalam pilihanraya nanti?
10.JIKA Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya baru ini: kerusi DAP akan menjadi majoriti dan kerusi PAS serta PKR tetap minoriti dan DAP sekarang mempunyai A sebagai calon Melayunya yang menang dalam pilihanraya itu. Jadi sekarang siapa yang akan jadi MB?Apakah DAP akan memberi laluan kepada Nizar lagi untuk jadi MB?Kalau saya perlu menjawab soalan ini jawapannya adalah TIDAK.Kenapa? Jawapan: DAP sudah mempunyai calon Melayu,Islam yang bernama A yang menepati syarat2 untuk menjadi MB Perak seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan negeri itu.
11. Apakah si A untuk akan memperjuangkan agenda Islam dan Melayu? Apakah parti DAP yang terang-terang partinya itu bukanlah bermatlamatkan untuk perjuangan Islam atau Melayu akan memberi A ruang untuk bertindak sendiri?Oh sudah tentu tidak. Pemimpin DAP yang telah mengeluarkan kenyataan ''langkah mayat saya kalau nak dirikan negara Islam di Malaysia'' tidak akan membiarkan si A ini mentadbir mengikut kehendak dirinya sendiri.Pedulikan dia tu Islam atau Melayu yang penting dia parti aku, parti DAP jadi ikut apa agenda DAP, buat apa yang DAP perintah dan jangan banyak cakap atau kau akan dikenakan tindakan. Itulah situasi yang bakal si A hadapi. Jadi apa gelaran yang sesuai untuk si A ini?Jawapan: Boneka atau proksi untuk keuntungan DAP sendiri.
12. Saya sudah menyatakan pendirian saya bahawa sesiapapun yang menjadi MB bukanlah satu masalah bagi saya sekiranya MB itu mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan negeri serta memperjuangkan agenda Islam dan Melayu di negeri Perak. Tapi kalau calon DAP yang berbangsa Melayu ini menjadi MB adakah dia berpeluang untuk memperjuangkan agenda Islam atau Melayu yang sudah jelas bukan menjadi agenda utama parti serpihan PAP itu? Bukanlah saya prejudis terhadap DAP tetapi kenyataan dan pendirian yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan DAP itu sendiri telah menunjukkan siapa mereka.
13. Janganlah terlalu taksub untuk tengok lawan kalah sampai diri sendiri pun kempunan tak dapat apa. Janganlah ada sikap 'peduli apa aku yang penting geng aku menang!' tapi akhirnya yang menderita saudara seagama dan sebangsa sendiri. Kita sesama Islam, sesama Melayu bergaduh tak berkesudahan sementara pihak yang lain hanya tersenyum, terus menyimbah-nyimbah minyak supaya terus marak dan bila masing-masing yang bergaduh ini dan terbakar rumah, pihak yang lain ini pula mendirikan rumah mereka dan menghalau orang yang bergaduh ni keluar dari tanah tersebut.
14. Siapa yang tergadai?Siapa yang menang?Siapa yang kalah? Siapa sebenarnya yang dapat untung dalam isu ini?Siapa yang hilang rumah dan siapa yang dapat membuat rumah baru? Siapa yang untung dan siapa yang rugi?
15. BN boleh terus berdoa supaya DUN tidak dibubarkan dan berdoa supaya ada keajaiban jika berlangsung juga pilihanraya sementara PAS juga perlu berdoa supaya DAP tidak terbuka hati untuk mengambil calon Melayu dalam pilihanraya akan datang. Jika DAP pimpinan Karpal Singh dan Lim Kit Siang itu terbuka hati untuk mengambil calon Melayu dan pengundi mengundi kerana 'kerajaan atau pembangkang' maka bersiaplah untuk menerima MB baru dari parti DAP.
16. Jangan terkejut kalau ia berlaku. Kerana ia tidak mustahil untuk berlaku dan lazim bagi seorang manusia tidak akan melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua.
Saya serahkan untuk saudara/saudari yang sedang membaca entri ini untuk berfikir dan membuat penilaian masing-masing.Wallahua'alam.
*Terima kasih kepada pensyarah saya Encik Mohd Zulhelmey Abdullah yang telah memberi konsep awal kenapa Sultan Perak menolak pembubaran DUN. Alhamdulilah konsep tersebut dapat diperincikan lagi oleh saya dalam blog ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mendidik saya sejak dari tabika kemas di Sabah sehingga ke tingkatan 5 di SMK Tanjung Datuk. Hasil didikan dan doa para pendidik inilah yang telah membawa saya sehingga ke peringkat ini.Terima kasih!

5 comments:

  1. 1) Ada produksi dr Indon yg sdg shooting adaptasi kes bangunan AIA ditawan oleh tentera merah Jepun,wajarkah?...
    4) Setuju bubar DUN Perak..tp BN khususnya UMNO kena muhasabah dan taubat byk2.
    5) Jika Nizar bertanding n PR menang pun,dia tak kan dipilih utk jd MB semula..biarkan dia jaga Bkt Gantang,DAP tentu ada agenda lain.
    6) kalu tak silap DAP dah pernah ada ADUN Melayu di DUN Pasir Berdamar..bukan suatu yg mustahil ...boneka tp ada nyawa dan akal fikiran!

    ReplyDelete
  2. makhamah rayuan akan menolak rayuan bn dan nizar akan memohon dun dibubarkan tetapi sultan xkn perkenan sebab majoriti tidak memihak kepada nizar ,habis 2 apa nak jadi?

    ReplyDelete
  3. hmm...mmg btol mse nizar jd MB nmpak nizar hanyalah sebagai barang perguna DAP dan PKR yg mne majoriti diorg lebih besar kat sne berbanding dgn PAS..PKR n DAP Perak mg x puas ati sbb Nizar jd MB..tp ble satu2 persatu kate DAP dituruti rakyat negeri Perak pandang Nizar lebih tinngi atas nme seorang Islam..namun hakikatnye Nzar terpaksa berhadapan dgn bangsa sendiri yang masih takut dipijak bangsa lain..pemimpin mcm Nizar takan bg rakyat dipijak..

    ReplyDelete
  4. bro...aku nk bg tau skit ni...DAP tu sape??

    PAKATAN RAKYAT jugak kan...

    bkn dari Parti BN kan??

    so..xkisah la sape MB...

    mcm la dlm BN tu x de PEMIMPIN MIC,GERAKAN,MCA,PPP,dan ape lagi ntah..

    siap buat undang2 baru nk masok islam...

    ops..sry dah nk lari tajuk..

    ok balik pada crita di perak..




    Macam ni...klu DUN dibubarkan...

    PAS akan menang lebih kerusi berbandaing PRU ari tu...

    x caye??

    saya pon x de bukti...tapi saya byk jugak membaca sumber2 di perak ni...

    contohnye di website www.perisik-rakyat.com

    saya byk dpt sumber yg saya x percaya bulat2...tapi sebagai manusia terpelajar...saya mengkaji dan menilai artikel yg di perlihatkan lalu saya membuat kesimpulan disitu...


    ok...semua sedia maklum...PR mmg akan menang di Perak klu ada DUN dibubarkan...jgn tipu klu nk kata U/BN menang...saya x masok skit pon blah PAKATAN...tapi apa yg saya lihat..PAKATAN RAKYAT mendapat simpati dari pengundi di PERAK

    btol x cakap saya??

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)