Tuesday, February 9, 2010

MASIH BELUM SEMPURNA



KEPUTUSAN
1. Walaupun dah berulang kali aku berjanji pada diri sendiri untuk tidak memberi sebarang komentar dalam krisis yang berlaku di Perak tetapi krisis inilah yang telah menukar landskap blog aku untuk lebih kritikal memberi pandangan berkaitan isu-isu politik tempatan. Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini telah mengesahkan Dr.Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

2. Memandangkan keputusan tersebut masih belum dikeluarkan secara writing dan tidaklah diketahui keseluruhan penghakiman tersebut namun 'legal reasoning' yang diutarakan adalah Perlembagaan Negeri tiada peruntukan yang memerlukan undi tidak percaya dilakukan. Adalah jelas bahawa Dr.Zambry memiliki sokongan majoriti 31 daripada 59 ahli Undangan Negeri Perak.

3.Secara praktikalnya, mana-mana parti yang mempunyai majoriti akan membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir sebuah negeri baik ia satu majoriti mudah atau 2/3. Tidak ada lagi parti yang minoriti dapat mentadbir kerana jika minoriti yang mentadbir maka pelbagai kesukaran akan timbul. Ambil contoh kelulusan bajet tahunan; sudah pasti bajet yang dibentangkan oleh minoriti tidak akan dapat diluluskan kerana kuasa majoriti berada di pihak lawan dan yang akan menjadi mangsa adalah rakyat sendiri. Rakyat tidak dapat merasai pembangunan dan peruntukan yang disediakan dalam bajet tersebut.

'ABSOLUTE MONARCHY'

1.Pelbagai reaksi diberikan oleh kedua-dua belah pihak.Antara yang menarik perhatian aku adalah komentar dari Ir.Nizar yang mengatakan bahawa keputusan mahkamah ini membawa isyarat kepada 'absolute monarchy'.

2.Tidaklah dapat aku persetujui berkenaan komentar beliau ini kerana jika benar negara kita absolute monarchy maka yang betul2 memegang kuasa, yang menjalankan pentadbiran, yang membuat dasar negara akan menjadi kuasa Sultan/YDPA. Bahkan komentar beliau itu sangatlah tidak relevan kerana negara kita mengamalkan Constitutional Monarchy- kuasa monarki adalah berada di dalam garisan/panduan undang-undang. Kalau benar kita sedang menuju ke absolute monarchy maka Artikel 182&183 perlu dimansuhkan kerana artikel ini jelas membuktikan bahawa kita bukan absolute monarki-YDPA atau Sultan sendiri tidak mempunyai imuniti daripada tindakan undang-undang.

3. Dalam konteks yang lebih luas Perlembagaan Persekutuan Artikel 40(2) ada memperuntukkan ''The Yang Di pertuan Agong may act in his discretion in the perfomance of the following functions that is to say:
a)The appointment of a Prime Minister
b)The witholding of consent to a request for the dissolution of Parliament
c)The requisition of a meeting of Conference of Rulers concerned solely with privileges, positions,honours and dignities of Their Royal Highnesses, and any action at such a meeting.

4. Berkenaan krisis di Perak, jelas ia memberi isyarat bahawa Sultan Azlan Shah ( yang juga merupakan bekas Ketua Hakim Negara) menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh baginda kerana artikel 40(2) ini juga ada pada Raja-Raja Melayu atau sultan di negeri-negeri.

5.Baginda juga menggunakan kuasa sebagai seorang sultan Perak mengikut perlembagaan negeri Perak sepertimana dalam klausa 4 perkara 16 yang berbunyi ''Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang Baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang menteri Besar di bawah klausa 4, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan''

6. Jika ditanya apakah Sultan melampaui bidang kuasa baginda maka jawapan peribadi saya tidak. Bahkan Sultan menggunakan kuasa baginda; tidak hanya seperti kebiasaan yang hanya menjadi amalan teori semata tetapi dalam kes ini Sultan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada baginda. Baginda juga telah melantik MB Perak yang baru setelah mendapati majoriti DUN berpihak kepada BN. Maka komentar absolute monarchy yang dilemparkan oleh Ir.Nizar itu adalah tidak relevan kerana dalam hal ini Sultan Perak, bekas Ketua Hakim Negara ini telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan dan telah mengamalkan apa yang dinamakan 'constitutional monarchy'.

