Tuesday, May 12, 2009

3 DALAM 1

1. Lupakan sebentar isu MB di Perak yang semakin membingungkan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan DS Zambry. Saya sendiri tidak mahu mengulas lanjut tentang butiran permohonan beliau cuma yang saya tahu apabila ia dibenarkan maka DS Nizar tidak dapat mencadangkan pembubaran DUN.

2. Saya sendiri tidak tahu kenapa BN tidak mahu pilihanraya semula sedangkan mahu atau tidak negara tetap akan menjalani amalan demokrasi ini pada beberapa tahun akan datang.

3. Isu kali ini mungkin berbaur politik tetapi tidaklah memeningkan kepala rakyat tentang soal kedudukan dan kuasa kerana isu ini lebih menjurus kepada kepentingan, keselamatan dan keadilan kepada rakyat. Isu ini merupakan salah satu endless isu yang telah membawa pro dan kontra sejak ia ditubuhkan.

4. Pada hemat saya ISA bukanlah satu akta untuk dimanipulasikan demi kepentingan politik. Ia sepatutnya lebih memusatkan kepada kepentingan rakyat yakni melindungi keamanan dan menghindarkan dari kacau-bilau. Undang-undang seharusnya bersih dan nemo judex in causa sua dalam menegakkan keadilan dan kestabilan negara.

5. Yang selalu menjadi persoalannya ialah siapa yang 'layak' untuk ditahan dalam ISA? Saya berpendapat bahawa ISA ini tidak relevan untuk digunakan waktu sekarang yakni waktu keamanan. Ia sepatutnya digunakan ketika negara menghadapi darurat atau berdepan dengan serangan musuh. Maka barulah akta ISA ini aktif semula untuk menahan perisik atau anggota musuh yang bersenjata yang bertujuan mengancam keselamatan rakyat.

6. Meskipun dalam keadaan aman sekarang ini pun masih wujud kumpulan2 ekstremis yang cuba menggugat keamanan tetapi pada saya mereka masih lagi berhak untuk dimaklumkan di mahkamah atas penangkapan mereka. Mereka tidak boleh ditahan tanpa sebarang bicara atau tidak dimaklumkan oleh pihak mahkamah.

7. Dalam pengetahuan cetek saya sebagai pelajar undang-undang, mahkamah majistret bertanggungjawab untuk menguruskan kes-kes seperti unlawful assembly(di mana hukumannya adalah 6 bulan penjara),does any obscene act or recite obscene song at public place, cause public nuisance(fine rm400).Kepada pelajar undang-undang semester dua sila rujuk bab 4.

8. ISA bukanlah satu eskapisme untuk meringankan beban mahkamah mengadili dan menghukum kerana itulah peranan keadilan dan fungsi mahkamah di sesebuah negara. Seseorang yang ditahan mestilah dimaklumkan kepada mahkamah dalam lingkungan waktu(saya tidak pasti samada 24 atau 48 jam) dan mesti mempunyai hak untuk dibicarakan. Soal tangguh atau tidak itu nombor dua yang penting hak fundamental sebagai seorang rakyat mesti terjamin.

9. Jika tidak habeas corpus akan mengambil alih untuk menafikan kuasa ISA sebagaimana yang terjadi kepada penulis blog Raja Petra.

10. Lantas bagaimana pula dengan Mas Selamat yang ditahan ISA ketika ini?Saya difahamkan juga melalui akhbar tempatan bahawa ada tahanan ISA yang sudah hampir 7 tahun berada di dalam Kem Kamunting tersebut. Kalau diminta pendapat saya, eloklah Mas Selamat dihantar semula ke tempat asal beliau yakni Singapura kerana dia bukan urusan kita sementara tahanan 7 tahun itu pada saya eloklah dipertimbangkan untuk dibebaskan dengan menggunakan sistem parol atau prisoner tagging. Jika masih khuatir dia terlibat dengan pertubuhan ekstremis tersebut maka bicarakan dia di mahkamah dan berikan kata putus di situ.

11. Tidak perlulah kem kamunting itu dilabel sebagai Guantanamao Bay di negara ini sekiranya mereka yang ditahan ini mengikut lunas undang-undang yang benar.

11. Kekerasan tidak boleh dilawan dengan kekerasan. Itu yang diajar oleh Islam dan kita mesti berpegang teguh dengan prinsip tersebut. Bahkan Rasul sendiri diingatkan oleh Tuhan dalam Al-Quran supaya tidak bersikap keras kepada kaum Quraisy kerana jika baginda bersifat demikian maka kaum Quraisy pasti akan menolak dakwah Islam baginda(sila betulkan jika saya tersalah fakta).

