Keseorangan tidak
pernah merungsingkan aku.Bahkan aku lebih bahagia apabila bersendirian. Bukan
bermaksud aku boleh hidup tanpa manusia yang lainnya tetapi bersendirian itu
akan mengundang seseorang yang bukan sahaja menyakitkan hati tetapi pada masa
yang sama memaksa aku untuk memaksimakan kapasiti intelektualiti aku terhadap
sesuatu perkara.
Dan dia muncul lagi. Aku sudah
menduga.Perlahan-lahan kuhirup teh yang semakin sejuk, terbebas habanya ke
udara yang mendingin; sudah tentu tidak sedingin Delhi.
‘’Amacam cuti
panjang? Best?’’soalnya sambil tersenyum
‘’Cuti dah habis bro,’’
jawabku ringkas. Aku cuba untuk tidak menatap matanya yang begitu bertenaga
memandangku tanpa henti.
‘’Kau tahu kenapa
aku hadir di sini. Bukan untuk mendengar kenangan-kenangan indah kau atau apa
sahaja yang kau dapat di sana, baik yang membahagiakan atau meremukkan hati
kau. Apa yang aku peduli adalah...’’
‘’Argumentatif
intelektual,’’balasku.
Dia tersenyum.
‘’ Ceritakan
padaku apa yang terjadi di Taj Palace.’’
Aku mencebirkan bibir. Mengangkat bahu dan
keningku tanda aku tidak acuh dengan permintaan tersebut.
‘’Kenapa kau fikir
di Taj Palace akan menjadi topik yang sesuai untuk kita berbincang?’’
‘’Sebab di sana
berlakunya pertemuan manusia-manusia yang mempunyai intelektual kelas pertama.
Dan kau sendiri tahu betapa aku ini cerewet untuk membincangkan isu-isu yang
serius,’’ balasnya tanpa ragu. Matanya masih menatapku, tersenyum.
Aku hentikan sisipan teh yang terakhir. Aku
melepaskan pandangan ke sebelah kanan.Kosong.
‘’ Aku iring
diplomat dari pelbagai Negara. Bertukar-tukar soalan biasa dan sekeping kad
wakil Kedutaan Indonesia untukku,’’ ucapku sambil menunjukkan kad tersebut. Dia
melihat dengan penuh teliti sebelum meletakannya semula ke atas meja.
‘’Kau seakan
hilang minat terhadap hal-hal diplomatik,’’ ucapnya. ‘’Bukankah itu cita-cita
kau dahulu? Menjadi diplomat?’’
Aku tersenyum tawar. Cinta lama bertaut
kembali.
‘’Dulu-dulu dah
habis. Kau sendiri tahu kenapa aku dah hilang niat untuk menjadi diplomat...’’
‘’Ok kita tak
perlu imbas kembali sebab musabab tu ok. Ceritakan padaku tentang event
tersebut. Oh sebelum tu, ini adalah konferens pertubuhan yang dinamakan...’’
‘’AALCO,’’ jawabku.
Dia mengangguk.
‘’ Bermula dari
tahun 1956 dan sekarang ia mempunyai 47 buah negara yang menggabungkan
negara-negara asia dan afrika,’’ ujarnya.
‘’Bayangkan, 47
buah negara! Menggabungkan dua buah benua yang
besar.Sangat besar. Mampu mengalahkan mana-mana kesatuan yang pernah
ditubuhkan,’’ sambungku, kagum.
‘’Maksud kau? EU?’’
Aku mengangguk. ‘’
EU secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1993 dan ia hanya mempunyai 27 buah
negara. AALCO sudah lebih lama dan lebih banyak anggota.’’
‘’Tapi EU ada
motto ‘’Uniting in diversity.’’ AALCO masih lagi belum ada sebarang motto untuk
mewakili dirinya sendiri,’’ jawabnya sambil mengerutkan dahi.
‘’Aku yakin AALCO
mampu pergi jauh. Bahkan jika benar-benar serius, ia boleh menjadi lebih hebat
dan Berjaya dari EU. Punya matawang sendiri dan semua system ekonomi
diseragamkan. Kita juga bisa menubuhkan mahkamah hak asasi manusia!’’
Dia tersenyum sinis. Aku tahu dia pasti kurang
selesa apabila aku ‘hidup semula’ dan mula bertenaga untuk beradu
intelektualiti dengannya.
‘’Kau fikir
terlalu jauh. Kau sendiri lupa maksud AALCO itu sendiri adalah ‘Asian-African
LEGAL CONSULTATIVE ORGANISATION.’ Ia adalah badan penasihat. Konsultant
perundangan untuk negara-negara Asia dan Afrika.’’
