2. Imam itu mempunyai pembantunya yakni bilal. Begitulah juga dengan pemimpin yang memerlukan seorang pembantu yang dipercayai,dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab bersama-sama.
3.Kedudukan imam dan jemaah tidak terlalu jauh. Ini menjelaskan bahawa pemimpin seharusnya sentiasa dekat dan tidak mempunyai jurang yang terlalu jauh dengan rakyatnya.
4. Makmum tidak boleh mendahului imam meskipun dia sudah menghabiskan bacaan dalam solat- rakyat perlu patuh dan mengikuti pemimpin.
5. Nabi saw bersabda '' Apabila salah seorang di antara kamu menjadi imam maka hendaklah diringkaskannya sembahyangnya kerana manusia itu ada yang tua,kecil, lemah dan ada yang mempunyai keperluan lain.''
Ini memberi isyarat bahawa pemimpin mesti seorang yang prihatin dan peka dengan masalah rakyat.Kena ambil kisah setiap lapisan-samada yang minoriti atau yang tidak memberi sebarang kepentingan pun mesti diberi perhatian kerana itulah tanggungjawab.
6. Apabila imam melakukan kesilapan dalam solat maka makmum mengucapkan tasbih subhanallah dengan berniat zikir jika tidak berniat zikir maka batallah sembahyangnya.
Betapa indah dan halusnya cara Islam dalam menegur pemimpin yang melakukan kesilapan.Rakyat diberi panduang untuk menegur secara hikmah,dengan jalan agama dan mengingatkan pemimpin kepada Allah; bukannya dengan kata-kata kasar dan tidak mencerminkan keperibadian Islam yang sebenar.
7.Makmum diingatkan untuk merapatkan saf oleh imam sebelum solat.Pemimpin perlu memastikan rakyatnya bersatu padu dan berdiri teguh untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab dan memajukan negara.
*Ini merupakan pemerhatian/ pemikiran yang telah saya lakukan ketika berada di tingkatan dua.Cuma sekarang baru dapat menulisnya kembali di ruang yang lebih bermanfaat untuk semua.Maklumat2 tentang solat jemaah tersebut diambil dari buku Pengetahuan Agama Islam ATM
Sesungguhnya pertolongan Allah itu di atas mereka yang berjemaah.Waallahua'alam
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)