12. Saya juga tidak terkejut dengan kenyataan satu badan yang beroperasi di Amerika yang mengatakan bahawa kejayaan Mas Selamat hidup di Malaysia selama setahun membuktikan rangkaian kumpulannya masih aktif di Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Sementara itu kerajaan negara membidas kembali dengan menyatakan Mas Selamat hanya dibantu oleh dua teman karibnya sahaja.

13. Pada saya tak kisahlah dia dibantu dua atau lebih teman karibnya itu tetapi pada saya jangan diletakkan kesalahan pada bahu Malaysia.Sepatutnya sila tanya kepada Singapura kenapa Mas Selamat berjaya meloloskan diri dari kawalan penjara yang ketat dalam insiden 'toilet break' itu. Ada besar kemungkinan keselamatan penjara itu sendiri dikompromi dan lebih baik Amerika persoalkan hal itu daripada menuding jari kepada Malaysia yang 'membiarkan' Mas Selamat hidup di sini selama setahun. Saya sendiri percaya yang mereka(Amerika) juga tidak mempunyai sebarang klu atau maklumat lengkap tentang pertubuhan ekstremis yang dianggotai oleh Mas Selamat sendiri. Bahkan Amerika sendiri pun sampai sekarang tidak menemukan jawapan yang tepat tentang kebenaran serangan Al-Qaeda terhadap WTC 8 tahun yang lepas.

14. Sekarang ini pun terdapat beberapa teori yang mengatakan itu bukan serangan dari Al-Qaeda.Ada kemungkinan ia dilakukan oleh orang Arab tetapi orang itu bukan dibiayai oleh Al-Qaeda tetapi Amerika sendiri. Sila layari http://www.911.truth.org/ dan http://www.thetruthseeker.co.uk/ anda akan mendapat penjelasan yang lebih mendalam tentang peristiwa ini. Yang pasti serangan Amerika ke atas Afghanistan adalah bermotifkan ekonomi kerana Afghanistan mempunyai pipeline minyak yang apabila dikuasai Amerika maka negara Uncel Sam itu akan menambah cengkamannya ke atas industri minyak di negara ini.

15. ISA wajar direformasi-hanya aktif pada waktu darurat dan apabila diserang oleh musuh luar dan dalam sahaja. Kalau untuk langkah pencegahan atau menahan mereka yang tidak mengancam nyawa rakyat, eloklah dibawa ke pengadilan mahkamah. Maka itu lebih menepati konsep of Law,Liberty & Freedom(pelajar semester 1 sila rujuk bab 8).

Tidak ada yang lebih penting daripada kepentingan dan keadilan rakyat. Itulah tujuan undang-undang sebenar!

4 comments:

  1. Ada 2 pilihan BN boleh buat untuk jadi anak jantan, instead of jadi pondan atau pengecut:-

    1) Setuju adakan pilihan raya semula, atau...
    2) Usul undi tidak percaya terhadap Ir Nizar dalam Sidang DUN

    Tetapi kenapa BN memilih untuk jadi pondan juga?

    1) Bak kata Solehin, trend semasa rakyat mutakhir ini, melihat kepada semua pilihan raya kecil pasca pilihan raya umum ke-12 di Semenanjung, semuanya berpihkak kepada Pakatan Rakyat. So most likely, kalau ada pilihan raya negeri, silap-silap BN kalah lebih besar.

    2) Nak singkirkan Menteri Besar melalui vote of no confidence perlukan two third majority, itu kata perlembagaan. ADUN BN di Perak cukup ke dua pertiga? Sekadar lebih beberapa orang, itupun thanks to the three ADUN hampas yang jadi katak. Macam mana nak cukupkan dua pertiga? Nak pujuk ADUN-ADUN lain jadi katak juga ke? Susah tu... Dah la tak cukup masa.

    Kesian Dr Zambry, dia di"puppet"kan.

    ReplyDelete
  2. Pandangan yang baik dan terbuka tyentang ISA.

    Saya juga setuju satu akta yang khusus untuk mencegah dari berlakunya keganasan, tapi hak asas individu seperti di gariskan oleh Islam dan hak asasi manusia perlu diutamakan.

    Kamunting disamakan dengan Guatanamo ialah kerana penyiksaan yang berlaku. Ada bukti jelas. Kes penderaan adalah sama seperti di kem abu gharib

    ReplyDelete
  3. yes... ISA patut digunakan pada waktu darurat sahaja.. :) tapi depends juga laa...

    ReplyDelete
  4. ISA ..kpd org yg pegang kuasa perlu fikir dulu masa nak guna ISA ni..jangan ambil kesempatan pulak. Berguna tapi perlu semak semula.

    Fikir tak? masa pindaan Perlembagaan 1983 dulu ramai yg suka,sokong dan gelojoh ..laa ni ada yg kesal pulak kenapa kita cepat sgt melatah...sy pun tgh renung-renung dan fikir-fikir

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)