Sunday, November 27, 2011

Dulu pembancuh kopi sekarang peguam 'syaitan'



    Dua tahun lepas aku hadir sebagai orang di sebalik tabir dan sumbangan aku yang paling bermakna sewaktu event tersebut adalah: menyediakan kopi untuk pengacara majlis dan menjaga slide show. Tetapi tahun ini, balik sahaja dari bumi India, aku mendapat panggilan telefon. Aku diminta untuk membantu menjayakan event yang sama. Tetapi atas kapasiti yang berbeza. Dimintanya aku untuk membawa dua orang lagi untuk membantu. Selepas pertemuan pertama dengan ketua pasukan kami, semuanya menjadi jelas. Aku, Auzan dan Khairil akan mewakili dua manusia yang paling dibenci di dunia,digelar penipu dan syaitan bahkan tahap kebencian masyarakat terhadap mereka adalah setaraf Hitler dan Mussolini. Bahkan kedua-dua ‘klien’ aku ini telah menjadi subjek kritikan aku sejak meletusya perang Afghanistan 2001. Dan kini, aku akan mewakili mereka.

Kami akan mewakili mereka dalam menghadapi dakwaan pertama yakni crime against peace. Kami akan dibantu dengan dua orang dari universiti yang berlainan dan mereka telah menewaskan aku sewaktu pertandingan Jessup tahun ini. Kalau dahulu kami berlainan meja, kini kami akan duduk dan bekerja di atas meja yang sama.

   Masa yang diberikan: SEMINGGU. Masa diberitahu untuk membuat submission dan skrip: KURANG DARI 24 JAM.

 Tiada siapa menyangka kami akan memberi tentangan yang hebat meskipun menyedari risiko akan dibenci dan dikutuk oleh para hadirin yang datang. Tetapi hakikatnya, kami bukan defence team. Kami tidak mendapat arahan daripada kerajaan US dan UK. Bahkan mereka tidak mempedulikan kami. Bahkan tidak mempedulikan kewujudan kami sekalipun. Kami bertindak atas kapasiti sebagai amicus curiae. Melaksanakan tugas demi memastikan prinsip natural justice yakni right to be heard wujud dalam tribunal ini.

  Hari pertama bermula dengan kejutan; seorang hakim mengundurkan diri setelah permohonan amicus curiae  bahawa ada kemungkinan ‘bias’ sekiranya hakim tersebut membuat keputusan. Hari kedua dan ketiga diisi dengan hujah-hujah pendakwa. Hari keempat, giliran kami. Suasana sangat tegang dan tertekan. Tak pernah aku buat preparation yang kurang dari 24 jam sebegini.

 Kami tidak pernah menyangka akan diberi perhatian yang meluas, bukan sahaja dari media tetapi dari hadirin. Pendakwaraya juga akur dan mengiktiraf semangat dan tentangan yang kami berikan. Itu yang aku mahukan! Ketepikan soal keputusan yang penting pihak lawan dan hadirin mengiktiraf usaha kami, merasakan tentangan yang diberikan.

   Cuma yang kurang best nya apabila salah seorang pendakwaraya menggelar aku sebagai Zionist. Aiyoo sumpah tersentap masa tu. Tapi bila difikirkan balik, secara psikologinya dia sudah kalah kerana terdesak sampai menggunakan personal attack atau ad hominem.Langsung tak pakai legal argument. Sungguh menyedihkan. Nasib baik aku menggunakan kuasa ‘iceman’ untuk tetap rileks dan bertenang. Kalau ada peluang aku nak tunjuk gambar ni kat dia dan cakap ‘’ at least I have this. How about you,sir?’’


Keputusan? Memang sudah dijangka. Mana mungkin kami akan menang. Tetapi keputusan yang sepatutnya diumumkan pada pukul 4 petang ditangguhkan sehingga 5 petang meskipun kedua-dua belah pihak telah habis berhujah jam 1 petang. Kemenangan kedua: Berjaya membuat tribunal untuk menggunakan lagi satu jam untuk membuat keputusan.SATU JAM. 60 MINIT. Dengan kata lain, it was not an easy decision.

   Habis sahaja tribunal, tanpa diminta dan dijangka, kami diberitahu bahawa Tun M setuju nak bawa team amicus curiae untuk pergi kemboja, menghadiri War Crime Tribunal di sana ( juga dikenali sebagai ECC). Fully sponsored.

