1. Bila sampai 14 Februari semua akan bercerita pasal: cinta. Ada yang anggap hari ini akan menjadi hari istimewa sebab setiap pasangan akan sanggup buat apa sahaja untuk membuktikan cintanya. Kalau baca entri tahun lepas aku memberi komentar pasal valentine day dan tidak pernah menyokong untuk sambut benda-benda ni (walaupun status dah berubah). Kalau nak tahu lebih lanjut pergilah kat archives february 2009 blog aku.
2. Aku lebih tertarik untuk bercerita tentang: couple. Isu ni dah menjadi satu bahan perdebatan yang sangat hebat; kalau boleh jadi tajuk debate BEL 342 komfem ramai yang akan pilih tajuk ni. Isu ini menjadi isu kontemporari; sebahagian ada yang menyokong sementara ada juga yang menentang dengan hujah-hujah yang kukuh. Buku-buku yang menceritakan perihal ini pun mengalir di pasaran; banyak cerita-cerita yang kita dengar pasal couple; yang paling femes rasanya cerita couple yang selepas pergi ceramah dan bertanya dengan ustaz dia kemudian lepas dah tanya apa semua dia putuskan hubungan tu.
3. Masa kat sekolah dulu pun ustaz aku ada buat larangan keras terhadap mereka2 yang nak couple. Lepas dah habis dia ceramah, aku pun buat sesi usrah dengan dia tanya pasal benda ni. Ustaz cakap dia cuma tegur mereka2 yang bercouple ni dari kelas-kelas hujung n couple sampai tak ingat dunia dan akhirat. Ustaz sendiri pun pernah couple tapi cara ustaz lebih kepada keagamaan dan tak lah sampai lupa tanggungjawab. Ustaz pun dah kasi 'restu' kalau aku nak couple (err tapi tu 3 tahun lepas saya single lagi tapi sekarang dah valid dah hoho).
4. Sejak aku single lagi aku masih berpegang pada pendirian yang sama yang akan aku simpulkan di akhir blog ni. Cuma sekarang mari kita berbincang: boleh ke x couple dalam Islam?
5. Ada sesetengah pendapat menyatakan tidak boleh bercouple kerana akan menjurus kepada maksiat. Pendapat ini lebih menjurus kepada preventive atau pencegahan; mereka mengambil pendekatan bahawa couple ini akan membawa kepada maksiat seterusnya ke kancah perzinaan. Melihat pula pada keadaan sekarang di mana kes zina dan buang anak makin meningkat. Jadi pendekatan ini dilihat sedikit 'keras' dan rigid.
6. Tetapi Islam adalah satu agama yang fitrah, agama yang tidak menyimpang daripada kehendak manusia. Bahkan dalam al-quran sendiri menjelaskan kehidupan pasangan adalah satu lumrah fitrah yang dihadiahkan oleh Allah. Bahkan perasaan cinta itu sendiri adalah ciptaan Allah. Aku sangat tertarik dengan kisah seorang lelaki yang bercouple kemudian bila dia jumpa dan terima pendapat ustaz yang mengatakan couple itu haram, tak boleh terus dia putuskan hubungan dia dengan perempuan tersebut. Bohong kalau takda perasaan sedih dan kecewa, bohong kalau takda perasaan marah dan boleh membawa kepada permusuhan kalau dah putus couple walau apa alasan sekalipun. Bukankah permusuhan itu ditegah dalam Islam? Bukankah kesedihan,kekecewaan dan putus asa adalah sangat dilarang dalam Islam? Bukankah Islam itu selari dengan kehendak manusia?
7. Tetapi harus diingat, walaupun Islam itu sesuai dengan fitrah manusia tetapi tetap dengan aturannya sendiri; Islam sendiri melarang perzinaan, berkelakuan sumbang dan memelihara adab-adab dalam pergaulan sesama manusia. Maka mengikut pendirian aku bahawa couple itu perlu ada niat yang bersih.Niat yang lurus iaitu: untuk berkahwin. Masalah orang bercouple sekarang adalah untuk buat 'projek', tu yang jadi menyimpang tu. Kalau niat nak berkahwin kan bagus, bukankah berkahwin itu mengikut ajaran Islam?
8. Haruslah juga dijaga adab-adab waktu bercouple. Siapa cakap kalau nak couple kena pegang tangan? Boleh je couple tak pegang tangan. Boleh je couple tak payah dating. Nak dating2 buat ape; pergilah sesi taaruf bersama keluarga. Makan kat rumah kan lagi jimat, fitnah pun xde sebab ada family sekali. Yang penting niat tu: couple mahu kahwin. Mesti juga jangan diabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain; kepada Allah, kepada keluarga, kepada pelajaran etc.
9.Mungkin ada yang tak bersetuju. Itu normal. Ada yang mengambil pendekatan bahawa couple itu haram, aku hormati pendirian tersebut. Walaupun aku mengambil pendirian 'couple tak salah tapi mesti dengan niat yang betul iaitu untuk kahwin. Dan mestilah harus menjaga daripada berzina dan perkara-perkara yang mengundang fitnah'. Itulah pendirian aku dan itulah yang aku akan lakukan dalam bercouple ni. Jadi doa-doa kan la ye hubungan kami berterusan sampai berkawhin nanti insya-allah.
10.Couple?Boleh tapi bersyarat. Boleh tapi ada panduan. Jangan over sudeh.
Salam Zharif,
ReplyDeleteCouple menurut Islam...
Ana cadangkan anta baca buku Ustaz Hasrizal (Saiful Islam).
Tajuknya 'Aku Terima Nikahnya' & 'Bercinta Sampai ke Syurga'.
Ana jamin anta akan lebih faham tentang konsep hubungan antara lelaki n perempuan menurut perspektif Islam.
Ana dah baca buku 2. Memang memberi manfaat. Ada teman2 ana yg salah faham..
Baca buku macam tu macam dh 'gatal' sgt nk couple..
Tp depa blom taw kandungan buku tu..
Don't judge a book by its cover...
Try la.. xrugi..
Sekian..
Thanx.
Hahah.. Apabila Mr. President berbicara tentang alam percintaan.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, mcm mana pula hukumnya apabila kita keluar makan bersama bekas kekasih kita dan hangout dgn dia setiap hari tetapi tidak diiktirafkan sebagai 'couple'?
assalammualaikum zharif
ReplyDeletesusah nak cari gentleman sekarang
ramai yang pikat anak dara dulu tapi tak nak pikat mak n bapanya
saya rasa orang dulu2 yang lama2 memikat ibu bapa dahulu secara gentleman
sekarang ni ramai buat keputusan terlebih dahulu dan membelakangkan orang tua, akibatnya banyak yang merana
banyak ikut cara barat
agree with KL citizen =)
ReplyDeletealso agree with Z. hehehe
well,
bagi saya kalau nak jalani hubungan itu biar ada matlamat. apa gunanya kalau ada hubungan tetapi tiada matlamat seolah-olah hidup tiada tujuan, berjalan dengan menutup mata, ibarat orang pekak dengar mp3.
hubungan yang baik adalah hubungan yang berlandaskan batas islam dan mendapat restu ibu bapa. nikmat dan manis cinta itu akan lebih dirasai selepas berkahwin. tanggungjawab itu penting.
mungkin ada orang akan berkata saya bukanlah layak sangat untuk bercakap tentang perkara ini, tetapi berdasarkan pengalaman dan kesilapan yang dilalu saya berharap orang lain tidak akan melakukan kesilapan yang saya lakukan.
all the best xD!!
tepuk dada tanya iman...
ReplyDelete