1. Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya ada yang berfikiran bahawa entri kali ini bersifat chauvinis dan merendahkan martabat wanita justeru saya menulis blog ini kerana keprihatinan terhadap maruah dan kehormatan golongan hawa yang berada di Malaysia. Semua angka dan fakta yang terdapat dalam entri kali ini saya ambil dari nst online dan saya mengumpulkan fakta2 tersebut untuk dianalisis dan diorganisasi supaya lebih mudah faham.
2. Jika fakta-faktanya betul maka kita sedang menghadapi satu fenomena genting sekarang dan ini seolah-olah mendesak agar institusi pelacuran di Malaysia perlu dilegitimasi seperti yang diamalkan oleh beberapa negara barat di dunia ini.
3.Kita sering terfikir kenapa ada wanita yang sanggup 'menceburi' bidang ini?Apa dah takde keja lain ke kat Malaysia? Kalau kita lihat dan analisis sesungguhnya pekerjaan ini langsung tidak memerlukan latarbelakang akademik atau kelayakan bahkan boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan. Seorang pelacur sekurang-kurangnya bisa mendapatkan 8 pelanggan dengan servis bernilai RM150 sejam dan satu hari bisa menjana RM1,200 sehari atau kira-kira RM36000 sebulan. Dah tu pendapatan ini bebas dari cukai pendapatan.
4. Dianggarkan lebih 150,000 GRO di negara ini(saya lebih suka mengguna perkataan GRO daripada pelacur) dan 10,000 dianggarkan berada di sekitar lembah Klang. Justeru mari kita analisis pula lebih terperinci tentang masalah yang semakin serius ini dengan membahagikannya kepada beberapa isu.
5. ISU PERTAMA:GRO ini terdiri daripada dua: tempatan dan warga asing. Dalam kategori tempatan biasanya mereka ini ditipu oleh teman lelaki dan dipaksa atau terdesak untuk menggunakan wang. Sementara dalam kategori warga asing pula kebanyakan mereka datang dari negara China dan negara-negara Asia Tenggara dengan menggunakan visa pelancong. Melalui Asean Travel Agreement kemasukan mereka lebih senang dan tidak dicurigai oleh pihak imigresen.
6. ISU KEDUA: Kaiko atau bapa ayam merupakan golongan yang paling penting dalam menguruskan GRO dan pelanggannya. Merekalah yang membuat deal, menghantar dan memastikan urusan perniagaan mereka selamat dan terjamin. Di samping itu operasi mereka juga sudah melebarkan sayap menerusi website-website di internet dan kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada golongan professional dan VIP.Mereka juga bukan sahaja menyediakan GRO dari rantau Asia Tenggara tetapi juga memiliki apa yang dinamakan 'exotic stock' dari Russia,Jepun dan Korea yang datang dua tahun sekali atas nama visa pelancong.
7.ISU KETIGA: Industri seks ini kebanyakannya berselindung atas nama kedai atau pusat mengurut badan. Selain memperoleh RM36,000 sebulan GRO juga boleh mendapatkan side-income sejumlah RM9,000 melalui kerja-kerja 'mengurut dan ringan2'. Ternyata dengan menggunakan nama mengurut kegiatan pelacuran semakin menjebak dan memusnahkan moraliti masyarakat.
8. Apakah negara mendaoat keuntungan dari kegiatan ini?Tidak. Kebanyakan GRO warga asing menjual harga diri mereka untuk mendapatkan wang dan bila dah cukup mereka akan pulang ke negara asal untuk memulakan perniagaan.
9. Kalau dalam rancangan 999 kita biasa lihat GRO-GRO ditangkap dan ditahan polis tetapi tidak pula kita lihat Kaiko(bapa ayam) ini ditahan. Ibarat nak membuang sebatang pokok hanya daunnya sahaja dibuang tapi akar dan batangnya masih ada. Jadi kalau setakat menangkap GRO sahaja itu belum cukup untuk menangani masalah ini.
10. Apakah satu hari nanti kerajaan dipaksa untuk menghalalkan industri ini?Saya tidak terfikir begitu dan ramai yang akan menentang jika ia dilakukan. Tetapi dengan berleluasanya kegiatan ini sehingga ada 10,000 GRO di Lembah Klang ini menunjukkan seolah-olah kegiatan sudah pun dilegitimasikan tanpa perlu melalui draf bil yang perlu dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. Apakah kita perlu menutup mata dan membiarkan saja perkara ini terus berlaku?Apakah kita mahu negara Malaysia yang terkenal di persada dunia sebagai negara yang lantang mempertahankan hak dan keadilan negara Islam dan pengisytiharaan Kuala Lumpur sebagai kota kebudayaan Islam ini dicemari dengan industri pelacuran?
