Wednesday, May 6, 2009

SETENGAH ISI SETENGAH KOSONG


1.Ini adalah pos ketiga saya berkaitan dengan isu PPSMI setelah dua pos sebelum ini menunjukkan kecenderungan saya untuk menyokong PPSMI

2.Kita melihat isu ini dengan sudut yang berbeza-beza; ibarat melihat sebuah gelas yang berisi air separuh.Ada yang mengatakan ia setengah terisi manakala yang lain mengatakan ia setengah kosong.

3. Saya melihat PPSMI memberi keuntungan besar kepada sahabat-sahabat saya yang mengambil kursus sains di universiti kerana pengajaran dan pembelajaran di universiti dalam kursus tersebut adalah bahasa Inggeris.

4.Tetapi terdetik di hati saya kalau begitu kenapa semua pelajar perlu belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?Bukannya semua yang ambil kursus sains di peringkat tinggi.Saya sendiri pun tidak melanjutkan pelajaran dalam kursus ini meskipun sejak tingkatan 1 hingga 5 mempelajari sains&matematik dalam BI.

5. Justeru sistem pendidikan kita secara keseluruhannya perlu diubah.Bukan masalah 'berdosa' kalau belajar BI tetapi cara pelaksanaannya harus diteliti semula. Mengapa tidak ia bermula sejak tingkatan satu?Maksud saya di sini pelajar2 yang selesai menduduki UPSR akan diberi pilihan untuk mengambil aliran yang diminati.Kalau ikut sistem pendidikan sekarang pilihan aliran2 ini hanya bermula apabila selesai PMR.
6.Dari sini, mana-mana pelajar yang mengambil aliran sains akan mempelajari subjek2 sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sementara pelajar-pelajar yang mengambil aliran bukan sains tidak perlu mempelajari subjek sains dan matematik.Mereka hanya belajar subjek2 yang ada dalam aliran tersebut dalam bahasa Malaysia.Bererti tidak semua yang akan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

7.Kalaupun mereka(yang bukan aliran sains) diwajibkan untuk belajar subjek Matematik maka mereka akan diajar dalam bahasa Melayu kerana kertas soalan peperiksaan pun mesti dikekalkan dengan sistem dwibahasa.Masalah yang ketara di dalam subjek Sains bukannya Matematik kerana Matematik lebih kepada penyelesaian angka2, tidak seperti Sains yang lebih fokus kepada penyelesaian istilah2 dan teori.

8.Maka pelajar2 aliran Sains tidak akan menghadapi masalah di peringkat universiti sekiranya melanjutkan pelajaran dalam kursus sains di peringkat tinggi.Jadi bagaimana dengan Sains dan Matematik dalam UPSR?Saya berpendapat biarlah di peringkat rendah diajar bahasa ibunda terlebih dahulu tetapi sistem dwibahasa dalam kertas peperiksaan masih dikekalkan.

9. Kita tahu bahawa fokus PPSMI adalah melahirkan ramai pelajar yang menguasai sains dan matematik memandangkan kedua-dua subjek ini digunakan meluas melalui bahasa Inggeris.Tetapi tidak perlu semua pelajar perlu menjadi bahan eksperimen ini.Hanya yang berminat dengan aliran sains sahaja yang akan 'undergo' dasar ini.Tambahan pula kalau ia dimulakan sejak awal tingkatan maka pelajar2 lebih fokus dan dapat merancang halatuju kerjaya mereka kelak di peringkat yang lebih tinggi.

10. Adakah dengan menghapuskan PPSMI maka perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sudah dianggap selesai dan menang?Saya berpendapat usaha memperkasakan bahasa Melayu perlu dilaksanakan dan berterusan. Ia perlu bermula kepada segenap lapisan masyarakat bukan kepada para pelajar sahaja. Contohnya di semua IPTA dan IPTS saya fikir perlu diperkenalkan subjek Bahasa Melayu ataupun sastera Bahasa Melayu. Sebarang urusan rasmi melalui surat ataupun pembentangan kertas kerja maka hendaklah ia dilakukan dalam bahasa Melayu. Persidangan atau majlis2 besar di negara wajib dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu dan pelajar2 luar yang belajar di negara ini juga diwajibkan untuk mengambil subjek Bahasa Melayu.Banyak lagi cadangan2 untuk memperkasakan bahasa Melayu selain dari yang saya sebutkan di atas dan saya yakin anda yang sedang membaca blog ini juga mempunyai idea dan cadangan tersendiri untuk memperkasakan bahasa Melayu selain daripada pemansuhan dasar PPSMI.