   Special tribute kepada semua yang terlibat dalam menjayakan event ini. Kepada team amicus curiae( boss Jason Kay, Khairil,Auzan,Shan Ping dan Kok Wing) aku seronok dapat bekerja dengan kalian. Kepada prosecution team( except for that one particular person), kalian mendapat penghormatan saya. Kepada yang hadir, terima kasih kerana meluangkan masa. Kepada Mahfiz, pekerja setia di Global Peace, terima kasih sebab masih ingat aku dan layan kami dengan cukup baik.

Kepada Dato Yaakob, terima kasih kerana masih mempercayai kemampuan saya untuk berkhidmat lagi.

Peguam syaitan? Not bad at all. Next charge: Crime against torture. And I’m all in for the second charge.


Of course, as a devil’s advocate. Again.


sila isi caption yang sesuai:__________________

                                         Devil's advocate team ( yang tinggi tu LO team kami)
         

                                                      Gabungan terbaik UM-UiTM


                                           *Terjumpa di dalam akhbar Berita Minggu hari ini :) *

Friday, November 18, 2011

Cinta Lama Bertaut Kembali

                                                                  
             


                              



Keseorangan tidak pernah merungsingkan aku.Bahkan aku lebih bahagia apabila bersendirian. Bukan bermaksud aku boleh hidup tanpa manusia yang lainnya tetapi bersendirian itu akan mengundang seseorang yang bukan sahaja menyakitkan hati tetapi pada masa yang sama memaksa aku untuk memaksimakan kapasiti intelektualiti aku terhadap sesuatu perkara.

  Dan dia muncul lagi. Aku sudah menduga.Perlahan-lahan kuhirup teh yang semakin sejuk, terbebas habanya ke udara yang mendingin; sudah tentu tidak sedingin Delhi.

‘’Amacam cuti panjang? Best?’’soalnya sambil tersenyum

‘’Cuti dah habis bro,’’ jawabku ringkas. Aku cuba untuk tidak menatap matanya yang begitu bertenaga memandangku tanpa henti.

‘’Kau tahu kenapa aku hadir di sini. Bukan untuk mendengar kenangan-kenangan indah kau atau apa sahaja yang kau dapat di sana, baik yang membahagiakan atau meremukkan hati kau. Apa yang aku peduli adalah...’’

‘’Argumentatif intelektual,’’balasku.

  Dia tersenyum.

‘’ Ceritakan padaku apa yang terjadi di Taj Palace.’’

   Aku mencebirkan bibir. Mengangkat bahu dan keningku tanda aku tidak acuh dengan permintaan tersebut.

‘’Kenapa kau fikir di Taj Palace akan menjadi topik yang sesuai untuk kita berbincang?’’

‘’Sebab di sana berlakunya pertemuan manusia-manusia yang mempunyai intelektual kelas pertama. Dan kau sendiri tahu betapa aku ini cerewet untuk membincangkan isu-isu yang serius,’’ balasnya tanpa ragu. Matanya masih menatapku, tersenyum.

  Aku hentikan sisipan teh yang terakhir. Aku melepaskan pandangan ke sebelah kanan.Kosong.

‘’ Aku iring diplomat dari pelbagai Negara. Bertukar-tukar soalan biasa dan sekeping kad wakil Kedutaan Indonesia untukku,’’ ucapku sambil menunjukkan kad tersebut. Dia melihat dengan penuh teliti sebelum meletakannya semula ke atas meja.

‘’Kau seakan hilang minat terhadap hal-hal diplomatik,’’ ucapnya. ‘’Bukankah itu cita-cita kau dahulu? Menjadi diplomat?’’

  Aku tersenyum tawar. Cinta lama bertaut kembali.

‘’Dulu-dulu dah habis. Kau sendiri tahu kenapa aku dah hilang niat untuk menjadi diplomat...’’

‘’Ok kita tak perlu imbas kembali sebab musabab tu ok. Ceritakan padaku tentang event tersebut. Oh sebelum tu, ini adalah konferens pertubuhan yang dinamakan...’’

 ‘’AALCO,’’ jawabku.

Dia mengangguk.

‘’ Bermula dari tahun 1956 dan sekarang ia mempunyai 47 buah negara yang menggabungkan negara-negara asia dan afrika,’’ ujarnya.

