Sunday, February 7, 2010

Meninjau Sisi Masyarakat yang Berbeza

1.Minggu ni memang banyak aktiviti yang aku sertai dan insyallah aku akan ceritakan satu per satu. Yang pertama sekali bengkel membaca kes tetapi yang ni aku akan cerita lain entri sebab ada peristiwa menarik berlaku dalam bengkel ni. Yang kedua pasal Extreme Outdoor Quest Kesatria dan ketiga adalah program Melawat Rumah Nur Salam anjuran kelab Student Community Law Committee( SCLC).

2.SCLC berorientasikan kebajikan dan program dia memang melawat ke rumah-rumah kebajikan dan buat legal teaching di sana. Macam hari ni kami buat legal teaching mengenai panggilan palsu di rumah yayasan Nur Salam di Jalan Chow Kit KL. Tapi yela target group ialah budak-budak bawah umur 12 tahun so takkan nak cerita pasal undang-undang, tak pasal2 syok sendiri je kitaorang nanti.

3. Satu pengalaman yang sangat berharga kerana hari ini aku menemui 'dimensi' lain dalam masyarakat di negara kita. Kebanyakan kanak2 yang berada di sini mempunyai latarbelakang yang kurang bernasib baik; tetapi bakat mereka sangat mengagumkan. Andai sahaja mereka mempunyai persekitaran yang bagus komfem mereka dah berjaya dalam bidang masing-masing. Kehidupan mereka di rumah Nur Salam ni sangat teratur dan kondusif; banyak penaja yang bermurah hati menaja kelengkapan rumah ni dan senang cerita memang selesa habis.

4. Pengalaman dengan budak-budak? hoho macam biasa aku ni dengan budak-budak sangat 'cair' dan terlalu toleran. Langsung tak tegas dan tak garang langsung sampai budak-budak pun enjoy je dengan aku. Rasa terharu jugak bila budak-budak berkumpul, duduk atas riba kemudian bercerita itu ini tanya macam-macam. So kita layan jela dan memang betul kanak-kanak adalah satu anugerah Tuhan yang sangat bernilai.

5. Bila ada sesi permainan dengan tanah liat, aku sangat kagum dengan bakat kanak-kanak ni. Sangat kreatif dan bertenaga; langsung tak penat walaupun time tu aku dah tak larat nak bergerak dan banyak kali dah menguap. Tapi sebab budak2 ni sangat bertenaga dan aktif maka diusahakan jugak untuk melayan mereka. Ternyata mereka sangat kreatif dan banyak idea; sebagai habuan dapatla setiap seorang gula2 sebelum kami balik. Mana yang untung dapatlah lolipop yang aku bawak hoho.

6. Bila nak balik tu terasa sebak jugak sampai ada yang sorang tu dah pegang2 tangan aku cakap tak payah balik. Yang mana minta lolipop lagi aku janji next time aku datang aku bawak. Apapun ini satu pengalaman yang sangat tak ternilai kerana dari situ aku belajar untuk memahami budak-budak; menilai mereka dengan sama rata tanpa memikir siapa mereka dan latarbelakang mereka. Mereka semua sama; mempunyai bakat dan energi yang sangat hebat; tetap ceria walaupun mempunyai latarbelakang yang sukar dan yang pasti, mereka inilah yang harus dijaga masa depannya, tidak boleh membiarkan mereka hidup dalam sisi gelap lagi kerana setiap daripada mereka mempunyai potensi untuk hidup dengan lebih sempurna.

7. Golongan seperti inilah yang harus menjadi perhatian kita; tidak boleh membiarkan mereka terus berada dalam sisi gelap dan membiarkan kita kehilangan satu demi satu harapan dan pewaris negara. Meninjau sisi masyarakat yang berbeza akan memberi keinsafan, betapa bertuah kita dapat hidup dalam persekitaran yang kondusif dengan ibu bapa yang sangat bertanggungjawab dan membesarkan kita dengan segala kemudahan yang ada.

*Gambar tidak boleh diletakkan kerana kanak2 ini dilindungi di bawah akta Kanak-kanak 2001 dan atas dasar keselamatan mereka serta keluarga mereka.

2 comments:

  1. kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan setiap kurniaan kita. lihatlah mereka yang kurang bernasib baik. the rule is simple. kalau kita rasa kita kaya ada lagi orang kaya dari kita kalau kita rasa kita miskin ada lagi miskin dari kita. setiap kurniaan tuhan adalah ujia sama ada kesenagan atau kesusahan. ujain yang lebih sukar adalah ujian kesenangan. tuhan tidak akan memberikan sesuatu ujian melainkan hambanha itu tidak mampu.

    =) good experience

    ReplyDelete
  2. haha..mula baca tergelak sbb F pun banyak aktiviti dlm masa sebulan ni... 2 hari lepas, F jadi fasilitator utk sek rendah...ada program kepimpinan.. bfre that fasilitator utk pserta kursus gpms. jauh perjalanan luas pengalaman kan?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)