11. PPSMI masih relevan tetapi untuk pelajar yang berminat untuk hidup dalam kerjaya sains dan matematik manakala yang berminat dengan aliran bukan sains maka mereka tidak boleh dipaksa untuk menjalani dasar ini. Sementara itu jangan dilupakan usaha-usaha selanjutnya untuk memperkasakan bahasa kebangsaan ini sendiri.

12.Mungkinkah ini dinamakan kajian menyeluruh TPM?Saya berharap begitu. Perubahan secara menyeluruh dalam sistem pendidikan kita juga perlu dikaji dan diperkemaskan semula.


Setengah isi setengah kosong!

9 comments:

  1. Maaf kan saya, saya tidak bersetuju dengan pilihan yang diberikan saudara. Ehem2, pertama saya ingin menyatakan pendapat saya. Saya bersetuju dengan PPSMI tetapi sseperti yang dikatakn saudara tadi, pelaksanaan perlu diteliti.

    Berhubung dengan pilihan aliran. untuk memilih aliran pada umur yang begitu muda sangat tidak relevant. ini kerana pelajar KURANG matang dan pilihan yang dibuat mungkin boleh memudaratkan pelajar pada masa akan datang. Ini terbukti dalam satu kes berkaitan Pelajar Perempuan yang terpaksa mengambil SPM buat kali kedua kerana kesalahanya memilih aliran.(Malas nak terang dengan lebih lanjut tetapi it's a true case).

    Konsep memilih masih bileh diguna pakai, tetapi pada pendapat saya, adalah lebih baik jika pelajar memilih sama ada untuk belajar dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu. itu adalah lebih baik.

    Mungkin saudara akan berkata apa akan terjadi kepada pelajar yang mengambil Aliran bahasa melayu di peringkat pengajian tinggi? Bukankah mereka didalam golongan "disadvantage"? Maka, ini persoalan yang perlu dijawab oleh pelajar itu sendiri.

    Mustahil untuk mewujudkan sesuatu yang sempurna. Setiap pilihan yang dibuat kita perlu mengorbankan pilihan lain. Ibarat bahasa Ekonomi dalam subject Economic Issues & Problems, OPPORTUNITY COST ;)

    salam.

    ReplyDelete
  2. Saudara Zharif,

    1. Sains dan matematik bukan lah boleh menyebabakan kita pandai english, ini kerana matematik lebih kepada angka manakala sains banyak menggunakan perkataan yang standard dari bahasa latin. Soalan matematik perlu faham sebelum menjawab, jika kita tidak faham, maka tidak dapat menjawab dengan tepat.
    Lagi pula banyak negara maju datang dari bukan negara english.

    2. Apabila ada aliran sains dan aliran sastera, maka akan wujud aliran english untuk sains dan aliran melauu untuk sastera,
    ibu bapa tentu akan cenderung untuk menyuruh anak mereka belajar sains kerana peluang pekerjaan yang lebih besar dan akan menyebabkan saster kita turut runtuh dalam masa yang sama.

    3. Adakah kita tidak yakin dengan bahasa kita? selam ini kita belajar dalam bahasa melayu, dapat juga lahirkan angkasawan.

    4. Sebenarnya kita perlu giatkan aktiviti penterjemahan bacaan akedemik. Terjemahan dengan cepat seperti di Indonesia.

    5. Para pejuang bahasa seperti saya tidak pernah mengatakan yang kami berpuas hati jika PPSMI dihapuskan, kami mahukan lebih lagi, agar bahasa ini betul-betul hidup dengan bermaruah.
    Digunakan disemua IPT, dibidang-bidang profesional, persidangan2 dan lain-lain.

    6. Saya juga mahu satu akta seperti di Jepun yang mewajibkan semua bahan yang masuk kenegara tersebut perlu di terjemahkan.
    Contohnya kita beli tv, manual tu mesti diterjemahkan dalam bahasa melayu.

    7. Banyak lagi fakta mengapa PPSMI perlu dihapuskan jika saudara membaca buku mengapa kami bantah

    Apapun tahniah atas keprihatinan saudara

    ReplyDelete
  3. The love me~Terima kasih atas pandangan saudara.Tetapi kalau memberi pilihan maka akan timbul soal kekurangan dan lambakan pelajar untuk mempelajari subjek tersebut.Mungkin akan timbul pula isu lebihan pelajar yang belajar subjek sains dan matematik dalam BM dan timbul lagi masalah dalam pengeluaran buku teks dwibahasa,buku rujukan dsb.