‘’Bayangkan, 47 buah negara! Menggabungkan dua buah benua yang  besar.Sangat besar. Mampu mengalahkan mana-mana kesatuan yang pernah ditubuhkan,’’ sambungku, kagum.

‘’Maksud kau? EU?’’

Aku mengangguk. ‘’ EU secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1993 dan ia hanya mempunyai 27 buah negara. AALCO sudah lebih lama dan lebih banyak anggota.’’

‘’Tapi EU ada motto ‘’Uniting in diversity.’’ AALCO masih lagi belum ada sebarang motto untuk mewakili dirinya sendiri,’’ jawabnya sambil mengerutkan dahi.

‘’Aku yakin AALCO mampu pergi jauh. Bahkan jika benar-benar serius, ia boleh menjadi lebih hebat dan Berjaya dari EU. Punya matawang sendiri dan semua system ekonomi diseragamkan. Kita juga bisa menubuhkan mahkamah hak asasi manusia!’’

 Dia tersenyum sinis. Aku tahu dia pasti kurang selesa apabila aku ‘hidup semula’ dan mula bertenaga untuk beradu intelektualiti dengannya.

‘’Kau fikir terlalu jauh. Kau sendiri lupa maksud AALCO itu sendiri adalah ‘Asian-African LEGAL CONSULTATIVE ORGANISATION.’ Ia adalah badan penasihat. Konsultant perundangan untuk negara-negara Asia dan Afrika.’’

‘’ Tapi kau jangan lupa bro. Perkara  1 Perlembagaan AALCO sendiri sudah menyediakan objektif penubuhannya dan 3 daripadanya sangat sesuai dengan perbincangan kita hari ini:
·         To serve as an advisory body to its Member States in the field of international law and as a forum for Asian-African co-operation in legal matters of common concern;

·         To consider and deliberate on issues related to international law that may be referred to the Organization by the Member States and to make such recommendations to governments as deemed necessary;

·         To exchange views, experiences and information on matters of common concern having legal implications and to make recommendations thereto if deemed necessary;

Nah, badan penasihat perundangan inilah yang penting untuk merealisasikan apa yang kucadangkan tadi. AALCO boleh menyelesaikan masalah-masalah yang menghalang tertubuhnya sebuah kesatuan gergasi yang menggabungkan Negara-negara asia dan afrika, mengalahkan kesatuan Eropah. AALCO akan menyediakan model untuk menyeragamkan sistem Negara-negara ini. Aku percaya sewaktu EU hendak ditubuhkan, pasti mereka juga punya badan penasihat undang-undang untuk menyelesaikan masalah berkaitan perundangan yang menghalang penubuhan kesatuan tersebut.

  Dia menghembuskan nafas berat. Seakan dia mengalah. Aku mengukir senyuman kemenangan.

‘’Apa yang kau temukan dalam majlis Hari Perlembagaan AALCO yang ke 55?’’

‘’ Konferens yang dijalankan cukup baik. Bukan sebuah majlis yang pasif, semua diprovokasi untuk berbicara dan mengutarakan pendapat masing-masing. Berani mengetengahkan hujah dan pendirian sendiri dan aku menyedari sesuatu...’’

   Suasana menjadi sepi seketika. Mata kami bertemu. Atmosfera seakan sesak dengan pertukaran nafas yang dilakukan oleh kami berdua.

‘’ Cadangan dan hujah yang disampaikan bukan sahaja mewakili diri mereka sendiri tetapi melambangkan tahap intelektual negara tersebut. Bagiku, diplomat membawa tanggungjawab yang sangat besar kerana apa sahaja yang dilakukan akan mencerminkan negaranya. Dari segi penampilan, percakapan dan gaya, semuanya melambangkan keperibadian sesebuah negara tersebut. Bukan mudah untuk menjadi diplomat.’’

 Dia mengangguk. Perlahan-lahan dihembuskan nafas panjang sebelum menyambung semula perbicaraan.

‘’ Kau tak menyampaikan pandangan dalam event tersebut?’’

  Aku ketawa.

‘’Mana mungkinlah bro. Aku ini cuma pelajar sahaja. Baru didedahkan dengan cinta lama aku. Sayangnya hatiku masih belum terbuka untuk menimbang kembali keinginan untuk menceburi bidang diplomat. Bukan sekarang,’’ ucapku tenang.

