1. Konvensyen hari kedua. Masih lagi kabur.Terasa seperti konvensyen perpaduan ummah ini tidak bergerak menuju ke satu suara yang sama, satu tindakan atau resolusi yang aku inginkan hanya tinggal ingin sahaja. Kecewa? Tak sangat sebab aku pergi pun tak kena bayar apa-apa tapi tak taula peserta yang lain.
2. Apapun satu imej positif dari konvensyen ini ialah kejayaan penganjur menjemput wakil-wakil mazhab untuk duduk berbincang dan berkumpul membincang masalah ummah. Daripada wakil sunni, syiah hinggalah ke sufi dan salafi semuanya sanggup untuk bersama-sama dan berbincang.
3.Tibalah sesi terakhir dan aku menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan soalan telah diringkaskan iaitu '' What can we do to change our society from being the society that only agree and follow to a society that will lead and initiate our effort?''
4.Aku tak tahula samada penterjemah ni dia terjemah betul atau tidak tapi rata-rata speaker sangat 'marah' dan tercalar ego diaorang bila aku tanya soalan macamni.Mulalah dia start bagi ceramah pasal sejarah kegemilangan Islam, apa usaha yang telah kita buat iaitu buat pergerakan itu ini dan lain-lain.Yang pasti nada mereka sama; mereka tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa kita adalah society yang dianggap sebagai pak turut.
5.Aku tak de pun nak paksa semua orang setuju dengan pendapat aku. Bahkan Rasul sendiri pernah bersabda perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat.Itu tandanya kegeniusan dan perkembangan intelektual sedang berlaku dalam umat baginda. Tetapi malangnya aku tak diberi peluang untuk mempertahankan pendapat aku jadinya aku menggunakan peluang sebagai seorang blogger ni untuk 'backfire' balik.Samada diaorang baca atau tidak itu terpulang yang penting aku nak buktikan yang aku bukan seorang 'penunduk'; terima bulat2 apa orang cakap.
6. Apakah salah untuk kita bercerita tentang sejarah kegemilangan Islam? Tidak salah bahkan ia menjadi satu motivasi untuk kita mengulanginya semula. Tetapi apabila kita hanya bercerita tanpa mengambil pengajaran dan hikmah daripada sejarah tersebut maka apakah nilai sejarah tersebut? Kita asyik berbangga dengan masa lalu, dengan pencapaian pada masa dahulu dan menurut aku orang yang selalu membanggakan masa lalu adalah orang yang cuba mencari eskapisme dari masa sekarang.Mereka seakan tidak bersedia untuk mengharungi masa depan dan 'memujuk' diri mereka bahawa mereka dulu pernah mencapai itu ini tetapi hakikatnya mereka tidak berbuat apa-apa untuk masa sekarang dan masa depan. Padahal kita boleh mencipta sejarah kita sendiri, mengulangi kehebatan kita pada masa lalu dan membina semula sejarah baru daripada runtuhan sejarah lampau.
7.Apabila aku menggunakan perkataan effort dalam soalan tersebut bererti tindakan, usaha atau action. Memang betul kita ada buat bermacam pertubuhan dan konvensyen tetapi di mana usaha dan solusi? Kita banyak memberi pendapat dan idea tetapi apakah kita melaksanakan idea tersebut. Bagi mereka yang punya peluang,punya kedudukan dan kuasa sangat hebat bila berhujah dan bercakap tetapi bila sampai untuk bertindak ________(isi dengan perkataan yang sesuai)
8. Apa yang aku cuba sampaikan adalah kenapa kita harus terima bulat2 segala informasi dan laporan yang dibuat oleh Barat? Apabila mereka menuduh Hamas adalah pengganas semua mengangguk dan mengiyakan. Apabila mereka memberitahu dunia bahawa 9/11 adalah perbuatan orang Islam semua bersetuju tanpa membantah. Padahal serangan 9/11 itu kalau dikaji semula komfem itu adalah konspirasi yang dicipta oleh bekas Presiden AS sendiri; aku boleh cakap benda ni sebab inilah tajuk yang aku buat sewaktu persuasive speech semester lepas. Sebab itu jangan terkejut bilamana Bush menyerang Iraq dan 'berjaya' membunuh ribuan rakyat Iraq yang tidak berdosa kerana beliau sendiri sanggup untuk membunuh rakyat beliau sendiri.
9. lebih daripada itu, laporan2 seperti Goldstone Report yang menceritakan tentang jenayah perang di Gaza juga diterima meskipun kalau dilihat dari sudut lain Goldstone Report masih mengekalkan sentimen 'balance' yang aku ceritakan dalam entri yang lepas. Nah sekali lagi; kenapa tidak kita sendiri orang Islam yang pergi dan membuat laporan tersebut?Kenapa kita perlu terima dan ikut orang lain?
