I
Makam Humayun mengabdikan kematian.
Kematian benci yang melahirkan cinta. Cinta yang kekal abadi, tidak terbatas
oleh masa dan tempat kerana seluruh dunia berhimpun di sana.
Untuk mengabdikan benci dan melahirkan semula cinta
Cinta dari Tuhan kepada manusia. Dari
manusia kepada manusia. Dari manusia kepada binaan yang tercipta indah. Dari
binaan kepada merpati dua sejoli. Dari merpati kepada udara yang menghembus.
Dari udara kepada hembusan nafas manusia. Dari nafas manusia kepada bumi yang
menggetarkan cinta. Dirasakan getaran kepada air yang mengalir tanpa henti.
Kembali kepada Tuhan. Menghembuskan semula cinta kepada manusia.
Dan
demikianlah seterusnya cinta. Tidak terputus. Tidak terhenti. Akan sentiasa
hidup selepas kelahirannya.
Humayun's tomb 3.41 pm 7/11/2011
II
Aku tinggalkan cintaku di Taj Mahal kerana
di situ sahaja cinta yang kuhidupkan di Humayun akan hidup dan terus hidup.
Kerana di situ juga, cinta akan mengenali dirinya
sendiri dalam perpisahan yang memisahkan dua tubuh tetapi tidak jiwanya.
Dan
kini aku mengerti
Sedalam mana rindu
Yang menggetarkan rasa cinta itu
Kepada lautan yang lainnya
Hingga ia tak terputus
Mengalir dalam kesunyian
Yang hanya mengerti istilah setia
Saat itu aku mengerti
Cinta kepada seseorang tidak pernah terhenti
Ia mengalir dan terus mengalir
Mengikat hati masyrik dan maghrib
Di bawah kalimah Tuhan yang memayungi
Keredupan hati tersebut
Saat itu aku mendengar
Kalimah-kalimah cinta yang dibisikkan
Oleh angin yang membaluti tubuhku
Oleh air yang mengalir tenang, tidak gopoh mahupun lesu
Oleh rumput yang segar menghijau kerana pancaran mentari
Diajari aku untuk mengerti kalimah itu
Dalam setiap nafas yang kuhembus
Tiap detik, Tiap saat,Tiap masa
Yang abadi
Di sini.
Aku mengerti
Jasad yang dicintai telah tiada
Tetapi rohnya masih sahaja hidup
Selagi ada manusia yang mengetahui
Betapa kerinduan itu mendalamkan cintanya
Selagi ada cinta
Selagi itu manusia hidup
Taj
Mahal, 11 am, 7/11/2011
III
Aku tidak mahu cintaku dihembus
Ke dalam Agra Fort
Kerana di situ
Cintaku akan terpenjara tidak bebas
Lantas kuikat nafsuku
Dilumpuhkan kakiku
Hatiku dirantai
Jiwaku terseksa
Tetapi aku tahu
Hanya penderitaan yang akan mengenal kebahagiaan
Dalam kebahagiaan itu akan mencipta sebuah ketenangan
Untuk memenangkan sumpah
bahawa cintaku akan terus bebas
Hanya di Taj Mahal
Di luar perkarangan Agra Fort 7/11/2011 1.20 pm
* Mirak Mirza Ghiyauth adalah arkitek yang membina Humayun sementara Ustaz Ahmad Lahauri adalah arkitek yang bertanggungjawab membina Taj Mahal
Zharifkah yg karang? indah... =)
ReplyDeletea beautiful melancholy. impressive.
ReplyDelete