‘’ Tapi kau mesti punya idea bukan? Zharif yang kukenal tidak mungkin ketandusan idea. Idea dan dirinya ibarat hujan dan bumi; yang satunya akan terus mencurah menyuburkan apa sahaja yang ada di atas satu yang lain,’’ balasnya sambil mengangkat kening. Aku tersengih.

‘’ Untuk mempromosikan AALCO, aku cadangkan AALCO menganjurkan pertandingan mooting.’’

  Dia tergelak sambil menepuk tangan. ‘’Ha ha ha. Mooter, mooter. Hidup tak boleh nak dipisahkan langsung dengan mooting,’’ujarnya sinis.

‘’ Daripada mooting kita boleh ketengahkan isu-isu semasa yang berlaku di Asia dan Afrika. Dari sini juga kita boleh mencambah idea-idea untuk merealisasikan kesatuan Asia dan Afrika yang lebih hebat dari kesatuan Eropah itu. Daripada mooting juga kita boleh menjana dana dengan tajaan dari firma-firma gergasi di serata Asia dan Afrika.’’

‘’Dan juga fund-raising dinner selepas moot competition. Macam yang kalian buat,’’ balasnya pula. Aku mendiamkan diri sambil tersenyum.

‘’ Nampaknya ini bukan sekadar pengalaman. Kau berhasil menuai sesuatu daripada pengalaman tersebut. Jika punya pengalaman tetapi tiada hasil daripada pengalaman tersebut, tidak ada gunanya juga. Cuma aku berharap...’’

‘’Yang aku akan pertimbangkan semula untuk jadi diplomat?’’ soalku, berbaur provokasi. Dia tersenyum tawar.

‘’ aku tak fikir lagi tentang perkara itu. Yang penting, aku bangga dapat pengalaman sebegini. Menambahkan lagi kemampuan aku untuk berfikir dan berpandangan jauh,’’ ujarku penuh yakin.

   Dan dia pun berlalu pergi.

   Aku menghantarnya dengan pandangan mata yang menyinarkan kepuasan.Aku tahu dia akan kembali lagi. Dengan isu yang berbeza. Dan aku harus bersedia untuk menerima kehadirannya lagi.

                                                  

Thursday, November 10, 2011

Antara Ghiyuath dan Lahauri, kita jatuh cinta

I



Makam Humayun mengabdikan kematian. Kematian benci yang melahirkan cinta. Cinta yang kekal abadi, tidak terbatas oleh masa dan tempat kerana seluruh dunia berhimpun di sana.
  Untuk mengabdikan benci dan melahirkan semula cinta

Cinta dari Tuhan kepada manusia. Dari manusia kepada manusia. Dari manusia kepada binaan yang tercipta indah. Dari binaan kepada merpati dua sejoli. Dari merpati kepada udara yang menghembus. Dari udara kepada hembusan nafas manusia. Dari nafas manusia kepada bumi yang menggetarkan cinta. Dirasakan getaran kepada air yang mengalir tanpa henti. Kembali kepada Tuhan. Menghembuskan semula cinta kepada manusia.
  Dan demikianlah seterusnya cinta. Tidak terputus. Tidak terhenti. Akan sentiasa hidup selepas kelahirannya.

Humayun's tomb 3.41 pm 7/11/2011 

II


Aku tinggalkan cintaku di Taj Mahal kerana di situ sahaja cinta yang kuhidupkan di Humayun akan hidup dan terus hidup.
 Kerana di situ juga, cinta akan mengenali dirinya sendiri dalam perpisahan yang memisahkan dua tubuh tetapi tidak jiwanya.

 Dan kini aku mengerti
Sedalam mana rindu
Yang menggetarkan rasa cinta itu
Kepada lautan yang lainnya
Hingga ia tak terputus
Mengalir dalam kesunyian
Yang hanya mengerti istilah setia

Saat itu aku mengerti
Cinta kepada seseorang tidak pernah terhenti
Ia mengalir dan terus mengalir
Mengikat hati masyrik dan maghrib
Di bawah kalimah Tuhan yang memayungi
Keredupan hati tersebut

Saat itu aku mendengar
Kalimah-kalimah cinta yang dibisikkan
Oleh angin yang membaluti tubuhku
Oleh air yang mengalir tenang, tidak gopoh mahupun lesu
Oleh rumput yang segar menghijau kerana pancaran mentari
Diajari aku untuk mengerti kalimah itu
Dalam setiap nafas yang kuhembus
Tiap detik, Tiap saat,Tiap masa
Yang abadi
Di sini.

