Perkembangan isu Akta Universiti dan Kolej
sudah memasuki fasa yang menuntut lebih daripada sekadar demonstrasi dan
kata-kata. Ia sudah melalui zaman kegelapan; tempoh kesengsaraan minda
siswa-siswi yang digertak dengan ketakutan apakah setiap perbuatan dan tutur
kata mereka akan dijadikan alasan mereka disingkirkan daripada meneruskan
pengajian di menara gading.
Pindaan yang dilaksanakan masih belum
mencukupi. Alhasil, isu ini telah memasuki fasa seterusnya yakni melalui lunas
perundangan. Dalam fasa ini hanya hakim dan golongan profesion perundangan
sahaja yang mengerti sementara rakyat biasa akan membentuk pandangan mereka
hanya melalui media massa dan elektronik. Maka adalah menjadi satu
tanggungjawab kepada saya untuk mengulas kes yang lebih dikenali dengan UKM4
ini dalam bahasa yang lebih mudah dan boleh difahami tanpa perlu menggunakan
ayat-ayat yang memeningkan dan menyumbat fikiran untuk mengerti maksud ayat
tersebut.
Maka adalah lebih baik kita mulakan
perjalanan dengan meneliti keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 29 Oktober 2010
yang telah diputuskan oleh Yang Arif Aziah Ali.
Fakta Kes
Pertama sekali, fakta kes telah dipersetujui
dan tiada bantahan yang dilakukan termasuk ketika penghakiman oleh Mahkamah
Rayuan. Faktanya mudah: 4 pelajar dari fakulti Sains Politik UKM telah datang
ke Hulu Selangor sewaktu kempen pilihanraya yang diadakan pada 24 April 2010.
Kemudian, Naib Canselor UKM telah memberi notis kepada mereka di mana tindakan
mereka adalah bertentangan dengan seksyen 15(5)(a) AUKU.
Isu
Isu ini juga adalah sama seperti yang
diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Isunya juga mudah untuk difahami: Adakah
seksyen 15(5)(a) AUKU 1971 relevan untuk dijadikan sebagai salah satu sebab
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara dan
berpersatuan dibataskan. Terdapat tiga sebab yang membolehkan Parlimen
membataskan kebebasan ini: national
security, public order or morality.
Aplikasi Undang-Undang
Seksyen 15(5)(a) memperuntukkan ‘’ no student of the university shall
express or do anything which may reasonably be construed as expressing support
for or sympathy with or opposition to any political party whether in or outside
Malaysia.’’
Perkara 10( 2)(c) Perlembagaan Persekutuan
pula menyebut ‘’ On the right conferred
by paragraph c of clause 1[ which is the freedom of association], such
restriction can be imposed by the Parliament as it deems necessary or expedient
in the interest of security, public order or morality.’’
Alasan Penghakiman
Yang Arif Aziah Ali memutuskan bahawa
seksyen 15(5)(a) adalah sah di sisi Perkara 10(2)(c) kerana batasan tersebut
bersesuaian dengan kepentingan menjaga public
order dan morality. Yang Arif
telah merujuk kepada kes Public
Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208 di mana kes ini telah
memutuskan bahawa kebebasan yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan
adalah sesuatu yang tidak mutlak. Dalam perenggan 26, Yang Arif Aziah menyebut '’
The restriction as contained in s15(5)(a) is to address the potentiality for
disturbance of the life of the student community in the universities which can
amount to disturbance of public order and tranquility of the society. The
restriction imposed is necessary to maintain discipline of students which is
part of public morality and which the students must observe.’’
2-1 Di Mahkamah Rayuan
Meskipun terdapat 2 hakim yang memihak
kepada perayu (UKM4) tetapi saya lebih tertarik dengan keputusan yang
dilaksanakan oleh Yang Arif Dato’ Hishamuddin Yunus. Menurut Yang Arif, kes
yang disandarkan oleh Yang Arif Aziah Ali yakni Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1 LNS 208 tidak lagi
relevan kerana telah diketepikan dalam kes Sivarasa
Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 2 MLJ 333. Terdapat dua
perkara penting yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes ini
iaitu:
i) Although the article says restrictions, the
word reasonable should be read into
the provision to qualify the width of the provisio.
