1. Hari ni sahaja dekat tiga kali perkataan pilihan raya muncul dalam hidup aku. Kalau boleh memang tak nak jadi mahasiswa yang 24/7 bercerita pasal politik atau politiking tapi yang jadi masalahnya kebanyakan orang cerita politik ni kerjanya sikit. Tak percaya tengoklah kat warung-warung kopi tu berapa jam boleh habis semata-mata bercerita pasal politik. Politik-politik aku pun kira 'berhemah' juga sebab mengikut dari sudut justifikasi perundangan.
2. Waktu makan tengahari bersama member-member kat restoran tersentuh pulak pasal cerita masa depan. Secara tak langsung juga terkeluar cerita tentang pilihanraya umum akan datang. Lepas tu singgah 7-eleven beli suratkhabar The Star baca kolumn tulisan Prof.Shad Saleem Faruqi; pun berkenaan pilihanraya juga. Tadi petang lepas-lepas habis latihan kesatria datang calon-calon MPP untuk beri manifesto sebab esok dah start mengundi.Selamat mengundi untuk semua mahasiswa undang2 esok. Undilah calon yang terbaik; calon yang mampu melaksanakan janji-janji mereka yang realistik.
3. Bila fikir-fikir balik memang tak lama dah nak pilihanraya dan pilihanraya umum akan datang memberi peluang kepada aku buat pertama kalinya mengundi dan menjadi salah seorang penentu masa depan negara. Tetapi melihat keadaan sekarang, suasana politik sekarang macam dah takda perasaan dah nak undi sesiapa. Semuanya asyik dengan isu-isu yang lama dan mencetuskan sentimen permusuhan yang berdasarkan parti semata. Isu-isu berkaitan rakyat dieksploitasi sebaik mungkin untuk menjadi juara di mata rakyat tak kurang juga masalah-masalah rakyat diketepikan kerana kepentingan politik dahulu.
4. Sebab itu subjek yang paling ditunggu-tunggu adalah subjek perlembagaan@ constitutional law. Sebab masa subjek ini saja banyak idea-idea baru dilontarkan, pendapat-pendapat boleh dijanakan dan mencari jalan baru untuk memperbaiki sistem yang kita miliki sekarang.
5. Aku mengimpikan satu hari nanti di mana semangat kepartian tidak lagi dijadikan kepentingan yang utama bahkan mungkin dalam pentadbiran eksekutif itu sendiri akan terdiri daripada menteri-menteri yang berbeza fahaman politiknya. Pemilihan pemimpin itu sendiri berdasarkan latarbelakang calon itu sendiri, bukan kerana dipilih menjadi pemimpin sebab partinya menang majoriti sewaktu pilihanraya. Kerana apa yang penting adalah peribadi calon pemimpin itu sendiri kerana dia akan menjadi pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya di akhirat kelak.
6. Tetapi untuk mencapai tahap kematangan politik itu sendiri memerlukan masa. Bukan sekarang, tetapi mungkin di waktu akan datang di mana golongan muda hari ini akan mengambil alih tampuk pentadbiran dan bersungguh-sungguh untuk menukar landskap politik negara. Apa guna kita bergaduh dan bertengkar hanya kerana parti yang berbeza? Bagaimana pula nasib rakyat yang mengharapkan pembangunan dan kebajikan mereka terbela? Gajah berperang pelanduk mati di tengah-tengah.
7. Arus perubahan akan mengalir. Bukan sekejap tetapi tidak mustahil. Tetapi sehingga arus itu benar-benar mengalir dan diterima ramai, sehingga ahli-ahli politik kita sanggup meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan peribadi selagi itulah kita akan terus berada dalam keadaan dilema. Dilema untuk memilih parti mana yang layak untuk memerintah Malaysia.
8. Kalau undi UMNO, parti ini masih belum ambil tindakan terhadap perasuah yang terang-terangan dah memburukkan imej parti. Kalau undi PAS nanti yang jadi PM pun bukan dari pemimpin PAS tetapi 'orang tu' yang akan jadi PM. Yela dah lama kan pegang title PM in Waiting takkan nak kasi orang lain jadi PM.
9. So camna sekarang?
kematangan politik subjek yang menarik untuk dibincangkan.
ReplyDeleteDalam pilihan raya MPP UiTM pun sudah jelas menunjukkan ketidak matangan politik apabila sabotaj berlaku kepada calon-calon. Perkara ini sungguh menyedihkan. Mungkin bagi mahasiswa Uni lain perkara ini adalah "simple" tetapi dalam landskap politik MPP UiTM ia tidak boleh diterima. Mengapa perlu ada perasaan sebegitu.
Dari dahulu hingga sekarang manifesto yang sama sahaja dilemparkan namun tiada yang terlaksana.
Negara-negara lain mengambil masa yang agak lama untuk mencapai kematangan politik. Jika kita Malaysia boleh mencapainya pada peringkat yang lebih awal ini bermakna kita adalah antara yang terbaik. Kematangan politik itu perlu bermula dalam sifat individu. Politik Individu perlu diperbetulkan maka kemudian ia akan membentuk satu budaya yang sihat.
Dalam hidup ini, setiap individu dianggap seperti cell. Cell yang banyak membentuk tissue, tissue bergabung membentuk organ, organ bergabung membentuk sistem, sistem bergabung membentuk organisma. Begitu juga dalam masyarakat.
Harapan; satu hari nanti cita-cita dan ideologi ini dapat dirialisasikan.