Aku mengerti
Jasad yang dicintai telah tiada
Tetapi rohnya masih sahaja hidup
Selagi ada manusia yang mengetahui
Betapa kerinduan itu mendalamkan cintanya
Selagi ada cinta
Selagi itu manusia hidup

  Taj Mahal, 11 am, 7/11/2011

III

Aku tidak mahu cintaku dihembus
Ke dalam Agra Fort
Kerana di situ
Cintaku akan terpenjara tidak bebas
Lantas kuikat nafsuku
Dilumpuhkan kakiku
Hatiku dirantai 
Jiwaku terseksa 
Tetapi aku tahu
Hanya penderitaan yang akan mengenal kebahagiaan
Dalam kebahagiaan itu akan mencipta sebuah ketenangan
Untuk memenangkan sumpah
bahawa cintaku akan terus bebas
Hanya di Taj Mahal

Di luar perkarangan Agra Fort 7/11/2011 1.20 pm



* Mirak Mirza Ghiyauth adalah arkitek yang membina Humayun sementara Ustaz Ahmad Lahauri adalah arkitek yang bertanggungjawab membina Taj Mahal



Thursday, November 3, 2011

MERANTAI DALAM KEBEBASAN


  Perkembangan isu Akta Universiti dan Kolej sudah memasuki fasa yang menuntut lebih daripada sekadar demonstrasi dan kata-kata. Ia sudah melalui zaman kegelapan; tempoh kesengsaraan minda siswa-siswi yang digertak dengan ketakutan apakah setiap perbuatan dan tutur kata mereka akan dijadikan alasan mereka disingkirkan daripada meneruskan pengajian di menara gading.

  Pindaan yang dilaksanakan masih belum mencukupi. Alhasil, isu ini telah memasuki fasa seterusnya yakni melalui lunas perundangan. Dalam fasa ini hanya hakim dan golongan profesion perundangan sahaja yang mengerti sementara rakyat biasa akan membentuk pandangan mereka hanya melalui media massa dan elektronik. Maka adalah menjadi satu tanggungjawab kepada saya untuk mengulas kes yang lebih dikenali dengan UKM4 ini dalam bahasa yang lebih mudah dan boleh difahami tanpa perlu menggunakan ayat-ayat yang memeningkan dan menyumbat fikiran untuk mengerti maksud ayat tersebut.

   Maka adalah lebih baik kita mulakan perjalanan dengan meneliti keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 29 Oktober 2010 yang telah diputuskan oleh Yang Arif Aziah Ali.

Fakta Kes

  Pertama sekali, fakta kes telah dipersetujui dan tiada bantahan yang dilakukan termasuk ketika penghakiman oleh Mahkamah Rayuan. Faktanya mudah: 4 pelajar dari fakulti Sains Politik UKM telah datang ke Hulu Selangor sewaktu kempen pilihanraya yang diadakan pada 24 April 2010. Kemudian, Naib Canselor UKM telah memberi notis kepada mereka di mana tindakan mereka adalah bertentangan dengan seksyen 15(5)(a) AUKU.

Isu
   Isu ini juga adalah sama seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Isunya juga mudah untuk difahami: Adakah seksyen 15(5)(a) AUKU 1971 relevan untuk dijadikan sebagai salah satu sebab Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara dan berpersatuan dibataskan. Terdapat tiga sebab yang membolehkan Parlimen membataskan kebebasan ini: national security, public order or morality.

Aplikasi Undang-Undang
   Seksyen 15(5)(a) memperuntukkan ‘’ no student of the university shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy with or opposition to any political party whether in or outside Malaysia.’’
    Perkara 10( 2)(c) Perlembagaan Persekutuan pula menyebut ‘’ On the right conferred by paragraph c of clause 1[ which is the freedom of association], such restriction can be imposed by the Parliament as it deems necessary or expedient in the interest of security, public order or morality.’’