ii) Fundamental liberties ( Article 5-13 of
Federal Constitution) must be generously interpreted and restrictions that
limit the liberties must be read restrictively
Terdapat 3 cabang alasan penghakiman Yang
Arif Hishamudddin pada mukasurat 11 hingga 13:
i. In my
judgment I fail to see in what manner that section 15(5)(a) of AUKU relates to
public order or public morality. I also do not find the restriction to be
reasonable. I am at a loss to understand in what manner a student who expresses
support for or opposition against a political party could harm or bring about an adverse effect on public order or
public morality? Are not political parties carrying out legitimate political
activities? Are not political leaders including ministers and members of the
federal and state legislatures, members of political parties?
ii. The impugned provision (s15(5)(a) AUKU) is
irrational. Most university students are of the age of majority. They can enter
into contracts. They can marry, becomes parents and undertake parental
responsibilities. They can vote in general elections if they are 21 years oled.
They can become directors of company. Yet they are told that legally they
cannot say anything that can be construed as supporting or opposing a political
party
iii. In my opinion such a provision as section 15
(5) (a) of AUKU impedes the healthy development of the critical mind and
original thinking of students. Universities should be the breeding ground of
reformers and thinkers, not institutions to produce students trained as robots.
Clearly the provision is not only counter-productive but repressive in nature.
Sementara itu, Yang Arif Low Hop Bing dalam
penghakiman minoriti (dissenting judgment) bersetuju bahawa kes Public Prosecutor v Pung Chen Choon [1994]1
LNS 208 tidak relevan dan prinsip yang telah dibentangkan oleh Mahkamah
Persekutuan dalam kes Sivarasa Rasiah
perlu diaplikasikan. Namun begitu, Yang Arif Low memutuskan bahawa seskyen
15(5)(a) adalah munasabah (reasonable). Dalam perenggan 26, Yang Amat Arif
menyebut:
‘’ The restrictions imposed under s 15(5)(a)
pertain essentially to the involvement of students in politics. It is necessary
and seeks to prevent infiltration of political ideologies inculding extremities
amongst students. This infiltration may adversely affect the primary purpose of
the universities which is the pursuit of education. This is significant as
university students could well be vulnerable youth capable of being subject to
peer pressure and be easily influenced. In essence the restrictions were stated
to protect the interest of the students and institutions of higher learning as
a matter of policy’’
Di
akhir penghakiman, Yang Arif Low dalam pandangannya (obiter dicta) menyebut:
‘’
Strictly by way of obiter, Parliament may wish to consider an amendment to
s.15(5) in particular and the whole act in general so as to bring about a
repeal or review thereof. This measure can only be brought by legislative
acts.’’
PANDANGAN
Penghakiman YA Dato Hishamuddin Yunus telah
menjawab jawapan yang diberikan oleh YA Aziah. Penghakiman tersebut sudah
memadai dan jika diizikan, saya ingin menambah beberapa perkara:
1. Dalam penghakiman Mahkamah Tinggi, YA
Aziah memutuskan bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menghalang sebarang
kemungkinan berlakunya gangguan terhadap keamanan masyarakat dan menjaga
peraturan awam. Dengan rasa rendah hati, saya tidak dapat melihat bagaimana
dengan menghalang siswa daripada menyertai parti politik dan memberi sokongan
atau bantahan kepada parti politik boleh menjaga keamanan masyarakat dan
peraturan awam (public order). Apakah dengan memberi pandangan dan komen yang
menyokong mana-mana parti politik boleh menimbulkan huru-hara kepada
masyarakat? Apakah dengan menentang mana-mana parti politik boleh menganggu
ketenangan dan kestabilan masyarakat? Dalam kes itu sendiri, adakah siswa siswi sains politik yang
datang dalam kempen pilihanraya boleh mencetuskan gangguan terhadap ketenangan
dan kestabilan masyarakat? Apakah dengan menjadi ahli kepada sesebuah parti
politik akan mencetuskan pergaduhan dan huru-hara dalam masyarakat?
Persoalan ini, memerlukan lebih daripada ‘keajaiban’ untuk menjustifikasi
keberkesanan seksyen 15 AUKU sebagai instrumen menjaga ‘public order’.
2.
Di dalam penghakiman YA Aziah juga
menyebut bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menjaga disiplin siswa sebagai
sebahagian daripada ‘’public morality’’.