10.Seorang speaker ketika menjawab soalan aku tu agak sinis bunyinya '' If they can take from us at the past why can't we take it from them?'' dan ini pula jawapan aku ''If we take from them 100% without any new improvement and new suggestion aka innovation than what kind of society we are? We are just their a** follower''
11.Memang betul mereka ambil banyak daripada kita tetapi mereka tidak menerima bulat-bulat.Mereka ubah dan perbaiki semula. Inovasi dan perbaharui. Cabar pemikiran konvensional dan cari jalan unorthodox barulah kita dapat jadi 'the great ummah' seperti yang tertulis dalam Quran.
12. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi..semuanya telah diceritakan dan timbul penyesalan kerana aku didedahkan dengan perkara2 sebegini dalam usia yang masih muda.Sebab itu apa yang aku cakap dan cuba nyatakan dipandang remeh oleh golongan-golongan yang egois dan memandang rendah kepada orang muda. Macam kisah ''Hang Nadim dan Singapura dilanggar todak''.
Aku serahkan kepada yang sedang membaca untuk membuat kesimpulan...
at least u beranya.. mungkin mereka sedar ada kelemahan tapi cuba nak tutup...
ReplyDeletesory, it is bertanya...
ReplyDeletePandangan yang cukup bijak, bernas, lantang dan berani! Tahniah untuk Zack!
ReplyDeleteOrang Barat mengakui Zaman Kegelapan mereka. In fact fakta tentang Zaman Kegelapan memang masuk dalam syllabus sejarah budak-budak sekolah diorang. Adakah diorang berbangga dengan Zaman Kegelapan itu? Tidak! Tetapi mereka nak generasi mereka tahu, "Betapa mundurnya kita dahulu, dan sekarang lihatlah di mana kita berdiri, dan kita akan terus berlari untuk meninggalkan orang Islam!"
Sedangkan orang Islam pula, kita gah bercerita tentang zaman kegemilangan Islam ketika zaman Rasulullah, para sahabat dan beberapa khalifah. Kemudian kita ceritakan tentang betapa jahatnya dunia Barat yang berjaya menakluk dunia Islam. Tetapi kita terlupa untuk bercerita tentang bagaimana dunia Islam mulai lemah dan semakin goyah, hinggakan jatuh ke tangan Barat.
Hatta sekarang pun kita masih berbangga bercerita tentang sejarah, tapi bersikap escapism bila bercakap tentang realiti sebenar dunia Islam hari ini, dan bersikap skeptical bila bicara tentang masa depan dunia Islam pada masa akan datang.
Zack, I look up on you! :-)
"Agama itu mudah",itu sabda Nabi SAW, begitu juga dengan "Agama itu Nasihat".
ReplyDeleteMalangnya, dalam semua yang mengakui diri mereka sebagai 'scholar' atau bijak pandai Islam, mereka lupa bahawa apa yang jelas ialah "Akhir zaman Islam akan berpecah kepada 73 golongan, 72 ke Neraka kecuali 1" apabila ditanya oleh sahabat, Nabi SAW menjawab "Wa hiyyall Jamaah".
Masa kini, semua yang mengaku Islam akan berkata merekalah yang dimaksudkan Nabi SAW itu, tapi malangnya itu sebaliknya.
Sehingga ada diantara kita dan mereka menyedari bahawa "Hidayah" itu hak Allah SWT, mereka yang jujur dan sentiasa berdoa "agar ditunjukkan jalan yang lurus" dengan penuh keikhlasan mencari yang HAQ, pasti tidak dikecewakan, Insyaallah.
salam..
ReplyDeletesejak seribu empat ratus tiga puluh satu tahun manusia tertipu dan ditipu sehinggalah ke hari ini - mereka menyangka mengikuti maha bijaksana dan mendapat petunjuk sebaliknya berada di lembah kesesatan dibuai tidur yang panjang dan mimpi di siang hari - kata pakcik ku, kamu mereka sebenarnya sedang nyenyak tidur sambil berdengkur, yang disangka berjalan rupanya terlantar penat - ingatkan celik rupanya buta...itulah yang sedang berlaku ketika ini!
Para terakhir dari komen diatas sepatutnya begini :
ReplyDeleteSehingga ada diantara kita merasakan diri mereka terlalu hebat dan tidak dapat menerima komen atau teguran oleh orang2 banyak, lebih2 lagi yang "tak terkenal".
Tak ada Title, Ustaz ke, Tok Guru ke, dan dalam era masa kini tak ada title Dr (Phd) dan sebagai nya.
"Hidayah" itu hak Allah SWT, berapa baik seseorang itu, berapa "pandai" mereka rasa, belum tentu apa yang mereka lakukan diterima Allah SWT.
Mereka yang jujur dan sentiasa berdoa "tunjukkan lah aku jalan yang lurus, jalan orang2 yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang2 yang engkau murkai" {AMIN} dengan penuh keikhlasan mencari yang HAQ, insyaallah tidak akan dikecewakan.
Apabila datang yang Haq, maka tinggalkanlah yang bathil.
**
Blog anda dilawati dari komen anda di blog TDM