Alasan Penghakiman

   Yang Arif Aziah Ali memutuskan bahawa seksyen 15(5)(a) adalah sah di sisi Perkara 10(2)(c) kerana batasan tersebut bersesuaian dengan kepentingan menjaga public order dan morality. Yang Arif telah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208 di mana kes ini telah memutuskan bahawa kebebasan yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan adalah sesuatu yang tidak mutlak. Dalam perenggan 26, Yang Arif Aziah menyebut '’ The restriction as contained in s15(5)(a) is to address the potentiality for disturbance of the life of the student community in the universities which can amount to disturbance of public order and tranquility of the society. The restriction imposed is necessary to maintain discipline of students which is part of public morality and which the students must observe.’’


2-1 Di Mahkamah Rayuan

  
Meskipun terdapat 2 hakim yang memihak kepada perayu (UKM4) tetapi saya lebih tertarik dengan keputusan yang dilaksanakan oleh Yang Arif Dato’ Hishamuddin Yunus. Menurut Yang Arif, kes yang disandarkan oleh Yang Arif Aziah Ali yakni Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208 tidak lagi relevan kerana telah diketepikan dalam kes Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 2 MLJ 333. Terdapat dua perkara penting yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes ini iaitu:
i) Although the article says restrictions, the word reasonable should be read into the provision to qualify the width of the provisio.
ii) Fundamental liberties ( Article 5-13 of Federal Constitution) must be generously interpreted and restrictions that limit the liberties must be read restrictively

  Terdapat 3 cabang alasan penghakiman Yang Arif Hishamudddin pada mukasurat 11 hingga 13:

i.  In my judgment I fail to see in what manner that section 15(5)(a) of AUKU relates to public order or public morality. I also do not find the restriction to be reasonable. I am at a loss to understand in what manner a student who expresses support for or opposition against a political party could harm or bring  about an adverse effect on public order or public morality? Are not political parties carrying out legitimate political activities? Are not political leaders including ministers and members of the federal and state legislatures, members of political parties?

ii. The impugned provision (s15(5)(a) AUKU) is irrational. Most university students are of the age of majority. They can enter into contracts. They can marry, becomes parents and undertake parental responsibilities. They can vote in general elections if they are 21 years oled. They can become directors of company. Yet they are told that legally they cannot say anything that can be construed as supporting or opposing a political party

iii. In my opinion such a provision as section 15 (5) (a) of AUKU impedes the healthy development of the critical mind and original thinking of students. Universities should be the breeding ground of reformers and thinkers, not institutions to produce students trained as robots. Clearly the provision is not only counter-productive but repressive in nature.

     Sementara itu, Yang Arif Low Hop Bing dalam penghakiman minoriti (dissenting judgment) bersetuju bahawa kes Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208 tidak relevan dan prinsip yang telah dibentangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sivarasa Rasiah perlu diaplikasikan. Namun begitu, Yang Arif Low memutuskan bahawa seskyen 15(5)(a) adalah munasabah (reasonable). Dalam perenggan 26, Yang Amat Arif menyebut:

‘’  The restrictions imposed under s 15(5)(a) pertain essentially to the involvement of students in politics. It is necessary and seeks to prevent infiltration of political ideologies inculding extremities amongst students. This infiltration may adversely affect the primary purpose of the universities which is the pursuit of education. This is significant as university students could well be vulnerable youth capable of being subject to peer pressure and be easily influenced. In essence the restrictions were stated to protect the interest of the students and institutions of higher learning as a matter of policy’’
   Di akhir penghakiman, Yang Arif Low dalam pandangannya (obiter dicta) menyebut:
‘’ Strictly by way of obiter, Parliament may wish to consider an amendment to s.15(5) in particular and the whole act in general so as to bring about a repeal or review thereof. This measure can only be brought by legislative acts.’’


PANDANGAN

   Penghakiman YA Dato Hishamuddin Yunus telah menjawab jawapan yang diberikan oleh YA Aziah. Penghakiman tersebut sudah memadai dan jika diizikan, saya ingin menambah beberapa perkara:

1.         Dalam penghakiman Mahkamah Tinggi, YA Aziah memutuskan bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menghalang sebarang kemungkinan berlakunya gangguan terhadap keamanan masyarakat dan menjaga peraturan awam. Dengan rasa rendah hati, saya tidak dapat melihat bagaimana dengan menghalang siswa daripada menyertai parti politik dan memberi sokongan atau bantahan kepada parti politik boleh menjaga keamanan masyarakat dan peraturan awam (public order). Apakah dengan memberi pandangan dan komen yang menyokong mana-mana parti politik boleh menimbulkan huru-hara kepada masyarakat? Apakah dengan menentang mana-mana parti politik boleh menganggu ketenangan dan kestabilan masyarakat? Dalam kes itu sendiri, adakah siswa siswi sains politik yang datang dalam kempen pilihanraya boleh mencetuskan gangguan terhadap ketenangan dan kestabilan masyarakat? Apakah dengan menjadi ahli kepada sesebuah parti politik akan mencetuskan pergaduhan dan huru-hara dalam masyarakat? Persoalan ini, memerlukan lebih daripada ‘keajaiban’ untuk menjustifikasi keberkesanan seksyen 15 AUKU sebagai instrumen menjaga ‘public order’.