Saya bersetuju bahawa disiplin siswa boleh dikategorikan sebagai ‘’public morality’’ tetapi benarkah
peruntukan ini mampu menjaga disiplin siswa? Adakah dengan melarang siswa
berpolitik ( samada menyertai, menyokong, memberi simpati atau membantah) boleh
menjaga disiplin golongan siswa? Jika mahu memastikan disiplin siswa terkawal
maka melarang siswa daripada berpolitik bukanlah jawapannya. Ini kerana
aplikasi disiplin itu sendiri luas dan berbeza dari sebuah universiti ke sebuah
universiti yang lain. Siswa tidak diwajibkan untuk memakai seragam seperti pelajar-pelajar
sekolah. Ada di sesetengah universiti, siswa tidak dilarang untuk keluar dan
masuk ke universiti pada jam 3-4 pagi. Siswa tidak dilarang untuk tidak
menghadiri kuliah dan tidak juga dipaksa menyertai mana-mana persatuan atau
kelab. Jika keputusan tidak mencapai tahap minimum, siswa akan dibuang dari
universiti.
Jika dengan berpolitik
disiplin siswa tidak dapat dikawal maka siswa juga perlu dilarang daripada
bergiat aktif dalam mana-mana persatuan atau kerja-kerja kebajikan kerana itu
juga boleh merosakkan disiplin siswa. Kesemua siswa perlu ditempatkan dalam
kampus universiti dan tidak dibenarkan keluar malam, perintah berkurung perlu
dilaksanakan jika mahu menjaga disiplin siswa.
Kesemua ini, menurut pendapat saya tidak realistik dan tidak mampu
dilaksanakan. Justeru, moraliti tidak boleh dijadikan justifikasi untuk
mempertahankan seksyen 15.
3. Dalam penghakiman minoriti, YA Low
memutuskan bahawa seksyen 15 adalah penting untuk menghalang kemasukan ideologi
politik yang akan memberi kesan terhadap objektif universiti. Ini kerana siswa
adalah golongan yang mudah dipengaruhi dan ia juga menjaga kepentingan IPT dan
siswa. Dengan penuh rasa hormat kepada intelektualiti dan pengalaman YA, saya
tidak bersetuju dengan alasan penghakiman di atas. Kemasukan ideologi politik
telah wujud meskipun seksyen 15 juga wujud pada masa yang sama. Apabila
menyebut soal ideologi politik, maka IPT dan siswa perlu bebas daripada
pengaruh politik dan politik bukan sahaja bererti parti pembangkang kerana
politik juga merangkumi kerajaan, menteri-menteri dan ahli politik. Telah
banyak program-program yang telah diadakan di universiti yang melibatkan
ahli-ahli politik dan mereka boleh memberi ucapan, ceramah bahkan diberikan
satu slot khas untuk memberi ceramah kepada siswa. Adakah ini tidak boleh
dikategorikan sebagai ‘kemasukan ideologi politik’? Saya tidak dapat bersetuju
bahawa kemasukan ahli-ahli politik ini tidak membawa unsur-unsur politik kerana
diri mereka sendiri telah membentuk sebuah entiti politik yang terdiri daripada
ideologi dan pemikiran politik. Maka jika kemasukan ideologi politik ini perlu
dihalang, saya mencadangkan bukan sahaja siswa tidak dibenarkan menyertai parti
politik tetapi mana-mana individu atau
kumpulan yang mewakili parti politik atau yang memberikan simpati atau sokongan
kepada mana-mana parti politik juga perlu dilarang dan tidak dibenarkan
memasuki universiti dan mengadakan sebarang program di dalam universiti.
Apa seterusnya?
Jika kes ini
dibawa ke Mahkamah Persekutuan maka ada kemungkinan keputusan Mahkamah
Rayuan akan
ditolak kerana soal munasabah ( reasonableness) adalah soalan subjektif yang
akan dijawab oleh hakim. Jika ini terjadi apakah ada alternatif lain untuk
‘membunuh’ seksyen 15?
