Sunday, May 31, 2009

DAH FEMES KAT BUKU TEKS DAHLA

1. Pelik juga apabila akhir-akhir ini ada suara-suara yang meminta supaya bekas ketua PKM Chin Peng dibenarkan pulang semula ke Malaysia. Dan suara ini datangnya dari badan politik sendiri dan mendapat reaksi dari Perdana Menteri hinggalah ke rakyat yang duduk di warung-warung kopi.

2.Untuk menjawab beberapa alasan yang digunakan untuk menyokong Chin Peng mari kita jawab dengan jawapan-jawapan yang ringkas, tak memerlukan perdebatan yang rumit, hanya berdasarkan fakta yang sedikit tapi cukup untuk menangkis alasan2 tersebut.

ALASAN PERTAMA: Chin Peng telah tua, tak berdaya untuk menyebarkan ideologi Komunis lagi.
JAWAPAN: Dah tua xsemestinya otaknya pun dah hilang. Selagi hidup,selagi otak masih ada selagi itu ideologi masih bisa disebarkan. Tak secara besar-besaran tapi boleh jadi secara senyap-senyap.Bukan dengan senjata tapi dengan pembentukan fikiran sosialisme(hak kesamarataan).

ALASAN KEDUA: Atas dasar belas kasihan dan kemanusiaan.
JAWAPAN: Yang dia pi bunuh orang awam tu kemanusiaan kah?Masih ingat tragedi masjid dibakar ketika PKM berkuasa? Berapa ramai tentera dan polis yang terbunuh sewaktu melindungi keselamatan rakyat? Sudah lupakah kita dengan cara penyeksaan mereka yang popular iaitu mengelar mangsa sebelum limau nipis diperah di bekas-bekas luka itu. Kemanusiaankah itu?

ALASAN KETIGA: Rashid Maidin bekas PKM pun boleh duduk di Malaysia. Tindakan menghalang Chin Peng adalah atas dasar racist.
JAWAPAN: Mahkamah memutuskan Chin Peng gagal membuktikan dirinya warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia. Bukan sebab racist tapi buktinya tak ada meskipun dia mengatakan dia lahir di Sitiawan. Kalau atas dasar racist then kenapa tak bawak kes Rashid Maidin juga ke mahkamah?Tak sangka alasan ini diberikan oleh seorang yang pernah menjadi bekas Menteri Undang2 Malaysia. Kes Chin Peng sekarang dah masuk mahkamah jadi sila hormati undang-undang Malaysia.

ALASAN KEEMPAT:Kalau macam tu kenapa tak putuskan hubungan dengan negara-negara komunis seperti China dan Cuba?
JAWAPAN: Memang betul negara2 ini di bawah pengaruh komunis tetapi yang melancarkan serangan, yang membunuh rakyat Malaysia, yang membawa ideologi ini adalah Chin Peng. Dia beroperasi di Malaysia dan dialah yang bertanggungjawab sebagai ketua PKM untuk menghuru-harakan negara ini. Harus diingat Malaysia adalah negara berkecuali, bukan kapitalis atau komunis jadi kita baik dengan semua negara, baik blok kapitalis atau komunis.

Ini adalah jawapan dari budak asasi undang2.Maaflah kalau nampak seperti ringkas dan tidak memuaskan tapi cukuplah untuk mereka2 yang berfikiran simple dan tidak memerlukan analisis yang banyak sangat.

*Mungkin yang menyokong Chin Peng masuk ke Malaysia nak komfirmkan betul ke x chin peng seperti dalam buku teks Sejarah. Tapi rasanya Chin Peng pun takut nak masuk Malaysia balik sebab ingat 'parang terbang' Kiyai Salleh masih ada di negara ini!

4 comments:

  1. jawapan yang kemas, bila free untuk berjumpa?

    ReplyDelete
  2. tq najib dan barisan kabinet BN kerana tak kasi chin peng kembali ke malaysia,saya rasa kalu pembangkang yang diketuai DAP yang memerintah comfm..chin peng dibenarkan kembali ke malaysia.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara...

    Kamu selalu bagus...

    saya suka. teruskan walaupun sangat jarang usia kamu menulis isu sebegini.


    aja aja fighting

    ReplyDelete
  4. zack, kupasan yang cantik,padat dan kemas... keep it up... so, bape ramai dak prelaw baru part 1?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)