2.         Di dalam penghakiman YA Aziah juga menyebut bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menjaga disiplin siswa sebagai sebahagian daripada ‘’public morality’’. Saya bersetuju bahawa disiplin siswa boleh dikategorikan sebagai ‘’public morality’’ tetapi benarkah peruntukan ini mampu menjaga disiplin siswa? Adakah dengan melarang siswa berpolitik ( samada menyertai, menyokong, memberi simpati atau membantah) boleh menjaga disiplin golongan siswa? Jika mahu memastikan disiplin siswa terkawal maka melarang siswa daripada berpolitik bukanlah jawapannya. Ini kerana aplikasi disiplin itu sendiri luas dan berbeza dari sebuah universiti ke sebuah universiti yang lain. Siswa tidak diwajibkan untuk  memakai seragam seperti pelajar-pelajar sekolah. Ada di sesetengah universiti, siswa tidak dilarang untuk keluar dan masuk ke universiti pada jam 3-4 pagi. Siswa tidak dilarang untuk tidak menghadiri kuliah dan tidak juga dipaksa menyertai mana-mana persatuan atau kelab. Jika keputusan tidak mencapai tahap minimum, siswa akan dibuang dari universiti.
Jika dengan berpolitik disiplin siswa tidak dapat dikawal maka siswa juga perlu dilarang daripada bergiat aktif dalam mana-mana persatuan atau kerja-kerja kebajikan kerana itu juga boleh merosakkan disiplin siswa. Kesemua siswa perlu ditempatkan dalam kampus universiti dan tidak dibenarkan keluar malam, perintah berkurung perlu dilaksanakan jika mahu menjaga disiplin siswa. Kesemua ini, menurut pendapat saya tidak realistik dan tidak mampu dilaksanakan. Justeru, moraliti tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mempertahankan seksyen 15.

3.         Dalam penghakiman minoriti, YA Low memutuskan bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menghalang kemasukan ideologi politik yang akan memberi kesan terhadap objektif universiti. Ini kerana siswa adalah golongan yang mudah dipengaruhi dan ia juga menjaga kepentingan IPT dan siswa. Dengan penuh rasa hormat kepada intelektualiti dan pengalaman YA, saya tidak bersetuju dengan alasan penghakiman di atas. Kemasukan ideologi politik telah wujud meskipun seksyen 15 juga wujud pada masa yang sama. Apabila menyebut soal ideologi politik, maka IPT dan siswa perlu bebas daripada pengaruh politik dan politik bukan sahaja bererti parti pembangkang kerana politik juga merangkumi kerajaan, menteri-menteri dan ahli politik. Telah banyak program-program yang telah diadakan di universiti yang melibatkan ahli-ahli politik dan mereka boleh memberi ucapan, ceramah bahkan diberikan satu slot khas untuk memberi ceramah kepada siswa. Adakah ini tidak boleh dikategorikan sebagai ‘kemasukan ideologi politik’? Saya tidak dapat bersetuju bahawa kemasukan ahli-ahli politik ini tidak membawa unsur-unsur politik kerana diri mereka sendiri telah membentuk sebuah entiti politik yang terdiri daripada ideologi dan pemikiran politik. Maka jika kemasukan ideologi politik ini perlu dihalang, saya mencadangkan bukan sahaja siswa tidak dibenarkan menyertai parti politik tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang mewakili parti politik atau yang memberikan simpati atau sokongan kepada mana-mana parti politik juga perlu dilarang dan tidak dibenarkan memasuki universiti dan mengadakan sebarang program di dalam universiti.

Apa seterusnya?

Jika kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan maka ada kemungkinan keputusan Mahkamah
Rayuan akan ditolak kerana soal munasabah ( reasonableness) adalah soalan subjektif yang akan dijawab oleh hakim. Jika ini terjadi apakah ada alternatif lain untuk ‘membunuh’ seksyen 15?

