1. Masuk bulan ni dah genap setahun aku bergelar blogger; tema blog aku ini sangat bervariasi dan tidak mempunyai spesifikasi yang khusus untuk setiap entri yang aku buat. Sebab kalau tiap-tiap kali cerita pasal politik pun bosan jugak; kalau cerita pasal peribadi aku pun tak best jugak sebab bagi aku blog adalah tempat untuk kita berkongsi pandangan dan pengalaman; ada yang boleh diceritakan dan ada juga yang perlu disimpan. Sebab penulisan itu tak ada banyak bezanya dengan bercakap. Kalau apa yang kita tulis tu mencerminkan tahap pemikiran kita; sama juga dengan bercakap. Ada juga yang suka 'bercakap' dengan menulis dan aku lebih cenderung untuk termasuk dalam kategori manusia sebegini.
2. Sebelum menjadi blogger ni pun aku dah jadi penulis. Penulis sambilan. Dan ya aku ada buat novel kira-kira dua tahun yang lepas. Dah publish dah pun. Duit royalti pun dah habis digunakan hehe. Tapi bila orang tanya aku lebih suka menjawab '' Masa muda-muda dulu pernahlah tulis novel''. Memang betul pun sekarang dah tua dah. Lagi berapa bulan nak sambut birthday yang ke 20.
3. Samada menulis ini bakat atau tidak aku tak tahu tapi aku pernah terbaca sebuah buku menyatakan semua orang boleh menulis tetapi menulis juga memerlukan keberanian yang besar. Kadang-kadang tu macam susah jugak bila bakat menulis tu dah berjaya diketahui; idea tu datang dalam bila-bila masa sahaja yang kita tak jangkakan. Macam novel aku dahulu ''Laskar Cinta'' idea tu datang sewaktu lepas jawab peperiksaan. Masa tu ketika tingkatan 4. Start daripada situ aku dah mula rangka plot dan jalan cerita sebaik yang mungkin. Bahkan ada juga jalan ceritanya aku ubah setelah mendapat ilham sewaktu menonton wayang atau televisyen. Idea sangat nakal; ia akan datang tanpa memberi isyarat. Lagi-lagi kalau dah nak tidur dan siap baring dah, time tu jugaklah dia datang. Dah terpaksa bangun dan tuliskan idea tu sebab taknak hilang.
4. Nak menulis pun kena ada mood jugak. Tapi itu sebenarnya tak betul. Kita tak boleh tunggu mood tu datang, kita kena cipta mood tu sendiri. Tetapkan hari apa nak tulis dan taip jadi dengan sendirinya mood tu akan datang. Waktu menulis novel laskar cinta tu pun ada 'syarat-syarat' tertentu sebelum menulis. Antaranya aku mesti berwudhu terlebih dahulu sebelum menaip novel tersebut. Kalau tak ilham akan tersekat dan susah nak menulis. Barangkali novel tu sendiri ada kaitan dengan keagamaan( perjuangan rakyat Palestin yang diadaptasi ke alam fantasi) jadi kalau tak ambil wudhu tu rasa memang susah nak menaip.
5. Sekarang, aku masih lagi curi-curi masa untuk menulis. Dan aku membuat keputusan untuk membuat novel bersiri secara online di facebook. Setiap hari Jumaat satu bab akan dikeluarkan. Ceritanya sangat berbeza dengan novel yang pernah tulis; sebab aku ingin menjadi seorang penulis yang versatile, tidak tertakluk kepada certain-certain genre sahaja. Novel bersiri online ni lebih realiti dengan mengambil isu-isu semasa sebagai jalan cerita. Oh dan buat novel ni juga pun ada 'pantang-larang'; time nak menulis aku tak boleh ada perasaan geram atau sesuatu yang dipanggil distraction. Hati mesti dalam keadaan tenang dan waktu yang terbaik untuk menaip novel ni adalah selepas solat. tajuk novel bersiri online ni berjudul 'reum nisi mens sit rea'. Ia merupakan sebahagian daripada Latin Maxim ''Actus non facit reum nisi mens sit rea''. Bererti: seseorang itu tidak bersalah selagi dia tidak mempunyai niat untuk bersalah.'' Prinsip yang digunakan dalam subjek criminal law.
6. Kalau nak menambahkan lagi ilham menulis tu kena dengar lagu-lagu yang bersesuaian. Itu yang selalu aku buat. Novel bersiri online ni masih lagi disiarkan di facebook aku dan bayaran untuk baca komfem2 free of charge. Jadi senang orang nak baca. Lagipun aku memang tak kisah langsung bab-bab duit ni. Ada sesetengah orang sibuk tanya berapa dapat kalau tulis novel etc. Aku pun hairan; nak tulis, tulis jelah. Tak payah nak demand apa-apa. Yang penting kepuasan dan orang enjoy baca karya kita.
7. Aku juga sedang berusaha dengan member aku yang pernah bekerja dengan sebuah produksi perfileman untuk mengangkat novel bersiri online ni menjadi drama atau filem. Tapi masih di peringkat awal la. Masih orang kata ''sembang-sembang'' je; kalau dah betul komfem nanti baru aku beritahu secara detail. Sebab untuk pengetahuan semua novel ni bukanlah sesuatu yang aku dah rancang apa akan jadi seterusnya tetapi idea untuk menyambung setiap bab itu akan datang perlahan-lahan; setiap minggu aku cuba untuk perbahurui idea dan yang pasti ending novel ni pun aku tak tahu camna hehehe. Jadi idea tu akan terus berkembang dan berkembang sampai aku rasa macam dah cukup untuk tamatkan then aku akan tamatkan. Tapi ia baru siri pertama. Ada lagi siri-siri yang seterusnya :)
8. Menulis adalah derita yang indah.
Salam,
ReplyDeletesaya pun nak tulis entri macam ni ..macam ada sense pulak !!
cuma bezanya ke no.8 tuu sy tak setuju..
assalammualaikum zharif
ReplyDeletesusah juga nak jadi penulis novel ya.
saya tak pernah berusaha ke arah itu.
niat ada, tapi azam tiada.
tak pelah...
baca novel orang lain je.
im working one on my own but i think need some more idea and motivation maybe u could help one day. who knows :)
ReplyDeleteSalam Zharif..
ReplyDeleteDah lama kak zai tak kesini..semakin lama semakin cantik blog adik ni..dan semakin lama semakin dewasa rupanya adik akak ni yer..dan tak sangka ada bakat jadi penulis novel rupa2nya..akak pun pernah menulis novel (sekerat jalan jer) dan cerpen (berjaya dipublish kat makalah sekolah hehe) once upon a time..minat ada tapi terpendam jauh terlalu dalam sbb tak ada kesempatan dah skang ni..sibuk ngan bisnes jer..
seronoknye kalau ade byk idea mcm z.
ReplyDeleteSalam adik Zharif..hmmm susah juga nak menulis ya..sebab tu...sampai sekarang kakak ni belum boleh mula lagi...namun semangat masih ada...he..he
ReplyDelete