    Penakiri-Saya memahami kehendak saudara.Sebab itulah saya menerangkan matematik itu lebih kepada penyelasaian angka dan sains kepada istilah dan teori.Justeru sesiapa pun boleh belajar matematik dalam bahasa melayu atau inggeris tetapi untuk sains sahaja yang akan menimbulkan sedikit masalah.
    Saya cuba memikirkan masalah kepada pelajar2 IPT yang mengambil kursus sains kerana jika mereka tidak mempelajari sains dan math dalam BI sejak sekolah menengah maka mereka akan mengalami masalah untuk mempelajarinya di IPT kerana subjek2 sains di IPT diajar dalam Bahasa Inggeris.
    Apapun terima kasih atas pandangan saudara =)

    ReplyDelete
  4. salam zack...

    Memang patut pon pelaksanaan PPSMI di kaji semula. Untuk memastikan sistem pendidikan negara kita terus dipandang tinggi. Betul bukan semua pelajar yang dapat menjamin pilihan(kursus) masa hadapan mereka. Ini kerana semua tu bergantung kepada usaha, rezeki dan kehendak dari yang esa. Tp jika pelajar diberi peluang memilih jurusan dr peringkat sekunder, bg ak tak patut...biar lah semua rakyat malaysia dapat memahami asas 2 dalam pelajaran sains kerana ini akan memudahkan urusan pelajar sastera sekiranya mereka ingin terus memahami perkara2 asas.

    Namun apa yang paling penting sekarang pandangan2 si pendeta bahasa, ahli2 akademik dan si bijak pandai perlu di titik beratkan.
    Perkara ni menjadi nampak lebih berat kerana telah di politikkkan oleh kedua2 belah pihak sama ada kerajaan mahu pon pembangkang. Nampak lebih serius apabila ramai pelajar2 batch kita terkontang kanting dalam usaha untuk memahami silibus di universiti sekarang kerana kurang memahami sukata pelajaran KBSM sewaktu belajar di dalam bahasa inggeris...

    ReplyDelete
  5. terdetik hati untuk berbicara dalam bahasa ibunda.

    perjuangan bahasa bukan mainan anak kecil lagi.kita tidak akan mampu merubah kejadian alam kalau sekadar memadam sedikit calar pada tanah yang sedia ada tandus....menjadi sebahagian daripada konspirasi bahasa menjadikan saya terfikir.."bahasa adalah alat perantara...yang memungkinkan komunikasi berjalan" jadi di mana relevannya kita bercakap bahasa berbeza?

    ayam dan itik mungkin perumpaan terbaik. ada bijak pandai berkata.."kita perlu sediakan pelajar kita untuk memenuhi tuntutan alam pengajian tinggi.lantaran ia harus diajar dalam bi"..maaf...itu satu KEBODOHAN dasar yangjelas...mengapa perlu ada bahasa inggeris??

    mengapa tidak diubah dasar pendidikan menjadi dasar inggeris kembali?? mengapa tidak dimansuhkan SPM dan digantikan dengan A-LEVEL atau IB? mengapa tidak diajar semua subjek kecuali BAHASA MELAYU dalam bahasa inggeris? mengapa tidak diubah dasar pendidikan menjadi dasar orientalis moden?

    bukan marah...dan bukan bercakap kerana menegakkan bahasa mahupun menyalahkan siapa-siapa...cuma..kita telah berjaya buktikan..sebelum ini...pelajar lepasan spm sebelu PPSMI mampu "survive" dalam dunia pengajian tinggi..mengapa sekarang tidak??

    istilah masih sama rasanya..bukan???

    pemodenan memang menghambat perubahan..tetapi bukan drastik..ayat clishe' supaya menjadi seperti JEPUN sudah muak kiranya didengar..tapi..ala logiknya....cuba kita lakukan....mungkin bagus agaknya....cuma bodoh kalau difikirkan..saya memang tidak sempat dengan PPSMI kerana dilahirkan setahun awal.namun sempat mengambil EST dan syukur mendapat GRED A1..teman-teman yang pakar sains dam matematik, ramai yang tercoret buruk pada keputusan mereka kerana EST...cuba fikirkan.."life start when you enter college"..ini akan menentukan halatuju kita....

    kalau terus begini...gurugur english harus perlu goyang kaki sambil mengira hari menerima gaji la.....kerana kerja sdah diambil orang....

    ok..salam..

