Saturday, May 2, 2009

Unternehmen Walküre

1. Saya baru selesai menonton filem Valkryie yang sudah lama saya mahu tonton tapi tidak berkesempatan.Akhirnya malam ini filem yang diambil dari peristiwa sebenar pada tahun 1944 telah habis di'khatamkan'

2. Mulanya saya fikir ia satu filem yang penuh dengan peperangan adan pertumpahan darah tapi rupanya lebih kepada 'wit strategy' dan elemen saspens itu masih ada.Lakonan Tom Cruise yang memegang watak the mastermind of the assasination iaitu Stauffenberg cukup berkesan.

3. Saya sangat kagum dengan cara mereka merancang untuk membunuh seorang diktator waktu itu yang terkenal dengan kezaliman beliau membunuh jutaan orang Yahudi. Selain kagum dengan perancangan yang teliti saya juga kagum kerana mereka menguruskan hal tersebut dengan sendiri.

4.Stauffenberg langsung tidak meminta bantuan luar(Amerika,Britain) yang menjadi musuh Jerman untuk membunuh Hitler.Sebaliknya dia dan beberapa pegawai Jerman yang lain menguruskan pembunuhan tersebut dengan cara mereka sendiri.Ini jelas memperlihatkan kematangan mereka dalam menyelesaikan kemelut dalaman tanpa meminta bantuan luar sebab mereka tahu 'hal Jerman perlu diselesaikan oleh orang Jerman dan pihak luar tidak perlu ikut masuk campur' meskipun boleh saja beliau meminta bantuan tentera bersekutu untuk mengebom atau menghantar perisik untuk membunuh Hitler.

5. Berbeza dengan senario sekarang, kadang-kala kita lebih suka meminta bantuan pihak luar yang sememangnya menangguk air keruh untuk menyelesaikan masalah sesama kita.Alhasilnya mereka(pihak luar) yang dapat untung,kita yang dapat rugi dan malu.

6.Meskipun cubaan membunuh ini gagal, saya tidak memandang Stauffenberg sebagai seorang yang gagal kerana beliau telah melakukan sesuatu yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hitler bukan sahaja dibenci oleh seluruh dunia tetapi rakyat Jerman sendiri. Dan beliau telah mengambil segala risiko untuk menumbangkan rejim Hitler. Ini sekaligus membuktikan bahawa rakyat Jerman sendiri tidak suka dengan pemerintahan keras dan diktator kerana ia membawa kesan yang buruk baik kepada mereka sendiri mahupun masyarakat luar.

7. 'Many saw evil.They dared to stop it'. Satu tagline yang baik untuk filem ini. Tidak jauh maknanya dengan kata-kata Edmund Burke 'Satu perkara sahaja yang diperlukan oleh kejahatan untuk menang yakni kebaikan tidak melakukan apa-apa'

8.Apapun filem ini telah memberikan inspirasi dan semangat untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan sanggup berkorban demi kepentingan bersama. 4 bintang dari 5 bintang untuk filem Valkyrie ini!

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)