Sunday, November 27, 2011

Dulu pembancuh kopi sekarang peguam 'syaitan'



    Dua tahun lepas aku hadir sebagai orang di sebalik tabir dan sumbangan aku yang paling bermakna sewaktu event tersebut adalah: menyediakan kopi untuk pengacara majlis dan menjaga slide show. Tetapi tahun ini, balik sahaja dari bumi India, aku mendapat panggilan telefon. Aku diminta untuk membantu menjayakan event yang sama. Tetapi atas kapasiti yang berbeza. Dimintanya aku untuk membawa dua orang lagi untuk membantu. Selepas pertemuan pertama dengan ketua pasukan kami, semuanya menjadi jelas. Aku, Auzan dan Khairil akan mewakili dua manusia yang paling dibenci di dunia,digelar penipu dan syaitan bahkan tahap kebencian masyarakat terhadap mereka adalah setaraf Hitler dan Mussolini. Bahkan kedua-dua ‘klien’ aku ini telah menjadi subjek kritikan aku sejak meletusya perang Afghanistan 2001. Dan kini, aku akan mewakili mereka.

Kami akan mewakili mereka dalam menghadapi dakwaan pertama yakni crime against peace. Kami akan dibantu dengan dua orang dari universiti yang berlainan dan mereka telah menewaskan aku sewaktu pertandingan Jessup tahun ini. Kalau dahulu kami berlainan meja, kini kami akan duduk dan bekerja di atas meja yang sama.

   Masa yang diberikan: SEMINGGU. Masa diberitahu untuk membuat submission dan skrip: KURANG DARI 24 JAM.

 Tiada siapa menyangka kami akan memberi tentangan yang hebat meskipun menyedari risiko akan dibenci dan dikutuk oleh para hadirin yang datang. Tetapi hakikatnya, kami bukan defence team. Kami tidak mendapat arahan daripada kerajaan US dan UK. Bahkan mereka tidak mempedulikan kami. Bahkan tidak mempedulikan kewujudan kami sekalipun. Kami bertindak atas kapasiti sebagai amicus curiae. Melaksanakan tugas demi memastikan prinsip natural justice yakni right to be heard wujud dalam tribunal ini.

  Hari pertama bermula dengan kejutan; seorang hakim mengundurkan diri setelah permohonan amicus curiae  bahawa ada kemungkinan ‘bias’ sekiranya hakim tersebut membuat keputusan. Hari kedua dan ketiga diisi dengan hujah-hujah pendakwa. Hari keempat, giliran kami. Suasana sangat tegang dan tertekan. Tak pernah aku buat preparation yang kurang dari 24 jam sebegini.

 Kami tidak pernah menyangka akan diberi perhatian yang meluas, bukan sahaja dari media tetapi dari hadirin. Pendakwaraya juga akur dan mengiktiraf semangat dan tentangan yang kami berikan. Itu yang aku mahukan! Ketepikan soal keputusan yang penting pihak lawan dan hadirin mengiktiraf usaha kami, merasakan tentangan yang diberikan.

   Cuma yang kurang best nya apabila salah seorang pendakwaraya menggelar aku sebagai Zionist. Aiyoo sumpah tersentap masa tu. Tapi bila difikirkan balik, secara psikologinya dia sudah kalah kerana terdesak sampai menggunakan personal attack atau ad hominem.Langsung tak pakai legal argument. Sungguh menyedihkan. Nasib baik aku menggunakan kuasa ‘iceman’ untuk tetap rileks dan bertenang. Kalau ada peluang aku nak tunjuk gambar ni kat dia dan cakap ‘’ at least I have this. How about you,sir?’’


Keputusan? Memang sudah dijangka. Mana mungkin kami akan menang. Tetapi keputusan yang sepatutnya diumumkan pada pukul 4 petang ditangguhkan sehingga 5 petang meskipun kedua-dua belah pihak telah habis berhujah jam 1 petang. Kemenangan kedua: Berjaya membuat tribunal untuk menggunakan lagi satu jam untuk membuat keputusan.SATU JAM. 60 MINIT. Dengan kata lain, it was not an easy decision.

   Habis sahaja tribunal, tanpa diminta dan dijangka, kami diberitahu bahawa Tun M setuju nak bawa team amicus curiae untuk pergi kemboja, menghadiri War Crime Tribunal di sana ( juga dikenali sebagai ECC). Fully sponsored.

   Special tribute kepada semua yang terlibat dalam menjayakan event ini. Kepada team amicus curiae( boss Jason Kay, Khairil,Auzan,Shan Ping dan Kok Wing) aku seronok dapat bekerja dengan kalian. Kepada prosecution team( except for that one particular person), kalian mendapat penghormatan saya. Kepada yang hadir, terima kasih kerana meluangkan masa. Kepada Mahfiz, pekerja setia di Global Peace, terima kasih sebab masih ingat aku dan layan kami dengan cukup baik.

Kepada Dato Yaakob, terima kasih kerana masih mempercayai kemampuan saya untuk berkhidmat lagi.

Peguam syaitan? Not bad at all. Next charge: Crime against torture. And I’m all in for the second charge.


Of course, as a devil’s advocate. Again.


sila isi caption yang sesuai:__________________

                                         Devil's advocate team ( yang tinggi tu LO team kami)
         

                                                      Gabungan terbaik UM-UiTM


                                           *Terjumpa di dalam akhbar Berita Minggu hari ini :) *

4 comments:

  1. tahniah! wah bangga sangat dapat peluang macam tu.
    good job =')

    ReplyDelete
  2. Saya sangat teringin nak tonton. ada yang rakam?

    ReplyDelete
  3. T_T tears rolling beb! was that you?! =D

    ReplyDelete
  4. macam Slumdog Millionare pun ada cerita ni from a "chaiwala" to a "millionaire" heheh

    btw you guys did great! this is an achievement! At least it motivates me to do more to compete with you guys! =D

    zionist or not bro he didn't know you. anjing tak kan menyalak kalau dia kenal orang tu ;)

    have great time in Cambodia nanti :)

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)