    ReplyDelete
  6. aminu- saya mencadangkan suapaya dasar PPSMI ini untuk targeted group sahaja.Sebab masalahnya adalah di IPT kelak kerana silibus sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Saya pasti saudara tahu hal ini kerana saudara juga saudara seangkatan saya di UiTM dan pasti ada kawan2 saudara aminu yang ambil kursus sains di UiTM dan tanya mereka samada mereka mudah faham atau tidak jika di sekolah menengah dahulu sains dan matematik diajar dalam Bahasa Melayu

    ReplyDelete
  7. education is for all.mana boleh ppsmi for target group je?
    sebenarnya kelemahan sistem pendidikan malaysia adalah terletak pada pengajaran subjek bahasa inggeris yg tidak efektif.
    jadi,yang patut diperbaiki adalah subjek inngeris.wujudkan subjek seperti english for speaking,english for science,etc yang mengikut kesesuaian, bukannya dengan ppsmi..

    salam.

    ReplyDelete
  8. salam..stuju dgn ezwar.
    1. kalau berhasrat nak mantapkan english, then kene betulkan subjek english dulu. applykan overseas nye concept. dorang blaja ikut tahap budak2. even reading prog pon ikut band. baru lah bole nak mantapkan penguasaan english. pastue cikgu2 english tue biar la yg rajin sket. ija pnah dpt cikgu yg asyik mc memanjang. masuk class lak, tanye kitorang nak blaja ap. sgtlah bagus attitudeny.
    2. ade ramai member ija yg got A for science subject tapi english still tak dpt A. nampak sgt lah tak capai tujuan ppsmi.
    3. pencapaian ppsmi tak ley diukur dgn gred or analisis kementerian sebab setiap tahun graph berubah-ubah. dorang ada motif yg besar nak turunkan graph. agak prejudice di sini.
    4. apabila kita nak judge kejayaan ppsmi, tengok secara overall. kalau pandang budak-budak bandar, mmg ramai ok. cuba tengok budak2 dkt luar bandar dan pedalaman. orang melayu lebih ramai di kwasan pedalaman dan kejayaan dorang makin merosot.
    5. lastly, eloklah kalau cikgu2 dari setiap jenis kawasan dipanggil bercakap. dorang lagi tahu dan lagi dekat dgn student. cikgu2 ija yg mengajar budak2 pandai (ija tersesat) pon tak setuju dengan sistem ney. dorang kate mmg sesuai utk budak2 yg dah pandai tapi kesian dkt budak2 luar yg lahir dari keluarga berpendidkan biasa.
    6. soalan yg ija sering fikir. kenapa perlu dikorbankan benda besar untuk satu tujuan yg biasa? maths and science sgt penting, english pon penting tapi maths and science lg penting. at least, kalau tak pandai english boleh hire translator tp kalau tak pandai maths and science mmg truk lah.
    7. org luar translate buku english ke bahasa dorang. nape kite tak ley wat camtue? tak de la korbankan ramai org sgt.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas pandangan yang diberi
    Ezwar-english for science apa bezanya dengan science in english?Lagi satu bila PPSMI ni bila untuk targetd group jekan senang budak2 yang minat belajar sains sahaja akan undergo PPSMI, mana yang berminat dengan aliran lain tak payahla kena PPSMI. Tapi subjek bahasa Inggeris masih wajib dipelajari oleh suma student. Kita tak rasa sangat sebab kita tak masuk aliran sains di IPT. Jadi kesan PPSMI kepada kita tidak besar sangat.
    Jadi kenapa PPSMI perlu merangkumi pelajar2 yang tidak berminat dengan aliran sains?Kenapa mereka yang berminat dengan bidang teknikal atau undang-undang(macam kita ni) kena belajar sains dan math dalam BI?Sebab itu keseluruhan sistem pendidikan mesti diubah semula. Sebab dari alam persekolahan lagi sepatutnya pelajar2 sudah tahu halatuju mereka untuk masa depan.
    Education for all.Yes it true. But did all need to educate with same subject?Does learning law need to learn science subject?Let the 'targeted group' only to undergo PPSMI not all the students.
    And yeah one more thing. Do we need english for speaking? I guess all of us had undergo oral test in english subject.So just improve and strength up the english subject not introduce the new one

    anyway I am glad with the endless mind argument. It shows that we are competent to be the lawyer!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)