BEBERAPA ISU

1. Antara salah satu aspek lain yang dititikberatkan dalam keputusan kali ini adalah suasana sosial rakyat. Pengekalan Dr.Zambry sebagai MB Perak sekurang-kurangnya membolehkan Perak dibangunkan dan ditadbir tanpa ada sebarang pertikaian antara pihak istana dan pihak kerajaan. Ada kemungkinan suasana yang tidak aman dan tidak harmoni akan timbul jika keputusan mahkamah persekutuan menjadi sebaliknya; ia akan dieksploitasi untuk mencemarkan institusi diraja dengan menganggap bahawa keputusan Sultan adalah salah dan melampaui bidang kuasa dan jika keputusan mahkamah Tinggi dibenarkan maka akan jadilah implikasi dalam subtopik 'Keputusan' dalam perenggan ketiga. Yang menjadi mangsa: Rakyat.

2. Meskipun dari aspek perundangan menyebelahi BN tetapi ini tidak bererti BN sudah boleh menarik nafas lega kerana dari segi moraliti dan penerimaan sebenar adalah terletak di tangan rakyat Perak. Tangan-tangan inilah yang akan menentukan 'keputusan' sebenar dalam PRU akan datang. Jika benar PR masih diterima rakyat maka Ir.Nizar tidak perlu risau kerana beliau pasti akan dilantik sebagai MB Perak semula( itupun kalau DAP tidak ada calon Melayu di Perak) dalam pilihanraya akan datang.

3. Kemampuan BN melompatkan ADUN pembangkang untuk menjadi Bebas yang menyokong BN adalah satu perkara yang sangat 'menakjubkan'. Menurut pandangan aku yang daif ini adalah tidak perlu untuk tergesa-gesa mendapatkan kuasa yang hilang kerana paling lama pun setiap 5 tahun negara kita akan mengadakan pilihanraya. Biarlah rakyat yang menentukan selepas 5 tahun itu samada mereka mahu menukar kerajaan atau tidak. Kerana itu hak rakyat. Hak untuk meminta diperintah dan ditadbir. Justeru isu lompat parti ini harus diberi perhatian serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana dari segi moraliti, ia adalah satu perbuatan yang sangat tidak wajar.

Perundangan bukanlah jalan mutlak untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Waalahua'lam

1 comment:

  1. salam, mmg dipersetujui tentang komentar ko. Mmg pada pandangan peribadi aku keputusan Mahkamah Persekutuan bukan sahaja berdasarkan persoalan perundangan, tapi berkaitan juga permasalahan yang akan muncul. Tapi dalam keputusan tu ada beberapa yang masih belum terjawab, prosedur perletakan jawatan Nizar dan pegumuman tentang peralihan 3 orang ADUN kepada BN. kronologi yang berlaku, apabila diumumkan pada media bahawa 3 orang Adun perak melompat parti, besoknya tanpa ada persidangan terus menghadap sultan untuk perlantikan Menteri Besar baru. Bagaimana pula status Nizar? Tuanku Sultan Perak hanya bertitah supaya Nizar meletakkan jawatan. tapi yang berlaku dalam tempoh 24 jam, perlantikan menteri besar baru dibuat. Permasalahannya, apa status Nizar? Adakah tidak perlu lagi kepada persidangan DUN untuk perubahan kerajaan negeri? Cuma perlu beritahu pada umum dan buat keputusan di luar dewan? Bagaimana?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)