   Saya berpendapat bahawa alternatif kepada isu ini adalah dengan hujahan bahawa seksyen 15 ini terlalu luas (broad), kabur(vague) dan tidak boleh difahami. Ia boleh diisytiharkan sebagai ‘unconstitutional’. Doktrin ini dikenali sebagai ‘’Void for Vagueness’’. Doktrin ini telah digunapakai oleh Justice Sutherland dalam kes Connally v. General Construction Co., 269 U.S. 385 (1926). Di dalam doktrin ini, jika undang-undang tidak memberi spefisikasi yang tepat dan membuatkan rakyat biasa tidak memahami atau mengetahui apa yang dikehendaki oleh undang-undang tersebut, maka ia akan diisytiharkan batal dan tidak sah.
  Di dalam kes Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Minister of Home Affairs), Malaysia [1969], Tun Suffian  mendefiniskan ‘vague’ sebagai:
Vague can be considered as the antonym of 'definite.' If the ground which is supplied is incapable of being understood or defined with sufficient certainty, it can be called vague.
Merujuk semula seksyen 15 (5)(a) AUKU, ia memperuntukkan ‘’ no student of the university shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy with or opposition to any political party whether in or outside Malaysia.’’
  Peruntukan ini menurut pandangan saya, terlalu luas dan kabur (vague) kerana ia tidak memberi definisi yang tepat dan tetap mengenai apa yang boleh dianggap munasabah sebagai menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan kepada mana-mana parti politik. Apakah bentuk sokongan yang dimaksudkan? Apakah yang dimaksudkan dengan simpati?Apakah pula yang dimaksudkan dengan bantahan dan apakah pula maksud ‘menzahirkan’?

    Adakah dengan menghadiri program-program yang melibatkan ahli politik di universiti boleh diklasifikasikan sebagai menyokong parti tersebut dan jika tidak menghadiri program tersebut, adakah itu menunjukkan bantahan terhadap parti tersebut?

  Bagaimana pula dengan tindakan siswa yang menjadi rakan twitter atau facebook ahli politik?adakah ini juga termasuk dalam peruntukan tersebut? Bagaimana pula jika siswa tersebut membalas komen dan bertukar-tukar pandangan dengan ahli politik tersebut, adakah ini juga termasuk dalam seksyen 15 AUKU?
  Peruntukan ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat biasa kerana mereka tidak dapat memahami apa sebenarnya kehendak undang-undang tersebut. Apakah batas-batas dan halangan yang sebenar dalam konteks menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan?  Saya berpendapat adalah terlalu sukar untuk peruntukan tersebut ( menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan) dibentukkan terhadapny satu skop definisi yang tetap dan boleh difahami oleh rakyat biasa.

Kes UKM4  & Akta 174
  Ada juga yang skeptikal bahawa kes UKM4 ini tidak akan memberi implikasi kepada siswa secara keseluruhan terutama mereka yang menuntut di IPT yang menggunapakai akta 174. Setelah meneliti akta tersebut, seksyen 10(1) dan (3) akta 174 memperuntukkan:
(1) No person, while he is a student of an Institution, shall be a member of, or shall in any manner associate with, any society,political party, trade union or any other organization, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the Institution or outside the Institution, and whether it is in Malaysia or outside Malaysia, except as may be provided by or under this Act, or except as may be approved in advance in writing by the Minister.

(3) No person, while he is a student of an Institution, shall express or do anything which may be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or trade union or  as expressing support or sympathy with any unlawful organization, body or group of persons.
  
  Peruntukan ini, adalah in pari materia dengan peruntukan yang terkandung dalam seksyen 15 AUKU. Justeru jika seksyen 15 AUKU diisyitiharkan sebagai tidak sah, maka seksyen 10 Akta 174 juga perlu diisytiharkan sebagai tidak sah.

Kesimpulan
   Kes UKM4 telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah perundangan Malaysia. Ia telah terbukti sebagai satu instrumen yang telah merantai kebebasan siswa sedangkan instrumen itu sendiri tidak menepati mana-mana justifikasi yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya bersetuju bahawa kebebasan dalam Perkara 10 bukanlah mutlak tetapi batasan terhadap kebebasan ini juga harus selaras dan seiring dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

3/11/2011
6.37 pm