Tuesday, April 28, 2009

A BREAKTHROUGH

1. Ini adalah hari kedua saya berada di Kuala Lumpur dalam gap week sebelum final paper menjelang. Hari semalam dihabiskan bersama dengan ibu meronda di KLCC dan sempatlah juga meluangkan masa untuk menonton filem 'he just don't really into you'. Cadangan awal nak tengok the international tapi tayangan untuk filem tu dah habis so tengoklah cerita lakonan Ben Affleck dan aktres2 hollywood yang agak terkenal jugak. Sangat menarik dan jalan cerita mirip filem CINTA tetapi lebih kreatif dan punya falsafah tersendiri.Oh ya hari semalam juga saya mendapat respons dari sebuah penerbitan novel yang bersedia untuk menilai karya terbaru saya yang dijangka siap sebelum akhir tahun nanti bertajuk 'Sampai syurga'.

2. Hari kedua saya bertemu dengan saudara Ram yang bertugas di Perdana Global Peace Organisation(PGPO) yang mana pejabat beliau terletak di bangunan yayasan Al-Bukhary. Sebelum sempatlah saya menunaikan solat di Masjid Negara.Saya sungguh terpesona dengan rekaan dalaman bangunan tersebut yang saya fikir tidak keterlaluan untuk dilabel sebagai 'istana' yang diukir bersama rekaan Islam yang unik.

3. Pertemuan kami berlangsung selama hampir 40 minit. Pelbagai perkara bermula dari keamanan sehinggalah ke bab politik. Tujuan sebenar saya adalah mencadangkan supaya ditubuhkan satu sayap atau faction baru dalam Perdana Global Peace yang diberi nama sebagai PERDANA GLOBAL PEACE YOUTH.

4. Saya berpendapat bahawa sayap baru ini dapat memantapkan semula misi dan objektif PGPO untuk memperjuangkan keamanan sejagat. Saya sangat kagum dengan kemantapan organisasi yang memperjuangkan isu2 alam sekitar dan global warming lantas saya berfikir bahawa isu keamanan juga perlu diberi perhatian yang serius;lebih serius.

5.Alhamdulilah saudara Ram bersetuju dengan idea saya dan beliau juga mengalu-alukan kerjasama dengan pihak universiti. Lagipun inilah peluang untuk menyatukan generasi muda seluruh negara supaya lebih prihatin dan serius untuk menghentikan peperangan di serata dunia.

6. Tambahan lagi kelab saya yakni Pre-Law Club akan menjadi satu kelab rasmi yang bakal menyertai sayap baru Perdana Global Peace ini dan kemungkinan besar juga satu exhibition atau conference mungkin diadakan di UiTM Kedah yang akan dihadiri oleh Tun Mahathir dan juga speaker2 keamanan yang lain. Insyallah saya tidak memberikan janji kosong tetapi usaha untuk merealisasikannya ada.

7. Saya juga menegaskan bahawa sayap baru ini bukanlah untuk kepentingan Pre-Law Club Kedah sahaja kerana ia juga akan melibatkan seluruh remaja2 yang lain di negara ini termasuklah dari universiti-universiti dan memandangkan ianya satu organisasi bersifat global maka sayap ini juga akan 'terbang' ke negara2 lain dan sasaran terdekat saya adalah negara-negara jiran seperti Singapura,Indonesia,Brunei,Thailand dan juga negara2 Arab seperti Palestin dan Iraq.

8. Saudara Ram meminta saya membuat proposal ringkas berkenaan Perdana Global Peace Youth beserta cara-cara untuk menghantar surat jemputan ke universiti2 supaya sayap ini dilihat lebih relevan dan bermanfaat untuk semua belia di negara ini.

9. Dan saya berazam untuk menjadikan ia satu kenyataan meskipun saya sedari ia bukan satu kerja mudah dan kemungkinan untuk gagal itu ada.

10.Tetapi perkataan gagal itu sedikitpun tidak merungsingkan kerana saya yakin tiada yang mustahil di dalam dunia ini.

11. Ia satu impian yang besar. A big dream from a person who dare to dream.Mimpi besar daripada orang yang berani untuk bermimpi.

12. Insyallah demi kepentingan bersama saya akan meneruskan perjuangan ini dan memastikan ianya menjadi satu realiti!

5 comments:

  1. Hiasan dalaman masjid negara ditaja oleh Yayasan al-Bukhori.

    Cadangan tentang penubuhan PGPY sangat menarik. Sedia beri sumbangan, tapi individuallah..

    Saya doa semoga tercapai..

    ReplyDelete
  2. just wishing u all the best z.
    u know u can do whatever u wanted to.
    just work hard.

    weh weh best dow tajuk novel baru.haha

    ReplyDelete
  3. =D oit2, u gi KLCC again, and then, gi check movie 'make it happen' and tgk. hahaha.. dreams come true!

    ReplyDelete
  4. Insyallah'
    semoga misi dan impian menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  5. wishing u all the best..kalu bleh, ak nk kelab kite bersekutu ngn PBB, ko bleh tlg wat x?hehe..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)