‘’ Tapi kau jangan
lupa bro. Perkara 1 Perlembagaan AALCO
sendiri sudah menyediakan objektif penubuhannya dan 3 daripadanya sangat sesuai
dengan perbincangan kita hari ini:
·
To serve as an advisory body to its Member States in the field of
international law and as a forum for Asian-African co-operation in legal
matters of common concern;
·
To consider and deliberate on issues related to international law
that may be referred to the Organization by the Member States and to make such
recommendations to governments as deemed necessary;
·
To exchange views, experiences and information on matters of
common concern having legal implications and to make recommendations thereto if
deemed necessary;
Nah, badan penasihat perundangan inilah
yang penting untuk merealisasikan apa yang kucadangkan tadi. AALCO boleh
menyelesaikan masalah-masalah yang menghalang tertubuhnya sebuah kesatuan
gergasi yang menggabungkan Negara-negara asia dan afrika, mengalahkan kesatuan
Eropah. AALCO akan menyediakan model untuk menyeragamkan sistem Negara-negara
ini. Aku percaya sewaktu EU hendak ditubuhkan, pasti mereka juga punya badan
penasihat undang-undang untuk menyelesaikan masalah berkaitan perundangan yang
menghalang penubuhan kesatuan tersebut.
Dia menghembuskan nafas berat. Seakan dia mengalah. Aku mengukir
senyuman kemenangan.
‘’Apa yang kau temukan dalam majlis Hari
Perlembagaan AALCO yang ke 55?’’
‘’ Konferens yang
dijalankan cukup baik. Bukan sebuah majlis yang pasif, semua diprovokasi untuk
berbicara dan mengutarakan pendapat masing-masing. Berani mengetengahkan hujah
dan pendirian sendiri dan aku menyedari sesuatu...’’
Suasana menjadi sepi seketika. Mata kami
bertemu. Atmosfera seakan sesak dengan pertukaran nafas yang dilakukan oleh
kami berdua.
‘’ Cadangan dan
hujah yang disampaikan bukan sahaja mewakili diri mereka sendiri tetapi
melambangkan tahap intelektual negara tersebut. Bagiku, diplomat membawa
tanggungjawab yang sangat besar kerana apa sahaja yang dilakukan akan mencerminkan
negaranya. Dari segi penampilan, percakapan dan gaya, semuanya melambangkan
keperibadian sesebuah negara tersebut. Bukan mudah untuk menjadi diplomat.’’
Dia mengangguk. Perlahan-lahan dihembuskan
nafas panjang sebelum menyambung semula perbicaraan.
‘’ Kau tak
menyampaikan pandangan dalam event tersebut?’’
Aku ketawa.
‘’Mana mungkinlah
bro. Aku ini cuma pelajar sahaja. Baru didedahkan dengan cinta lama aku.
Sayangnya hatiku masih belum terbuka untuk menimbang kembali keinginan untuk menceburi
bidang diplomat. Bukan sekarang,’’ ucapku tenang.
‘’ Tapi kau mesti
punya idea bukan? Zharif yang kukenal tidak mungkin ketandusan idea. Idea dan
dirinya ibarat hujan dan bumi; yang satunya akan terus mencurah menyuburkan apa
sahaja yang ada di atas satu yang lain,’’ balasnya sambil mengangkat kening.
Aku tersengih.
‘’ Untuk mempromosikan
AALCO, aku cadangkan AALCO menganjurkan pertandingan mooting.’’
Dia tergelak sambil menepuk tangan. ‘’Ha ha
ha. Mooter, mooter. Hidup tak boleh nak dipisahkan langsung dengan mooting,’’ujarnya
sinis.
‘’ Daripada
mooting kita boleh ketengahkan isu-isu semasa yang berlaku di Asia dan Afrika. Dari
sini juga kita boleh mencambah idea-idea untuk merealisasikan kesatuan Asia dan
Afrika yang lebih hebat dari kesatuan Eropah itu. Daripada mooting juga kita
boleh menjana dana dengan tajaan dari firma-firma gergasi di serata Asia dan
Afrika.’’
‘’Dan juga
fund-raising dinner selepas moot competition. Macam yang kalian buat,’’ balasnya
pula. Aku mendiamkan diri sambil tersenyum.
‘’ Nampaknya ini
bukan sekadar pengalaman. Kau berhasil menuai sesuatu daripada pengalaman
tersebut. Jika punya pengalaman tetapi tiada hasil daripada pengalaman
tersebut, tidak ada gunanya juga. Cuma aku berharap...’’
‘’Yang aku akan
pertimbangkan semula untuk jadi diplomat?’’ soalku, berbaur provokasi. Dia
tersenyum tawar.
‘’ aku tak fikir
lagi tentang perkara itu. Yang penting, aku bangga dapat pengalaman sebegini.
Menambahkan lagi kemampuan aku untuk berfikir dan berpandangan jauh,’’ ujarku
penuh yakin.
Dan dia pun berlalu pergi.
Aku menghantarnya dengan pandangan mata yang
menyinarkan kepuasan.Aku tahu dia akan kembali lagi. Dengan isu yang berbeza.
Dan aku harus bersedia untuk menerima kehadirannya lagi.
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)