Saya
berpendapat bahawa alternatif kepada isu ini adalah dengan hujahan bahawa seksyen 15 ini terlalu luas (broad),
kabur(vague) dan tidak boleh difahami. Ia boleh diisytiharkan sebagai
‘unconstitutional’. Doktrin ini dikenali sebagai ‘’Void for Vagueness’’. Doktrin ini telah digunapakai oleh
Justice Sutherland dalam kes Connally v. General
Construction Co., 269 U.S. 385 (1926). Di dalam doktrin ini, jika undang-undang tidak memberi
spefisikasi yang tepat dan membuatkan rakyat biasa tidak memahami atau
mengetahui apa yang dikehendaki oleh undang-undang tersebut, maka ia akan
diisytiharkan batal dan tidak sah.
Di dalam kes Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Minister of
Home Affairs), Malaysia [1969], Tun Suffian
mendefiniskan ‘vague’ sebagai:
Vague can be considered as the antonym of 'definite.'
If the ground which is supplied is incapable of being understood or defined
with sufficient certainty, it can be called vague.
Merujuk semula seksyen 15 (5)(a) AUKU, ia
memperuntukkan ‘’
no student of the university shall express
or do anything which may reasonably be construed as expressing support for
or sympathy with or opposition to any political party whether in or outside
Malaysia.’’
Peruntukan ini menurut pandangan saya,
terlalu luas dan kabur (vague) kerana ia
tidak memberi definisi yang tepat dan tetap mengenai apa yang boleh dianggap
munasabah sebagai menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan kepada mana-mana
parti politik. Apakah bentuk sokongan yang dimaksudkan? Apakah yang
dimaksudkan dengan simpati?Apakah pula yang dimaksudkan dengan bantahan dan
apakah pula maksud ‘menzahirkan’?
Adakah dengan menghadiri program-program
yang melibatkan ahli politik di universiti boleh diklasifikasikan sebagai
menyokong parti tersebut dan jika tidak menghadiri program tersebut, adakah itu
menunjukkan bantahan terhadap parti tersebut?
Bagaimana pula dengan tindakan siswa yang
menjadi rakan twitter atau facebook ahli politik?adakah ini juga termasuk dalam
peruntukan tersebut? Bagaimana pula jika siswa tersebut membalas komen dan
bertukar-tukar pandangan dengan ahli politik tersebut, adakah ini juga termasuk
dalam seksyen 15 AUKU?
Peruntukan ini telah menimbulkan kekeliruan
dalam kalangan rakyat biasa kerana mereka tidak dapat memahami apa sebenarnya
kehendak undang-undang tersebut. Apakah batas-batas dan halangan yang sebenar
dalam konteks menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan? Saya berpendapat adalah terlalu sukar untuk
peruntukan tersebut ( menzahirkan sokongan, simpati atau bantahan) dibentukkan
terhadapny satu skop definisi yang tetap dan boleh difahami oleh rakyat biasa.
Kes UKM4 &
Akta 174
Ada juga yang skeptikal bahawa kes UKM4 ini
tidak akan memberi implikasi kepada siswa secara keseluruhan terutama mereka
yang menuntut di IPT yang menggunapakai akta 174. Setelah meneliti akta
tersebut, seksyen 10(1) dan (3) akta 174 memperuntukkan:
(1) No person, while he is a student of an Institution, shall be a
member of, or shall in any manner associate with, any society,political party,
trade union or any other organization, body or group of persons whatsoever,
whether or not it is established under any law, whether it is in the
Institution or outside the Institution, and whether it is in Malaysia or
outside Malaysia, except as may be provided by or under this Act, or except as
may be approved in advance in writing by the Minister.
(3) No person, while he is a student of an Institution, shall express or
do anything which may be construed as expressing support, sympathy or
opposition to any political party or trade union or as expressing support or sympathy with any
unlawful organization, body or group of persons.
Peruntukan ini, adalah in pari materia dengan peruntukan yang terkandung dalam seksyen 15
AUKU. Justeru jika seksyen 15 AUKU diisyitiharkan sebagai tidak sah, maka
seksyen 10 Akta 174 juga perlu diisytiharkan sebagai tidak sah.
Kesimpulan
Kes UKM4 telah membuka satu lembaran baru
dalam sejarah perundangan Malaysia. Ia telah terbukti sebagai satu instrumen
yang telah merantai kebebasan siswa sedangkan instrumen itu sendiri tidak
menepati mana-mana justifikasi yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya bersetuju bahawa kebebasan dalam Perkara 10 bukanlah mutlak tetapi batasan
terhadap kebebasan ini juga harus selaras dan seiring dengan peruntukan yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
3/11/2011
6.37 pm
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)