Friday, January 8, 2010

HAK EKSKLUSIF BAHAGIAN II

1. Mula-mula aku ingatkan isu ini sudah berakhir tetapi tidak. Bahkan ia menjadi lebih dahsyat lagi mendahsyatkan apabila sudah sampai ke tahap menyerang sebuah gereja berikutan keputusan mahkamah yang memberi kebenaran kepada Herald Tribune untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam pengajaran agama kristian katholik di dalam negara ini.

2. Dalam keadaan begini akan wujud sekumpulan manusia yang dipanggil 'opportunist' yang akan menggunakan kesempatan ini untuk mewujudkan keadaan yang huru-hara dan menganggu keharmonian kaum. Tidak kira siapa samada dari dalam atau luar negara pastinya akan ada perbuatan-perbuatan yang cuba untuk menjatuhkan imej negara dan membangkitkan sentimen-sentimen yang tidak baik di dalam negara kita.

3. Seperti yang telah aku jelaskan dalam entri sebelum ini, di dalam Al-Quran sendiri dalam surah Al-Ankabut ada menyebut bahawa jika ditanya siapa pencipta Alam, penguasa Alam maka semua manusia akan menjawab 'Allah'.

4. Tetapi menggunakan kalimah Allah dalam pengajaran katholik di negara ini akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam di mana boleh menjejaskan akidah dan membawa kepada murtad.

5. Namun tindakan membakar gereja bukanlah satu tindakan yang mencerminkan ajaran Islam sebenar. Bahkan dalam peperangan sekalipun umat Islam dilarang untuk menyerang dan merosakkan mana-mana rumah ibadat agama lain. Jika dalam peperangan sekalipun sudah dilarang adakah timbulnya isu ini membenarkan umat Islam menyerang dan menganggu penganut agama lain?Sudah tentu tidak.

6. Kalau hak istimewa orang Melayu dikekalkan untuk menjaga kestabilan negara ini kerana orang Melayu membentuk kaum majoriti di negara ini dan jika majoriti ini ketinggalan dan tidak dijaga maka ia akan mencetuskan ketidakstabilan dalam ekonomi, pelajaran dan sebagainya.

7. Kalau begitu mengapa hak umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini perlu dikompromi? Waalahualam.

Akan cuba mendapatkan pandangan pakar perlembagaan berkenaan isu ini kerana ia menyentuh artikel 3(1) dan akan menyiarkannya dalam entri yang akan datang.

5 comments:

  1. sangat memalukan. apakah sebenarnya yang hendak dibukti kan oleh mereka? kalau mereka telah menetapkan untuk menentang diperingkat awal jadi apa gunanya kes ini dibicarakan dalam mahkamah? golongan manusia ini memalukan umat islam dan mencemarkan nama baik islam. menggunakan islam sebagai alasan, bukanlah satu tindakan bijak.

    waiting for the experts opinion =)

    ReplyDelete
  2. yea, me too....
    btw, who's the experts?

    ReplyDelete
  3. most probably it would be Prof Shad Saleem Faruqi i guess. Our well known Lecturer at UiTM and a Constitutional Law Expert.

    ReplyDelete
  4. Dalam isu ni, bukan setuju atau tidak tapi boleh atau tidak penggunaan nama Allah untuk agama lain. Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Zharif, I'd like to ask your opinion because if I ask my dad it would an opinion from his generation. I'd like to have an opinion from someone who is of the same generation as myself. Why is it that Malays would always use violence if there are any issues cooncerning their so called excluysive rights? And one more thing. Why is it that the non-Malays were always being excluded from having this kind of exclusive rights? Because it is to my believe they are living in Malaysia, they work here, they study here, so why are they being excluded from enjoying the same rights as what we have? Why can't people get what they deserve based on their own efforts rather than based on their heritage?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)