11. Saya hanya bersolusi bahawa jika mahu membanteras perkara ini jangan saja mencekup GRO sahaja tapi banteras sekali Kaikonya dan klien-klien mereka barulah lebih menyeluruh dan efisien.
Barangkali saudara dan saudari pembaca blog ini mempunyai cadangan dan solusi lain untuk menyelamatkan harga diri dan martabat wanita di negara ini?
Pelumba haram dari Mat Rempit dah bertukar menjadi samseng jalanan kalau golongan yang ini pulak nak tukar nama apa ek?
Ni kaum hawa mmg marah,marah,marah!
ReplyDeletei) cuba analisis semula perniagaan kalau takde pelanggan,bisnes lingkup kan?
ii) Spesis apa yg jd klien? eh bukan kaum hawakan!
iii) Sape yang taiko,kaiko atau bapak ayam,bapak rimau tu? namanya Minah ke?
iv) Sape yg jadi taukeh bukak bisnes urut refsiologi,urut tradisional la,salon nak tegangkan kulit la,apa ntah lagi? Melayu ke?..
v) Sape yang meluluskan lesen-lesen utk premis ni? iaye la..income PBT dah makin kurang nanti tak cukup nak bayar gaji pekerja pulak!
vi)Keterbukaan kerajaan membenarkan pelajar luar belajar kat sini dah diambil kesempatan oleh pakar-pakar menjahanamkan org.
vii) Penguatkuasaan dah letih nak tangkap..jgn lupa ada juga mereka yg jadi musuh dalam selimut.Depa juga ada yg nak kaya cepat..orang-orang macam ni la yg merosakkan negara.
...ehh banyak lagi nak leterkan ni.
pokoknya kita kena sama-sama bertanggungjawab..jaga anak org macam jaga anak sendiri?..opps bolehke?
x semua kaum hawa cam gitu.. ada jugk ditindas atau kerna terpaksa... same2 la kite pikir2kan yee..
ReplyDeleteMasalah pelacuran patut dipertanggungjawabkan pada kerajaan pemerintah. Tangkap GRO, hukum denda RM3000, apa diorang heran, kalau nak dibandingkan dengan pendapatan puluhan ribu sebulan? Tangkap bapa ayam, hukum penjara setahun dua, geng-geng dia kat luar still jalankan business, keluar-keluar penjara duit dah sedia dalam pocket. Lesen kelab malam, karaoke, rumah urut, etc berlambak dikeluarkan, sedangkan tempat-tempat ni membiakkan nafsu serakah, kat mana lagi nak dilampiaskan? Pulak tu, urusan hendak berkahwin disusah-susahkan oleh Jabatan Agama, ada pulak parents yang nak tengok anak ada kerjaya, rumah, kereta dulu sebelum berkahwin. Lambakan produk-produk seks toksah cerita la, CD dan DVD lucah, ubat kuat tenaga batin, artis yang selamba berpakaian seksi dan beraksi ghairah, semua tu tak dibanteras.
ReplyDeleteNak salahkan pelanggan yang melanggan pelacur-pelacur ni? Kalau tanya diorang, selamba aje diorang jawab, "At least, saya tidak pergi merogol orang, atau meratah anak sendiri, atau membuatkan girlfriend saya mengandung luar nikah..."
Fikir-fikirkanlah...
Salam saudara...
ReplyDelete"Industri seks ini kebanyakannya berselindung atas nama kedai atau pusat mengurut badan. Selain memperoleh RM36,000 sebulan GRO juga boleh mendapatkan side-income sejumlah RM9,000 melalui kerja-kerja 'mengurut dan ringan2'. Ternyata dengan menggunakan nama mengurut kegiatan pelacuran semakin menjebak dan memusnahkan moraliti masyarakat."
saya sangat setuju dengan kenyataan awak. Bagus, teruskan menulis..pastikan fakta dikaji ok. Saya sokong.
Mat moto sudeyh..coz rami je org nek moto tp x merempit..
ReplyDelete